MANA TENDER TERBUKA PROJEK JANAKUASA RM9 BILION?


TAK ADALAH TIAN....RAMAI PENYOKONG LEGA JIKA TEAM AZMIN TIDAK ADA DALAM PKR- JADINYA "NAK BUNUH" , "BUNUH SAMPAI LICIN"......


Bekas MP Batu terkilan nama digugurkan, dakwa ramai penyokong PKR kecewa.





Pengumuman senarai calon PKR yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam tidak diterima dengan baik semua pihak, malah ada yang meluahkan rasa kecewa.

Bekas Ahli Parlimen Batu dan juga veteran PKR, Tian Chua antara yang menzahirkan kekecewaan selepas namanya juga tidak tersenarai sebagai calon apabila PKR mengekalkan calon lamanya, R Prabakaran.

Chua meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan senarai calon yang diumumkan PKR semalam tidak memuaskan hati orang ramai, khususnya penyokong parti.

“Memandangkan saya bukan lagi sebahagian kepimpinan parti pada masa ini, saya tidak tahu proses terperinci mengenai pemilihan calon. Sudah tentu, pemilihan ini tidak akan memuaskan hati semua orang. Ia boleh difahami,” katanya dalam hantaran akaun Facebook.

 “Bagaimanapun, saya rasa senarai calon sepatutnya lebih inklusif bagi menggambarkan kepelbagaian dalam parti,” tambah Chua lagi.

Chua juga berkata daripada maklum balas akar umbi, ramai yang memberitahu rata-rata mereka kecewa dengan pemilihan calon yang dibuat pada PRU-15 kali ini dan mengingatkan agat calon untuk memberi tumpuan sepenuhnya bagi memenangi hati pengundi.

“Selepas pengumuman, ramai orang kecewa dengan sesetengah pemilihan calon.

“Saya ingin mengingatkan semua calon bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk bersuara di kawasan mereka dan mewakili kepentingan pengundi. Jangan menganggap pengundi di kawasan itu sebagai tiket ke Parlimen (atau kuasa).

“Ahli Parlimen bukan kelas istimewa, tetapi hamba rakyat. Sebagai Ahli Parlimen, kita hidup dalam kalangan pengundi dan masyarakat adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya lagi.

Terdahulu, PKR semalam mengumumkan 72 senarai calon Parlimen yang bakal ditandingi mereka pada PRU-15 nanti.


KESIAN MAKLAM :' DUA PRESIDEN" PBM LARRY GANTUNG ZURAIDA , 12 PEMIMPIN. MASA DALAM PKR KAU CERAMAH JAJA NAMA ANWAR SANA SINI.BILA DAH NAIK KAU KHIANAT.AKU NAK KATA PADAN MUKA KAU SAJA MAK LAM


 'Presiden lama' PBM Datuk Larry Sng menggantung keahlian 'presiden baharu' Datuk Zuraida Kamaruddin, dan 12 pemimpin kanan lain berkuat-kuasa serta-merta seperti diumumkannya malam tadi (28 Oktober 2022).


Kemelut dalaman dan krisis ‘dua presiden’ Parti Bangsa Malaysia (PBM) semakin parah apabila ‘presiden lama’ Datuk Larry Sng menggantung 13 pemimpin kanan parti, termasuk ‘presiden baharu’ Datuk Zuraida Kamaruddin, berkuat kuasa serta-merta, malam tadi (28 Oktober 2022).

Dua belas anggota majlis tertinggi itu ialah Haniza Mohamad Taha; Dr Daroyah Alwi; Rahimah Majid; Dr Sathiskumar a/l Govindaraju; Muhammad Saiful Bahari Sahari; Na’im Brundage; Abdul Aziz Abdul Kadir; Zakaria Abdul Rahim; Muniraa Abu Bakar; Datuk Chua Lian Chye’ Datuk Roger Tan Seng Huat; dan Albakri Salim.

“Surat penggantungan telah dihantar kepada mereka secara individu,” kata Sng dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

“Selaras dengan perlembagaan PBM Fasal 60 (iii), saya telah mengambil keputusan untuk menggantung individu berkenaan daripada jawatan mereka dalam Majlis Tertinggi berkuat kuasa serta-merta.

“Ini termasuk juga penggantungan Datuk Hajah Zuraida Binti Kamaruddin sebagai ahli biasa PBM. Ini berhubung penglibatan berterusan mereka dalam menjejaskan kepentingan parti dan kepimpinannya.”

Kemelut itu bakal menjejaskan semua calon PBM yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, terutama menjelang hari penamaan calon pada 5 November.

Ini kerana watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh presiden atau pengerusi bagi sesebuah parti atau gabungan politik perlu dikemukakan kepada pegawai pengurus pilihan raya ketika hari penamaan calon, sebagai bukti sah.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pencalonan seseorang itu yang mewakili parti atau gabungan tertentu tidak sah, kecuali mereka bertanding atas tiket Bebas.

Dalam kes PBM, pegawai pengurus pilihan raya pasti akan menyemak dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu untuk mengesahkan siapa presiden sebenar, bagi mengesahkan watikah pencalonan. Ia juga perlu dilakukan jika ada bantahan daripada calon lain.

Namun, dengan tempoh masa yang singkat pada hari pencalonan selain diadakan pada Sabtu, ianya akan menyulitkan semakan itu dilakukan, sekali gus menyebabkan calon PBM akan ditolak.

Larry berkata beliau membenci dan mengecam muslihat politik sedemikian yang telah menjejaskan kepercayaan kepimpinannya dan telah menyebabkan banyak kekeliruan kepada ahli parti serta masyarakat.

“Oleh itu, jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara itu selepas pilihan raya.

“Satu Mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan pada Ahad ini, 30 Oktober 2022, di Sarikei, Sarawak, pada jam 4 petang memandangkan perkara ini amat mendesak, untuk membincangkan dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Saya akan melaksanakan peruntukan Fasal 21 (ii) perlembagaan parti untuk membenarkan mesyuarat diadakan kurang daripada notis 7 hari yang diperlukan. Mereka yang telah digantung kerja tidak akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.

Dalam kenyataan pagi ini (29 Oktober 2022) pula, penyandang kerusi Parlimen Julau dan kini kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus di Sarawak itu, menjelaskan adalan penting untuk mengetahui kronologi krisis yang berlaku.

Menurutnya pada 1 Oktober 2022, PBM telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di mana dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada Zuraida iaitu ‘presiden yang dilantik’, kerana menyertai parti itu dan menyatakan hasrat untuk menjadikannya pengganti pada “masa yang sesuai”.

Usul terima kasih telah diluluskan sebulat suara oleh ahli perwakilan mengenai perkara ini. Perkara itu dilaporkan dalam media pada 2 Oktober 2022, tambah Larry lagi.

Katanya beliau tidak meletak jawatan, dipecat atau keluar untuk menyertai mana-mana parti politik dan tiada kekosongan jawatan presiden yang berlaku.

“Selepas itu notis mesyuarat Majlis Tertinggi telah dikeluarkan pada 5 Oktober, bukan di bawah arahan saya, untuk mesyuarat yang akan diadakan pada 7 Oktober. Mesyuarat ini tidak sah kerana di bawah perlembagaan parti Fasal 21 (I) & (II), kuasa untuk memanggil sebarang mesyuarat adalah oleh Presiden dan notis 7 hari mesti dikeluarkan melainkan diketepikan oleh Presiden.

“Masa mesyuarat itu juga bertepatan dengan Ucapan Belanjawan, di mana semua Ahli Parlimen PBM hadir di Parlimen. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Haniza yang juga Timbalan Presiden, dan dihadiri oleh beberapa Ahli Majlis Tertinggi tetapi sebahagian besarnya dianggotai oleh ahli parti yang tidak diiktiraf sebagai Ahli Majlis Tertinggi oleh ROS.

“Saya faham bahawa mesyuarat mereka tidak pun memenuhi korum yang diperlukan iaitu separuh daripada semua Ahli Majlis Tertinggi di bawah Fasal 21 (III).

“Sejak mesyuarat itu, Setiausaha Agung telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Datuk Zuraida Kamarudin telah dilantik sebagai Presiden baharu. Tiada peruntukan sedemikian dalam perlembagaan parti yang membenarkan penyingkiran Presiden atau mana-mana Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih melainkan ia dilakukan dalam AGM di bawah Fasal 14 (I) & (II), yang tidak berlaku.

“Dalam mesyuarat tidak sah itu juga telah diputuskan bahawa Setiausaha Agung dilantik mewakili parti dalam menandatangani watikah calon semasa pilihan raya umum. Ini jelas merampas kuasa Presiden, kerana saya pernah menjadi penandatangan tunggal untuk menandatangani watikah untuk semua calon di PRN Johor,” katanya lagi.

Susulan itu, Larry berkata beliau mengambil langkah susulan dengan menggantung setiausaha agung dan ketua penerangan diikuti timbalan presiden dan ahli majlis tertinggi yang menyebabkan timbul banyak ketidakpastian berhubung siapa presiden PBM yang dipilih secara sah.

“Harapan perwakilan parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kami pada Januari 2022 di Sibu Sarawak, yang telah memilih barisan kepimpinan parti perlu dihormati,” katanya.

CALON PRU15 PARTI PKR



1. Semalam saya tonton secara live, pengumuman calon PRU15 bagi parti PKR. Massive turnout dalam gambar. Impressive. Parti perlu harapkan turnout yang ramai tu ialah di kalangan pengundi atas pagar yang dah mula condong ke PH. Bukan hanya penyokong parti. 


2. Satu perkara utama yang saya boleh komen. RAFIZI is the Renaissance Man in PKR. He revives PKR dari parti yang lesu, kalah berturut2 dalam PRN dengan telur ayam, kepada parti yang punya prospek besar masa PRU. Kita sangka akan ada Renasissance Man dalam Parti Keramat Melayu, tapi PKR yang buat dulu. 


3. Bukan saja ada orang segar dan baru, PKR juga tampilkan pembaharuan lain dari yang lain. Calon mereka kena isytihar harta dan buat akujanji potong gaji/ elaun nanti kalau menang. Serahkan amaun tu pada rakyat. Selain itu, biodata dan CV calon juga akan dimuatnaikkan dalam website. Untuk orang rujuk dan nilai calon SAFT. Ini pada saya, inovatif sekali. Menggalakkan pengundi bijak memilih. 


4. Line up mereka rata2 mengekalkan incumbent atau MP sedia ada di tempat safe seat, kecuali Tuan Presiden. Dia akan bertanding di kerusi berisiko. The greater the risk, the greater the reward. Mungkin itu strategi PKR kali ini untuk Presiden mereka. Mereka kena harap Langkah Tambun ini tidak ada orang kona baring. Mungkin next PM kita dari sana. 


5. Heavyweights PKR dan calon popular diletakkan di Perak. Seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan Ustaz Nik Omar. Melawan warlords dari UMNO. Presiden juga bertanding di Ipoh. Pada saya, menunjukkan kesungguhan PH nak tawan Perak kembali. Fokus utama PKR di sana nanti. 


6. Ramai line up di kalangan anak muda berpendidikan dan wanita. Mereka angkat Pensyarah OKU juga. Melawan di Putrajaya. Diversiti dan Inklusiviti. Ini ramai akan suka. Parti yang buat langkah begini akan sentiasa stay relevant. Kalau yang dok isi warlords tu, parti yang makin menua dan boleh lah ditolak tepi. 


7. Apa yang saya dapat rumuskan, PKR buat langkah tepat umumkan calon sebelum Parti lain. Dengan pelbagai inovasi baru. Ini antidot atau pengubat politik lesu. Sama ada ia dapat diterjemahkan di kotak undi, kita lihat masa PRU. 


8. Apapun, bravo PKR! Nice move. Saya tak sabar nak tengok line up parti lain pula. Mari kita angkat MP berkualiti. Bukan lagi pangkah ikut parti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PESAN RAFIZI- LAGAKAN BANGSA- YANG ATAS SAKAW

 


PESAN RAFIZI MENGENAI TABUNG HAJI


 

SELEPAS ANWAR DAN MAHIADDIN SAMA2 TOLAK MAHATHIR, KINI HANYA ADA JALAN MATI DI DEPAN GTA

 

Walaupun hari penamaan calon ada kira-kira seminggu lagi, cubaan Tun Mahathir Mohamad mencari rakan kerjasama bagi GTA nampaknya terus menemui jalan buntu.

Jika sebelum ini PH dan Anwar Ibrahim dengan tegas menolak pelawaan bekerjasama yang dihulurkan Tun Mahathir dengan mengatakan lebih baik beliau bertemu rakyat daripada berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu, semalam PN dan Mahiaddin Md Yasin juga mengambil keputusan yang sama.

Pengerusi PN itu berkata, pihaknya telah mengambil keputusan untuk menghadapi PRU15 dengan parti komponen sedia ada saja.

“Tak ada langsung perbincangan (dengan GTA)… kita putuskan untuk meneruskan atas inisiatif gabungan sedia ada semata-mata.

“Bukan tak nak bekerjasama tetapi kita putuskan untuk buat apa yang kita telah susun sejak awal.

“Masing-masing akan teruskan dengan agenda PN, bukan PN Plus dan sebagainya,” kata Mahiaddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN.

Respon Mahiaddin itu adalah berikutan kenyataan Tun Mahathir yang menyebut GTA dan PN telah memulakan rundingan bagi membentuk kerjasama bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Kenyataan Tun Mahathir yang muncul semalam itu adalah selepas hasrat beliau untuk bekerjasama dengan PH hanya mendapat reaksi dingin daripada Anwar, meskipun ada beberapa penganalisa dan ahli akademik tidak henti-henti menyarankan perlunya kerjasama itu diwujudkan.

Ada maklumat memberitahu, sebenarnya tiada sama sekali sebarang pertemuan, apa lagi rundingan, antara pemimpin PN dengan Tun Mahathir sebagaimana yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu.

Kata maklumat itu lagi, pemimpin PN hanya pernah bertemu dengan Tun Mahathir kira-kira empat bulan yang lalu, tetapi tidak langsung membincangkan soal kerjasama dengan GTA, jauh sekali berunding tentang pembahagian kerusi.

Pertemuan tersebut adalah dalam pengetahuan Mahiaddin selaku Pengerusi PN dan sekadar untuk menghormati Tun Mahathir yang menyatakan keinginan bertemu melalui seseorang yang dihantar khusus bagi tujuan tersebut, tambah maklumat itu lagi.

Bermakna sekarang, dengan penegasan Mahiaddin semalam, adalah jelas dan muktamad bahawa PN tidak akan bekerjasama dengan GTA serta dengan mana-mana pihak yang lain.

Lagi pula, soal pembahagian kerusi antara parti-parti dalam PN sudah pun selesai dan tiada ruang lagi untuk pihak luar berunding berkenaan dengannya.

Dalam hal ini, keputusan Mahiaddin menolak untuk bekerjasama dengan GTA adalah keputusan yang wajar, tepat serta bijak.

Sama seperti Anwar yang lebih dulu menolak GTA dan keputusan itu menyebabkan banyak pihak memuji pendiriannya, Mahiaddin juga sebenarnya layak diberi pujian atas ketegasannya itu.

Ini kerana, Tun Mahathir adalah toksik yang seharusnya dijauhi, bukannya didekati, selain kedudukannya tidak lagi relevan untuk dibuat kawan.

Tambahan pula, hasrat bekerjasama yang ditawarkan oleh Tun Mahathir tidak memberi apa-apa nilai tambah, baik kepada PH mahu pun PN, sebaliknya hanya untuk GTA menumpang kekuatan dua gabungan itu bagi memastikan nyawa politiknya tidak mati di tengah jalan.

Kini, dengan PH atau PN tidak mahu berkawan dengan Tun Mahathir, yang ada di depannya hanyalah jalan mati, kecuali laluan menuju ke “pusara kematian” semakin terbentang luas buat GTA selepas saja hari pengundian 19 November nanti. – ShahbudinHusin 28/10/2022.

PESANAN BUAT PEJA..PENGKIANAT TETAP PENGKHIANAT 10 SEBAB SEBAB KEGAGALAN PEJA.





1 SERANG ANWAR DENGAN NEGARA ISRAEL DAN BUKAN SOAL NEGARA LUAR TENTANG KEADAAN  NEGARA LUAR TETAPI APA TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL TENTANG NILAI MATAWANG RINGGIT YANG JATUH DAN APA KAH YANG PERLU DILAKUKAN.

2. CUBA CERITA TENTANG HADI AWANG YANG  NAK BERKAWAN DENGAN TALIBAN .

3.PEJA ADALAH RAJA KATAK-  PEJA PEMUDA UMNO BARU- LOMPAT KE BERSATU 2017 - LOMPAT KE PAKATAN HARAPAN-DNA KATAK SANGAT KUAT -LOMPAT PULA KE PN.

4. PEJA PATUT DENGAR CAKAP MAHATHIR- MELAYU MUDAH LUPA DIBENCI ORANG DI CENDERIANG- DAN KEMUDIAN DI TAMBUN DAN MENANG ATAS TIKET PAKATAN HARAPAN. ORANG CHENDERIANG SEDAR DIA PENGKHIANAT.PENTADBIRANNYA LINGKUP SEMASA JADI MB PERAK. RAKAN DIA DALAM UMNO TIDAK SUKA DIA.

5. KELAYAKAN DIA DALAM AMPU BDEK. PM  PATUT PILIH ORANG YANG BIJAK. TAPI MASA DIA MB DIA MALAS DAN BODH . BILA JADI MENTERI BEIA DIA MARAH. KEPADA ATHLIT SUKAN ASIA. MEREKA MESTI DIHANCURKAN DALAM PEU 15

6. DIA BOHONG MENGENAI IJAZAHNYA. DIA ADALAH GRADUAN LUAR NGERI.BILA ISU MENTERI ADA IJAZAH PALSU. DIA MENGAKU YANG DIA GAGAL DAPAT IJAZAH DARI PERTH

7. TINDAKAN MB YANG PALING BODO IALAH PADA TAHUN 2019. MEGAMBIL TANAH PETANI SEJAK  4 GENERASI. BAGI TANAH PADA PEMAIN BOLA. 

8. PEJA TIDAK SERIUS DALAM MEMBANTERAS RASUAH..DIA BERI PROJEK HUTAN PADA SYARIKAT KRONI YANG MEMPUNYAI MODAL 2 RINGGIT. BAGI BEGITU SAJA..DIA HANYA PANDAI SENGEH.

9. TAK HORMAT ORANG ASLI DAN ARAH POLIS AMBIL TINDAKAN TEGAS YANG HANYA MAHU MENGAMBIL TANAH ORANG ASLI.

10.LAPORAN KHAZANAH NEGARA MENGENAI  PERAK ADALAH NEGARA KE 2 MISKIN SELEPAS KELANTAN . SEJAK PERAK DIPERINTAH  DAN DI SALAH URUS OLEH KERAJAAN UMNO BARU.




ADAKAH DENGAN MELANTIK FAIZAL AZUMU SEBAGAI PENASIHAT PERDANA MENTERI, M...



MELANTIK FAISAL AZUMU SEBAGAI PENASIHAT PERDANA MENTERI BERTARAF MENTERI.


MAHYIADDIN  BERI 32 MINGGU  CUTI PADA MURID SEKOLAH.

PEJA NASIHAT PM BERI CUTI 32 MINGGU.



JAHATNYA TOK GURU INI -DIA DALANG DALAM KEJATUHAN KERAJAAN TEBUK ATAP DAN PINTU BELAKANG




DALAM DUNIA INI ULAMAK YANG JAHAT DAN BERFIKIRAN JAHAT DAHAJA YANG MENJATUHKAN KERAJAAN SAH YANG DIMILIKI RAKYAT.

 

SOALAN BUAT PAK LEBAI DARI RARA MENGENAI DAP


 

1. KENAPA KETIKA MENJADI KERAJAAN PAK LEBAI TIDAK USAHAKAN MENGHARAMKAN DAP


2. KENAPA KETIKA MEMERINTAH KERAJAAN PH MENURUNKAN KADAR CABUTAN UNDI DARI 8 KEPADA 22 SEMULA/


3. PAS BUAT APA KETIKA MENJADI KERAJAAN KES ARWAH ADIB


4. APA YANG BERLAKU KETIKA FITNAH TABUNG HAJI DAN MUJAHID TELAH MENANG SEBANYAK 3 KALI AKIBAT FITNAH PAS.



ORANG MUDA BIASA CERDIK...HANG TENGOK..HANG DAH MALUKAN ORANG MUDA...


 

1. ORANG MUDA HARUS BERPELAJARAN 

2. JANGAN MALUKAN ORANG MUDA DENGAN TUDUHAN TANPA KAJIAN

3. BANGSA CINA BUKAN SEMUA SOKONG DAP

4. SIAPA   KATA DAP KOMUNIS DAN KENAPA KERAJAAN PN TAK PERNAH HARAMKAN

6 BUKAN SEMUA ORANG CINA DAN INDIA KAYA RAYA.

APA PERUBAHAN YANG DIBAWA PN/BN. HANYA MENTERI 70 TAPI HARGA AYAM,TELUR DAN BARANG NAIK






1. Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH

2. Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego – PH

3. Yang bayar hutang 1 MDB – PH

4. Yang hapuskan GST – PH

5. Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH

6. Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH

7. Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH

8. Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH

9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH

10. Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH

11. Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH

12. Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH

13. Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH

14. Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH

15. Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH

16. Yang kekalkan institusi raja-raja – PH

17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH

18. Yang beri kebebasan media tiada lagi TV3 kuasai – PH

19. Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH

20. Yang kurangkan beban guru-guru – PH

21. Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH

22. Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH

23. Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH

24. Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH

25. Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH

26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH

27. Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH

28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH

29. Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH

30. Yang naikkan elaun guru KAFA – PH

31. Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH

32. Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH

33. Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH

34. Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH

35. Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH

36. Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH

37. Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH

38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH

39. Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH

40. Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH

41. Yang turunkan tarif elektrik – PH

42. Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH

43. Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH

44. Yang berjaya tangguhkan UEC – PH

45. Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH

46. Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH

47. Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH

48. Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH

49. Yang set harga minimum getah sekerap – PH

50. Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH




Rakyat Perlis berbelanja di Thailand, harga barang Malaysia mahal - Mat Sabu



Penurunan nilai ringgit menyebabkan harga barang terlalu mahal di Malaysia sehingga rakyat di sebelah utara Semenanjung terpaksa ke Thailand untuk membeli barang keperluan.



Hal itu didedahkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ceramah Jelajah Mega HARAPAN 2022 negeri Perlis, malam tadi.



"Kalau hari cuti kereta panjang dari sempadan sampai ke Changlun, begitu juga di Wang Kelian, Padang Besar kerana orang ramai pergi di seberang sana. Ke Hadnyai, Setoi untuk pergi makan makan bawa keluarga.



"Kalau di Tambak Johor ribuan rakyat tiap pagi lintas Tambak untuk kerja di Singapura. Di sini pula orang pergi berbelanja. Orang tak berebut sangat ke Langkawi sekarang kerana masalah harga makanan dibandingkan dengan seberang sana (Thailand)



"Tiga bulan lepas saya pergi Setoi (Satun). Kita pergi pasar makan laksa. Laksa daun dekat 15 jenis. Tanya nak bayar laksa sepinggan 15 kok. 15 kok lebih kurang RM1.70. Patah balik mai Perlis sepinggan RM5. Pasai apa?



"Hang pa tak rasa jeles ke?" tanyanya.



Penyandang kerusi Parlimen Kota Raja itu berasa hairan kerana harga minyak dan minyak masak di Thailand sangat tinggi tetapi bagaimana makanannya berharga murah.



"Patutnya saya yang biasa jadi menteri rasa segan. Minyak petrol, diesel di Thailand jauh lebih mahal dari Malaysia hampir 2 kali ganda. Minyak masak juga mahal.



"Makanan murah. Pelik ke tak? Saya pelik. Lalau di KL kita ada RM50 dalam poket masuk kedai mamak beli lauk sotong satu, udang satu, bendi dua. Kira kira RM31.



"Masalah harga barang di negara kita terlalu tinggi dibanding dengan pendapatan," katanya.



Oleh itu, kata Mat Sabu, sekiranya ketirisan RM60 bilion setahun boleh diatasi maka banyak dana boleh dijimatkan dan memberi peruntukan pembangunan atau subsidi kepada rakyat.



"Kita tengok Pulau Pinang, Kerajaan Negeri boleh buat lebuh raya dari bandar Tanjung ke Balik Pulau, Kerajaan Negeri buat. Pasai dia ada duit, tak tiris.



"Selangor macam macam dapat. Sampai aku tak dapat nak habaq. Banyak skim itu ini. Sebab duit banyak digunakan untuk kebahagian rakyat semua.



"Sebab itu kalau boleh mengandung di sini, pi beranak di Selangor. Biar anak ambik IC Selangor," katanya lagi.



Oleh itu Mat Sabu menegaskan, pilihan rakyat kali ini terhad kepada Pakatan Harapan dan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Hanya dengan cara itu, katanya, negara boleh dipulihkan dan kembali makmur seperti dua dekad lalu.

 

Jual aset TH: Dijual ke Kementerian Kewangan, Kerajaan PH suntik RM19 bilion pulihkan TH




 

Tohmahan kononnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual aset milik Tabung Haji (TH) kepada bukan Bumiputera dimainkan secara besar besaran dalam naratif kempen parti Melayu-Islam sejak pembubaran parlimen.



Bagi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, propaganda tersebut sebaliknya hanya memperbodohkan minda Melayu kerana dokumen kerajaan menunjukkan aset TH yang dijual ke Kementerian Kewangan dan masih ada di bawah jagaan Menteri Kewangan sehingga kini sekiranya mahu diselidiki.



Sebaliknya kata beliau, TH memang telah menunjukkan kewangan negatif sejak pendedahan yang dilakukan oleh beliau pada 2016



"27 Januari 2016 saya dedahkan rizab TH negatif sejak Disember 2014.



"Februari 2016 TH mengaku secara rasmi bahawa rizabnya memang negatif. Februari 2016 juga saya dedahkan surat Bank Negara bahawa amalan TH membayar dividen dalam keadaan rizab tidak mencukupi melanggar akta.



"Kesemua analisis dan pendedahan saya mengenai kerugian dan penyelewengan TH ini ada 33 analisis kesemuanya," katanya dalam satu klip video.



Selepas PH menang pada 2018, kata Rafizi, kerajaan melantik PricewaterhouseCoopers (PWC) untuk menyiasat prestasi kewangan TH.



Katanya, sebanyak RM549 juta kerugian dalam pelaburan yang gagal dicatat. Sebahagian besar, dakwa Rafizi, kerana penyelewengan dan disembunyikan. Hal itu, katanya untuk membolehkan TH melaporkan keuntungan yang lebih tinggi bagi membayar dividen kepada penyimpan sedangkan keuntungan tidak wujud



Juga, katanya, keuntungan dari penjualan saham Bank Islam sebanyak RM533 juta seperti direkodkan hanyalah helah perakaunan untuk mencipta keuntungan yang tidak ada.



"RM436 juta keuntungan anak syarikat TH yang diisytiharkan sebagai dividen dan dibayar ke TH pula kekal tertunggak sehingga 30 September 2018.



"Ini bermakna TH merekodkan keuntungan anak syarikat dan ia mendapat pendapatan dari anak syarikat. Masalahnya dividen itu belum dibayar bermakna pendapatan RM436 juta itu sebenarnya belum ada," katanya.



Rafizi juga menekankan akta penubuhan TH tidak membenarkan dividen dibayar jika kewangan syarikat negatif. Maka kata beliau, Kerajaan PH terpaksa memindahkan pelaburan atau syarikat yang rugi ke Kementerian Kewangan bagi memboleh TH membayar dividen dengan mengekalkan syarikat untung.



"Mengikut Akta TH, jika rizab negatif TH tidak boleh membayar dividen kepada penabung. Apa nasib pakcik makcik di kampung yang duit simpanan mereka kekal mengecil kerana diguna menampung anak anak syarikat yang rugi ini? Sebab itu PH mengambil keputusan menyelamatkan TH.



"Semua aset yang rugi dijual kepada Kementerian Kewangan pada harga RM19.9 bilion. Nilai aset ini hanyalah RM10 bilion tetapi Kementerian Kewangan membayar RM19 bilion.



"Maksudnya ambil duit pembayar cukai untuk disuntik ke dalam TH supaya rizab positif dan tidak memikul biawak hidup," katanya lagi.



Sehubungan itu, Rafizi mahu Umno dan Pas tidak lagi memutar belit isu TH. Kemenangan pilihan raya memang idaman semua ahli politik, katanya, tetapi janganlah gunakan apa sahaja cara termasuk menabur fitnah untuk menang.