RAKYAT DAPAT HADIAH HUTANG 1MDB


Sumber berkata, siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001. Terdahulu, perbicaraan kes 1MDB, di New York itu menjadi sensasi selepas Leissner memberi keterangan tentang hubungannya dengan Rohana yang berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.



INILAH MUKANYA ...APA MACIAM BOSSLU...





 INILAH MUKANYA!

Yang kamu sanjung2..

Lihat berapa banyak duit 1MDB yang diseleweng untuk beli private jet, hotel & condo di New York, LA & London!

(Semuanya fakta ya)

#1MDB #bossku #bosskur #anapuashati

Anwar kemuka usul bahas keterangan Leissner

 

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keterangan Tim Leissner berkait Bank Negara melibatkan kepentingan orang ramai.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun untuk membahas keterangan Tim Leissner berhubung penglibatan Bank Negara (BNM) berkait skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ia adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya.

BN menang pun belum tentu stabil, kata pengundi Johor

 


BN menang pun belum tentu stabil, kata pengundi Johor


Meskipun giat menggunakan tema kestabilan dalam kempen Pilihanraya Negeri Johor, rata-rata pengundi masih belum yakin kerajaan boleh stabil sekiranya Barisan Nasional menang.

Pendapat itu disuarakan Mukhlis Arifin, 34, yang merupakan pengundi di sini.

Beliau yang bakal mengundi kali kedua pada kali ini menyifatkan pergeseran dalaman Umno tidak akan reda dan menjadi punca ketidakstabilan keadaan politik hari ini.

“Pada saya, punca kepada ketidakstabilan yang berlaku pada hari ini bukan sahaja kerapuhan hubungan parti-pati yang membentuk kerajaan tetapi masalah dalaman Umno itu sendiri menjadi faktor utama ketidakstabilan”, katanya.

“Kalau kita lihat sebelum ini dalam kerajaan persekutuan, Tan Sri Muhyiddin jatuh, yang bergaduh adalah sesama Umno; sebab ada dua kem yang sokong Muhyiddin dan tolak Muhyiddin.

“Sesama mereka yang berpecah, kemudian timbul masalah dan keadaan politik jadi tak tentu hala sampai sekarang” jelasnya.

“Jadi apa jaminan kalau mereka menang, keadaan boleh stabil?” soalnya.

Berkongsi pandangan sama, Rohani Jamal, 45, menganggap BN sukar menterjemah kestabilan sekiranya masalah dalam Umno masih belum selesai.

“Ramai yang sebut tentang kluster mahkamah dan kumpulan penyokong Perdana Menteri yang sentiasa bersaing untuk dapatkan sokongan dan ini menujukkan dalaman Umno sendiri tak stabil” ujarnya.

“Rakyat sekarang bukan seperti dahulu, boleh telan bulat-bulat apa yang mereka kata, maklumat sentiasa sampai dan berada di hujung jari” tambahnya lagi.

Ditanya adakah Perikatan Nasional (PN) pilihan terbaik, beliau berkata kebanyakan pengundi tidak lagi terikat dengan parti untuk membuat pilihan.

“Saya rasa pengundi akan beri undi pada calon yang buat kerja, tak kisah sama ada dia dating dari parti mana atau bagsa apa; yang penting dia rajin buat kerja kita sokong tapi kalau nak kata kena sokong BN untuk stabil apa semua ni, saya tak setuju” jelasnya.

PRN Johor bakal menyaksikan seramai 2.576 juta pengundi berdaftar layak mengundi untuk memilih wakil mereka di 56 Dun dengan 28 peratus atau  749,731 daripadanya merupakan pengundi baru yang berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.


Martabat Islam: Hadi tanya, Hadi perlu jawab


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, memasuki gelanggang PRN Johor dengan peringatan bahawa umat Islam Malaysia masih dilanda masalah besar – pemikiran yang dijajah. Fenomena ini menyebabkan mereka keliru dan sukar memahami cabaran sebenar yang dihadapi ummah dan kurang bijak memahami punca dan cara menanganinya. Hadi mengingatkan bahawa umat Islam mesti memahami dan akur bahawa tujuan asas para nabi dan rasul diutus kepada manusia bermatlamat:

“Dialah (Allah) yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) agar Dia memenangkannya ke atas segala agama-agama yang lain; meskipun orang Musyrik membenci.” (Surah al-Saff: 9)

Hakikat ini digiring dengan sabda Rasulullah:

“Islam itu tinggi, dan tiada ajaran yang dianggap lebih tinggi daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari 1399 dan al-Daraqutni 3620)

Hadi berpandangan bahawa Islam itu wajib dimuliakan mengatasi segala agama, ideologi dan ajaran yang lain, sehingga Islam berkuasa memerintah dalam sebuah negara berdaulat.

Bahkan, hakikat ini, katanya, harus meliputi seluruh kehidupan manusia dan segala urusannya, kerana hanya Islam adil untuk semua.

“Inilah Islam yang diwahyukan kepada para anbiya’ yang berakhir dengan Nabi Muhammad. Inilah juga Islam yang datang ke Nusantara apabila ia dianuti oleh negara dan rakyat.

“Sebarang undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan Islam adalah terbatal dengan sendirinya,” kata Hadi. Mesej ini dilebarkan melalui media rasmi partinya Harakah Daily.

Justeru, katanya, para sultan dan raja-raja Islam, ulama dan rakyat berkongsi tanggungjawab mempertahankan kedudukan Islam yang diletakkan pada kedudukan yang tinggi.

“Mereka menentang penjajah dengan harta dan jiwa raga mereka, walaupun perjuangan itu memakan masa dan beberapa generasi lamanya,” tegas Hadi.

Sebab itu sejak lebih setengah abad lalu, Perlembagaan mengiktiraf Islam agama Persekutuan, tegasnya.

Beliau berhujah apabila Malaysia mencapai kemerdekaan sepatutnya umat Islam sendiri mentafsirkan perlembagaan negara dalam bahasa mengikut kefahaman agama ummah.

“Kini terserlah bahawa agama Islam yang dikatakan di bawah naungan raja-raja melalui pentadbiran khusus, yang dinamakan Majlis Agama Islam tidak boleh bertindak mengatasi undang-undang ciptaan manusia.

“Bahkan, hukum yang nyata daripada hukum Islam boleh dibatalkan oleh mahkamah dan para hakimnya,” hujah Hadi.

Presiden PAS itu berkata, ini berlaku kerana istilah agama dan Islam ditafsirkan dari Bahasa Inggeris bermaksud “religion”, bukan dengan makna “al-din” mengikut Bahasa Al-Quran.

Perkataan “al-din” bermaksud ajaran agama yang luas dan sempurna dalam semua perkara yang diberikan peranan oleh Allah pencipta alam kepada semua makhluknya, termasuklah kalangan manusia. Lantas Hadi mengingatkan maksud mesej surah Ali Imran ayat 83:

“Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari agama selain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nya jualah tunduk dan taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa, dan kepada-Nya jualah mereka dikembalikan.”

Mesej Hadi ialah pemikiran ummah masih dijajah dalam memahami erti kemerdekaan sebenar. Oleh itu beliau menokok ayat 21 surah As Syura:

“Patutkah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana ketetapan yang menjadi pemutus (daripada Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah mereka (yang berbuat demikian) akan dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Apakah sebenarnya maksud Hadi? Mengapa timbulkan soal kejahilan dan pemikiran ummah yang terjajah ini menjelang PRN Johor?

Bukankah PAS telah meletakkan orang alim undang-undang dan perlembagaannya sebagai Menteri yang mengurus soal undang-undang hampir dua tahun lalu? Apa yang sudah dilakukan membanteras penjajahan ini?

Namun paling menarik ialah cara Hadi menutup hujahnya dalam isu ini. Hadi mencabar:

“Maka, perjuangan umat Islam belum selesai lagi, selagi Islam tidak dimuliakan setinggi-tingginya. Setiap golongan yang beriman percaya bahawa kemuliaan umat Islam tetap ada selagi mereka bersama Islam.

“Di manakah raja-raja, para ulama’ dan rakyat yang beriman? Ingatlah firman Allah:

“…Katakanlah: ‘Kesenangan di dunia ini hanya sebentar sahaja dan (balasan) di akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa, dan kalian pula tidak akan dianiaya sedikit pun. Di mana sahaja kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, sekalipun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh…” (Surah al-Nisa’: 77-78)

Sesungguhnya peringatan Hadi ini mengerikan. Bagaimanakah umat Melayu mahu memutuskan rantai penjajahan ini?

Adakah ini suatu keinsafan atau Hadi baru tersedar bahawa PRN Johor sudah terlalu dekat dan rekod PAS tidak menunjukkan kemajuan tuntas meletakkan Islam di persada tertinggi?

Lelaki gali perigi dibelakang rumah, temui batu nilam terbesar di dunia, nilai cecah RM422 juta

 

Lelaki gali perigi dibelakang rumah, temui batu nilam terbesar di dunia, nilai cecah RM422 juta


Siapa sangka kerja menggali perigi di belakang rumah akhirnya membawa kepada penemuan benda berharta ratusan juta ringgit? Namun, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila para pekerjanya yang sedang menggali perigi di belakang rumahnya telah menemui batu berwarna biru pucat secara tidak sengaja yang kemudiannya disahkan sebagai batu nilam terbesar di dunia.

Insiden yang bersejarah itu berlaku di kawasan Ratnapura yang memang dikenali sebagai lubuk permata dan merupakan bandar permata negara Asia Selatan. Menurut pemilik batu tersebut yang dikenali sebagai Gamesh, pekerjanya telah perasan akan satu batu yang pelik sebelum memberitahunya dan mereka akhirnya menemui batu nilam sebesar itu dan mengeluarkannya.

Namun demi faktor keselamatan, dia tidak mahu mendedahkan lokasi yang tepat dimana mereka menemui batu tersebut, malah dia juga enggan mendedahkan nama penuhnya.

Pihak berkuasa telah diberitahu mengenai penemuan batu nilam yang seberat 510kg tersebut dan dikatakan lebih setahun masa diambil untuk membersihkan kotoran dan lumpur pada batu tersebut sebelum ianya dapat dianalisi dan disahkan oleh pihak berkuasa.

Seorang pakar permata terkenal yang dikenali sebagai Dr Gamini Zoysa memberitahu batu tersebut berkemungkinan terbentuk kira-kira 400 juta tahun lepas.Batu Nilam Terbesar Di Dunia Ditemui Di Belakang Rumah, Bernilai Cecah RM422 Juta!

Batu tersebut telah dipindahkan ke sebuah bank di Colombo dan dikawal ketat oleh pengawal bersenjata. Sejak penemuan batu nilam tersebut, Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) memberitahu terdapat ramai bidaan dari luar untuk memiliki batu tersebut termasuklah kerabat diraja dan orang-orang kaya.

Batu nilam seberat 510kg itu dnamakan sebagai ‘Serendipity Sapphire‘ dan nilainya dianggarkan mencecah USD100 Juta atau RM422 ringgit.

“Memandangkan ukuran dan nilainya, kami fikir ia akan menarik pengumpul atau muzium swasta,” kata Ketua Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka, Thilak Weerasinghe. Untuk info, Sri Langka sememangnya merupakan pengeksport batu nilam dan permata berharga yang lain.

Dr Zamil buka kaunter pemeriksaan kesihatan



Calon KEADILAN terus terpaksa menggunakan cara kreatif dalam kempen Pilihan Raya Negeri Johor akibat Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen yang amat ketat.


Terbaharu, calon DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain menggunakan pendekatan pemeriksaan kesihatan percuma untuk mendekati pengundi.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, tekad Dr Zamil untuk memperbaiki taraf kesihatan penduduk Larkin wajar diperhitungkan oleh para pengundi.


"Saya kagum dengan semangat Dr Zamil Najwah yang begitu berminat dengan perkhidmatan kesihatan awam, memang kena dengan latar belakangnya sebagai seorang doktor perubatan," katanya.


Dr Zamil membuka kaunter pemeriksaan kesihatan untuk para pengunjung Pasar Tani Bandar Baru Uda semalam.

Sambutan menggalakkan pengundi di DUN Pemani


Kempen di DUN Pemanis mendapat sambutan hangat.

Calon KEADILAN DUN Pemanis, Yoong Tau hari ini bersama Exco Wanita KEADILAN, Ginie Lim disambut ramah oleh para pengundi yang ditemui.

"Pagi ini saya diiringi oleh Exco Wanita KEADILAN, Ginie Lim serta pasukan saya "walkabout" di Kamung Baru Pekan Jabi dan Kampung Tengah.

"Sambutan pengundi bagi KEADILAN amat 'luar biasa' . Saya juga maklumkan kepada pengundi-pengundi agar sokongan tersebut dapat diterjemahkan dalam bentuk undi pada 12 Mac kelak," katanya

Pemanis merupakan DUN yang disebut sebut berpotensi untuk ditawan KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.


KENAPA BN/UMNO TIDAK BERUBAH ?


 

Mohd Azizie Abd Aziz

26 7FebhrSuarym pa4ton7 070:d514m2  · 

Kerajaan Malaysia sehingga sekarang adalah kerajaan gagal. Tidakkah pemimpin Umno sedar masalah yang dihadapi parti dan berubah? Apakah alasan tidak mahu berubah sehingga berlaku skandal rompakan wang rakyat terbesar di dunia 1MDB?

Apakah sebab Umno enggan berubah adalah jelas. Pemimpin mereka tidak mahu melepaskan kuasa dan peluang menggelapkan berbilion wang rakyat.

 

KENYATAAN MEDIA DSAI : PENYALAHGUNAAN KUASA BANK NEGARA MALAYSIA

 

Kenyataan Media

28 Februari 2022

Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

"Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan pembongkaran melalui keterangan mantan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia khasnya Bank Negara Malaysia berentetan daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)”.

Ini adalah perkara yang memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

Ia juga perlu disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah ke peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan berikutan kegagalan agensi penguatkuasa negara khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut.

Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

 





Kecuaian Bank Negara dalam isu 1MDB imej buruk pada negara - Anwar



Anwar Ibrahim memaklumkan akan mendesak Speaker supaya memberi ruang kepada ahli-ahli parlimen membahaskan perkembangan terbaru mengenai skandal 1MDB apabila sidang dewan bermula minggu depan. Ketua Pembangkang itu terdahulu memberikan ulasannya berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner mengenai dakwaan penglibatan Bank Negara dalam skandal kewangan itu. Beliau menyifatkan kecuaian Bank Negara itu telah mencemarkan imej negara di mata dunia dan menghakis keyakinan rakyat terhadap bank pusat itu.



RANI KULUP SERAH MEMO KEPADA ANWAR

ORANG KAMPUNG MASUK BANDARAYA.

 

Penunggang buat aksi wheelie

Description: 🇲🇾Description: ✍🏾Description: 🤳🏼..........................

Tunggang 280km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan sekumpulan individu menunggang motosikal berkuasa besar secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat sini mengundang kecaman netizen selepas video aksi itu tular hari ini.

Rakam berdurasi kira-kira 45 saat itu yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Kumpulan terbabit yang tidak melalui lorong motosikal dipercayai dalam perjalanan dari arah pulau menuju ke Seberang Perai.

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mengecam tindakan itu apabila menganggapnya sebagai aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE