TERKINI : Mandi Serbuk 'Kunyit' Elak Covid19
Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Selangor, Zaimi Shamsuri mengakui situasi berbeza dirakamkan di kawasan perumahan itu ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan pada Rabu lalu. Memasuki hari keenam perintah itu, hanya beberapa penduduk yang dilihat keluar rumah berbanding hari pertama pelaksanaan larangan itu.
Dr. Amalina tegur Papagomo

KUALA LUMPUR – Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri menegur tindakan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo kerana didakwa cuba mempolitikkan isu kesihatan.
Katanya, apabila beliau memberi ulasan tidak bersetuju minum air suam boleh mencegah wabak Covid-19, tiba-tiba dirinya ‘diserang’ oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu dengan alasan kenyataannya dijadikan modal oleh pembangkang menghentam Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.
“Encik Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman?
“Saya bekerja di hospital dan merawat pesakit Covid-19 di tempat kerja saya. Tak perlu rasanya saya hendak tunjuk CV atau membandingkan siapa yang mempunyai lebih pengalaman.
“Etika doktor perubatan mengatakan kami perlu mengikut evidence-based medicine apabila memberi kenyataan dan kenyataan yang saya buat bukan saya buat sendiri, tetapi ia adalah saranan WHO dan daripada pakar virologi dan mikrobiologi dari seluruh dunia,” katanya menjelaskan kritikan Wan Muhammad Azri menerusi akaun Twitternya hari ini.
Semalam, Papagomo menerusi rakaman videonya menegur Nur Amalina yang memberi respon kepada kenyataan Adham berhubung minum air suam.
Nur Amalina dilaporkan berkata, tiada bukti menyatakan air suam mampu menyahaktif virus.
Berikutan komen itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kini menjadi membangkang ‘menyerang’ Adham dengan pelbagai kritikan dan sindiran.
Menurut Nur Amalina, beliau tidak keseorangan menyatakan perkara berasaskan fakta, apabila doktor dari Malaysia iaitu Dr. Rafidah Abdullah dan Dr. Imelda Balchin juga memberi kenyataan sama.
“Mereka berdua mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Adakah pendapat mereka tidak sah juga? Kenapa tidak tag mereka di sini? Cukup-cukuplah anda dan rakan-rakan anda tag saya di sini, please move on.
“Saya tidak kata pun tak payah minum air, saya sudah cakap minum air itu bagus untuk hidrasi. Tapi saya cuma betulkan fakta sahaja.
“Jadi, minumlah air. Tidak ada siapa yang nak larang. Saya doakan anda semua sihat dan selamat. Please just move on. We have better things to do,” katanya.
Sementara itu, Wan Muhammad Azri dalam jawapan balasnya, mengucapkan terima kasih atas penjelasan Nur Amalina.
Apapun, katanya, isu air suam itu sudah dijadikan modal PH menyerang Menteri Kesihatan.
“Untuk makluman doktor juga tidak ada jentera cybertroopers yang menyerang doktor, melainkan individu-individu yang tidak bersetuju dengan pendapat doktor tempoh hari.
“Walau apapun, doktor tetap saya jadikan contoh untuk anak-anak perempuan saya agar berjaya jadi doktor seperti anda.
“Semoga anda membantu negara walaupun nun jauh di perantauan dan dapat faham politik PH yang akan gunakan doktor sebagai modal untuk mereka berpolitik,” katanya.
OTAK UDANG PERTIKAI DR PHD....
Papagomo kata Dr. Amalina tak layak berkata-kata sebab Dr. Adham lebih berpengalaman + memang Dr. sebenar. Bro kau tak tahu ke? ni aku senaraikan Dr yang kau sebut dalam video kau.
Dr. Adham:
-Bachelor Medicine, UM
-Doctor/owner of Klinik Adham
-trash politician
-Menteri Air Suam
Dr. Amalina:
-Bachelor Medicine, UK
-Bachelor Pharmacology, UK
-Masters of Philosophy in Translational Medicine and Therapeutics, UK.
-Specialist in general surgery and trauma
-Handling covid19 in UK
Dr. Dzulkefly:
- Ijazah Sarjana Muda Sains, Universty of Birmingham
- Ijazah Sarjana Sains, University of Surrey, United Kingdom
- PhD Sains Perubatan (Toksikologi), Imperial Collage (St. Mary's Hospital Medical School), University Of London.
-Bekas Menteri Kesihatan (Berjaya kawal covid19 semasa gelombang pertama)
Dr. Papagomo:
-Tin Kosong
-Langau
-Kerbau Pendek
-Macai
-Kalah Saman
-Bankrap
-Kaki Ampu
MUHYIDDIN BAKAL KEMBALI KEPADA UMNO?
Membaca coretan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berhubung hasil pertemuannya dengan Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini, apa yang paling menarik dicoretnya ialah tentang hasrat bekas Perdana Menteri itu untuk kembali menguasai Bersatu.
Menurut Tun Mahathir, apa yang mahu dilakukannya ialah mendapatkan kembali parti Bersatu yang dirasakannya telah dirampas daripada beliau melalui penipuan dan pengkhianatan.
“Dan apa yang Tun mahu lakukan selepas berjaya dapatkan semula (Bersatu)?” tanya Khalid lagi kerana melihat kesungguhan Tun Mahathir mahu melaksanakan usaha tersebut.
“Adakah Tun ingin Bersatu kekal dalam PN (Perikatan Nasional) atau menyertai kembali PH (Pakatan Harapan)?”
Tun Mahathir kemudian menjawab: “Kembali kepada PH”.
Coreten penuh Khalid itu boleh dibaca di sini – https://m.malaysiakini.com/news/516227
Dengan pendirian berterus-terang Tun Mahathir itu bermakna, pemilihan Bersatu yang bakal diadakan selepas 30 Jun nanti sudah pasti merupakan “pertembungan hidup dan mati” antara beliau dengan Muhyiddin Yassin.
Berikutan Tun Mahathir sudah diisytiharkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu dan Muhyiddin pula bakal dicabar oleh Mukhriz Mahathir bagi jawatan Presiden, ini bermakna memenangkan anaknya dalam persaingan tersebut adalah fardu wajib dan kemestian bagi tujuan beliau dapat menguasai kembali parti itu.
Tidak cukup dengan itu, untuk menguasai kembali Bersatu juga, kalau pun pasukannya tidak mampu memenangi kesemua jawatan yang dipertandingkan, setidak-tidaknya penguasaan secara majoriti kerusi MPT adalah sangat perlu.
Kalau tidak, hasrat Tun Mahathir untuk mengusai kembali Bersatu tidak akan berjaya dan sia-sia.
Sekaligus, dengan hasrat Tun Mahathir mahu menguasai semula Bersatu dan membawanya kembali menyertai PH, tugas berat juga sedang menanti Muhyiddin dan pasukannya dalam pemilihan parti nanti.
Kalau Muhyiddin menang berlawan dengan Mukhriz dan pasukannya dapat memenangi majoriti jawatan yang dipertandingkan, barangkali tidak ada apa-apa akan berlaku kepada Bersatu, kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan status parti itu dalam PN.
Paling-paling pun Tun Mahathir akan terus membuat bising dan melakukan gangguan kepada Muhyiddin dan PN seperti mana yang dilakukannya sekarang.
Tetapi, bagaimana jika Muhyiddin tewas dan pasukan Tun Mahathir dapat menguasai kembali Bersatu?
Kalau itu berlaku dan Tun Mahathir akhirnya membawa semula Bersatu menyertai PH, manakala Muhyiddin pastinya tidak setuju dengan tindakan tersebut, pilihannya baginya ialah keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Tidak pelikkah, khususnya di mata UMNO yang memiliki jumlah Ahli Parlimen paling banyak, seseorang yang tanpa parti terus menjadi Perdana Menteri?
Maka, ke mana arah tuju Muhyiddin selepas itu?
Adakah bellau akan memilih untuk menyertai UMNO?
Dan jika ditakdirkan Zahid Hamidi dan Najib Razak akan menghuni penjara kemudiannya atas kes masing-masing yang sedang dibicarakan, apakah Muhyiddin akhirnya akan menjadi Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu tahun 2021 nanti?
(ShahbudinHusin 24/03/2020)
(ShahbudinHusin 24/03/2020)
SEBUAH KERAJAAN PALING BANGSAT.
1.Pengumuman PM dan Menteri2 Ekonomi semalam adalah langkah sebuah kerajaan yang tidak bertanggjungjawab, pekak dan berniat jahat menipu rakyat.
2.Pakej bantuan yang diwarwarkan dengan menyuruh rakyat menggunakan wang simpanan KWSP mereka sendiri jelas memperlihatkan kerajaan ini sebuah kerajaan terdesak,berjangka pendek dan tidak peka kepada masa depan jangka panjang rakyat.
3.Kita dan dunia sedar kerajaan pengkhianat ini memang pendek jangka hayatnya dan terdesak tetapi mengheret rakyat mengorbankan masa depan tabungan mereka adalah satu tindakan amat tidak bertanggungjawab.
4.Kenyataan susulan Azmin Ali Menteri Kanan bahawa ini adalah berita baik adalah jelas satu taktik kaburi rakyat.Bantuan apa dengan guna simpanan sendiri?Cukuplah taktik kaburkan video seks sumbang kamu.Jangan kaburkan rakyat atas kesusahan mereka!
5.Kenyataan bahawa proses pengeluaran hanya bermula 1 April 2020 juga pamerkan sikap bangsat dan gampang kerajaan khianat ini.
6.Ini saat krisis.Kesusahan rakyat setiap jam,setiap hari.Bukan setiap minggu.Proses mesti berlaku serta merta!
7.Pasukan petugas khas ekonomi mesti wujud dan berjalan salurkan bantuan hari ini!Bukan tunggu minggu depan!
8.Kita sudah mempunyai sistem agihan BRIM, bigdata subsidi petrol dll yang menelan belanja puluhan juta membangunkannya.Mengapa tidak guna sekarang?
9.Kalau dalam tempoh 48jam kerajaan ini masih mamai dan alpa seperti ini.Saya sarankan mereka menyerahkan semula kuasa pentadbiran kepada pasukan pentadbiran nasional yang kompeten,peka untuk kemudi negara.
10.Rakyat tidak boleh dibenarkan lagi menjadi mangsa kepada sebuah pentadbiran bangsat seperti ini walaupun sehari.
Mohamad Ezam Mohd Nor
24 mac 2020, 29 Rejab 1441H
KISAH DAN TELADAN DARI ITALY
Jangan jadi ego dan degil jika ingin selamat......5,476 jumlah kematian di Italy setakat 8 jam yang lepas.
Tak ada tanda surut, kes baru covid 19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan - Italy sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.
In case kita lupa siapa Italy, mari aku ingatkan;
Italy merupakan Juara World Cup sebanyak 4 kali.
Italy adalah pusat rujukan fesysn dari seluruh dunia.
Italy - pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.
Italy lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah eropah dan dunia amnya.
Italy secara literal adalah The Great Roman Empire yang pernah menerajui ketamadunan manusia hampir 1,000 tahun lamanya.
Pada era modern, sebagai salah sebuah negara maju di eropah kita terkejut dengan situasi Covid yang tidak terkawal di Italy.
Apa yang kita dengar dan baca, kerajaan Italy lambat bertindak dan rakyat Italy degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.
Tapi takkan sebab itu saja?
Aku berborak dengan kawan aku Redza Yusoff yang pernah tinggal di Italy, fasih berbahasa Italy, faham attitude dan budaya masyarakat di sana.
Covid ibarat time bomb, final blow yang hanya melengkapkan huru hara sistem di sana.
Terdapat 6 key point tentang masyarakat Italy yang kita perlu faham.
Pertama,
Masalah birokrasi yang teruk.
Italy merupakan negara maju yang paling teruk tahap birokrasinya. Kalau kita katakan Malaysia ada masalah birokrasi, maka Italy berkali ganda lebih dasyat. Untuk laksanakan sesuatu perkara, mereka tidak boleh adhoc walaupun hal tu maha penting.
Contohnya, bila outbreaks start di Wuhan kerajaan Italy ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk. Sekatan hal ehwal kelulusan itu dan ini, sebelum semuanya in place - then stop penerbangan. Tambahan pula kes semacam ini adalah unprecedented lagi lah tak boleh order sesuka hati.
Sebab itu even since last few days, partly public transport masih terus beroperasi di sekitar Italy - keadaan semakin huru hara tapi birokrasi mesti kena ikut dulu, so tak boleh stop itu ini sampai lah everything in place - walaupun tengah dalam disaster mode.
Kedua,
Inefficient.
Yang ini melibatkan lifestyle. Rakyat Italy ni nothing more important pada mereka bila datang masa lunch dan masa untuk family. Personal space adalah hal paling priority. Tak payah la kau nak cakap hal lain lagi penting sebab culture mereka dah dididik untuk utamakan personal space.
Tengok filem Godfather, macam mana mafia mafia ni walau jahat macam mana pun, masa untuk family mesti diutamakan. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu.
Oleh yang demikian, responsive mereka kepada emergency adalah sangat perlahan, kerana tiada emergency melainkan setelah selesai hal hal personal mereka.
Ketiga
Centralization.
Kita kena tahu pusat ketuanan ekonomi Italy ni berpusat cuma di 2 bandar, Rome dan Milan.
Selain daripada 2 bandar ni, tak ada apa sangat melainkan pusat pelancongan dan pertanian di kampung kampung. Insignificant dalam menyumbang peningkatan ekonomi keseluruhan.
Rome dan Milan ni macam engine yang jana ekonomi seluruh Italy. Segala galanya di sana. Tempat lain selain tu tak dapat nak fully self sustained.
Kepada mereka yang tinggal di tempat lain ie Florence, Venice itu merupakan kemewahan tinggalan masa Magical Era of Italian Economic sekitar tahun 1960-1980 dahulu.
Ya Italy pernah melalui zaman ekonomi emas mereka selepas tamat perang dunia ke-2. Perusahaan, automotive, heavy industries, trains, shippings. Mereka menjadi pusat tumpuan bekalan eropah.
Oleh sebab kekayaan disebar ke kebanyakan rakyat, atok nenek di kampung pun banyak duit beli tanah buat rumah besar hasil prosperity Magical Era puluhan tahun yang lalu, maka menjurus anak beranak dan cucu duduk tinggal sekali sebumbung.
Bila mereka tinggal di suburban, udara segar, makan makanan fresh sayuran dan ternakan dan healthy lifestyle, kesannya mereka ni sihat, bila sihat panjanglah umur.
Statistic dari Italy Research Department bgtau warga tua di Italy (umur lebih 65) setakat tahun 2019 adalah sebanyak 22% over all population.
Jadi perkara ini menjurus kepada point ke 4.
Keempat,
Aging Society
Kita tahu Covid lebih rancak dalam badan warga tua. Mangsa paling banyak kena attack merupakan warga tua. Italy dalam hal ini kurang bernasib baik kerana kadar sakit dan kematian paling ramai dikalangan warga tua.
Bila Lombardy dan Lazio lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka selesailah Covid dapat jumpa semua orang tua tua di kampung, jadi makanan dia.
Kelima,
Isolation.
Ini suatu hal yang unik. Seperti yang aku beritahu di perenggan awal, Italy merupakan negara yang penuh sejarah gilang gemilang. Mereka ada Empayar Roman, mereka melahirkan ramai filsuf pemimpin dunia, mereka melahirkan para artisan yang mencorak mata seni manusia, mereka memulakan era Renaissance, ketua agama (pope) Kristian di dunia dan segala sejarah keagamaan Kristian bermula dari kelahiran Nabi Isa juga semuanya ada di Vatican.
Berapa punya ramai para genius dan polymath yang telah Italy lahirkan sepajang dunia ini berputar?
Marco Polo, Cristopher Colombus, Dante, Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Galileo, Machiavelli, Verdi dan Puccini. Ahhh sekadar memetik beberapa nama.
Ini belum kita kira Paulo Rossi, Dino Zoff, Baresi, Roberto Baggio, Fabbio Cannavaro, Nesta, Buffon, Del Piero, Maldini, Pagliuca dan super legend Giuseppe Meazza.
Ok so apa kaitan sejarah hebat Italy dengan isu isolation?
Mudah.
Mereka masih ada mentaliti yang mereka merupakan bangsa yang hebat.
From the descendants of the great empire of Rome!
Oleh sebab itu mereka tak berapa peduli apa jadi di dunia luar, they couldnt care less. Tak berapa penting.
Their concern is between trieste and puglia (north and south) negara Italy sahaja.
Masalah di luar, bukan masalah kami. Lebih kurang begitu.
Dan yang terakhir,
They dont work like they used to.
Italy punya welfare kepada rakyat sangat power. Insurance and healthcare benefits, labor protections, dan segala macam social protection somehow membuatkan rakyat mereka terlalu chill dan rilex. Hidup just cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.
Memang manja.
****
Atas semua yang semacam itu lah berlakunya apa yang dunia saksikan di Italy sekarang.
Sikap pemerintah dan rakyat mereka lah yang menjadi kayu ukur dalam menilai keberkesanan ketika menghadapi krisis.
Bukan menyalahkan tetapi mengambil pengajaran.
Setakat tulisan ini tamat, angka kematian di Malaysia akibat Covid pula sudah mencecah 14 orang dengan 212 kes baru hari ni.
Anggaran dari pihak berkuasa, terdapat 3 juta rakyat yang masih tak peduli RMO.
Ya 3 juta yang dok merayau tak semena mena berkumpul, bersembang, melepak
Tuan puan,
Di Malaysia,
nature masyarakat kita mungkin berbeza dengan Italy.
Tapi satu benda yang pasti sama,
kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata,
Maka tunggu lah lagi besar bencana tiba.
🙏 tolong dengar kata.
Aku ambil kata kata seorang netizen Italy;
"We lost control of the epidemic. We died physically and mentally, we dont know what to do anymore. All solutions on earth have ended. The only solution is to the sky"
C&P.
Kredit pada penulis Fdaus Ahmad.
Dr muda bukan Islam terpana dengan doa mangsa Covid-19

Seorang Doktor Cina, Wilson Tiang terpana dengan keikhlasan seorang pesakit yang mendoakannya ketika sedang menjalankan tugas tanpa mengira soal kaum dan agama.
Dalam muatnaik status Facebooknya yang mendapat perkongsian sebanyak 3,600 kali, Wilson menceritakan keadaan di mana ketika itu dia bertugas dan sedang melakukan rondaan seawal jam
“Ketika itu saya sedang buat rondaan di awal pagi dalam sekitar jam lima pagi.
“Seorang pakcik sedang bersiap-siap untuk sembahyang Subuh, dan saya menunggu sehingga dia selesai solat.
“(Saya bertanya) Pakcik, rasa okay kah? (sambil mengira kadar pernafasan di nadinya menggunakan tangan),” tulisnya.
Katanya lagi, ketika dia sedang mengira nadi dan kadar pernafasan pesakit berkenaan, pesakit itu meletakkan tangan di atas tangannya dan mendoakan agar dia dijauhi dari penyakit tersebut.
Luah Dr muda itu, doa tersebut yang membuatkan pengorbanannya terasa bernilai.
“Pakcik letak tangan dia atas tangan saya dan kemudian dia berdoa untuk saya ‘Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini’.
“Dan itu yang membuatkan perjuangan kami bernilai,” katanya dalam posting tersebut yang mendapat perhatian dengan 13,000 tanda suka.
YB, tak perlulah tunjuk kaya ketika orang susah ni

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Raden dikritik netizen selepas beliau memuatkan naik video yang sedang berdendam dalam kolam mandi sambil memberi nasihat kepada orang ramai berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Aktiviti hendaklah diteruskan, hari ini hari ke-4 larangan manusia supaya tidak berkumpul antara satu dengan yang lain, patuhi larangan sehingga 31 haribulan ini, ingat kawal diutamakan,” katanya di dalam video berdurasi 20 saat yang dikongsi di laman tweeternya.
Ekoran perkongsian video bersahaja dan seolah-olah sedang berseronok dengan aktiviti berenang itu, beberapa netizen memberi komen pedas kepada beliau.
“Maaf dato. Peringatan bersama. (Ada emoji sedih) Tak perlu lah tunjuk kaya dalam keadaan menoriti rakyat perit dengan pelbagai ketakutan,” komen pengguna tweeter yang dikenali Code_terminal.
“Mandi kolam air sejuk ke air suam?” komen Plague Doctor.
“Sodap la ada swimming pool kat umah, mcam kita ni duduk PPRT lepas gi dapur gi bilik air last skali duduk dekat hall ….naik lemas lak rasa lain la kalau bolih tumpang umah YB,” komen Abdul Rahman Ismail sambil memaparkan emoji menangis air mata berjurai.
“Rumah ada swimming pool best la, kami dok flat tak kan nak main2 terjun bangunan pulak,” komen Sufaini Bidin.
Terkini, Malaysia telah mencatatkan 212 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baru menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.
PENGGUMUMAN
KEPADA PELAYAR BLOG YANG BUDIMAN ,TERUTAMANYA YANG MENGGUNAKAN SEBARANG HAND PHONE ANDA BOLEH MEMBACA KESEMUA KIRIMAN KE BLOG INI DENGAN MENGGUNAKAN BUTANG
> OLDER POST .
INI ADALAH DISEBABKAN DI SKRIN ANDA HANYA AKAN MEMAPARKAN 8 POSTING TERKINI SAHAJA.
DENGAN MENEKAN BUTANG OLDER POST ANDA AKAN DAPAT MEMBACA POS YANG LEBIH AWAL SETIAP HARI.
TERIMA KASIH
KELUAR WANG KWSP: ANWAR CADANG KERAJAAN BERI RM250
Keluar wang KWSP: Anwar cadang kerajaan beri RM250
Pengeluaran RM500 caruman KWSP adalah tidak munasabah dalam waktu rakyat dihimpit masalah kemungkinan kehilangan pekerjaan pada masa hadapan berikutan wabak Covid 19 yang memusnahkan ekonomi dunia
Presiden PKR, Anwar Ibrahim menyatakan kembimbangan susulan langkah kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan wang daripada Akaun 2 mereka.
Anwar berkata, sebaik-baiknya kerajaan memberikan bantuan sebanyak RM250 sebulan kepada semua rakyat Malaysia.
“Saya prihatin dengan isu berikan ruang kepada pekerja keluarkan caruman dari KWSP. Ini simpanan untuk masa depan mereka, kelompok kaya tak membimbangkan tetapi dalam kelompok pendapatan rendah ini dikhuatiri jejaskan masa depan mereka.
“[…] tapi saya rasa kerajaan kena pertimbangkan semula, jangan beban hanya pada mereka, sepatutnya paling tidak kerajaan bagi sumbangan sebahagian kepada semua, kalau kata lah RM250 kalau mereka perlu tambahan keluarkan RM250 saja (dari KWSP).
“Kerajaan harus fikirkan untuk belanja dari rizab negara. Ini keadaan kritikal sekarang,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook hari ini.
Menjelaskan lanjut, katanya, bantuan RM250 itu boleh disalurkan daripada rizab negara atau pun hasil keuntungan Petronas.
“Saya pendapat ini adalah keperluan yang harus diberikan pertimbangan segera, hari ini atau esok kerana penjaja atau nelayan, kalau mereka tak kerja tiga ke empat hari mereka tiada simpanan yang panjang.
“[…] guna rizab yang besar yang ada sama ada dalam kerajaan atau Petronas untuk selamatkan rakyat sekarang,” katanya lagi.
Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perintah itu antara lain mewajibkan penutupan kebanyakan premis perniagaan, sekolah dan institut pengajian tinggi, serta premis kerajaan dan swasta melainkan perkhidmatan penting.
Langkah itu membayangkan kemerosotan ekonomi selepas tempoh wabak Covid 19 apabila perniagaan berkemungkinan mengalami masalah aliran tunai dan memberhentikan pekerja.
Malah pakar ekonomi berpendapat sekiranya 10% industri kecil dan sederhana muflis sebanyak 1 juta pekerja akan menganggur.
SYARIKAT PENGANGKUTAN BINGUNG PERATURAN KERAJAAN TAK SELARAS?
Syarikat pengangkutan bingung peraturan kerajaan tak selaras?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan kelemahannya dalam melaksanakan langkah kawalan pergerakan apabila tidak menentukan dengan jelas sama ada lori pengangkut barangan dianggap perkhidmatan penting atau sebaliknya.
Persatuan syarikat-syarikat pengangkutan dan penghantaran kargo mengeluh apabila ahli-ahli mereka berdepan tindakan penguatkuasaan yang tidak konsisten sepanjang 6 hari langkah kawalan pergerakan dikuatkuasakan
Dalam satu kenyataan, Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) berkata kerajaan perlu menjelaskan dengan tegas sama ada perkhidmatan logistik dianggap sebagai “perkhidmatan penting (essential)” atau sebaliknya.
Presiden FMFF Alvin Chua berkata terdapat arahan yang bercanggah oleh kementerian-kementerian yang berlainan hingga mengakibatkan kekeliruan oleh pembekal gudang dan perkhidmatan pengangkutan berhubung tafsiran yang berbeza mengenai arahan oleh agensi penguatkuasaan.
“Lembaga Pelabuhan Klang bersetuju bahawa perkhidmatan logistik adalah perkhidmatan penting tetapi tindakan agensi penguatkuasaan seolah-olah mencadangkan sebaliknya.
“Lori kami telah ditahan dan diberitahu supaya mematuhi peraturan oleh pihak polis yang membuat sekatan bahawa pemandu mesti mempunyai pas pelepasan dan memberi bukti bahawa mereka telah pergi ke klinik / hospital kerajaan untuk menjalani ujian saringan Covid-19, dengan pengesahan / cap oleh klinik / hospital, (dan) bahawa pemandu atau syarikat perlu mendapatkan kelulusan dari MKN untuk mengangkut barang, (dan) bahawa hanya ubat dan makanan yang dibenarakan diangkut.
“Tindakan dan keperluan yang membingungkan dan bercanggah ini menjadi-jadi dan bertentangan dengan pengumuman oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) bahawa kelulusan untuk perkhidmatan logistik telah diberikan kepada pengeluar barangan keperluan dan barangan bukan keperluan yang diluluskan oleh MITI.
“Kita kemudiannya ada pengumuman oleh menteri pertahanan yang berkata bahawa kita memerlukan pas pelepasan kerja yang dikeluarkan oleh majikan kepada kakitangan untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja.
“FMFF telah menulis kepada MOT dan MOHA untuk mendapat kelulusan untuk mengeluarkan pas kerja kepada ahli dan kakitangan kami untuk bekerja dan kami masih belum menerima sebarang jawapan daripada kedua-dua agensi ini,” kata Chua.
Katannya, bahawa masalah itu terus diburukkan lagi dengan barang-barang yang diimport sebelum PKP tetapi kini tersadai di pelabuhan jika ia bukan berada di bawah senarai yang diluluskan.
WANG KWSP UNTUK SIMPANAN HARI TUA
Wang KWSP untuk simpanan hari tua
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan diminta menyediakan bantuan yang lebih baik kepada rakyat berikutan wabak Covid 19 berbanding membenarkan wang caruman KWSP dikeluarkan RM500 sebulan
Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) membidas pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam membenarkan pengeluaran wang caruman dari Akaun 2 untuk 12 bulan akan datang.
“Pengumuman itu mengejutkan pihak kerana langkah itu akan mengurangkan simpanan jangka panjang mereka
“Ketika kita meminta kerajaan menyuntik dana untuk membantu berjuta-juta pekerja di negara ini yang terjejas secara langsung oleh kesan Covid-19, ia sebaliknya memaksa pekerja mengeluarkan wang daripada dana simpanan yang bertujuan untuk simpanan usia tua,” kata Setiausaha Agung MTUC J Solomon dipetik.
Solomon berkata langkah kerajaan itu akan mengakibatkan kehilangan dividen terkumpul dan dividen tahunan dalam jangka panjang.
Ketika membuat pengumuman berubung perkara itu hari ini, Muhyiddin berkata inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 14 juta pencarum KWSP dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion.
Permohonan bagi pengeluaran itu akan dibuka bermula 1 April.
Solomon menambah bahawa kerajaan cuba dilihat baik dengan langkah itu, namun menurutnaya, kerajaan menggunakan simpanan pekerja untuk menyuntik RM50 bilion bagi tempoh sembilan bulan akan datang.
Tegas Solomon, tindakan itu tidak betul dari segi moral dari segi pentadbiran.
“Ia adalah seperti ‘merompak’ daripada simpanan seseorang, yang timbul daripada kegagalan kerajaan untuk melindungi rakyatnya,” katanya.
MTUC menggesa kerajaan untuk menggunakan dana rizab yang ada untuk menyediakan pinjaman tanpa faedah sekurang-kurangnya RM5,000 setiap seorang untuk membantu pekerja menyara hidup dan keluarga masing-masing.
“Mereka boleh dibenarkan untuk membayar balik (pinjaman itu_ melalui potongan gaji sebaik sahaja keadaan kembali normal,” tambahnya.
Solomon berkata kebanyakan pencarum KWSP menggunakan Akaun 2 mereka untuk mengurangkan pembayaran pinjaman perumahan bagi mengurangkan faedah yang perlu dibayar.
“Sementara yang lain juga bergantung kepada akaun ini untuk pendidikan dan keperluan perubatan mereka. Banyak dari mereka telah memilih untuk mengurangkan sumbangan bulanan mereka sebanyak empat peratus, yang akan menjejaskan simpanan mereka,” katanya.
Tegas Solomon, keadaan semasa negara memerlukan kebijaksanaan dari perancang ekonomi untuk meringankan beban semua pekerja di negara ini, dan bukannya memburukkan lagi keadaan.
“Jangan sentuh KWSP pekerja, potong gaji atau memberhentikan mereka kerana akibat-akibat sosial akan serius,” katanya dan menggesa kerajaan membatalkan langkah berkenaan.
‘Selamatkan nyawa, periuk nasi rakyat perlu jadi keutamaan’
Pada
oleh RoketKini

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bersetuju dengan pandangan seorang pakar ekonomi bahawa kerajaan perlu berbelanja lebih demi menyelamat nyawa setiap rakyat Malaysia yang kini berdepan ancaman jangkitan wabak Covid-19.
Katanya, “pertumbuhan ekonomi yang positif” atau “kedudukan fiskal yang baik” yang sering menjadi keutamaan kerajaan tidak bermakna jika rakyat kehilangan nyawa dan negara menjadi huru-hara.
“Keutamaan negara sekarang adalah untuk memastikan rakyat Malaysia kekal hidup. Ini bukan masanya untuk memikirkan tentang defisit fiskal, hutang negara, kadar pertumbuhan negara, persepsi agensi penarafan kredit atau politiking.
“Atas sebab ini, saya menyeru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera mendakap moto baharu kerajaan bagi meneruskan perang terhadap Covid-19 — iaitu apa sahaja yang perlu dilakukan demi menyelamat nyawa dan periuk nasi rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam kenyataan, hari ini.
Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dalam satu ulasan yang diterbitkan Malaysiakini menyesyorkan supaya kerajaan melaksanakan strategi ekonomi serampang tiga mata iaitu memberi pendapatan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bekerja sendiri, membantu syarikat kecil dan sederhana untuk terus bertahan, dan memastikan bekalan makanan mencukupi.
Berikut merupakan artikel penuh Dr Muhammed:
Sejak krisis Covid-19 ini meledak, dua jenis rangsangan ekonomi telah diumumkan, masing-masing oleh Perdana Menteri ke-7 Dr Mahathir Mohamad (27 Feb 2020) dan Perdana Menteri ke-8 Muhyidin Yasin (6 Mac 2020).
Pakej rangsangan pertama ketika Covid-19 ini baru sahaja menular berjumlah RM20 bilion, manakala pakej rangsangan kedua ketika bencana kini menjadi lebih teruk berjumlah RM620 juta.
Pada pakej rangsangan kedua, antara lain ia merangkumi 2 peratus diskaun bil elektrik (RM500 juta), dan bantuan RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji (RM120 juta).
Ini jelas tidak mencukupi, dan pakej rangsangan ekonomi yang lebih besar harus dilakukan serta-merta jika kita hargai nyawa semua rakyat Malaysia.
Yang penting, bantuan segala bentuk kepada sektor perubatan dan kesihatan haruslah diberikan tanpa batasan, polisinya mudah aja: ‘whatever it takes’ (buat apa saja yang diperlukan).
Keutamaan negara ketika ini hanyalah memastikan rakyat Malaysia hidup.
Ini bukan masanya untuk berkira-kira mengenai defisit fiskal, jumlah hutang negara, kadar pertumbuhan ekonomi, tanggapan ‘credit rating agencies’, ataupun berpolitik.
Yang penting adalah ketelusan dan kecerahan polisi, dan keberkesanan pelaksanaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Strategi serampang tiga mata
Saya syorkan di sini strategi ekonomi serampang tiga mata, iaitu memberi pendapatan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang bekerja sendiri, membantu syarikat kecil dan sederhana untuk terus bertahan, dan memastikan bekalan makanan mencukupi.
Krisis ini akan memberi impak yang lama kepada negara, dan tidak hanya untuk beberapa bulan sahaja. Maka bantuan yang diberikan haruslah bersifat jangka pendek dan jangka panjang.
Pertama, bantu mereka yang hilang mata pencarian, terutamanya pekerja sendiri, dan mereka yang terjejas teruk, termasuk majikan.
Data menunjukan 9 dari 10 rakyat Malaysia tidak mempunyai walaupun RM1,000 dalam simpanan, dan ini bermaksud jika mereka hilang mata pencarian dalam tempoh sebulan, mereka atas terus termasuk dalam golongan miskin.
Kerajaan harus proaktif dengan memberi bantuan kepada semua pekerja yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM5,000 sebulan (ataupun 72 peratus dari seluruh pekerja di Malaysia).
Bantuan boleh diberikan dalam dua bentuk, pertama, kepada yang bekerja sendiri, bantuan RM1,000 sebulan diberikan, dan kedua, pada mereka yang bekerja makan gaji, kerajaan boleh memberi subsidi gaji sebanyak RM1,000 sebulan setiap pekerja kepada majikan untuk memastikan supaya syarikat tidak membuang pekerja.
Untuk permulaan, ia boleh dilaksanakan selama 3 bulan bermula April ini. Ini akan menelan belanja sebanyak RM 26 bilion.
Kawal harga barangan utama
Kedua, pakej rangsangan terdahulu memberi penangguhan membayar cukai dan bantuan pinjaman kewangan kepada syarikat kecil dan sederhana. Ini tidak memadai.
Banyak syarikat akan gulung tikar, dan ini akan memberi impak negatif jangka masa panjang. Jika kita secara konservatif unjurkan 10 peratus syarikat kecil dan sederhana gulung tikar, ini bersamaan dengan seramai 1 juta akan hilang pekerjaan.
Ini harus dielak sama sekali. Matlamat utama strategi ini adalah untuk memastikan syarikat kecil dan sederhana bertahan. Cukai perniagaan haruslah dikurangkan kepada semua syarikat dan individu untuk tahun ini.
Bank dan syarikat pembiayaan juga disyorkan supaya mengurangkan (bukannya melengahkan) hutang pinjaman untuk beberapa bulan. Subsidi gaji boleh membantu menangi kos mereka.
Harus diingatkan, bantuan ini tidak harus digunakan untuk ‘bail-out’ syarikat, tetapi membantu pekerja mereka secara terus.
Ketiga, bantuan besar besaran harus diberikan kepada pengeluar makanan secepat mungkin untuk memastikan negara tidak menghadapi masalah bekalan makanan.
Kita mengimport hampir 25 peratus dari keseluruhan jumlah bekalan makanan, ataupun lebih dari RM50 bilion setahun. Krisis ini pastinya akan merencatkan pengeluaran bekalan makanan ke Malaysia pada masa terdekat ini.
Matlamat utama strategi ketiga adalah untuk kita tidak kelaparan dan kebuluran! Tabung AgroFood sebanyak RM1 bilion oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir pada pakej rangsangan pertama itu haruslah dibesarkan lagi secepat mungkin kepada sekurang-kurangnya RM10 bilion bertujuan bagi menggalakkan aktiviti pengeluaran makanan, terutamanya bagi memenuhi permintaan domestik. Pengecualian MCO kepada sektor dan pekerja yang terlibat dalam sektor makanan haruslah diberikan segera.
Pada masa yang sama, harga barang makanan utama juga haruslah diletak dalam kawalan, sama seperti musim perayaan supaya peniaga tidak menaikan harga barang sesuka hati.
Potong gaji CEO, lembaga pengarah GLC
Persoalannya, adakah kita mampu untuk memberi bantuan sebegini? Jawapannya jelas, ya! Tidak perlu risau jika defisit fiskal kita berganda, dan pertumbuhan ekonomi negatif. Harus diingatkan kembali, objektif kita hanya satu: ‘survival’. Yang lain, kita ketepikan dahulu.
Tidak ada ertinya jika kita masih mahukan kadar pertumbuhan ekonomi positif, dan kedudukan fiskal elok dan molek, jika rakyat mati dan negara huru-hara. Akta dan peraturan kewangan yang ada boleh di tangguhkan pada waktu kritikal ini.
Kita masih ada ruang. Defisit fiskal kini dalam lingkungan 3.4 peratus, secara relatif masih rendah berbanding 7 peratus pada tahun 2009 semasa krisis kewangan global, dan hampir 17 peratus pada awal 80-an.
Pada waktu kecemasan beginilah masanya untuk kita berbelanja untuk rakyat, dan gunakan simpanan negara seperti Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang berjumlah hampir RM 17 bilion, dan rizab negara yang melebihi RM400 bilion.
Apa gunanya menyimpan sehingga beratus bilion ringgit jika tidak mahu menggunakannya semasa kecemasan sebegini? Inilah fungsi simpanan.
Saya fikir ramai para menteri yang pandai lagi bijaksana dapat mencari jalan penyelesaian. Bukannya membuat kenyataan akbar meminta pandangan rakyat. Inilah masanya untuk memimpin.
Pada masa yang sama, eloklah jika semua menteri dan timbalan menteri dipotong gaji, dan hanya diberikan gaji simbolik RM1 sahaja untuk membantu rakyat dan negara sepanjang tahun ini.
Kesemua pengerusi, ahli lembaga pengarah, dan CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLCs dan GLICs) disyorkan supaya gaji mereka dipotong 25 peratus.
Jika kementerian kewangan dan kerajaan masih kedekut dan ‘in denial’, akibatnya ramai rakyat Malaysia akan menerima padah. Masa untuk bertindak adalah sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






