YB, tak perlulah tunjuk kaya ketika orang susah ni

YB, tak perlulah tunjuk kaya ketika orang susah ni


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Raden dikritik netizen selepas beliau memuatkan naik video yang sedang berdendam dalam kolam mandi sambil memberi nasihat kepada orang ramai berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Aktiviti hendaklah diteruskan, hari ini hari ke-4 larangan manusia supaya tidak berkumpul antara satu dengan yang lain, patuhi larangan sehingga 31 haribulan ini, ingat kawal diutamakan,” katanya di dalam video berdurasi 20 saat yang dikongsi di laman tweeternya.
Ekoran perkongsian video bersahaja dan seolah-olah sedang berseronok dengan aktiviti berenang itu, beberapa netizen memberi komen pedas kepada beliau.
“Maaf dato. Peringatan bersama. (Ada emoji sedih) Tak perlu lah tunjuk kaya dalam keadaan menoriti rakyat perit dengan pelbagai ketakutan,” komen pengguna tweeter yang dikenali Code_terminal.
“Mandi kolam air sejuk ke air suam?” komen Plague Doctor.
“Sodap la ada swimming pool kat umah, mcam kita ni duduk PPRT lepas gi dapur gi bilik air last skali duduk dekat hall ….naik lemas lak rasa lain la kalau bolih tumpang umah YB,” komen Abdul Rahman Ismail sambil memaparkan emoji menangis air mata berjurai.
“Rumah ada swimming pool best la, kami dok flat tak kan nak main2 terjun bangunan pulak,” komen Sufaini Bidin.
Terkini, Malaysia telah mencatatkan 212 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.
Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baru menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes.


No comments: