Datuk Zaharin Menceritakan Pengalaman Baik Buruk Bergaul Bersama Pemimpi...

KITA TENGOK LAH NANTI DERIS NAK POTONG JUDI DARI 22 KE BAWAH DARI 8 KALI MACAM CINA GUAN ENG BUAT....BOLEH LA GAMAKNYA RUU 355 KITA BAGI MASA SIKIT LAGI.

 


YEEEE....HAAAAAAAA...

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Mauricia Grace Aisyah malaysiakini.com BERITA ampu Nak lawan BN kena belajar dari PAS- Idris Ahmad"



Biarlah mereka solat atas air ke, dalam air ke, yg penting puak mereka dah jadi kerajaan siap pegang menteri agama lagi. Kita nak tengok la apa yg Ustaz Derih ni boleh buat. Kalau Guan Eng yg Non Muslim tu pun boleh kurangkan judi dari 22 kali kpd 8 kali, kemudian kjaan PN dan lebai naikkan balik kpd 22 kali, takkan lebai Derih lebih lemah iman dia dari Guan Eng kot? Dapat kurangkan kpd 4 kali separuh dari Guan Eng buat tu pun dah ok. Dulu, alasan tiada kuasa. sekarang ni kuasa dlm tangan. Jangan salahkan Dap pulak nanti ye...


WAN FAUDZIN

BOSSKU..SINGAI BULOH SEDANG MENANTI...KALAU PAK LONG MAIL NAKLEPASKAN DIA..TAK LAMA LA ....

 Pelik! Dulu kutuk Muhyiddin, sekarang Najib pertahan kabinet Ismail Sabri walaupun kitar semula



Pelik! Dulu kutuk Muhyiddin, sekarang Najib pertahan kabinet Ismail Sabri walaupun kitar semula

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, meskipun menyedari ramai pihak kecewa dengan senarai tersebut, namun beliau berpendapat keputusan yang diambil oleh Ismail Sabri itu adalah sesuatu yang boleh difahami.

“Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet kitar semula.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berikut. Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan ketika tempoh kritikal ini

“Walaupun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ismail Sabri pada Jumaat mengumumkan senarai barisan kabinetnya yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.

Najib berkata, perubahan kepimpinan itu antaranya melibatkan Kementerian Luar Negeri; Kesihatan; Pertahanan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Komunikasi dan Multimedia; Wilayah Persekutuan; Tenaga dan Sumber Asli; Pembangunan Luar Bandar; Belia dan Sukan serta Usahawan dan Koperasi.

Menurutnya, pertukaran turut berlaku bagi beberapa jawatan menteri di Jabatan Penteri Menteri seperti Menteri Agama, Undang-undang dan Tugas-tugas Khas.

Beliau juga yakin dasar yang digunakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menangani Covid-19 akan turut berubah memandangkan berlakunya pertukaran terhadap individu yang menerajui majlis tersebut.

“Jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangnya.

“Jadi, harapan saya satu sahaja. Bahawa kabinet hari ini perlu berdasarkan hasil dan pencapaian serta Perdana Menteri akan menggugurkan menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

“Insya-ALLAH, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covid-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.



TAHNIAH - KELANTAN AKAN MAJU, MASALAH AIR BAKAL SELESAI DAN HUDUD AKAN BERJALAN, KHABARNYA LAH!!


KALAU SETAKAT BANYAK NI TAK MAJU LAGI..MALU DENGAN CINA DAP PENANG LA...



May be an image of 9 people, headscarf and text that says "BANISO Setinggi- tinggi TAHNIAH Diucapkan kepada YB MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DARIPADA NEGER KELANTAN DARUL NAIM SKNMad"


Perghh...dapat 5 menteri, 4 timbalan menteri untuk serambi mekah. Kalau tak maju juga kelantan, tak tau nak cakap la. Kalau masih juga air paip macam teh tarik, jangan salahkan Dap la. Kalau masih juga meminjam duit dgn pusat untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri, jangan marah kalau rakyat kelantan kata pemimpin bodo tolo.

Waktu ni la nak laksana hudud yg telah diluluskan di Dun Kelantan tu. Di negeri, kamu ada kuasa, Pusat pun kamu ada kuasa. Dap pun bukan ada di kelantan dan dalam kerajaan kamu. So, tunggu apa lagi?

Atau, akan ada dalil baru untuk melengahkannya? Atau, kena rujuk dengan MCA dan MIC dulu?

WFAUZDIN NS

 

Kecewa dengan barisan kabinet baru, Ku Li gesa gaji menteri, timbalan dipotong separuh

 


Kecewa dengan barisan kabinet baru, Ku Li gesa gaji menteri, timbalan dipotong separuh


Itu sahaja pilihan yang ada.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berhubung lantikan menteri Kabinet baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Sebagai menterjemahkan kekecewaannya, Tengku Razaleigh berharap lantikan baharu ini akan dipotong separuh gaji mereka berbanding ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya telah memberikan ulasan bahawa tak dapat nak duga selain daipada mereka yang dipilih, kerana ini sahaja pilihan yang ada.

“Sudah tentu UMNO kecewa dengan barisan Kabinet baharu ini. Mari kita berdoa agar gaji mereka ini dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah yang dibayar kepada mereka di bawah (Tan Sri) Muhyiddin,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat pagi, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu yang dilantik akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip – peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

“Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, pelantikan Kabinet di bawah pentadbirannya akan memberi keyakinan baharu untuk negara bangkit dan bersatu dalam melawan COVID-19 serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada kesengsaraan hidup akibat pandemik tersebut.

RASANYA ISMAIL SABRI AKAN MENERIMA NASIB YANG LEBIH BURUK DARI MAHIADDIN YASSIN


 Setakat ini belum ternampak lagi ada mana-mana suara yang memuji kabinet yang dibentuk semalam oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Rata-rata melontarkan kritikan dan kecaman yang menampakkan ketidakyakinan dan rasa kecewa mereka kerana tiada pembaharuan yang ditampilkan dalam sususan kabinet itu.

Sementara UMNO dan Najib Razak sendiri dilihat agak berhati-hati dalam memberi reaksi, mereka yang biasa mengampu Perdana Menteri pun nampaknya takut mengeluarkan suara puji-pujian.

Di dunia nyata dan di alam maya, semuanya sarat dengan kritikan daripada pelbagai aspek yang menggambarkan Ismail Sabri sebenarnya adalah Perdana Menteri paling buruk buat negara.

Kalau dulu disangkakan Mahiaddin Md Yasin yang paling teruk, kini rupa-rupanya Ismail Sabri jauh lebih memperlihatkan ketidakmampuan dan tiada wibawa dalam dirinya.

Sepatutnya beliau mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri serta berani melantik mereka yang sesuai untuk jawatan itu kalau pun kiranya enggan bersetuju dengan calon yang dicadangkan Bersatu.

Bukankah kuasa melantik itu merupakan prerogatif Perdana Menteri?

Selain mengekalkan menteri kanan yang menjadi pertikaian, mengekalkan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan dan Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan turut merupakan sesuatu yang mengecewakan.

Tidakkah Ismail Sabri sedar bagaimana rakyat banyak mengeluh tentang Tengku Zafrul yang lebih menampakkan dirinya sebagai wakil bank berbanding wakil rakyat?

Begitu juga dengan Dr Radzi yang dipertikai oleh hampir semua guru dan ibu bapa berkenaan keberadaannya yang dilihat tidak berfungsi sebagai Menteri Pendidikan selama ini?

Apakah Ismail Sabri tidak sedar suara-suara rakyat bawahan yang sebahagiannya turut diluahkan di media sosial?

Hakikatnya sukar memahami untuk apa dikekalkan kedua-dua menteri yang menjadi pertikaian ramai itu.

Begitu juga dengan Dr Adham Baba yang masih dikekalkan lagi sebagai menteri dengan hanya bertukar kementerian dengan Khairy Jamaluddin, tindakan ini turut sukar difahami logik dan keperluannya.

Apakah Ismail Sabri selama ini tidak pernah mendengar bagaimana Dr Adham dikritik, dipertikai, disindir, dipersenda, dihentam dan dibenci oleh rakyat?

Apakah Ismail Sabri sebenarnya tidak pernah membaca luahan-luahan rakyat di media sosial?

Paling mengecewakan dalam susunan kabinet ini ialah kerana Ismail Sabri membawa masuk muka-muka lama yang sedia dibenci rakyat atas pelbagai isu ketika mereka menjadi menteri di era BN dahulu.

Mambawa masuk Shahidan Kassim, Noh Omar dan Mahadzir Khalid misalnya adalah liabiliti yang akan mendedahkan lagi Ismail Sabri kepada balunan ramai.

Mereka itu adalah besi-besi buruk yang sudah berkarat yang jika digunakan untuk membuat bangunan hanya lebih mungkin membawa keruntuhan berbanding memastikan bangunan tersebut dapat tahan lebih lama.

Mereka itu seharusnya ditunjukkan jalan persaraan, bukan terus diberikan talian hayat yang menyebabkan mereka gila-gila mahu bertanding lagi dalam PRU akan datang.

Dengan Ismail Sabri baru berusia awal 60an, beliau sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk mengangkat ramai muka-muka baru atau menaikkan pangkat beberapa timbalan menteri sebelum ini untuk menjadi menteri, bukan menampilkan wajah-wajah pencen untuk terus diberikan jawatan.

Selain itu mengekalkan saiz kabinet yang dikira masih besar dalam suasana pandemik, kerajaan tidak banyak wang dan ramai rakyat hilang pendapatan adalah cerminan jiwa Ismail Sabri tidak berjiwa prihatin.

Susunan kabinet yang langsung tidak menampakkan pembaharuan ini, selain lebih mungkin menjuruskan Ismail Sabri ke lembah kegagalan yang lebih dalam, bahkan hampir tidak memberi sebab untuk rakyat yang waras dan matang untuk mengekalkan lagi mereka dalam pengundian PRU akan datang. – ShahbudinHusin 27/08/2021)



PEMBAZIRAN



 Hamzah Tie Na


Semuanya adalah dari kantung negara membayar gaji Buta mereka. Kantung negara bermakna wang rakyat, cukai dari rakyat membayar gaji menteri2 kabinet kayu yg ada dulu dan kini.


Namun sitolol masih gembira dicukai tetapi faedah yg dapat amat sedikit berbanding apa yg mereka nun diatas sana ambil dan pulun dgn lahapnya.

SEPERTI DIJANGKA.. TAK PERLU PH BERSAMA KERAJAAN..JELAS KERAJAAN INI AKAN GAGAL



Semalam bila aku menulis tentang Kerajaan Perpaduan, Aku dah tulis apa yg dihasratkan Tun Mahathir tahun lepas, Dan Kerajaan dan Kabinet Jokowi.. Ianya berbeza dgn tawaran Ismail sabri hari ini..dan jelas aku kata, Tak perlu pun PH bekerjasama dengan Kerajaan hari ini..ia tetap Kerajaan Khianat..Tu sebab aku tak teruja sangat dengan Perjanjian PH dan Ismail Sabri semalam..


Aku rasa, Kalau Sultan Perak, Sultan Nazrin baca laporan pembentukan Kabinet hari ni..dia pun tepuk dahi. Punya lah pelbagai pertemuan, Taklimat diberikan agar satu kerjasama, satu bayangan kerajaan campuran..Pembetukan Kerajaan yang Stabil.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan, Takda beza..Tetap takda kestabilan.. tetap kerajaan yg sama..


Tapi kita faham, Mengharapkan hanya kebijaksanaan Sultan Perak ianya mungkin kita akan kalah dengan realiti Politik Ashabiyah dalam Negara kita ini.. Sentimen perlunya Kerajaan Melayu Islam itu jauh lebih kuat dari slogan Islah yang dimahukan orang yang ada kebijaksanaan..


 Sampai habis Raja Raja seluruh Negeri datang dalam keadaan Hujan.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan Sama saja.. Takda beza..Tapi itulah UMNO.. dari tahun lepas aku dah tulis rencana UMNO.. Tujuan depa, Hanya nak kan kuasa, Depa dah lama dalam Politik.. depa antara yang mudah mendapat Syafaat dari maha berkuasa..


Seperti aku tulis sebelum ni..kadang kadang aku menyampah jugak dengan pemimpin DAP ni..Terlebih ampu..Terlebih nak tunjuk keterbukaan.. Lebih lajak dari laju.. sama lah dengan Nga Kor Ming dan pemimpin Amanah di Perak terpana dengan idea Jajaran baru.. Akhirnya jadi alat UMNO .. yg untung UMNO dapat gunakan depa untuk jadi MB..


Tengok Najib, Walhal Kerajaan sama jer.. Ismail sabri tu ketuai MKN, Kabinet pun hampir sama.. Tetapi nada Politik sudah berubah, Sebab apa ? Kuasa sudah ada ditangan UMNO... Apa hasrat depa, Hanya kuasa untuk lepas dari Penjara..Puak UMNO ni mana mahu Islah atau Reform..Semua tu Bohong jer.. 


Mcm tu lah Najib game PAS dulu dengan tawaran RUU 355 sampai berjaya jinakkan ulama PAS dan Haji Hadi sebelum PRU 14.. UMNO bijak mengikut kehendak dan rentak lawan.. Macam Haji Hadi dan RUU 355.. Najib suruh bangun dia bangun..Najib suruh Tangguh, dia tangguh.. Dia ibarat Perjanjian US dan Taliban yang buat org Islam terpesona seolah olah datangnya Panji Hitam dan Imam Mahdi..Punya lah lekeh..


Kalau ada yang percaya Ismail Sabri itu nak Islah.. Bagi aku salah orang.. Orang hat cerdik sikit macam Khairy Jamaluddin pun tak boleh pakai..Apa lagi Ismail Sabri yang sebelum ini paling kuat mainkan sentimen kaum dan Agama.. Tu pun ada pemimpin DAP percaya hanya bila dia sebut slogan Keluarga Malaysia..


Kita Berpolitik boleh Matang..Boleh terbuka.. Tetapi tidak ada kompromi dengan Kerajaan yang Khianat.. Jadi nasihat aku, Seperti mana aku sebut sebelum ni Berfikir bagaimaa melawan Ashabiyah...Kita PH kalah dengan Ashabiyah.. 


dah disebut Rafizi baru baru ini.. Buat kerja bagaimana menembusi kawasan luar bandar, Tapi nak tembusi luar bandar, Pembangkang perlu bersatu.. Perlu ada kebijaksanaan.. Dan yang penting perlu lawan Ashabiyah.. 


Berhenti jadi alat UMNO..Dipergunakan UMNO.. Apakah tak serik dipermainkan UMNO di Perak dan dipersekutuan.. Bina kekuatan dan gagasan Pembangkang yang Progresif..tampilkan Politik Idea.. Jangan lagi bermain dengan pelbagai Move Politik.. 


Bagi aku Kerajaan hari ini tidak akan bertahan.. Mungkin tak sampai 18 Bulan seperti Kerajaan Mahiaddin.. Yang penting PH dan Gagasan pembangkang perlu bersama membina kekuatan.. Percayalah, Kerajaan hari ini akan gagal lebih teruk dari Kerajaan Mahiaddin.. 


Bab Kabinet kayu ni, Aku komen kemudian..  :) 


Ipohmali


JIKA PH ANGKAT TANGAN BERMAKNA KEHILANGAN SOKONGAN

 

Macam-macam gelaran dilempar kepada kerajaan recycle 69. Kabinet kayu, lori sampah, lori taik. Adakah akan beri impak kepada mereka?


Mana mungkin kerana apabila Allah menutup hati dan mengizinkan kejahatan dilakukan, tiada siapa dapat membuka hati menginsafkan atau menghalang mereka.


Jalan2 kejahatan yg dipilih mereka adalah jalan2 yang akan mereka lalui. Yang penting janganlah kita ikut sama. Baik pun ada hadnya, ya PH.


DS Anwar Ibrahim dan MP PKR mohon jangan angkat tangan memberi kepercayaan kepada kerajaan 69 songsang tunggang langgang pada 6.9 nanti. AMANAH dan DAP tu kalau liabiliti, jalanlah sendiri bersama rakyat. Biar rakyat angkat DS sebagai PM.


Jangan kerana nak jaga hati kawan-kawan, harapan kami pula diperjudikan. DS dari dulu terkenal menjaga hati kawan-kawan sehingga mereka sanggup khianat dan cerca DSAI, kami ahli bawahan yang tidak tahan. Kami yang bermusuhan dengan mereka. Sedangkan DSAI senang memaafkan.


Rasanya Reformasi elok dimula dengan DSAI sendiri dengan berani melepaskan diri dan menjauhi pembodek-pembodek yang berpura-pura yang nampak DSAI akan tergelincir tetapi membiarkan dan kawan-kawan yang mengambil kesempatan dengan ketulusan dan kejujuran DSAI.


DSAI MESTI SENANTIASA ingat dan berwaspada bahawa lebih ramai ahli politik dan orang-orang sekeliling DSAI matlamat mereka hanya menyekat DSAI sebagai PM. Itu sahaja. Mereka sanggup dibayar jutaan demi menggagalkan cita-cita DSAI memerdekakan dan membina Malaysia semula.


Selagi pandangan penyokong setia dan rakyat menjadi kelas kedua, selagi itulah DSAI terdedah kepada pengkhianatan.  Kami tidak letih berjuang disisi DSAI, kami cuma letih disaat kemuncak harapan, kami terpaksa kompromi dan berakhir dengan kekecewaan. DSAI pernah dengan bersendirian mengumpul ratusan ribu manusia yang bersedia dengan kebangkitan. Walau dalam penjara perjuangan reform DSAI kami teruskan dengan keyakinan ia terbaik untuk negara.


Namun apabila DSAI berkompromi dengan watak-watak munafik berselindung dengan janji reform, kami kecewa. Tiada keperluan mereka reform apabila mereka dapat manfaat dari sistem pincang. Semuga tiada lagi kompromi dari pihak DSAI untuk menghormati dan mengambil hati sesiapa selain dari RAKYAT yang menaruh segunung harapan pada DSAI. SESUNGGUHNYA SELAIN DARI MUNAJAT KEPADA ALLAH, HANYA DENGAN DSAI USAHA KAMI, TIADA SIAPA LAGI.


Tolong jangan kecewakan kami.


- kakIDAabd -



KABINET BARU KABINET LAMA, MARI TELAAH PRESTASI KABINET KERAJAAN TEBUK ATAP 17 BULAN DI BAWAH YIDDIN




Di bawah adalah prestasi Kabinet lama. Mengikut laporan Bloomberg, antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik COVID-19, Malaysia berada di tangga tercorot iaitu tangga ke-53.


Ini menunjukkan dasar-dasar Kabinet lama telah gagal menangani wabak ini di Malaysia.


Laporan-laporan antarabangsa sebegini memberi kesan kepada keyakinan pelabur lantas kesan negatif kepada pemulihan ekonomi negara.


Sebelum ini saya pernah berkata, untuk menukar dasar, kita perlu menukar pembuat dasar, atau dengan kata lain menukar Kabinet.


Kini Kabinet "lama" telah "ditukar" dengan Kabinet "baru".


Oleh itu, mungkinkah dasar-dasar yang akan dibuat juga akan jadi dasar-dasar "baru" juga?


Apa-apapun rakyat yang akan menanggung kesannya.


Sebab itu saya akan terus menegur dengan apa jua saluran yang berkesan untuk semak imbang dan untuk kepentingan rakyat.


Saya tidak mahu lihat lebih ramai rakyat mati akibat COVID-19 sebab kerajaan buat dasar yang salah.


Dalam tempoh 100 hari akan datang ini, Kabinet "baru" ini perlu membawa negara supaya tidak lagi berada di tangga tercorot malah perlu berada di tangga antara yang teratas di dunia dalam menangani wabak COVID-19. 


Saya harap kerajaan dan Kabinet "baru" ini akan buat perkara yang betul bukan seperti Kabinet "lama" yang sebelum ini.


Buktikan yang Kabinet yang dulu bukanlah yang sekarang.


ISHAM JALIL

27 Ogos 2021


https://www.bloomberg.com/graphics/covid-resilience-ranking/

BERITA SEDIH BUAT TOKEY JUDI SEMESTA ALAM MALAYSIA



RAMZAN AHMAD

Berita sedih buat semua tokey-tokey judi dari kecik sampai ke genting helen...berita gembira buat para pramugari dan rakyat beragama Islam di negara kita...InshaAllah kita akan melihat pemakaian pramugari patuh syariah dan lulusnya akta Aryuyu Tree Fai Fai dengan perlantikan dey ni...🤭😆


#DuluPasNakBuatSemuaBendaDiAtasKan

INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAAJI'UN TAKZIAH PM ISMAIL SABRI - SIMPATI KEPADA KAMU



1. Seluruh rakyat menanti penuh minat barisan anggota Kabinet Ismail Sabri. Hari ke tujuh selepas dilantik menjadi Perdana Menteri ke 9, akhirnya penantian itu terjawab hari ini. 


2. Dari penantian penuh minat akhirnya Ismail Sabri terpaksa menerima kenyataan rakyat tidak menyambutnya dengan baik. Bukan pujian, sebaliknya cercaan dan sindiran yang beliau terima. 


3. Umpama pasukan bola sepak kebangsaan yang gagal dalam kejohanan antarabangsa, gagal meraih sebarang piala. Setelah menukar Pengurus pasukan, maka peminat mengharapkan Pengurus baru menukar pemain kepada yang lebih baik, ternama, berwibawa dan berkualiti. Namun apa yang  terjadi Pengurus hanya mengguna pakai pemain sedia ada dengan hanya menukar beberapa posisi. Striker ditukar ke posisi pertahanan, pemain saya dijadikan pemain tengah, pertahanan ditukar ke sayap dan penjaga gawang dijadikan striker. 


4. Inilah yang dilakukan oleh Ismail Sabri dalam melantik Menteri dan Timbalan Menteri. Wal hasil balik asal. Namun kehendaknya amat besar iaitu untuk mengemudi negara keluar dari kemelut politik, kesihatan dan ekonomi. 


5. Amat mengecewakan. Ini sahaja yang wajar diluahkan oleh seluruh rakyat. Tempoh 100 hari diberikan kepada 69 orang Menteri dan Timbalan Menteri untuk menunjukkan prestasi. Dari hari pertama ini rakyat sudah boleh menjangkakan apa hasilnya pada hari ke 100 nanti - GAGAL. Dari sebuah kerajaan gagal, Ismail Sabri mengutip kembali Menteri dan Timbalan Menteri yang gagal. Lalu kegagalan juga yang menanti di hadapan.


6. Persoalannya mengapa Ismail Sabri hanya melakukan "recycle" Menteri dan Timbalan Menteri? Jawapannya ada dua sahaja.


7. Pertama, dalam kalangan 113 Ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri, ini sahaja yang paling berkualiti dari semua yang tidak berkualiti. Paling bagus dari semua yang tidak bagus. Maknanya ini sahaja yang Ismail Sabri ada untuk diangkat menjadi Menteri dan Timbalan Menteri. 


8. Kedua, Ismail Sabri terpaksa tunduk kepada tekanan politik dalaman. Hari ke tujuh menjadi Perdana Menteri dan hari pertama perlantikan Kabinet, telah memperlihat kegagalan pertama Ismail Sabri. Meng"recycle" Menteri dan Timbalan Menteri gagal dari kerajaan terdahulu yang gagal, membuktikan berlaku pertarungan politik dalaman maha hebat di antara parti-parti politik yang menyokong beliau. Mahu tidak mahu Ismail Sabri terpaksa tunduk akur kepada tekanan ini. Oleh itu hasrat beliau untuk meredakan kemelut politik rupanya gagal. Dan kegagalan ini terserlah dalam Kabinet yang baru diumumkan.


9. Tindakan awal Ismail Sabri mengadakan perbincangan dengan pimpinan utama Pakatan Harapan iaitu Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mat Sabu sangat baik. Ini langkah ke hadapan. Meredakan ketegangan politik Kerajaan - Pembangkang. Menjanjikan beberapa perkara asas terkait usaha membendung Covid19, memulih ekonomi dan melibatkan pembabitan pembangkang secara menyeluruh dalam semak dan imbang, termasuk menerima pada asasnya beberapa saranan pembangkang adalah langkah yang baik. Namun melihat senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang baru dilantik, Ismail Sabri dilihat turut terperangkap di dalam ruang lingkup yang akan melingkupkan beliau.


10. Dengan sokongan majoriti yang amat tipis, Ismail Sabri sudah dilihat tiada upaya untuk mengemudikan negara ini keluar dari malapetaka Covid19 dan ekonomi merudum. 


11. Bagi menyelamatkan rakyat dan negara, saya bersetuju dengan DSAI, Presiden Keadilan merangkap Ketua Pembangkang bahawa pembangkang wajib ke hadapan, bantulah Ismail Sabri, kerana beliau awal-awal lagi sudah berada dalam keadaan yang amat lemah. Kabinetnya tidak lebih dari sampah yang membusukkan. Dahulukan kepentingan rakyat dan negara. Dalam masa yang sama peranan selaku pembangkang hendaklah dilipatgandakan. Menegur kesalahan kerajaan, mengkritik mana yang tidak betul, melakukan semak dan imbang dengan tegas wajib diteruskan. 


12. Kasihanlah kepada Ismail Sabri. Dan lebih kasihan lagi kepada seluruh rakyat yang umpama sudah jatuh ditimpa tangga. 


13. Kepada Ismail Sabri saya berpesan, usah malu untuk meminta pertolongan dari Ketua Pembangkang. Usah malu meminta belas ihsan dari Pakatan Harapan. Demi rakyat dan negara kami sedia membantu. Kami tahu kamu lemah. Lebih dilemahkan lagi oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang baru kamu lantik. Usah bergantung harap sangat kepada mereka. Kamu lebih tahu tentang mereka. Kami tahu kamu sedang tersepit. Kami tahu kamu sedang terhimpit. Hari ke 100 nanti jika Menteri dan Timbalan Menteri itu gagal, membawa makna kamu yang gagal sebenarnya. Dan pada hari itu nanti, berundurlah. Pengunduran itu pastinya dihormati dan bermaruah.


14. Kepada Allah jua kita berserah dan bermunajat semoga rakyat dan negara yang kita cintai ini diberi jalan keluar dari kesusahan dan penderitaan.


Salam hormat.


Aki Rock


BERBALOI KAH RAKYAT MEMBAZIR BAYAR GAJI MENTERI TAK BERGUNA...JOM KITA LIHAT JEMAAH MENTERI BESI BUROK


Nor Azimah


 Jom kita kira berbaloi tak duit rakyat dipergunakan. Kalu baloi takpa.. 

 

*Kerajaan 69 Menteri / Timbalan Menteri*


9 Menteri dari Bersatu

10 Menteri dari UMNO

3 Menteri dari PAS

5 Menteri dari GPS

1 Menteri dari Sabah

1 Menteri dari MCA

1 Menteri dari MIC

1 Menteri dari Kayangan (Tg Zafrul)


*31 Menteri*


13 Timbalan Menteri dari Bersatu

10 Timbalan Menteri dari UMNO

5 Timbalan Menteri dari PAS

4 Timbalan Menteri dari GPS

1 Timbalan Menteri dari Sabah

4 Timbalan Menteri dari MCA


*38 Timbalan Menteri*


Anggaran:


Kos gaji Menteri..purata sebulan


Rm70k x 69 orang Menteri & Tim

- rm4.7j / Bulan

-   x 23 Bulan ( sblm PRU15)

= RM 1.1b


Mahai gila dapor yg tak berguna ni


LIHAT KABINET MENTERI INDONESIA.....NI LUDAH JILAT SEMULA....

 May be an image of 9 people and people standing


 

HAMZAH RIE NA


DAH LUDAH JILAT BALIK ?

Muka tak tahu malu, sorang letak jawatan Menteri lepas tu terima balik jawatan Menteri yg sama.

Sorang berdegor² ugut tarik sokongan kerajaan PN lepas tu terima jawatan Menteri untuk dapat nyawa.

Begitulah wajah² sebenar UMNO yang gila kuasa gila jawatan, tapi dituduhnya difitnahnya Anwar DAP gila kuasa.

SR

 May be an image of 2 people and text that says "Dah Ludah Jilat Balik? TARIK SOKONGAN LETAK JAWATAN MENTERI Terima semula jawatan Menteri Pengajian Tinggi TARIK SOKONGAN!! Rupa2nya terima jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi SR"


Kabinet kitar semula mengecewakan - Anwar Ibrahim

Ini Kerajaan Gagal 2.0

HANG CAKAP PANDAI....LA MASA HANG JADI MENTERI AGAMA: Ahli Pas akan memberontak jika RUU355 tidak dibentang. Dulu Idris Ahmad ...

HANYA 2 KERUSI MP...5 J


Che Ibrahim

 Tahniah MCA, walaupun hanya ada 2 MP, tapi dapat 5 menteri/Tim menteri dalam kabinet.... 


Bayangkan kalau MCA berjaya merampas 40 kerusi DAP ... Berapa jumlah jawatan kabinet yang akan diberikan kepada MCA?

TIADA APA BEZA - KERETA BURUK CUMA TUKAR PEMANDU SAHAJA

 

Laa...ingatkan

hebat

sangat kabinet baru Pak Mail, rupa-rupanya menteri-menteri yang gagal tetap ada lagi. TPM pun masih gagal dilantik.

Bayangkan, tokoh semburit negara masih ada dalam kerajaan. Umno desak begitu lama agar kes video semburit ini disiasat. Malangnya, umno juga kutip dia kekal jadi menteri.

Menteri yang menipu dalam dewan, jual nama Agong kononnya Agong perkenan tamatkan ordinan darurat sehingga Agong merasa kecewa, menteri tu masih kekal dalam kabinet.

Paling kelakar, shahidan kassim yang telah dilucutkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, tetapi kerana kuat mengampu kerajaan PN, dilantik jadi menteri wilayah. Apakah itu cara untuk memalukan Presiden Umno? Ramai yang tidak akur dengan arahan Umno telah dilantik jadi menteri, contohnya Anuar Musa.

Paling best, menteri jaga agama kali ini diserah kepada pak lebai Derih. Sudah tentu "hudud nyawa Pas" akan berjaya dilaksanakan. Paling tidak, bulan September ini Parlimen bersidang, kompom RUU 355 akan dibawa oleh Pas setelah 18 bulan kerajaan tebuk atap dulu tidak dapat buat. Kali ini pasti boleh kerana kalau kita dengar ucapan lebai Derih ni, Pas mampu buat apa saja asalkan diberi kuasa. Nah, kuasa ditangan selaku menteri agama. Apa lagi?

Bab ekonomi? Ermm..entah lah selagi menteri dia mamat Zafrul, orang bank juga. Dapat pulak menteri ekonomi, seorang yang pernah dikaitkan dengan kes 1 MDB.

Kesimpulannya, tiada satu pun yang berbeza dari kerajaan gagal 18 bulan. Masih tidak mampu wujudkan jawatan TPM kerana PM tiada kekuatan politik, hanya berpaut dengan 4 ketul ahli parlimen saja. Silap pilih, tumbang lagi.

Melihat kepada susunan kabinet usang seperti ini, saya harap PH jauhkan diri dari kerajaan seperti ini. Tidak pernah insaf dari kesilapan. Harapan kita, kerajaan ini dibersihkan dari menteri-menteri yang gagal dulu termasuk yang ada isu-isu tercemar, malangnya PM tiada kekuatan.

Masih kenderaan buruk yang rosak di sana sini, cuma tukar pemandu saja. Adakah ada harapan untuk rakyat dengan jemaah menteri sedemikian rupa?

Melihat kepada senarai kabinet yang telah diumumkan sebentar tadi oleh PM, memang wajarlah kerajaan ini tidak disebut sebagai kerajaaan Umno/Bn. Balik asal kita.

WFAUZDIN NS


Bersatu menang, UMNO G15 tewas

 

May be an image of text that says "Sampah masih sama, Tong Sampah berbeza"



Menggunakan Menteri yang sama untuk perubahan...

KABINET MAIL UNTUK PEMILIHAN PAU (UMNO)?

Sungguh mengejutkan apabila lantikan Menteri oleh PM Mail ibarat tayar celup atau sampah kitar semula. Pengumuman ini bukan mengejutkan PH tetapi mengejutkan team Zahid Hamidi atau dikenali UMNO G15. Paling mengejutkan Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO tidak dipandang oleh Mail dlm kabinetnya... berat ini?

Malah Mail sanggup meletakkan Tengku Zafrul yang bukan sahaja hanya seorang Senator tetapi nyata gagal hingga sanggup mengenepikan kemampuan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat??? Ia menjatuhkan maruah Timbalan Presiden UMNO di mana Naib Presiden yang menjadi PM menolaknya utk jawatan tersebut.

Saya melihat penyusunan Menteri/Tim dlm kabinet Mail lebih kpd jangka panjang menjelang Pemilihan Agong UMNO 2023 nanti. Mail mencuri Noh Omar dari Zahid. Kenapa? Sebab Mail tahu Noh Omar adalah singa UMNO seperti Tajudddin, Nazri, Shahidan dan Annuar Musa. Mereka ini boleh dijadikan panglima utk bersilat dgn geng Zahid & Najib nanti.

Sedangkan saya merasakan Azalina dan Nur Jazlan jauh lebih berkualiti berbanding Adham, Noh Omar apatah lagi Shahidan Kassim. Jika mahu reform agar kerajaan ini berkesan Mail sepatutnya melantik Menteri yg berkualiti. Jelas Mail lebih pentingkan politik berbanding perubahan utk negara.

Mail belajar dari Muhyiddin. Muhyiddin melantik dirinya dan beberapa pemimpin UMNO sehingga mereka berubah arah menyokong dan mempertahankan kerajaan Muhyiddin apabila diberi jawatan. Atas sebab itulah Mail mencuri Noh Omar dari G15 UMNO. Dgn kelebihan sebagai PM tanpa perlu Zahid dan Najib ke Sg. Buloh, Mail mampu menduduki kerusi Presiden UMNO dgn mudah.

Mengapa Mail mengekalkan begitu ramai Menteri yg gagal? Adham Baba, Rina Harun, Takiyuddin, Zuraida dan ramai lagi adalah antara Menteri yg gagal. Nyata perlantikkan jamaah Menteri ini adalah serampang dua mata. Pertama utk Pemilihan Agung UMNO dan kedua utk tidak digugat oleh Bersatu.

Dari senarai Menteri Kabinet Mail seolah olah Mail lebih berkiblatkan atau bertuankan Muhyiddin berbanding Zahid. Ini kerana Bersatu team Azmin dan Hamzah dilihat lebih mendapat perhatian berbanding mereka dari partinya sendiri terutama mereka yang dianggap team Presiden, Tim Presiden dan mantan Presiden.

Bagi saya kabinet ini bukan kabinet untuk perubahan yg mahu dilihat rakyat Malaysia tetapi ia kabinet utk masa depan Mail sebagai PM dan sebagai calon Presiden UMNO. Saya yakin UMNO G15 dapat merasakannya dan pastinya sangat kecewa. Mana mungkin Timbalan Presiden dan Pemuda UMNO diketepikan sdgkan Bersatu mendapat tempat jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Di mana maruah UMNO?

Mail bijak berpolitik. Beliau sedar UMNO G15 yg menjatuhkan kerajaan sebelum ini. Dengan diberikan jawatan kepada UMNO28, dia bertambah yakin untuk mencalonkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan menang dalam pemilihan nanti. Jadi lebih mudah utuk dirinya bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam PRU15 nanti.

Ramalan saya tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri berlaku. Saya meramalkan juga jawatan Presiden UMNO akn menjadi saingan antara Mail dan Zahid dan KJ akan bertanding sebagai Timbalan Presiden. Zahid ingat dia bijak untuk kepentingan peribadi dan politiknya tetapi sebenarnya dia masuk perangkap. Nasib Zahid akn menjadi seperti Muhyiddin... orang tamak selalu rugi.

Sekadar itu sahaja. Mahu mengulas kedudukan satu persatu kedudukan Menteri bagi saya tidak perlu kerana ia hanya sekadar 'syarat wajib' utk kerajaan menguruskan negata. Malah kita sudah tahu mereka semua itu telah gagal.

Yang perlu kita perhalusi dalam konteks yang lebih besar, apa niat disebalik perlantikan jemaah Menteri Big Size dan kitar semula ini oleh kerajaan 69 ini. Jelas ia lebih kepada pelantikan politik demi masa depan politk PM.

Yang malang adalah rakyat. Pertama wang rakyat dibazirkan untuk menyara big size kabinet. Kedua rakyat mendapat Menteri Kitar semula utk mengharap berlaku perubahan pengurusan Covid19Description: 😂 Takziah buat mu Malaysia.

 

DISOLUSI 90 PERATUS


May be an image of text that says "NYPD PN BN imgflip.com"

MOHD MUKHLIS


Siapa-siapa yang mengharapkan keajaiban dengan Kabinet Mail Sabri adalah delusional. 90% adalah status quo. Macam saya sebut dalam clubhouse, dari susunan kabinet dia, kita boleh tahu apa tindakan dia yang seterusnya.

1) Bagi saya ini adalah kabinet Mail Sabri untuk persediaan PRU15

2) Dia sudah pasti bercita-cita untuk jadi PM lepas PRU15, jadi dia boleh buat dengan 2 cara

- Ambil alih tampuk kepimpinan UMNO selepas ROS arahkan untuk membuat pemilihan semula

- Jika tak berjaya dia boleh bertanding bawah Bersatu ataupun Perikatan Nasional

3) Melihat hanya beberapa kerat sahaja geng kluster mahkamah yang lantik jadi menteri, ini bermakna satu tamparan hebat untuk Zahid dan Najib. Lagi malang kalau Azalina tak di lantik semula jadi timbalan speaker ( kira yang paling perform dalam kluster mahkamah) adalah satu amaran untuk Zahid dan Najib. Yang paling best admin tentera ketum di Page Najib Razak dah tak boleh nak pusing apa lagi sebab yang jadi PM adalah UMNO bukan bersatu. Dan dengan jaminan untuk tak campur tangan kes mahkamah ( yet to be seen), even Mail Sabri pun tak berani nak rosakkan reputasi dia dengan Najib dan Zahid. Finally both of them can start tasting their own medicine. Kalau masuk ke dalam nanti, mereka tak boleh kata konspirasi PH, sebab mereka masuk di bawah kerajaan UMNO.

4) Takkurantini tak dapat jadi menteri, hopefully industri sawit kita tak collapse la sampai berbillion-billion. Duta timur tengah pun tak di lantik, tapi ada pun buat apa, satu-satunya duta timur tengah useless yang tak pernah turun site visit.

5) Perlantikan PAS dalam Menteri Agama dan timbalan adalah sebenarnya hendak game mereka bila PRU15. Nanti mereka sudah tiada alasan lagi hendak bentang RUU355. Mantan mentega dulu mesti menyesal jadi menteri tapi bila sudah pilih jalan berkhianat, serves him right. Nanti bila PRU15 harap-harap lebai PAS tak boleh lagi tipu bab hudud, haram judi, haram arak, haram nombor ekor, tutup casino, tutup aurat peramugari dan murtad.

6) Bila dia retain menteri yang tak peform albeit tukar portfolio macam air suam, itu juga sebenarnya bukti yang dia sengaja hendak lawan Presiden UMNO dan bina team dia sendiri bila ada pemilihan UMNO.

7) Jemin juga tak dapat jadi TPM walaupun retain menteri kanan, ini bermakna jemin akan sentiasa jadi dead wood yang bakal menyusahkan Mail Sabri. Jadi yang dia duk sembang tutup pintu depan, bukan pintu belakang itu adalah sandiwara semata-mata.

Description: 😎KJ jadi menteri kesihatan should be way better dari Air suam tapi it will not be easy sebab every penny yang mereka spend kena di bentang dalam parlimen.

9) Zafrul jadi menteri kewangan bermakna same old thing tapi dia akan hadapi kesukaran nak bentang perbelanjaan zaman darurat PN dahulu.

10) Lain lain menteri semuanya underform macam Rinamon, Melah, Nanta, Nuar Musa, Pudin Dolah dan Tiktok adalah cerminan yang kita akan dapat barisan kabinet yang hampir sama, cuma beza pada nama.

Apa-apapun saya ucapkan selamat bertugas dan pada kluster mahkamah, selamat berhijrah.

 

PH WAJIB BERLEPAS DIRI DARI KERAJAAN 69 INI. SETUJU ?


Kalau melihat kpd kabinet baru yg dibentuk hari ini, terbukti tiada keinsafan langsung. Yg gagal dikekalkan, yg derhaka Agong pun masih kekal.

Maka, sebaiknya elok PH "berlepas diri' dari kerajaan seumpama ini. Kita jangan jadikan PH sebagai pencuci kekotoran mereka.

Siapa setuju, taip hurup Besar " S".

 

Waktu dlm PH, Jemin menteri je. Dia pun tak puas hati, khianat PH. Masuk kerajaan bawah Muhyidin, jadi menteri lagi. Takpe...teruskan mengugut. Muhyidin jatuh, naik Ismail. Nampak gaya kali ini ada peluang. Tiba2 diumumkan terus kekal menteri juga.

Berbaloi kah khianat dgn kena maki hamun rakyat setiap hari? Sama la dgn mak lampir, campak ke mana pun, tetap mak lampir. Haha .

 

PH SUKAR MENANG DLM PRU15


KAMAL SHAH JUSI

 

Seorang tua Tok Mat Bomoh ada meramalkan UMNOBN masih boleh menubuhkan kerajaan selepas berlangsungnya PRU15. Hingga ke tarikh hari pengundian, kesepakatan dan kesepaduan ramai pendokong2 dlm komponen2 dlm Pakatan Harapan masih bercelaru dan bersimpang siul. Mereka tidak konfiden sesama sendiri.

Tok Mat Bomoh kata terlalu ramai pemimpin2 hardcore dlm Amanah dan juga dlm DAP tidak ada satu matlamat yg fokus dan konkrit dlm menggariskan satu prinsip yg kondusif dlm perjuangan sebuah gagasan yg bernama Pakatan Harapan.

Masing2 terus mempertikaikan pasal isu kepimpinan saban hari dan saban malam. Mereka langsung tidak sepakat dlm usaha membina dan memperkasakan matlamat perjuangan secara solid, fokus dan sehala.

Kata Tok Mat Bomoh itu lagi, ramai pemimpin dlm Amanah dan DAP yg mungkin dipengaruhi faktor peribadi masing2 masih meragui kiblat kepimpinan sebenar yg selalu dipertikaikan.

Kata dia, kpd sesiapa pemimpin yg beria2 sangat utk dapat memegang jawatan level menteri secepat mungkin, seelok2nya cepat masuk UMNO atau berjuang dan mendaftarkan diri sebagai pendokong parti Pejuang. Mengikut ramalan Tok Mat Bomoh ini parti Pejuang akhirnya selepas PRU15 nanti akan menjadi 'seperjuangan' dlm UMNOBN.

Yg demikian, kata dia, sesiapa pemimpin dlm Amanah dan DAP, yg beria2 sangat utk dapat jadi menteri secepat mungkin, elok cepat2 masuk Pejuang atau masuk UMNO terus. Peluang sangat cerah di sana dan bukan di sini, katanya lagi.

Tok Mat Bomoh nama sebenarnya ialah Tok Mat Aris. Dia ialah seorang pesara tentera dan bukannya seorang bomoh. Tapi orang2 selalu panggil dia Tok Mat Bomoh, sebab perwatakan dan gaya hidup dia macam seorang bomoh. Tu je .. ki ki ki ki ..

 

keh..keh..keh....SG BULOH BOSSKU.....

 

HAMZAH RIE NA

Pengakhiran nasib najib, nak troll kerajaan umno. Nak perli mcm lidah kelangit. Akhirnya mati kutu. Kalau di Tak bersalah kenapa umno sendiri tolak kluster mahkamah?


May be an image of 1 person, sitting and text that says "najib_razak nd 77,017 others najib_razak Saya down. Betul, betul down. Apa sudah jadi kepada Malaysia?"

Syukur Takiyuddin ‘derhaka’ tidak jadi menteri undang-undang

 Syukur Takiyuddin ‘derhaka’ tidak jadi menteri undang-undang

Selepas kecewa nama Azalina Othman Said “tercicir” daripada senarai Jemaah Menteri, wakil rakyat pembangkang mahu Ahli Parlimen Pengerang itu dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat bagi memastikan sistem semak dan imbang yang lebih baik.

“Saya terkejut Azalina tidak tersenarai, tapi berharap beliau akan diberi peluang mengambil alih sebagai speaker Dewan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Beliau yang menyifatkan senarai Jemaah Menteri baharu itu sebagai kitar semula berkata, ia seperti “kicap lama dalam botol baru” atau “tukar tayar belakang ke depan, tapi enjin masih sama”.

“Saya risau jika tiada pendekatan dan dasar baharu yang lebih baik berasaskan sains dan data, kerajaan berkemungkinan gagal sama seperti sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh turut mempersoalkan langkah Ismail yang tidak melantik Azalina memegang sebarang portfolio dalam Jemaah Menteri.

“Kanak-kanak tidak akan mempunyai jurucakap yang boleh dipercayai. Bagaimana Azalina boleh terkecuali (dalam Kabinet),” katanya.

Beliau yang memegang portfolio timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika era Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Jemaah Menteri Ismail tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin Yassin.

“Komposisi #kerajaangagal yang sama, ahli politik yang sama hanya bertukar pejabat di Putrajaya,” katanya sambil menambah pelantikan Wan Junaidi Jaafar sebagai menteri undang-undang menggantikan Takiyuddin Hassan sebagai pilihan tepat.

“Syukur Takiyuddin bukan lagi menteri undang-Undang. Wan Junaidi sudah tentu pilihan yang jauh lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan barisan Jemaah Menteri memberi gambaran bahawa Ismail terpaksa mengimbangi sokongan politik parti dalam kerajaan bagi memastikan sokongan terhadap dirinya tidak tergugat.

Malah katanya, Ismail juga bertindak mengetepikan pandangan akar umbi parti dengan menyisihkan pimpinan utama Umno seperti Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Khaled Nordin daripada senarai Jemaah Menteri.

“Ini bukan kerajaan baharu. TPM yang lama naik jadi PM. Yang dibuat ialah kekal muka lama dan diberi portfolio baharu dengan prestasi sebagai menteri sudah diketahui umum… gagal,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dalam catatan Twitter berkongsi pendapat sama dengan berkata, “sebenarnya, ini lebih kepada rombakan Kabinet.”

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendapati terdapat beberapa kementerian yang diketuai menteri dan timbalan menteri daripada parti sama.

“Ia agak menarik ada beberapa kementerian dengan menteri dan timbalan menteri daripada parti sama seperti Kementerian Hal Ehwal Agama dan Luar Negeri.”

Bagi Kementerian Hal Ehwal Agama, menteri dan timbalannya daripada PAS, manakala Kementerian Luar diketuai wakil Bersatu.

DAH TAK ADA YANG CERDIK.Panas! Warganet luah rasa kecewa terhadap PM

 


Panas! Warganet luah rasa kecewa terhadap PM


Warganet percaya mereka sekali lagi melalui situasi sama selepas melihat pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka tidak melihat sebarang perubahan apabila hampir setiap anggota Jemaah Menteri daripada kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin dikekalkan selepas Ismail mengambil alih kerajaan.

“Apa bezanya selepas dia (Muhyiddin) meletak jawatan,” soal @hannaalkaf.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik daripada PKR(@NajwanHalimi) berkata, ia hanya “orang yang sama” manakala seorang lagi warganet @Elill_E, mempersoalkan sama ada Ismail hanya membaca semula senarai Jemaah Menteri sebelum ini.

“Kabinet #Malaysia Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula, ” tulis @itshikalhakim.

Seorang aktivis Nalini Elumalai (@nalinielumalai) menulis, “Selamat datang, ketidakcekapan!” manakala Marina Mahathir @netraKL berkata, “Ya ampun, Kabinet yang tidak imaginatif.”

“Ini adalah peluang untuk anda melakukan dengan lebih baik tetapi anda gagal. Kekalkan semua yang tidak menunjukkan prestasi langsung. Selamat berjaya! #KerajaaanGagal,” tulisnya.

Antara perubahan dilihat ialah pertukaran portfolio antara Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba apabila masing-masing dilantik sebagai menteri kesihatan dan menteri sains, teknologi dan inovasi yang baharu.

“KJ dan Adham Baba telah bertukar portfolio,” tulis @DrMathen.

“Mari kita lihat apa rancangan Adham Baba untuk sains dan inovasi, saya yakin ia mesti menarik.”

Sebagai membalas hantaran Marina, @Mochi9821 mengucapkan tahniah kepada Ismail “di atas usaha mengekalkan #kerajaangagal”.

“Umno kini secara rasminya mewarisi #kerajaangagal. Jangan salahkan orang lain ketika PRU15.”