Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!

[ADMIN]
Program Sesi Bantuan dan Nasihat Guaman Percuma di Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson. Jom sertai!
Mohon like page Ahli Parlimen Port Dickson - YB Anwar Ibrahim untuk maklumat dan jadual terkini Ahli Parlimen Port Dickson

SETIAUSAHA AGUNG PKR MENYANGGAH DAKWAAN SETIAUSAHA AGUNG PAS

Image result for saifuddin nasution

1. Kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menggelarkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai “bekas banduan” dalam ceramah kempen beliau di Pilihanraya Kecil (PRK) Sandakan baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak memahami asas undang-undang dan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang telah memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018.
2. Perkara 42(1) seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, menunda hukuman dan melegakan hukuman. Segala proses dan prosiding untuk memberikan pengampunan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diikuti dan dipatuhi oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
3. Isu sama ada Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang “bekas banduan” tidak lagi timbul kerana beliau telah mendapat pengampunan penuh dan dibenarkan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson tanpa sebarang pertikaian undang-undang berkenaan status kelayakan beliau.
4. Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu jelas meremehkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan satu usaha memperlekeh integriti proses dan prosiding Lembaga Pengampunan apabila pengampunan penuh itu diberikan kerana telah berlakunya ketidakadilan (“miscarriage of justice”) dalam keseluruhan proses pendakwaan dan pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Pendirian yang diambil oleh Setiausaha Agung PAS tersebut bercanggah dengan pendirian PAS yang pada suatu ketika dahulu sentiasa konsisten daripada awal bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapi dan wujud konspirasi di sebalik pemenjaraannya. PAS atas pendirian yang sama turut bersama gerakan rakyat yang diwakili Pakatan Rakyat ketika itu yang menuntut reformasi sistem kehakiman negara.
6. Sudah tentu kenyataan “bekas banduan” oleh Setiausaha Agung PAS tersebut mengundang perbandingan nyata antara Mursyidul Am PAS terdahulu yang cukup disegani dan dihormati, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang mendokong kuat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan mengkritik pemenjaraan beliau sebagai satu fitnah politik.
7. Ternyata kemesraan PAS bersama UMNO sebagai rakan politik baru mengubah nada dan pendirian PAS dalam berdepan isu-isu penting negara termasuklah isu pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah dikritik oleh masyarakat perundangan antarabangsa sebagai satu konspirasi politik.
8. Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin dunia dan tokoh-tokoh Islam yang tersohor seperti Nelson Mandela, Imam Hanafi dan Recep Tayyip Erdogan yang pernah dipenjarakan akhirnya tetap dipilih menjadi pemimpin kerana integriti dan kemampuan mereka untuk memimpin dan bukan dengan label ataupun gelaran yang diberi.
9. Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang layak untuk dicalon dan dilantik sebagai Perdana Menteri sesuai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang telah dipilih secara sah. Pada masa yang sama, Pakatan Harapan yang menguasai majoriti juga telah mencapai muafakat pada Januari 2018 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
10. Tumpuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN sekarang ialah memelihara muafakat Pakatan Harapan, mendokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan berusaha menterjemahkan agenda rakyat dan reformasi dalam pentadbiran kerajaan.
DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
14 Mei 2019.

TERLALU KERAS MELAWAN AKHIRNYA PAS BERGABUNG DENGAN UMNO

SYUKUR KARTEL DEDAK MELUNCUR DARI MULUT PAS SENDIRI

MP PEMBANGKANG PERLU ISYTIHAR HARTA – TUN M

HANTARAN DIN AYAM (ZAHARUDDIN): LAWAN TETAP LAWAN


Alhamdulillah. سمعنا واطعنا.

Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, Insyallah saya akan lawan.

Kesimpulan: 

1. kes ini dapat bawa ke Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin.

2. Tolong betulkan persepsi:

a. Fitnah kata PAS, TG Presiden dan MSU setuju dan ambik dedak.
b. Fitnah kata saya lawan tok guru sebab tok guru setuju dengan dedak dan saya lawan dedak.
c. Fitnah kata saya rakam audip YBNA, sebar dan serah ke Serawak Report.

Semoga berlaku perbincangan sihat dan ilmiah untuk menentukan sesuatu sikap dan pendirian.

Insyallah selepas ini saya ingin coretkan secatavIlmiah berkenaan isu-isu berkaitan integriti dan politik wang tanpa menyentuh isu- isu parti dan larangN yang telah dibuat Pekeliling oleh SUA.

Maaf kepada semua terutama kepimpinan tertinggi dan semua jentera termasuk cyber trooper2. Semoga allah menunjukkan yang benar itu sebagai venar dan yang batil itu sebagai batil. Merezikan kita mengikut mana yang benar dan menjauhkan kita daripada semua yang batil.

Nota: Insyallah saya akan bentang satu bab fekah bertajuk "Wilayah Radd Al Mazaalim: Penyelesaian Tuntas Kepada Masalah Integriti Negara" di program tarbiah Bandar Tun Razak. Saya akan buat live.

Amin.

LUAHAN HATI DIN AYAM : ISU RESTU: SPIN TEAM MEDIA KARTEL DEDAK.



Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan teks

Saya tulis yang TG restu itu berkait dengan isu lama, isu Nurul dulu. Setelah Mr KH (Kaki Hasut) menghasut, saya bagi penjelasan, maka TGHH restu dan saya tak tarik tulisan itu sampai sekarang. (boleh rujuk tulisan asal saya semalam).

Dalam rakaman terkini, wartawan tanya berkenaan restu Presiden berkenaan pendedahan kartel dedak yang hangat sehari dua ini. Jadi sememangnya TG Presiden nafikan sebab memang saya tak jumpa dia sejak 1 minggu yang lalu.
Dalam minda Presiden pula lebih kepada isu RM90 juta justeru Mr KH (Kaki Hasut) pula baru sahaja brief TG Presiden di Komtaq Kerdau bahawa saya bangkitkan balik isu RM90 juta Sarawak Report. Padahal saya bangkit bukan isu 90 juta, tetapi isu Kartel Dedak dan dedak-dedak mereka. Takde kaitan langsung dengan fitnah Serawak Report RM90 juta.

Tahniah dan terbaiik team media bawah selian Mr Hussam II yang mengawal FB dan Twitter TG Presiden sekarang. Spin hanya pada gap yang kecil, isu nurul yang lama yang dapat restu, dengan isu baru yang saya bangkitkan sehari dua ini. Sebarkan 'tidak restu' atas nama FB dan twitter Presiden bagi melambangkan presiden yang bersuara dan seolah-olah saya berbohong. Tajuk FB Pas Pusat juga menarik: Tindakan Zaharudin, tiada restu dari Tuan Guru.

Minit 9:03 TG sebut: "bukan hak saya merestu....". Ayat ini dalam maknanya. Bagi yang tengok TG respon bulan ini dengan bulan lepas agak berbeza justeru bulan lepas Mr KH baru cucuk maklumat salah.

Saya rasa baiah dan ikrar Cyber Trooper Kartel Dedak yang baru dibuat untuk pertahankan Mr Hussam II tu dah nampak hasil pertamanya. Cuma ingatan saya supaya bezakan betul-betul antara backup parti dan pimpinan pada tempatnya yang betul dengan backup pimpinan korups.

Sekian.
Nota: Alhamdulillah jika Jawatankuasa Disiplin mula bersidang isu ini. Saya dah tunggu peluang ini cukup lama.

APA KATA KERAJAAN PH HAPUSKAN SJKC , SJKT DEMI SEMANGAT MALAYSIA YANG BARU?



Kerajaan juga harus berani hapuskan SJKC maupun Tamil dulu sebelum hapuskan matrikulasi.. yang mana dikatakan bersesuaian dengan keadaan sekarang dan juga permintaan Gerakan..

Mana orang-Orang Melayu? tak nak minta macam-macam ka dengan kerajaan? bangsa lain berlumba-lumba minta itu dan ini.. minta la untuk kebaikan..inikan Malaysia Baharu..

WARTAWAN UTUSAN BOIKOT TAK DAPAT GAJI KA NI??

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

5 perkara utama perlu dimuhasabah pembangkang

5 perkara utama perlu dimuhasabah pembangkang



Terdapat 5 pengajaran utama untuk pembangkang daripada kemenangan besar mengejut DAP di Sandakan, dengan majoriti 11,521 undi, jauh lebih besar daripada majoriti undi 10,098 pada Pilihanraya Umum 2018, walaupun peratusan keluar mengundi turun sebanyak 18% daripada 72% kepada 54%.

Pertama, ahli parlimen pembangkang telah melakukan kesilapan strategi apabila menolak usaha Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen awal tahun ini, untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada kedudukan tahun 1963, dengan meminda Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang pada tahun 1976 telah menurunkan Sabah dan Sarawak kepada taraf sama dengan 11 negeri semenanjung. Ini telah berkali-kali dinyatakan oleh kedua-dua Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal dan DAP ketika berkempen, bahawa ahli parlimen pembangkang pimpinan UMNO dan PAS tidak berhak untuk bercakap mengenai hak Sabah dan Sarawak, jika mereka menolak untuk menyokong pindaan perlembagaan untuk mengembalikan Sabah dan Sarawak kepada kedudukan tahun 1963 sebagai 3 entiti bersama dengan Semenanjung Malaysia yang telah membentuk Persekutuan Malaysia.

Kedua, propaganda parti pembangkang, bahawa mereka mampu memenangi kuasa peringkat Persekutuan dengan mengapi-apikan politik perkauman dan ekstremisme agama yang memecah-belahkan dan merosakkan secara terang-terangan, sudah tentu gagal tanpa sokongan daripada Sabah dan Sarawak. Usaha untuk melaga-lagakan antara orang Melayu dan bukan Melayu, dan orang Islam dengan bukan Islam tidak menerima sambutan di Sabah, malah menolak para pengundi untuk berpaling kepada DAP, Warisan dan PH. DAP menang buat kali pertama di semua daerah pengundian di Sandakan, termasuk kubu BN iaitu undi pos, Pulau Berhala, dan Kampung Sim Sim, yang sebahagian besar mereka merupakan pengundi Muslim.

Ketiga, menyampaikan penipuan melalui segelintir akhbar dan media sosial bawah kawalan mereka hanya berkesan dalam jangka masa pendek, tetapi tidak dalam jangka masa panjang. Apabila sentimen dan emosi telah surut, kebenaran pasti akan jelas. Seperti kata pepatah, “Anda boleh menipu sesetengah orang sesetengah masa, anda boleh menipu semua orang sesetengah masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang setiap masa.” PH mempunyai 4 tahun untuk menjelaskan dan mendedahkan penipuan dan fitnah pembangkang.

Keempat, rekod pencapaian ekonomi yang terbukti, kerajaan anti-rasuah dan bersih masih penting. Usaha untuk memenangi hati pengundi ketika mana ahli parlimen pembangkang yang berkempen masih terpalit dengan korupsi, atau apabila mereka telah mengurus negeri-negeri mereka dengan begitu buruk sehingga perbendaharaan negeri mereka bankrap ke tahap mereka perlu meminta bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam mereka, tidak memberikan keyakinan.

Kelima, kepimpinan itu penting. Siapakah alternatif daripada pembangkang untuk menggantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal atau Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad? Kebanyakan pemimpin pembangkang sama ada sudah hilang kepercayaan rakyat kerana prestasi yang lemah, atau tersangkut dengan skandal rasuah.

Para pengundi mahukan kerajaan bersih yang boleh membawa pembangunan yang berpaksikan rakyat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh pengundi kepada anak-anak mereka sekiranya mereka memberikan undi kepada ahli politik korup. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan kepada anak-anak mereka jika mereka memberikan undi kepada rasis dan ekstremis agama. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan kepada anak-anak mereka jika mereka mengundi untuk ahli politik yang tidak berkebolehan yang menyebabkan negeri menjadi bankrap. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan kepada anak-anak mereka apabila mengundi untuk masa hadapan yang kelam untuk anak-anak sedangkan sebilangan kecil kroni mendapat masa hadapan yang cerah dan mewah.

Semoga pembangkang tidak akan mengambil iktibar daripada 5 pengajaran utama ini supaya mereka kekal dalam pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. –


RM60,000 untuk program imarah masjid, surau. Islam terancam kata umpas.



Keprihatinan wakil rakyat DAP Parlimen Bentong terhadap pembangunan masjid dan surau diteruskan sempena Ramadan ini menerusi program penyampaian sumbangan kepada rumah ibadat terbabit sekitar daerah Bentong.

Dalam program yang yang berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Bentong dan mendapat kerjasama penuh Jabatan Agama Daerah Bentong itu, sejumlah RM66,000 diagihkan kepada 30 masjid dan 20 surau sekitar DUN Bilut, manakala sumbangan untuk surau DUN Ketari telah diagihkan sebelum ini.

Selain masjid dan surau di kawasan perumahan, turut menerima sumbangan termasuk surau bawah kelolaan jabatan dan agensi kerajaan seperti Surau Balai Bomba Bentong, Surau SMK Lurah Bilut dan Surau Hospital Bentong yang mana rata-rata mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan bagi mengimarahkan rumah ibadat terbabit.

Menurut wakil penerima dari Balai Bomba Bentong, PB Mohammad Zamir Izzat Nasir Avetton, sumbangan yang diperoleh sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelajaan pengurusan surau untuk melengkapkan peralatan asas seperti penyediaan kain pelikat dan kos penyediaan juadah berbuka puasa.

“Walaupun kami ada menyumbang kepada tabung surau yang dikutip daripada setiap anggota, tetapi sempena Ramadan sumbangan ini boleh menampung kos lain untuk kegunaan jemaah,” katanya lagi.

Wakil penerima daripada Masjid Al-Falahi FELDA Lurah Bilut, Abdul Mutalib Haji Abu Bakar yang juga pengerusi badan masjid berkenaan, turut menghargai sumbangan yang disalur oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut, Lee Chin Chen apatah lagi banyak program dianjurkan masjid berkenaan sempena Ramadan.

“Masjid Al-Falahi adalah sebuah masjid yang begitu aktif, malah sepanjang Ramadan ini kami mempelawa beberapa pelajar tahfiz berdekatan untuk menjadi imam solat tarawih.

“Selain itu, kami juga ada menganjurkan program pemberian bubur lambuk secara percuma untuk diagihkan kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Menurut Mutalib lagi, masjid berkenaan juga menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan bagi menarik minat orang ramai untuk mengimarahkan masjid.

Sementara itu, Chin Chen yang kelihatan gembira kerana dapat beramah mesra dengan kariah masjid dan surau sekitar daerah Bentong, menawarkan diri untuk bersama-sama masyarakat dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pentadbir masjid dan surau khususnya di daerah DUN Bilut.

“Sebagai pemimpIn, saya bukan sahaja memberi sumbangan kepada mana-mana penganut agama tertentu, tetapi saya juga menyalurkan sumbangan kepada semua rumah ibadat yang ada dalam DUN Bilut.

“Kali ini, tiba masa untuk saya mengagihkan sumbangan kepada kaum muslimin pula sempena Ramadan,” kata Lee.

Bagi Wong Tack yang sebelum ini tidak putus-putus menyalurkan sumbangan kepada pembaikan surau dan masjid yang mengalami kerosakan, merasakan Ramadan adalah bulan yang mulia, ditambah dengan suasana masyarakat berbilang kaum bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa walaupun berlainan kepercayaan.

“Saya harap semua maklum sebagai wakil rakyat, saya bukanlah wakil parti tetapi saya bekerja untuk semua golongan tidak mengira mana-mana parti politik.

“Walaupun apa yang saya sumbangkan tidak sebesar mana, tetapi saya begitu gembira kerana dapat menjalinkan hubungan baik dengan pentadbiran masjid dan surau kerana saya ingin terus bekerja demi rakyat,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa masjid dan surau tidak harus menjadi medan politik kerana agama adalah perkara yang suci dan institusi agama adalah medan untuk masyarakat meneruskan kehidupan secara harmoni serta bersatu padu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman, Penyelaras DUN Pelangai, Nor Haizan Abu Hassan dan Penyelaras Parlimen Bentong, Dasimah Zainudin.