ISU SAMA JA UN MAINKAN.... LAPOK ZAMAN GAGALIS SEBAGAI KERAJAAN.
Sham Ghaz
Un takda kerja lain, main isu sama di fb page berbeza. Skrip pun sama ka? 😅
Zaman kamu jadi Kerajaan 33 bulan, minyak masak dan ayam naik melambung. Time tu rakyat minta jasabaik kerajaan kawal bagi turunkan harga, kamu buat pekak badak ja.
Yang jelas Kerajaan sekarang berjaya kawal harga ayam, minyak masak dan barangan keperluan lain tak naik harga musim perayaan.
Andaikata minyak naik sekalipun, ia secara bersasar, kelompok yang layak terima subsidi akan terus dapat minyak subsidi kecuali yang tak layak.
Negeri walaun paling ramai isu PADU, sebab semua nak minyak subsidi dan Kelantan negeri paling ramai miskin tegar di Semenanjung Malaysia.
Ia satu kegagalan nyata pemerintah Negeri menjana sumber ekonomi baru untuk bagi peluang kerja kepada rakyat, itu amat jelas gagal!
BELUM KIAMAT TAK NAMPAK HASIL
MMMS
Selamat pagi untuk semua KECUALI Un yang sebak dan percaya dengan projek Langkasuka. Mesti mereka punyai IQ setaraf biskut Marie sebab tak tahu buat due diligence.
Dengan ulang balik kata kata mereka dalam slang London. Januari 2021 mesyuarat, lagi 3 kali januari pun masih tak nampak apa-apa hasil. Laju tak ada hasil buat apa, ceroi oi.
"This is New Lebai Bro!.. Takziah orang Kedah"
KEH.. KEH.. KEH.. TOYAMATMIN
MMMS
Game changer!
Kata lebai.
Yang sebenarnya bukan bukan game changer tapi Un dah kena game sampai sakit.
Negeri kita orang nak ambik dohhhhhh. Mana saya tahu, saya kan tukang baca saja.
Apa macam?
BUKAN ULAMA LANTIKAN POLITIK SENDIRI... TU ULAR DALAM SEMAK.
MSO
Jubir kabinet Fahmi Fadzil memaklumkan Muslim World League dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei.
Persidangan itu akan menghimpun para ulama bagi membincang pelbagai masalah berkaitan Islam dan umatnya seperti ekstramism dan sebagainya. Persidangan itu adalah penerusan kepada persidangan sebelum ini.
Sepatutnya disamping mengadakan persidangan bertaraf internasional, wajar juga kalau Jabatan Kemajuan Islam bersama dengan badan agama lain seperti Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut mengadakan persidangan ulama peringkat kebangsaan, himpun juga para ulama yang ada dalam negeri ini khasnya yang mewakili Ngo atau persatuan tertentu.
Mereka juga perlu dipersatukan dalam satu majlis bagai menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi umat Islam di negara ini khasnya dalam pertikaian tanpa kesudahan mengenai aliran pegangan dan pemikiran, amalan tariqat dan juga pencampuran elemen agama dalam politik yang kian berleluasa.
Saya kira para ulama dan bijak pandai agama dalam negara ini juga ternanti nanti dan tunggu majlis bertaraf kebangsaan sebegitu bagi membincangkan masalah agama di peringkat kebangsaan.
Kita harap selepas ini akan menyusul majlis
seumpama itu. Kepada saya lebih afdal kalau kita menuntaskan dahulu segala permasalahan yang ada dalam negara sebelum berusaha untuk menjadi hero menangani masalah serantau dan dunia. Trims.
WALAUN MANA PULAK YANG RUMAH NAIK BIL LETRIK...
Bagi yang masih tak puas hati, ni aku lampirkan bil elektrik aku bagi bulan 𝗢𝗴𝗼𝘀 2021 dan yang terbaru, 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 2024. Tengok sendiri tariff. 𝗧𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮𝗮𝗻 pun. Dari tahun 2021 lagi. Siapa kata bil elektrik naik?
𝘐𝘯 𝘧𝘢𝘤𝘵, aku baru perasan bil 2021 tu (masa tu PN jadi kerajaan) 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 dari bil terbaru ni. Adakah ini bermakna masa PN dulu 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗷 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶? Dah tentu tidak. Tariffnya kan sama.
Cuma masa tu kita dikurung. Anak-anak semua dekat rumah. TV 𝘰𝘯 sepanjang hari. 𝘓𝘢𝘱𝘵𝘰𝘱 lagi. Kipas, caj 𝘩𝘢𝘯𝘥𝘱𝘩𝘰𝘯𝘦 malah masak pun banyak. Rumah aku pun pakai dapur elektrik. Sebab tu 𝗯𝗶𝗹 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘁𝘂.
Ini bukan soal 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗽 atau jilat. Ini soal fitnah. Cerita yang sengaja diada-adakan. Sebagai orang Islam yang beriman kepada hari Akhirat, 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗷𝗶𝗽𝗮𝗻 atas kita untuk melawan fitnah dan menegakkan kebenaran.
Aku harap lepas ni tak dengar lagi cerita palsu yang tariff elektrik naik. Aku dah buktikan di sini. Tariffnya sama dari zaman pengkhianat sampai sekarang. Usah 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Guane boh?
Raja Gelap II
.
SEMBANG JA PAS NI...
Najib Bakar
Setakat ni, PAS Kedah pun banyak sembang macam PAS Kelantan. Kerajaan batu asas.
Apa yang Kelantan pernah umum?
-Empangan bawah tanah tahun 2017.
-Bandar Baru Dabong tahun 2012.
-Stesen bas Kota Bharu.
-Kilang simen terbesar Malaysia di Gua Musang.
Semua sembang. Boleh Google sendiri semua kes ni.
Serupa dengan PAS Kedah pimpinan Nusi.
-Litar lumba
-Projek Widad Langkawi game changer.
-Stadium setaraf JDT
-Airport Kulim sat penumpang sat kargo.
Ni tup tup Kedah nak buat empangan bawah tanah pulak. Serupa Kelantan punya sembang?
Projek padi huma yang dari tahun 2018 di Kedah pun tiba-tiba Nusi umum balik. Aik?
Ni game hampa dari dulu. Umum projek akan siap ketika tahun-tahun nak pilihanraya.
Nanti bila berkempen, ulang balik ayat, "hampa kena bagi PAS menang, sebab projek dah umum dah. Kalau parti lain menang nanti depa batalkan projek."
Ceh.
Padahal kalau hang cerdik la Nusi, dan betul-betul nak selesaikan masalah asas rakyat, projek berkaitan bekalan air la yang hang patut umum dulu masa awal-awal jadi MB.
Bukan projek litar, projek stadium, projek airport. Benda tu boleh datang kemudian.
Tapi ya lah. Umum pi lah hat mana pun.
Aku sangat-sangatlah skeptikal hang mampu terjemah semua tu sebab rekod hang banyak sembang.
Hang kesah apa kan? Lepas dah dapat jawatan MB sepenggal setengah, puas sangat dah aih.
Boleh dah pi jalan-jalan pastu.
Pi Cambodia ka, Indonesia ka, Mongolia ka, tinggalkan masalah kat pengganti hang.
Kalau pengganti hang dari puak-puak hampa, ulang skrip sama.
Ya lah. Hampa kan tukang baca saja?
WOII SANUSI.. BERAS 3 RINGGIT SEKILO PUN WALAUN MAKI KERAJAAN... HANG NAK SOH KAMI BELI PULAK YANG REGA 38 RINGGIT SEKILO ? KEPALA BAPAK HANG...
Che Ibrahim
Harga beras rm3.80 sekilogram @ rm38 satu paket 10kg pun dah kalut riuh, hang nak promosi beras rm45 sekilogram pula????
Kami mahu beras rm2. 60 sekilogrm @ rm26 satu pek 10kg!!!!
Menurut Muhammad Sanusi, padi huma mempunyai pasaran dan permintaan tinggi dengan harganya mencecah antara RM40 dan RM45 sekilogram.
#AWANInews #AWANIpagi
TUN MUSA HITAM DIRAIKAN PMX
Menyambut dan meraikan tokoh dan juga negarawan Tun Musa Hitam bersama isteri hari ini di Johor Bharu. Tun Musa menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-90 hari ini. Alhamdulillah, orangnya masih bertokoh dan segak.
Menghimbau sejarah, Tun Musa adalah mantan Timbalan Perdana Menteri dan merupakan sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti, selain menjadi watak yang gigih meneguh perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Saya ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Tun Musa Hitam. Semoga Tun terus sihat dan terus memainkan peranan menyemarak perpaduan di kalangan rakyat.
#MalaysiaMADANI
YAH TU DIAAA IKON FITNAH AKAN KE SUNGAI BULOH- BERDOALAH WAHAI RAKYAT SEMUA , BAHAWA ORANG YANG TAK PUNYA AKHLAK INI DIHUMBAN KE SG BULOH. HABISLAH PAPAGOMO JIKA MAHKAMAH TOLAK SUNGAI BULOH LA JAWABNYA!
RENTASAN 1585 | PANAS!! AGENDA 'MISI GILA' PMX AKHIRNYA DIDEDAH?
𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗔𝗦𝗧 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 𝗬𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗠𝗕 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝗨𝗖𝗔𝗣 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗫
Sekurang-kurangnya MP lebai ni ada jiwa dan nurani utk berkata benar dan berterima kasih pd PMX. Sikap itu wajar diberikan pujian.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝗸𝗽𝗱 𝗬𝗕 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔$. Ini sepatutnya jadi contoh akhlak Islam meskipun berbeza ideologi politik tapi soal bantuan, pertolongan apatah lagi yg melibatkan nyawa merentas sempadan politik.
Kita BUKAN mcm 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁𝘁 𝗹𝗼𝘄 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹, 𝗹𝗼𝘄 𝗹𝗶𝗳𝗲 𝗺𝗼𝗿𝗼𝗻 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗰𝗶 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 𝘆𝗴 𝘁𝗮𝗸𝗱𝗲 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸, 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗞𝗘𝗖𝗔𝗠 sehinggakan nak berterima kasih pd PMX pun payah. #IslamTakAjar biadap sebegitu pd org yg menghulurkan bantuan dan kufur nikmat pd kurnia Allah.
Bagi penyokong PHBN sesiapa shj termasuk pembangkang jika buat perkara yg betul maka wajar diberi pujian atau diakui betul. Semoga insiden ini memberi pengajaran pada semua.
Saya yakin dgn 𝗸𝗮𝗿𝗼𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗱𝗮𝗯, 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 yg dimiliki PMX beliau akan terus melakukan pekara baik walaupun kpd puak KHAWARIJ yg membenci, mencaci, memaki hamun, menghina dan memfitnah beliau.
Semoga Allah terus angkat darjat dan martabat PMX atas kesabaran beliau menghadapi tohmahan yg maha dahsyat hasil fitnah oleh musuh-musuh politik berpuluh tahun lalu. Ramai antara mereka telah pergi menghadap pencipta tinggal yg baru-baru meneruskan fitnah ini.
Di depan Allah SWT nanti, beratus ribu atau berjuta pemfitnah ini 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗦𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 apabila baru menyedari semua perkara liwat yg mereka percaya tentang PMX selama ini adalah 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗻𝗮𝗶 𝗞𝗔𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟𝗜𝗦 𝗢𝗟𝗜𝗚𝗔𝗥𝗖𝗛𝗬. Masa itu teringin kembali ke dunia jika boleh diputarkan semula masa pun sudah tidak berguna lagi.
𝗕𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧𝗟𝗔𝗛, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗵𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗶 sedangkan manusia tidak mengetahuinya dengan pasti sehingga di akhirat nanti. Maka tidak berbaloi mengambil risiko itu hanya kerana kebencian politik di dunia yg sementara.
Wallahualam.
-Zus Din
17042024
https://malaysiagazette.com/2024/04/16/terima-kasih-pm-satukan-keluarga-nadir-al-nuri-fadhli/
𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗣𝗠 𝘀𝗮𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗔𝗹-𝗡𝘂𝗿𝗶 – 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶
Oleh Khairulanuar Yahaya - 16 April 2024
KUALA LUMPUR – Peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa keluar keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dari Gaza amat dihargai.
Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 telah membolehkan Muhammad Nadir disatukan semula dengan keluarganya selepas berpisah selama enam bulan.
𝗔𝗵𝗹𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗮𝘀𝗶𝗿 𝗠𝗮𝘀 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮, 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗿 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘄𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘂𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗲𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁.
“Terima kasih atas kesungguhan dan usaha Perdana Menteri memastikan keluarga saudara Nadir An-Nuri disatukan semula, 𝘁𝗲𝗻𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘀𝗶𝗿 𝗸𝗵𝘂𝘀𝘂𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮.
“Tahniah kepada saudara Nadir, tentunya ini hadiah hari raya yang paling berharga untuk beliau,” kata Ahmad Fadhli dalam kenyataan.
Muhammad Nadir semalam mendedahkan, Anwar merupakan watak utama dalam ‘misi gila’ membawa keluarganya keluar dari Gaza.
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, kisah bermula apabila beliau sempat maklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby bahawa keluarganya terkandas di Rafah.
Beliau kemudian di hubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi dan akhirnya disatukan dengan keluarganya.
Ujar Muhammad Nadir, proses membawa pulang keluarganya itu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1,001 cabaran tersirat, namun tidak semua beliau berhak untuk kongsikan.
“Saya sudah biasa melalui perang di Gaza, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan tetapi misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah untuk mengeluarkan keluarga saat bedilan roket serta hentaman bom bertali-arus malah ketegangan di sempadan berlanjutan.
Bagaimanapun, secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana, ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” kongsinya.
Sejak perang meletus 7 Oktober tahun lalu Israel telah membunuh lebih 33,000 penduduk di Gaza dan memusnahkan rumah serta infrastruktur awam termasuk hospital dan pusat pendidikan.-MalaysiaGazette
RAKYAT TERENGGANU MAHU TAHU SEBAB DR SAM LANTIK BUKAN RAKYAT TERENGGANU DALAM GLC HAK MILIK KERAJAAN TERENGGANU???
Muhammad Syuza Amsyari
Adakah kami rakyat Terengganu tiada kepakaran?? tiada kemampuan?? & tidak cukup profesional bg memegang jawatan dalam sebuah syarikat GLC negeri Terengganu??
Kami sedar Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) ini ditubuhkan pd tahun 1985 adalah drp semangat pemimpin kerajaan Terengganu terdahulu.. Ia ditubuhkan untuk mengangkat maruah & imej negeri serta rakyat Terengganu drp sebuah negeri miskin yg serba kekurangan kepada sebuah negeri membangun & seterusnya kepada negeri maju.. Penubuhannya juga bersesuaian dengan operasi utamanya dalam industri petroleum & gas bagi mengambil peluang hasil bumi kurniaan Illahi ini dijumpai pada tahun 1983.. Hinggalah pada hari ini anak syarikat kerajaan negeri Terengganu (GLC) menjadi antara anak syarikat milik kerajaan Terengganu yg berjaya & berada dalam pasaran PAPAN UTAMA Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).. Kami rakyat Terengganu tidak lupa Dr Sam.. Kami tahu..
Tidak dinafikan mereka memang mempunyai latarbelakang korporat.. Tetapi kami juga sedar daripada sejumlah 1,170,700 orang rakyat negeri Terengganu juga mempunyai latarbelakang korporat yg hampir sama seperti mereka juga..
Apakah agenda politik sebenar Dr Sam?? Adakah mula merasa inilah masanya untuk kembangkan pengaruh beliau setelah dicanang hebat oleh pemimpin PAS sebagai calon Perdana Menteri M'sia?? Atau beliau cuba menggambarkan beliaulah selayaknya calon menggantikan Presiden PAS M'sia nanti..
Asasnya kerana pengumuman perlantikkan ini mempunyai persamaan latarbelakang parti politik & merupakan pemimpin politik berpengaruh dalam parti PAS semasa.. Latarbelakang ringkas untuk pengetahuan rakyat Terengganu yg telah diumumkan perlantikkan mereka oleh EPIC Berhad:-
YB Ir Ts KHAIRIL NIZAM KHAIRUDIN
●Lahir: Ipoh, Perak
●Ahli Parlimen PAS Jerantut, Pahang
●Jawatan Parti: Ketua Dewan Pemuda PAS M'sia
Ts MUHTAR SUHAILI
●Lahir: Miri, Sarawak
●Ahli Korporat & Politik
●Jawatan Parti: Timbalan YDP PAS Sarawak
●Jawatan Parti: AJK PAS Pusat
Dr Sam, jangan perjudikan nasib & masa depan kami sebagai rakyat di negeri bertuah seperti Terengganu kami ini.. EPIC Berhad adalah anak syarikat kerajaan negeri adalah juga milik rakyat negeri Terengganu.. Ia adalah warisan yg tidak ternilai untuk rakyat Terengganu.. Jangan kerana nafsu politik yg disebut tadi kami sekalian rakyat menjadi bahan niaga politik Dr Sam dalam mencapai cita-cita yg belum pasti.. Wallahu'alam & wassalam..
KES NADIR NI BUKAN ISU TERPENCIL. SEBELUM INI PUN PMX DAH BANTU KERAJAAN THAILAND.
Rupanya kes 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿 tu bukan kes terpencil. Sebelum ni pun ada kes-kes termasuk ketika DS Anwar masih lagi 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴. Bayangkanlah, sebagai hanya Ketua Pembangkang pun DS Anwar mampu lakukan.
Lebih menarik, 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗱 juga turut dapatkan bantuan DS Anwar untuk 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Ini sekali gus menjawab tohmahan walaun yang konon itu tugas PM dan semua PM akan buat.
Kalau isu besar, melibatkan ramai rakyat, itu memang perkara biasa. Semua kerajaan akan buat. Tapi ini kes individu. Ia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹. Kalau DS Anwar nak buat tak tahu pun, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗵𝘂.
Tapi tak. Dari sebelum jadi PM, bahkan selepas jadi PM sekali pun, memang sifat beliau membantu orang dalam kesusahan. Lebih dari itu, cerita ni bukan dari mulut DS Anwar sebaliknya dari mereka 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂.
Tak macam seorang tua yang mengaku kononnya dia boleh 𝗽𝘂𝗷𝘂𝗸 pemimpin Arab, 𝗸𝗼𝗻𝗳𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗶𝗺𝘂𝗿 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 pun dia yang selesaikan. DS Anwar tak payah cakap besar pun. Tau tau je jadi. Syukur kita dikurniakan seorang 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 untuk mengemudi negara. Guane boh?
Raja Gelap II
.
BAHAYANYA FAHAMAN KHAWARIJ
Mudah betul nak putuskan aqidah orang. Sedangkan Nabi ﷺ pun tak semudah itu melainkan jika 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗵𝘆𝘂. Ini baru belajar jurusan aqidah.
Ada ek jurusan aqidah? Bab aqidah memang dah tau lama. Ni jurusan aqidah. Memang jurusan tu belajar 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗮𝗾𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 agaknya. Entahlah.
Tapi nak mempersoalkan aqidah orang ni tak mudah. Selagi mana orang itu solat, berpuasa, tidak syirikkan Allah, dan tak secara jelas menentang Islam, maka dia masih 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺.
Soalnya di sini, aqidah orang kita tak boleh main agak je. Kalau dengar seorang tu pertuturannya meragukan, 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂 untuk fahami maksudnya. Nampak perbuatannya pelik, 𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂..
Tuduh orang aqidah lari ni sama macam mengkafirkan orang juga. Pesan Nabi ﷺ, 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿, 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿. Jangan pandang enteng soal ini. Guane boh?
Raja Gelap II
.
TERBUKTI AKHIRNYA SEBAGAIMANA SAYA TULIS SEBELUM INI, SAKSI MISTERI KES SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB ADALAH MENTERI KABINET KERAJAAN MADANI SENDIRI
Sebelum ini, dalam artikel yang saya tulis pada 5 April lalu, saya telah menyebut kemungkinan saksi misteri dalam permohonan Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar wujudnya satu dekri tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah adalah seorang menteri kabinet yang berkhidmat dalam kerajaan madani.
Posting bertarikh 5 April itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2024/04/05/adakah-saksi-penting-kes-semakan-najib-salah-seorang-menteri-kabinet.html
Saya menyebut perkara itu bukan saja berdasarkan bayangan yang diberi oleh peguam Najib, Shafee Abdullah bahawa saksi tersebut sedang mengerjakan umrah di Mekah dan hanya kembali ke tanah air menjelang Hari Raya Aidil Fitri, tetapi juga melalui beberapa maklumat tambahan lain yang saya diperolehi.
Sesiapa yang mengenali Zahid Hamidi, mereka pasti tahu bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu tidak pernah terlepas daripada menunaikan umrah pada 10 hari terakhir Ramadan sejak lebih 30 tahun lalu.
Jadi, bila Shafee menyebut saksi misteri itu sedang menunaikan umrah dan hanya kembali ke tanah air menjelang Aidil Fitri, selain disebutkan juga bahawa misteri itu merupakan individu penting, siapa lagi kalau bukan Zahid Hamidi?
Cuma, saya tidak menyebut namanya secara khusus kerana bimbang mengganggu proses mahkamah.
Di samping itu, maklumat lain pula memberitahu, Zahid dikatakan memang mengetahui mengenai titah adendum oleh Agong itu daripada sumber yang amat dipercayainya.
Dengan percaya sepenuhnya bahawa maklumat itu adalah sahih, maka itulah yang menyebabkan Zahid Hamidi setuju untuk membuat afidavit bagi mengesahkan kewujudan titah Agong itu, seterusnya bagi membolehkan Najib menjalani tahanan rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya.
Hari ini, di mana bermulanya perbicaraan kes semalan kehakiman Najib itu, Zahid Hamidi mengesahkan beliaulah saksi misteri yang disebut Shafee sebelum ini.
Kata Zahid, beliau sedia membuat afidavit untuk menyokong permohonan Najib itu kerana dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan kewujudan titah Agong itu.
Untuk makluman, Tengku Zafrul adalah kawan baik kepada Agong sebelum ini iaitu Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Bahkan, Tengku Zafrul dibawa menyertai kabinet sebagai Menteri Kewangan pada 2020 ketika Mahiaddin Md Yassin menjadi Perdana Menteri selepas peristiwa Langkah Sheraton pun adalah dikatakan atas cadangan Sultan Abdullah.
Zahid Hamidi mendakwa, beliau diberitahu mengenai kewujudan titah adendum itu oleh Tengku Zafrul ketika Ahli MT UMNO itu berkunjung ke rumahnya pada 30 Januari 2024.
Ini bermakna maklumat itu disampaikan kepada Zahid Hamidi hanya sehari selepas Lembaga Pengampunan bermesyuarat pada 29 Januari 2024
“Saya sesungguhnya percaya bahawa untuk tempoh masa yang mencukupi saya melihat dan membaca titah adendum, dan saya melihat dengan jelas semua kandungannya dan bahawa ia merupakan sebahagian daripada proses pengampunan pemohon (Najib) yang merupakan tambahan kepada titah utama, kedua-duanya betarikh 29 Januari 2024.
“Justeru, saya dengan ini mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Saya juga percaya selain saya dan Tengku Zafrul, anggota kerajaan yang lain turut melihat titah adendum tersebut.
“Secara khusus, saya sedar bahawa Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail juga telah melihat salinan titah adendum dan boleh mengesahkan perkara yang sama,” menurut Ahmad Zahid lagi.
Dengan anggota kabinet kerajaan madani, malah bertaraf Timbalan Perdana Menteri sendiri menjadi saksi bagi mengesahkan wujudnya titah adendum oleh Agong sebelum ini yang setuju Najib diberi tahanan rumah, bagaimanakah mahu dipertahankan lagi bekas Perdana Menteri itu daripada terus disimpan di Penjara Kajang? – ShahbudinHusin 17/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/17/terbukti-sebagaimana-saya-tulis-sebelum-ini-saksi-misteri-kes-semakan-kehakiman-najib-adalah-menteri-kabinet-kerajaan-madani.html
APA KOMPLOT UMNO DALAM ISU SEMAKAN KEHAKIMAN NAJIB? KENAPA ZAHID HAMIDI SETUJU JADI SAKSI DAN PERNAHKAH TENGKU ZAFRUL TUNJUK TITAH AGONG ITU KEPADA PMX?
Dalam isu semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib Razak untuk mencabar kewujudan satu titah tambahan yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan rumah, secara mudah difahami ia adalah saman yang dikemukakan terhadap kerajaan.
Ini berikutan pihak yang dinamakan dalam senakin kehakiman Najib itu ialah Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia.
Maka, bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi boleh bersetuju untuk menjadi saksi dan membuat afidavit sokongan kepada permohonan Najib itu?
Tidakkah perbuatan Zahid Hamidi setuju menjadi saksi seolah-olah beliau telah bertindak menentang kerajaan yang dianggotainya sebagai menteri kabinet?
Ini tata kelola jenis apa namanya?
Selain itu, menerusi afidavit yang diikrarkan Zahid Hamidi pada 9 April lalu, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah adendum itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan mereka di rumahnya di Country Heights pada 30 Januari lalu.
“Apabila saya menyoal lebih lanjut, beliau (Tengku Zafrul) menunjukkan kepada saya salinan titah adendum itu yang tersimpan pada telefonnya yang beliau ambil gambar dan imbas sendiri daripada salinan asal seperti yang ditunjukkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).
“Kandungan titah adendum itu secara jelas menyatakan bahawa pemohon (Najib) dibenarkan untuk menjalani hukumannya yang dikurangkan kepada tahanan rumah dan bukannya secara pemenjaraan seperti sekarang di Penjara Kajang.
“Saya juga melihat titah adendum itu bertarikh 29 Januari 2024 yang mempunyai meterai dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
“Saya seterusnya mengesahkan bahawa titah adendum itu adalah tulen dan sebenarnya adalah Titah Prerogatif Diraja sama seperti Titah Utama,” demikian kata Zahid Hamidi dalam afidavitnya kepada mahkamah.
Dalam hal ini, berdasarkan afidavit Zahid Hamidi itu, adakah Tengku Zafrul telah menunjukkan titah adendum yang gambar atau salinan imejnya ada disimpan dalam telefon bimbitnya itu kepada PMX atau memaklumkannya kepada kabinet terlebih dahulu?
Jika tidak, kenapa ia mesti ditunjukkan kepada Zahid Hamidi yang merupakan hanya pemimpin nombor dua dalam kerajaan?
Lagi pula, berdasarkan hakikat beliau menunjukkan gambar atau salinan titah adendum itu pada 30 Januari itu hanya sehari selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan pada 29 Januari, nampaknya pantas sungguh Tengku Zafrul menyampaikan maklumat yang diperolehinya kepada Zahid Hamidi.
Apa muslihat Tengku Zafrul dalam hal ini?
Dalam pada itu, oleh kerana disebutkan bahawa Tengku Zafrul yang memiliki gambar atau salinan imej titah adendum tersebut melalui apa yang didakwa telah ditunjukkan oleh Agong ke-16 kepadanya, mengapa tidak Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu sendiri yang diminta oleh Zahid Hamidi untuk menjadi saksi dan mengemukakan afidavit bagi permohonan semakan kehakiman yang difailkan Najib?
Kenapa mesti Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO pula yang setuju menjadi saksi dan mengemukakan afidavit ke mahkamah?
Komplot terlindung apa yang cuba dirancang Zahid Hamidi dan UMNO dalam permainan ini?
Adakah PMX sudah cukup awas dan berjaga-jaga membentengi kedudukannya sekarang ini? – ShahbudinHusin 17/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/17/apa-komplot-umno-dalam-isu-semakan-kehakiman-najib-kenapa-zahid-hamidi-setuju-jadi-saksi-dan-adakah-tengku-zafrul-tunjuk-titah-agong-itu-kepada-pmx.html
BOLEHKAH KERAJAAN TIDAK MELAKSANA, MALAH MENDERHAKAI TITAH AGONG?
Sama ada kita suka atau tidak Najib Razak diberi hukuman tahanan rumah, persoalan paling besar sekarang ialah mengapa titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan perkara itu tidak dilaksanakan oleh kerajaan, malah seolah-olah disembunyikan?
Secara kasar dan di mata sebahagian besar rakyat dan orang Melayu, perbuatan tidak melaksana dan menyembunyikan titah Agong itu adalah suatu perbuatan derhaka dan tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
Bukankah Agong merupakan ketua negara yang mana titah baginda bukan saja harus dihormati, bahkan mesti dilaksana dengan sebaiknya?
Berdasarkan afidavit Ahmad Zahid Hamidi yang setuju menjadi saksi kepada permohonan Najib untuk mengesahkan kewujudan titah adendum itu, adalah jelas beliau mengetahui mengenai wujudnya titah tersebut pada 30 Januari 2024, iaitu sehari selepas titah itu ditandatangani oleh Agong ke-16 pada 29 Januari 2024.
Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan beliau ditunjukkan salinan imej titah itu oleh Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memperolehinya daripada salinan asal yang ditunjukkan oleh Agong ke-16 kepadanya.
Ini bermakna, seawal hanya sehari selepas titah adendum untuk membenarkan Najib diberi tahanan rumah ditandatangani oleh Agong ke-16, sekurang-kurangnya dua menteri kabinet kerajaan madani pimpinan PMX mengetahui kewujudannya.
Sama ada Zahid Hamidi atau Tengku Zafrul, oleh kerana mereka mengetahuinya, kenapa mereka tidak memaklumkan mengenai wujudnya titah adendum itu kepada PMX atau membangkitkannya dalam mesyuarat kabinet?
Dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan pada 2 Februari 2024 berhubung permohonan pengampunan Najib, apa yang disebut hanyalah pengurangan hukuman penjara kepadda Najib daripada 12 tahun kepada 5 tahun dan denda RM210 juta diturunkan kepada 50 juta.
Tidak disebut sama sekali mengenai titah membenarkan Najib diberi tahanan rumah.
Kemudian, pada 2 April 2024, Najib memfailkan semakan kehakiman di mahkamah untuk mengesahkan kewujudan titah adendum oleh Agong ke-16 itu, seterusnya memohon kesemua atau salah seorang daripada tujuh responden yang disamannya agar melaksanakan titah tersebut.
Mereka yang dinamakan sebagau responden dalam saman Najib ialah Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia.
Susulan saman difailkan Najib yang mengejutkan banyak pihak itu, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dalam responnya pada 4 April memberitahu media, beliau tidak pernah melihat dan tiada maklumat sama ada titah adendum itu wujud atau sebaliknya.
“Saya tiada maklumat berkaitan dokumen tambahan, dia (pihak Najib) kata dia ada. Sebab itu saya kata, saya akan teliti setakat mana yang ada pengetahuan kepada kita,” ujar Saifuddin lagi.
Berdasarkan rentetan peristiwa di atas, ia menunjukkan Najib memfailkan semakan kehakiman di mahkamah untuk mengesahkan kewujudan titah adendum setelah lebih dua bulan Zahid Hamidi mengetahui kewujudan titah Agong ke-16 sebagaimana ia dimaklumkan kepadanya oleh Tengku Zafrul pada 30 Januari 2024.
Dalam hal ini, siapa yang memberitahu Najib atau peguam Shafee Abdullah mengenai wujudnya titah adendum itu?
Najib tidak mungkin berani membawa ke mahkamah perkara ini, melainkan beliau telah diberi maklumat yang cukup sahih tentang wujudnya titah adendum oleh Agong ke-16 itu.
Adakah maklumat itu daripada Zahid Hamidi atau Tengku Zafrul?
Jika Zahid Hamidi atau Tengku Zafrul yang menyampaikan maklumat itu kepada Najib, kenapa ia tidak disampaikan kepada PMX dan kabinet?
Logiknya, kalau kabinet diberitahu tentang wujudnya titah adendum itu, agak mustahil bila mana Saifuddin pada 4 April mengatakan beliau tiada maklumat mengenainya.
Ataukah maklumat mengenai wujudnya titah adendum itu hanya diberitahu, sama ada oleh Zahid Hamidi atau Tengku Zafrul, hanya kepada PMX dan tidak kepada kabinet?
Jika itu yang berlaku, mengapa PMX tidak berusaha melaksanakan titah adendum oleh Agong ke-16 itu?
Kenapa sampai Najib membawa ke mahkamah untuk mengesahkan kewujudannya?
Daripada aspek yang lain, apabila Agong ke-16 menitahkan agar Najib diberi tahanan rumah melalui satu titah adendum atau tambahan, sudah tentulah titah tersebut dikeluarkan dengan tujuan khusus agar kerajaan melaksanakannya.
Ertinya, titah tersebut tidak mungkin disimpan begitu saja dalam peti besi di Istana Negara atau di mana-mana Istana di mana Sultan Abdullah atau Agong ke-16 bersemayam, sebaliknya ia mestilah dihantar kepada pihak kerajaan agar ia dapat dilaksanakan.
Sekali lagi timbul persoalan, mengapa titah Agong itu tidak dilaksanakan, malah seperti disembunyikan?
Seterusnya, bolehkah titah Agong tidak dilaksana dan diderhakai oleh kerajaan?
Mewakili dan bersama rakyat Malaysia yang tetap setia kepada Raja, saya juga inginkan jawapan daripada kerajaan madani mengenai persoalan ini. – ShahbudinHusin 18/04/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/04/18/bolehkah-kerajaan-tidak-melaksana-malah-menderhakai-titah-agong.html
PERCANGGAHAN ISU TAHANAN DALAM RUMAH NAJIB.
Iswardy Morni
Satu perkembangan menarik mengenai tambahan (adendum) dalam pengampunan najib Razak sama ada terdapat tambahan untuk tahanan di rumah dalam pengurangan 6 tahun penjara dan denda kes SRC. Hari ini najib telah pun memohon dari mahkamah rayuan adendum tersebut.
Menurut Zahid Hamidi
"Dia mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024."
Namun ia dilihat bercanggah dengan kenyataan menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan bahawa beliau tidak melihat atau mengetahui mengenai maklumat tambahan tersebut.
Akhirnya dalam perkembangan terbaru, menteri Tengku Zafrul mengesahkan akan "membetulkan" beberapa kesilapan affidavit zahid yang dikatakan tersilap dalam memberikan fakta seolah-olah dia yang memberikan fakta adendum tersebut. AGC Juga menyatakan akan memberikan maklumat pembetulan tersebut
AGC mengeluarkan kenyataan itu susulan kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkaitan afidavit tambahan yang diikrarkan Zahid pada 9 April kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Jadi kesudahannya, nanti kita tengok keputusan nya
BERAS NI PUNYA MAHAL... KITA NAMAKAN DIA MAHALAUN.. UPSEREYNAPETEY....
Jamzuri Ardani
Beras kampit 10kg harga RM45 pun hangpa hingaq kata mahaldahni ... kalau kena hat RM45 sekilo ni nak kata apa tak tau ... MAHALAUN kot.
😀😀
WALAU DIKEJI... ITULAH PMX
Mohd Fairul Al Qasas.
Walaupun ada yang mengecam, memfitnah, mencela, malah menghukum aqidah PMX Anwar Ibrahim, berita kebaikannya timbul satu persatu.
Bukan beliau sendiri yang cerita, tapi orang yang tidak berkaitan dan confirm tidak berbayar.
My PM. 🫡🫡🫡
TALIAN TERPUTUS....AKAN BERSAMBUNG JAM 5 PETANG.
TALIAN TERPUTUS...SIARAN BERITA AKAN
BERSAMBUNG JAM 5 PETANG.
𝗗𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗧𝗜𝗛 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗚𝗨𝗥....𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗡𝗚𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧, 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔?
1) Dah banyak kali 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗗𝗡 - 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 DS Saifuddin Nasution Ismail supaya bertindak tegas ke atas 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 yg BUKAN setakat memainkan isu 3R tetapi juga mencerca, maki hamun, menghina dan FITNAH terhadap PMX malah mengajak kpd Pergaduhan kaum dan Kebencian Agama.
2) 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗳𝗮𝗯𝗿𝗶𝗸 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 jika terus dibiarkan puak berfikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 melaksanakan agenda 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮.
3) MDN kata polis hanya bertindak atas laporan? OK. FAIR. Tapi kita nak faham juga era Reformasi dulu bukan ke kalau kita salah sket je 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗶𝘁𝗮? Rasanya Dato' Lokman Noor Adam Official pun pernah kena. Cuba tanya dia. Ini yg perlu diperjelaskan pada Rakyat sebab Rakyat berharap sangat segala kacau bilau terutama di SocMed dapat ditangani dgn 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦, 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 dok tunggu org buat laporan.
4) Saya yakin dan percaya masalah ini jadi macamni setelah PMX dan Kabinet memutuskan utk 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯(𝟭) (𝗰) 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 (𝗳) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟱) ke atas para PNghasut, Pemfitnah, pemaki hamun dan penyebar Fake News yg dianggap "Rakyat". Pada saya 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘁𝘂 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗨𝗡𝗔 yg tak sayangkan Negara dan 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗮𝘁𝗮𝗮𝘁𝗮𝗻 terhadap pemerintah.
5) Cuba baca DUA siri kritikan saya yg PANJANG lebar terhadap Kerajaan MADANI mengenai Akta Hasutan 1948 :
i) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 𝟭
~ 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗗𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟬𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=308174442077156&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
ii) 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 𝟭𝟵𝟰𝟴 - 𝗣𝗔𝗥𝗧 2
~ 𝗜𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗬𝗚 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗧𝗛𝗘 𝗪𝗥𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗔𝗟 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗦𝗨 𝟯𝗥 (𝗥𝗔𝗖𝗘, 𝗥𝗘𝗟𝗜𝗚𝗜𝗢𝗡 & 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟𝗧𝗬)
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0D9saeKZkt1yUPJNb8Q881bDy3PQW2zD4hZdSMhPhpgrHHP8iba5Hti2gAeX6sEatl&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
6) 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 "𝘀𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 𝗼𝗳 𝗰𝗿𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀" nampaknya MenKom ada juga bertindak, beliau arahkan MCMC supaya bertegas dan siasat kaki fitnah dan PNyebar Fake News memburuk-burukkan Kerajaan MADANI. 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝘂𝘁𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺 YB Fahmi Fadzil. Tapi MDN buat apa? Goyang teloq, tunggu laporan???
7) MCMC shj ke yg pantau?? Polis?? Betul kata Tan Sri Rafidah Aziz, kita di 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗡𝗢𝗧 𝗶𝗻 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗥𝗢𝗟 dan tenggelam dgn segala Fitnah dan hasutan.
Confused. Polis boleh tolong lapor ke tidak ni?? Cuba jelaskan.🤔
- Zus Din
16042024
**********
News link : https://www.malaysiakini.com/news/702548
𝗥𝗮𝗳𝗶𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 '𝘁𝗮𝗯𝘂𝗿 𝗽𝗮𝘀𝗶𝗿' 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘂𝗸 𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴
Diterbitkan: Apr 16, 2024 9:00 AM
Dikemaskini: 9:00 AM
Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan konkrit dilakukan untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata Rafidah Aziz.
Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, kata bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu.
“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai (hold to ransom) pemimpin dalam kerajaan campuran.
“Dunia sedang memerhati kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.
“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.
"Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain," tambahnya.
‘𝗟𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗶 𝗹𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴’
Justeru, Rafidah berharap kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.
Dia juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat ini sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha "melawan api lalang."
“Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Manivanan Gowin mencadangkan 10 prosedur operasi standard (SOP) untuk diguna pakai polis bagi menangani jenayah berkaitan kaum, agama dan raja-raja (3R).
Dia juga berkata polis perlu memulakan siasatan walaupun tiada laporan polis.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Saifudin Nasution Ismail mempertahankan kenyataan polis bahawa 'tiada tindakan jika tiada laporan dibuat'.
Saifuddin menjawab gesaan supaya polis menyiasat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kerana didakwa menghasut ucapan perkauman ketika memaparkan gambarnya menghunus (pedang Jepun) "katana" yang dimuat naik di halaman Facebooknya.
Terdahulu, ketua polis negara berkata siasatan tidak boleh dimulakan sekiranya tiada laporan difailkan.
Kenyataannya itu mendapat kritikan daripada beberapa pihak, dengan NGO Lawyers for Liberty menyelarnya sebagai pihak berkuasa melakukan pendakwaan terpilih.
TAK ADA DABIK DADA..
Respon 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 terhadap posting 𝗡𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗮𝗹-𝗡𝘂𝗿𝗶. Tak ada cakap besar, tak ada berlagak, tak bermegah. Sebaliknya beliau 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 buat Presiden Mesir atas kerjasama.
Bayangkan kalau lebai. Sedangkan yang dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 pun dia 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮. Apatah lagi kalau kes macam ni. Tapi DS Anwar 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂. Itu melambangkan keikhlasan beliau membantu.
Ini pentingnya negara dipimpin oleh 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Bukannya yang hanya setakat berani baca PDF atau yang 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗔𝗿𝗮𝗯 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗶. Mudah urusan negara.
Hebatnya DS Anwar, ketika pertolongan diminta, beliau tak berjanji apa-apa. Kerana beliau tahu 𝗶𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 dan tak mahu meletakkan harapan yang tinggi. Tapi beliau tetap usahakan hingga berjaya.
Dah jadi pun bukan beliau yang hebahkan. Kalau kisah ini tak dikongsikan oleh Nadir, kita pun tak tahu cerita ni. Jauh berbeza dengan 𝗯𝗮𝗱𝘂𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝙩𝙖𝙧𝙖𝙠. Sembang lebih.
Apa yang lebih menarik, Nadir 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 penyokong PH apatah lagi DS Anwar sendiri. Tapi DS Anwar tak keberatan membantu 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻. Ini baru contoh orang beriman. Bukan yang mendoakan 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.
Memang ada walaun yang memperkecilkan usaha DS Anwar. Tapi biarlah. Pandangan walaun tak terpakai di akhirat kelak. Memang ada sesetengah golongan yang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Guane boh?
Raja Gelap II
.
ANTARA PENSYARAH UNIVERSITI DAN PENCERAMAH POPULAR
Idrus Ibrahim
Di universiti, pensyarah dilantik kerana ilmu. Sepopular mana pun seseorang, kalau jahil, tak akan dapat mengajar di universiti. Syarat sekarang, kena ada PhD.
Di masjid lain pula. Penceramah dijemput kerana popular. Sealim mana pun seseorang, kalau tak popular, masjid tak berapa minat nak jemput. Syarat, kena popular.
Pensyarah mengajar sehari paling kurang dua kelas. Kena semak kertas ilmiah pelajar, buat kajian, tulis dalam jurnal, bentang kertas ilmiah dan macam-macam. Habis kelas makan tengahari, bayar sendiri. Ikan temenung dengan sayur kubis goreng campur ikan bilis.
Masuk kelas, keluar kelas anak murid tak cium tangan pun. Kadang-kadang anak murid tak kenal pun. Berselisih bahu di jalan lagilah, anak murid buat tak kisah saja. Silap haribulan anak murid "maki" sebab tak puas hati dengan pensyarah. Dalam kelas, kalau dahaga, carilah air sendiri. Tak ada sesiapa nak layan.
Penceramah popular datang masjid 5 minit sebelum Maghrib. Lepas solat, kuliah. Buat lawak bodoh sikit, cerita hal peribadi sikit, cerita bab rumah tangga sikit, sebut boddo sekali dua, kuliah pun tamat. Makan malam, penganjur sedia. Kadang-kadang, disantun di restoran ada kelas.
Anak murid cium tangan. Selipar mahal pun anak murid susunkan. Diiring sampai ke pintu kereta dan pintu ditolong bukakan. Kereta dah berjalan, anak murid lambai-lambai lagi.
Dalam kereta, penceramah popular buka sampul atau semak dalam bank secara atas talian. RM1,000 atau RM1,500 dah masuk. Penceramah senyum puas. Penceramah beritahu pemandu Alphadnya, besok pagi jangan lupa, kuliah subuh dan dhuha pula.
Penceramah popular ulang berceramah perkara yang sama. Berkali-kali isu ceramah sama saja, asalkan tempat ceramah berbeza. Datang kuliah lenggang, keluar kuliah terus dapat duit.
Pensyarah universiti, habis kelas belum dapat duit. Kena tunggu hujung bulan. Berapa? Ya, katakan RM10,000 sebulan. Penceramah popular dapat RM1,000 x 2 kali kuliah x 30 hari. Berapa? Ya, RM60,000 sebulan.
Tolak pi tolak mai, katakanlah RM30,000 sebulan. Ngaji tak setara mana, mengajar tak setara mana, dapat sebanyak itu. Pensyarah punya teruk, dapat hanya sepertiga pendapatan penceramah popular.
Pelajar keluar universiti dapat ilmu. Jemaah keluar kuliah penceramah popular dapat apa? Dapat modal maki orang? Dapat akal untuk jadi Khawarij? Dapat modal nak sembang lawak di kedai kopi?
Ya, saya mungkin keterlaluan dalam membuat perbandingan. Tapi itulah realiti meskipun tidak tepat sepenuhnya.
Kita sudah lama "diperbodohkan" oleh penceramah popular. Atau istilah yang lebih kejam, "penceramah cari makan dengan jual agama". Sudah-sudahlah. Carilah pintu keluar untuk masalah ini. Pintu keluarnya sudah banyak terbuka, cuma kita yang masih belum mahu keluar.
Saya bukan pensyarah universiti dan bukan penceramah popular. Saya menulis atas kapasiti sebagai anggota masyarakat yang mahu mengeluarkan masyarakat daripada kebodohan.






























