‘Segera lakukan ujian saringan Covid-19 besar-besaran’



Oleh Howard Lee 
(Adun Pasir Pinji, Ketua DAPSY Kebangsaan dan Ahli Jawatankuasa DAP Perak)
Saya menyokong sepenuhnya segala usaha dan keputusan yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan setakat ini, sebagai usaha bagi meratakan lengkungan Covid-19 di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan langkah yang mustahak dan wajar, namun malangnya kita masih melihat sebahagian rakyat Malaysia tidak mengendahkan perintah ini, sekaligus meletakkan sebahagian lagi dalam risiko. Namun terdapat risiko yang lebih berbahaya yang tidak terlihat oleh mata kasar.
Kita harus menyedari bahawa terdapat fakta saintifik yang menyatakan bahawa kemungkinan terdapat sejumlah besar pembawa asimptomatik (tanpa simptom) wabak Covid-19 yang sedang atau telah pun menjangkiti orang lain. Boleh jadi mereka ini merupakan rakyat Malaysia yang sedang bertugas dalam perkhidmatan penting negara yang secara tidak sengaja mempunyai kontak rapat dengan pelbagai pihak sepanjang tempoh kawalan ini.
Ujian akan membantu mereka yang dijangkiti—khususnya pembawa asimptomatik—untuk menyedari bahawa mereka dijangkiti kerana kebanyakan mereka  tidak kekal di rumah dan berisiko menjangkiti orang lain. Ujian juga penting sebagai satu respon wajar kepada pandemik ini. Ia membolehkan kita memahami bagaimana wabak ini merebak dan mengambil langkah berdasarkan bukti bagi membendung penyebaran lanjut. Ia sudah pun terbukti bahawa ujian saringan besar-besaran merupakan kunci bagi menghalang wabak Covid-19.
Di Malaysia terdapat Ujian Covid-19 untuk mereka yang ingin mencuba namun ia berharga sekitar RM600 per sampel daripada 11 syarikat dengan makmal seluruh negara. Melainkan dikenal pasti sebagai kes sporadik, Kes yang Disyaki (Patient Under Investigation / PUI) atau kontak (mereka yang pernah mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti, menunjukkan simptom-simptom dan baru-baru ini melawat negara-negara terimpak atau insiden kluster) maka anda tidak layak menjalani ujian RM1 Covid-19 yang disubsidi oleh kerajaan.
Sekiranya kita mengkaji Kanada dan Australia yang mempunyai jumlah kes keseluruhan, kes aktif dan kes per juta populasi yang sama dengan Malaysia, ia amat mengejutkan kerana Malaysia hanya menjalankan sebanyak 13,876 ujian (terbaharu 14,661). Manakala Kanada dan Australia kedua-duanya telah menjalankan hampir 10 kali ganda ujian—masing-masing melebihi 113,000. Kedua-dua negara ini telah diperakui sebagai negara yang berjaya memerangi Covid-19 dengan cemerlang, khususnya dalam meratakan lengkung.
Results as of 20th March 2020







Country,TotalNewTotalNewTotalActiveSerious,Tot Cases/TESTS approx% population 
OtherCasesCasesDeathsDeathsRecoveredCasesCritical1M popconductedpopulationtested
Malaysia118315385114106126371387631.6M0.04391
Canada1087
13114106012911361536.5M0.31127
Australia10721447
46101924211312124.6M0.45984
S. Korea87991471028261260855917231666451.5M0.61488
Selain itu juga terdapat kejanggalan antara laporan jumlah ujian di laman web Kementerian Kesihatan dan laporan-laporan lima ribu ujian dilakukan setiap hari di fasiliti-fasiliti terlibat seluruh negara. Pertanyaan ini jauh sekali berniat jahat, penuh prasangka mahupun menuduh. Sebaliknya, ia merupakan satu permintaan jujur dan berhemat akan ketelusan supaya kita dapat berjuang bersama-sama dalam memerangi wabak ini.
Dengan kos RM600 yang membebankan ini, tidak mungkin rakyat biasa mahu atau mampu untuk mendapatkan ujian ini. Ini bermakna terdapat sejumlah besar mereka yang telah dijangkiti dan pembawa asimptomatik yang sedang berkeliaran bebas tanpa menyedari bahaya yang mereka bawa kepada orang lain.
Saya dengan ini menyeru agar Kementerian Kesihatan agar segera mengikut langkah Korea Selatan, Singapura, UK, Kanada, Hong Kong, bandar Vo di Itali dan banyak lagi dalam usaha Ujian Besar-besaran Covid-19. Kos ujian ini mesti ditanggung oleh kerajaan persekutuan, kita tidak boleh membiarkan soal kos menjadi penghalang dalam usaha kita menyelamatkan nyawa. Ini merupakan satu keputusan politik yang mesti dilaksanakan segera bagi menghalang wabak ini daripada merebak lebih teruk.
Saat ini, inilah satu-satunya keputusan yang akan menentukan kita kalah atau menang dalam memerangi Covid-19 ini. –

No comments: