PAS tuntut kerusi MB, Sultan perkenan?

OLEH: : AMIRULMUKMININ

Walaupun kebanyakan pemimpin PAS Pusat berikrar tidak akan
meninggalkan Pakatan Rakyat tetapi strategi parti itu dalam krisis
penukaran MB Selangor seolah-oleh menzahirkan niat mereka untuk
membentuk kerajaan bersama Umno

Terbaharu, melalui pesanan WhatsApp tersebar berita yang didakwa
diterbitkan oleh PAS Selangor. Pesanan itu menyebut Presiden PAS Hadi
Awang dipanggil menghadap sultan Selangor. Dalam pertemuan itu sultan
memberitahu tidak bersetuju dengan calon MB Dr Wan Azizah. Sultan
meminta PAS menamakan calon daripada parti tersebut. Hadi menolak dan
berkata kerusi MB adalah milik PKR.

Perkara kedua yang terpapar dalam pesanan itu adalah pertemuan Anwar
dan Hadi di Terengganu pada 11 Ogos lalu. Dalam pertemuan itu Anwar
didakwa membawa surat untuk Hadi menandatanganinya bagi mencalonkan
Azizah sebagai MB. Hadi menolak dengan alasan tidak mahu melawan
kehendak sultan.

Kedua-dua perkara itu didakwa diterangkan dalam perjumpaan Adun-Adun
PAS Selangor bersama kepimpinan PAS Pusat pada 15 Ogos lalu.

Kelucuan hujah

Bagaimanapun, dua perkara tersebut kelihatan lucu sekiranya benar Hadi
bertemu Sultan. Ketika bertemu sultan Hadi berkata kerusi MB milik
PKR. Bermakna Hadi tidak akan campurtangan  dan memberi PKR sepenuh
kuasa menentukan calon MB. Tentunya beliau tidak akan menyokong Khalid
sebagaimana yang telah dilakukannya. Ketika bertemu Anwar pula Hadi
berkata tidak mahu melawan titah sultan. Bermakna Hadi tidak mahu
menyerahkan kerusi MB kepada PKR dan mahu calon dari PAS.

Adakah presiden PAS mempunyai masalah ingatan dan suka berbolak balik
dalam membuat keputusan? Jika inilah yang diterangkan kepada PAS
Selangor maka wajarnya Adun Hulu Kelang dan Morib meninggalkan PAS.
Mereka tentu tidak tahan dengan lawak jenaka yang tidak berpenghujung
itu.

Sekiranya benar PAS cuba merebut kerusi MB maka janji Setiausaha
Agungnya Mustafa Ali yang telah dilafaskan sebanyak tiga kali kepada
media bahwa kerusi itu milik PKR hanyalah mainan politik belaka. PAS
yang dianggotai ulama akan menjadi parti yang tidak boleh dipercayai.

Pertemuan dengan sultan jika benar berlaku tidak sepatutnya dijadikan
asas kepada calon MB. Mengikut kelaziman, sultan merupakan kuasa yang
paling tinggi tidak akan meminta calon dari mana-mana parti,
sebaliknya calon MB akan dipersembahkan kepada baginda dan akan
dilantik sekiranya baginda bersetuju.

Pertemuan dengan sultan dan titah baginda sepatutnya diberitahu oleh
Hadi kepada Majlis Presiden Pakatan. Kemudian PAS boleh mencalonkan
sesiapa yang diingininya. Namun semua itu tidak berlaku. Sebaliknya
Khalid dibenar bertemu sultan pada 11 Ogos dan PAS terus menyokong
beliau walaupun PKR dan DAP telah menarik sokongan. Hal itu
menunjukkan komplot antara Hadi dan Khalid.

Namun perkara yang mungkin sekali berlaku ialah sultan tidak meminta
calon dari PAS tetapi terdapat pihak dalam PAS yang sengaja
mengeluarkan berita palsu mengenai permintaan itu.

Begitu juga dengan pertemuan Anwar dan Hadi. Anwar tidak membawa surat
menyokong Azizah. Mengikut sumber dari PKR, Hadi banyak mempersoalkan
Anwar dalam pertemuan itu. Antaranya Anwar dituduh menjadi punca
huru-hara politik di Malaysia, PR kalah dalam PRU 13 kerana Anwar
tidak menerima PAS mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Perdana
Menteri, sokongan Melayu terhakis akibat Anwar dan sebagainya.

Setelah 20 minit, Anwar mencelah berkata, kunjungan beliau ke
Terengganu untuk berbincang mengenai isu Selangor. Namun Hadi tidak
lagi mengendahkan Anwar dan perbincangan seterusnya hanya berlaku
antara Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan rakan sejawatnya Saifudin
Nasution.

Hadi tidak pernah menyatakan perihal permintaan sultan kepada Anwar
sebagaimana yang diperkatakan dalam taklimat PAS Pusat kepada PAS
Selangor.

Calon MB baharu daripada PAS tidak sepatutnya timbul apabila semakin
hampir tarikh AJK PAS Pusat bermesyuarat. Perihal permintaan sultan ,
jika ada, seharusnya diberitahu lebih awal. Memberitahu pada waktu
yang amat lewat, sehingga 15 hari selepas pertemuan tentunya akan
menimbulkan prasangka.

Membeli masa

Pendedahan seperti itu seolah-olah bertujuan menghasut golongan
profesional PAS agar bersetuju dengan puak ulama untuk tidak mengundi
menyokong pencalonan Wan Azizah. Mereka membuka medan perdebatan baru
dengan usul calon PAS sebagai MB.

Perbuatan seperti itu menyebabkan lebih banyak masa diperlukan apabila
ketiga-tiga parti komponen Pakatan perlu bermesyuarat semula, berdebat
dan mungkin menangguhkan keputusan berminggu-minggu lamanya.

Tidak dapat dinafikan usaha kelompok UG dalam PAS yang menimbulkan isu
sultan di saat akhir ini adalah untuk membeli masa (buying time).
Sebelum ini Umno berusaha melakukannya selepas Khalid memberitahu
sultan beliau mempunyai majoriti cukup di DUN.

Bukan untuk Khalid kekal berkuasa tetapi untuk memerintah sehinga dua
bulan dan memberi kelebihan kepada BN untuk bersedia menghadapi
pilihan raya negeri. Sebaliknya berlaku apabila Wan Azizah mendapat
sokongan majoriti 30 Adun dan bermakna game over bagi Khalid.

Maka pelan B menggunakan puak UG PAS pula dilakukan menggunakan nama
sultan. Tujuannya agar Pakatan mengambil beberapa minggu untuk
membahaskan calon MB. Selepas persetujuan dicapai, tiba-tiba DUN
dibubar oleh sultan. Maka tanpa persediaan dan mengalami luka parah
akibat bergaduh sesama sendiri, tentulah BN akan menang mudah di
Selangor.

Apakah yang cuba dibuktikan oleh puak UG dalam PAS? Mereka berkuasa
memecahkan PR? Adakah dengan cara itu Umno akan menyokong hudud di
Kelantan. Jangan harap. PAS yang lemah tidak akan digeruni Umno. Malah
dalam PRU 14 dijangka PAS tidak akan berupaya bertahan di Kelantan
dengan corak politik adu domba yang dilaksanakannya hari ini. Apakah
hala tuju puak UG selepas itu?

PAS wajar selesaikan perlantikan MB dalam kerangka Pakatan

PAS wajar selesaikan perlantikan MB dalam kerangka Pakatan

 http://wrlr.blogspot.com/2014/08/jangan-percaya-khabar-angin-hj-hadi.html






Saya dimaklumkan bahawa selepas mesyuarat di antara Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan 13 ADUN PAS dari Selangor semalam, beberapa maklumat yang kurang tepat telah disebarkan melalui whatsapp dan media sosial.

Di antara maklumat yang disebarkan ini termasuklah:

1. Keputusan PAS menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail kononnya adalah atas titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor;

2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim terbang ke Kuala Terengganu pada hari Isnin, 11 Ogos 2014 yang lalu untuk mendapatkan surat sokongan melantik Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang kemudiannya ditolak oleh Presiden PAS itu

Saya hadir mewakili KEADILAN bersama-sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali itu. Keputusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terbang ke Kuala Terengganu berjumpa Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bukanlah untuk mendapatkan tandatangan kepada apa-apa surat sokongan tetapi mengambil kira perlunya membawa proses membuat keputusan kembali ke kerangka Pakatan Rakyat.

Pada hari Sabtu 9 Ogos 2014, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali telah terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pimpinan tertinggi DAP tanpa dimaklumkan kepada pimpinan KEADILAN. Di dalam mesyuarat itu, pimpinan PAS itu membentangkan pendapat mereka mengenai pendirian mereka yang menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan harapan DAP akan bersetuju dengan pendirian mereka.

Setelah dimaklumkan oleh pimpinan DAP mengenai perkembangan ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan jalan memperbaiki hubungan baik di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, maklumat yang disebarkan kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membawa surat sokongan di dalam pertemuan itu adalah palsu dan pembohongan yang tidak membantu merungkai kemelut perlantikan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang baru.

Sebagai sebuah kerajaan yang memenangi mandat dua pertiga dalam PRU13 yang lalu, sewajarnya keputusan melantik seorang Menteri Besar dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat itu dapat dibuat secara muafakat bersama. Tuanku lebih arif dengan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh negeri Selangor. Setakat ini KeADILan difahamkan Tuanku Sultan Selangor terbuka dalam perkara tersebut dan akan membuat keputusan berlandaskan prinsip undang-undang.

Proses mengikut Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Selangor untuk melantik seorang Menteri Besar adalah jelas dan ia bermula dengan pencalonan seorang ADUN dari parti-parti yang mempunyai majoriti di dalam dewan. Sewajarnya KEADILAN, DAP dan PAS harus berupaya mempersetujui seorang calon dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat untuk dibawa pencalonan bagi perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Kami sedar bahawa penolakan terhadap pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebenarnya telah berlaku lama sebelum pun berita kononnya titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor ini mula disebarkan. Umum mengetahui bahawa penolakan tersebut oleh sebahagian pimpinan PAS dibuat kerana beliau adalah seorang wanita.

 Sehingga kini, pimpinan tertinggi PAS masih lagi belum memberi alasan yang jelas kenapa beberapa pimpinan PAS terus membuat kenyataan terbuka menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail walaupun JK PAS Pusat belum bersidang.

Persoalan Menteri Besar Selangor ini seharusnya telah lama diselesaikan berdasarkan prinsip muafakat dan saling menghormati dalam Pakatan Rakyat. Seharusnya kesepakatan dapat dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan 23 Julai 2014 yang lalu malangnya ia terpaksa ditangguhkan.

Pakatan Rakyat semenjak 2008 belum pernah melanggar prinsip menghormati hak parti masing-masing untuk mengemukakan nama calon Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka. Tidak timbul soal parti lain mengusulkan nama lain yang pasti ditafsir melanggar etika ini dan mungkin melaga-lagakan pimpinan dlm parti sekutu.

Proses membuat keputusan di dalam kerangka Pakatan Rakyat perlu dipertahankan. Adalah tidak adil sekiranya isu ini dijadikan pertembungan di antara KEADILAN dan PAS semata-mata sedangkan keseluruhan kepimpinan DAP dan 15 ADUNnya juga menyokong pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Oleh yang demikian, saya berharap supaya PAS mengambil kira majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor telah membuat keputusan yang jelas.


 
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
16 Ogos 2014


WANITA LAYAK MENJADI PEMIMPIN . PANDANGAN QARDAWI DIZAMAN INI


Ramai pula sejak akhir akhir ini mengatakan wanita tidak layak menjadi pemimpin. Mengalahkan mufti la pulak berhujah. Pada hal ngaji pun tak sejauh mana. Inilah manusia yanghanya pandai mengkritik tapi sembab. Baca di bawah ini. Banyak pandangan pro kontra tetapi pamdagan ini adalah sesuai untuk masa dan zaman kini.

Bila hujah dah habis , diberi pula masalah lain..oooosebaba Anwar Ibrahimnak lantik isteri jadi MB..Habis Mahathir anak jadi MB tak pa pulak? Najib bukan anak PPPPPM ka dulu, tak pa pulak, Hishammuddin sepupu Najib tak pa pulakya....Oooooo tarak baca punya orang. Tak sokong PR tak pa, tak mengundi pakatan tak apa.. Tapi kalau kau undi Umno apasal la dok sibuk rumahtangga PR pulak?

Kononnya Anwar nak guna duit 3 Billion,dan yang paling tragis sekali ialah nak beli ADUN DAN AHLI PARLIMEN BN.Nah lagi hebat...Kalau cam tu 53% rakyat yang undi pada pilihanraya lalu, sudah tentu lah suka, cara mudah nak beli ahli parlimen BN yang senang dirasuah?   

 Habis yang lingkup berpuluh puloh billion projek mega dan salah urus tahunan tak kcoh pulak? 

 http://chegubard.blogspot.com/2012/09/senarai-sebahagian-kecil-dari.html



 Kritikan melampau peguam Umno yang dilemparkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jika dilantik sebagai menteri besar dikecam ramai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.




















Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam kitabnya Min Fiqh al-dawlah fil Islam, mempunyai pandangan yang sedikit berbeza, beliau berpandangan bahawa dalam konteks kepimpinan dunia hari ini, beliau lebih cenderung mengharuskan wanita memegang kesemua jawatan termasuk Perdana Menteri dengan beberapa syarat. 

Antara hujjah Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dan mereka yang mempersetujui keharusan ini adalah seperti berikut :-

1. Kisah kepimpinan wanita di peringkat tertinggi iaitu Ratu Balqis, digambarkan sebagai seorang pemimpin wanita tertinggi negara yang berwibawa serta mampu membawa kaumnya kepada kebaikan dunia akhirat. Firman Allah SWT:
قالوا نحن أولوا قوة وأولوا بأس شديد والأمر إليك فانظري ماذا تأمرين (النمل :33)
قالت رب إني ظلمت نفسي وأسلمت مع سليمان لله رب العالمين (النمل: 44)
Mafhum : Berkatalah kami (lelaki) yang mempunyai kekuatan, sesungguhnya kami serahkan urusan ini kepdamu ( ratu balqis) …” berkatalah Balqis “ Demi Tuhanku sesungguhnya aku telah berlaku zalim terhdp diriku nescaya kini aku akan beriman kepada Allah bersama Nabi Sulaiman” ( An-Naml 33 dan 44)

2. Mempersoalkan sifat umum pada hadith riwayat Bukhari tadi dengan hujjah :
a. Beliau menyatakan bahawa perkara menggunakan umum hadith untuk melarang kepimpinan dari kalangan wanita adalah tidak disepakati sepenuhnya. Selain itu, sekiranya ia diambil dengan pengertian umum lafaz sahaja maka akan bertentangan dengan kisah tawladan Ratu Balqis sebagai pemimpin tertinggi yang berjaya. Ratu Balqis digambarkan oleh Allah sebagai berkata :
قالت ياأيها الملأ أفتوني في أمري ما كنت قاطعة أمرا حتى تشهدوني(32)

Mafhum : “Wahai pembesar berikanlah pandangan kepadaku dalam urusan ini, aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya” ( An-Naml 32)

b. Mengambil kaedah fiqhiyyah العادة محكمة dan bersandarkan kepada fiqh waqi’ , reality hari ini kebanyakan wanita menyumbang kebaikan yang banyak untuk negara malah adakalanya lebih daripada lelaki, bahkan mereka juga ada yang lebih berkelayakan dari pelbagai sudut berbanding lelaki. 

Ini bermakna, kita perlu memahami hadith dan sunnah fi’liyah Rasulullah SAW berdasarkan ‘mulabasat’ atau suasana zaman dan kemampuan wanita ketika itu. Hasilnya, Al-Qaradhawi seolah-olah cuba memberi isyarat di sini, bahawa isu hukum kepimpinan wanita adalah isu furu’ yang boleh berubah menurut peredaran zaman, apa yang penting adalah syarat KEMAMPUAN DARI PELBAGAI SUDUT tanpa menjadikan JANTINA SEBAGAI PUNCA PERBEZAAN UTAMA DAN KELAYAKAN.

3. Hadith tadi juga memberi kefahaman bahawa ketika wujudnya Khilafah Islamiyyah, wanita memang kelihatan amat kurang sesuai menjadi imamah uzma iaitu khalifah walaupun di ketika zaman ini. Hal ini sememangnya disepakati larangannya, tetapi selepas ketiadaan khilafah tahun 1924 M, sebahagian ulama’ telah meng‘qias’ kan kepimpinan ratu Balqis sebagai Presiden yang punyai kuasa dalam memberi persetujuan terhadap sebarang pelaksanaan dasar. Justeru, dalam ketiadaan khilafah, negara-negara umat Islam hanyalah bertaraf seperti Gabenor di wilayah yang terhad. Sehubungan dengan itu, wanita boleh memegang jawatan menteri, Qadhi atau lain-lain. 

4. Dalam masyarakat di bawah system demokrasi hari ini, apabila wanita dilantik ke jawatan kementerian, Parlimen, Pentadbiran atau lainnya, ia tidak bermakna ia memegang jawatan ini secara veto, hakikatnya ia adalah kepimpinan secara kolektif, yang mempunyai sebuah institusi dalam menentukan tindakan. Justeru, menurut al-Qaradhawi, ia tidak bertentangan dengan Hadtih walau menurut apa jua tafsiran.


Khalid ‘pentingkan diri’ jika bubar DUN, kata Guan Eng


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pentingkan diri jika membubarkan DUN Selangor bagi mengekalkan kedudukan. – Gambar fail The Malaysian Insider.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pentingkan diri jika membubarkan DUN Selangor bagi mengekalkan kedudukan. – Gambar fail The Malaysian Insider.






















Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dilihat "begitu mementingkan diri sendiri" sekiranya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan jelas beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, pembubaran sidang DUN bercanggah dengan prinsip sebenar demokrasi.
"Itu menunjukkan beliau sangat mementingkan diri dan membelakangkan prinsip demokrasi, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan mandat rakyat untuk kekal sebagai menteri besar.

"Itu menunjukkan (Khalid) lebih mementingkan kedudukan berbanding hak rakyat dan kedaulatan undang-undang.
  "Ini ancaman yang sering beliau gunakan untuk kekal sebagai menteri besar," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi ketika ditanya kemungkinan Khalid akan membubarkan sidang DUN dan mengadakan pilihan raya mengejut untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor.

Khalid semalam berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu, termasuk peletakan jawatannya sebagai menteri besar termasuk pelantikan menteri besar baru hanya akan diputuskan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor.

Lim berkata, jelas dalam undang-undang tubuh di Selangor, sesiapa yang mempunyai majoriti Adun adalah layak untuk dilantik sebagai menteri besar.

"Ini dibuktikan ketika krisis Perlembagaan di Perak pada 2009. Menteri besar baru dilantik tanpa membubarkan DUN. Dalam insiden itu, hanya tiga Adun terkesan.

"Di Selangor, Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti besar (berbanding Perak). PR menang 44 daripada 56 kerusi DUN, 30 Adun lagi menyokong (Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) sebagai menteri besar baru," katanya.

Lim merujuk kepada PR hilang kerajaan Perak pada 2009 selepas tiga Adun PR meninggalkan parti itu dan menjadi Adun Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Dalam Pilihan Raya Umum 2009, PR memenangi 31 daripada 59 kerusi DUN di Perak.
Sultan Perak ketika itu enggan memperkenankan permohonan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.
Kerajaan PR tewas apabila kehilangan majoriti kepada BN yang kemudiannya melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar.

Lim berkata, Dr Wan Azizah terbukti mempunyai majoriti 30 anggota DUN apabila mereka menyuarakannya secara terbuka memilih beliau menjadi menteri besar.
"Sehingga hari ini, Khalid masih belum membuktikan sokongan Adun yang diterimanya. Mungkin hanya 12 daripada Umno.

"Kita masih lagi tidak tahu bakinya, tapi adakah kita tidak pandai mengira?" soalnya.
Kepimpinan PAS masih belum memutuskan keputusan sama ada mengekalkan Khalid atau menggantikannya dengan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar baru.
Parti itu dijangka bermesyuarat esok untuk memutuskan perkara itu dan dijangka mengemukakan calon alternatif bagi jawatan berkenaan.

"Kita perlu menunggu hingga esok," kata Lim ketika ditanya jangkaan keputusan mesyuarat PAS.
"Kerusi itu milik PKR. Kenapa PKR tidak lagi mahukan Khalid, itu terpulang kepada mereka untuk menjelaskannya," katanya.
"Bagi DAP, kami menghormati keputusan itu. Jika PKR mahu tukar, sebagai rakan yang setia, kita hormatinya dan menerima Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru," katanya. – 16 Ogos, 2014.

JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN HJ HADI BAWA SURAT JUMPA SULTAN...TETAPI HJ HADI KATA ANWAR JADI BARUA MAHATHIR 16 TAHUN


 OLEH :    TULANG BESI



Cerita ini sepertinya telah disebar begitu meluas.

Pertama nya , cerita ini karut kerana Anwar tidak membawa apa2 surat apabila bertemu dgn Haji Hadi.

Pertemuan pun pendek dan sepanjang pertemuan isu Wan Azizah jadi MB tidak pun diperbincangkan.

Tak sempat bincang pun.Malah dalam pertemuan tersebut Hj Hadi mengatakan pada Anwar bahawa Mu jadi barua  Mahatir 16 tahun.Mu punca cina India naik kepala di Malaysia ni.Malaysia jadi huru hara puncanya Mu.

Anwar hanya diam dan meminta maaf dan hanya berbual dengan Saifuddin dan berangkat balik,

Keduanya, kalau istana tak setuju Wan Azizah jadi MB mengapa istana tak bagitau Anwar terus. Kenapa nak bagitau PAS?

Ketiga, dengan kekalnya Exco dalam kerajaan Khalid menandakan PAS telah khianat kepada Pakatan Rakyat Sepatutnya exco2 PAS letak jawatan sebagai menghormati semangat Pakatan Rakyat.
Ini cerita karut

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203778516135748&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1


Setiap kali Anwar cuba buat benda besar yg hancurkan umno haji hadi pasti jadi penghalang
Nak harap Haji Hadi buat move bak hancurkan umno rasanya sampai kiamat la.

Negeri terengganu dlm tgn boleh hilang inikan pula nak kalahkan umno di pusat.

Misal-calon pm, nak tukar khalid ibrahim, kota damansara, pil kuda, sept 16 semua ini telah di halang oleh Hj Hadi.

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=692576280833509&set=p.692576280833509&type=1

Geng UG dalam PAS tolak Azizah kerana mereka tahu MB yang sebenar adalah Anwar Ibrahim
Kan ke mereka pegang Asal Bukan Anwar (ABA).

Haji Hadi benci sangat dgn Anwar Ibrahim kerana Anwar Ibrahim mengagalkan program perpaduang dgn UMNO.

Padahal Arwah Ustaz Fadzil siap nak lantik Anwar sebaga PM lagi


Dalam Sidang Akhbar selepas mesyuarat Lujnah Politik PAS tadi SU Agung berkata PAS tidak pernah arah ADUN2 PAS untuk tidak menyokong Wan Azizah sebagai MB.

Makanya, apa salahnya Saari dan Hasnul menyokong Wan Azizah?

Mengapa perlu dipanggil untuk disiasat?
Walaupun Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS mempunyai ilmu dalam kitab yang mendalam tapi ia tidak menjadikannya MAKSUM.
Ia juga tidak bermakna beliau mahir dalam ilmu2 politik dan ia juga tidak bermakna beliau sentiasa benar dalam membuat ijtihad politik.
Ia juga tidak bermakna beliau bebas dari pengaruh orang2 yang berada di keliling beliau.
Makanya, jangan lah kita terkeliru antara kealiman dlm perkara dlm kitab dengan kealiman tentang perkara dalam realiti kehidupan.
Kalau Saidina Umar boleh ditegur oleh perempuan tua di hadapan khalayak ramai, apatah lagi Presiden PAS.
Kalau kita mengkritik Presiden PAS kita tidak mengkritik ilmu nya yang tinggi dari kitab.
Kita mengkritik tingkah laku dan keputusan nya dalam realiti politik dan pentadbiran negara serta parti.
Kalau Presiden salah kita kena tegur dan betulkan.
Presiden PAS bukan Nabi dan bukan Rasul.
Misalnya Presiden PAS pergi jumpa UMNO dalam gelap dan lepas tu berbohong.
Kita sbg orang Islam wajib menegur dan membetulkan perkara ini. Bukan pegi sokong.
Itu bukan ajaran Islam.

PENDEDAHAN BARU TULANG BESI


"Saari Sungib yang kukenali..." - Adun PAS Meru

"Yb Shaari bukan sebarang pejuang. Pengalaman dlm bersidang, traveling dan diam sebilik dgn beliau didalam dan diluar negara...beliau tidak berhenti2 membaca Al Quran, berzikir dan bersalawat.
Jam 3 pagi dah bangun solat mlm walau dimana berada.

Pelbagai usul yg dibawa dlm Sidang DUN sejak menjadi ADUN Pas menaikkan imej Pas dimata rakyat.

Pernah ditahan ISA dan diseksa. Banyak buku2 yg telah ditulis. Kesihatannya juga terganggu semenjak akhir2 ini.

Saya menangis bila membaca pelbagai bad remarks yg dicampakkan keatas dirinya.
Saya yakin pengorbanannya besar kpd jamaah.

Sanggup korbankan diri utk jamaah. Biarlah Jawatankuasa Disilplin berperanan ......"

-YB Dr Abdul Rani Osman-
ADUN Meru


Kalau berlaku PR Negeri calon PAS yang konfirm kalah (rasanya) adalah:


1) Zaidy Talib - ADUN TEmpler
2) Mohd Khairuddin Othman - ADUN Paya Jaras
3) Iskandar - ADUN Chempaka
4) Solihin Mukhyi - ADUN Sabak
5) Ahmad Yunus - Adun Sijangkang
6) Dr Halimah Ali - Adun Selat Klang

Semua di atas menang dgn undi Cina yang sebegitu besar.
Namun selepas ini mereka2 ini akan dilabel sebagai calon UG yg pro UMNO.
Mustahil pengundi2 Cina akan menyokong mereka.
Juga pengundi2 Melayu UMNO tidak akan menyokong mereka.
Melainkan PAS menukar mereka2 di atas dengan calon lain terutamanya yang bukan Exco.

Majlis Syura Ulama Sokong Khalid Ibrahim Yang Suka Tinggal Solat

Ini sedutan dari kenyataan akhbar terbaru YB Hasnol Morib berkenaan sokongan beliau kepada Wan Azizah:

Tski juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

Exco yang duduk berjam2 dengan tski boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?


Tulang Besi sendiri pernah dijemput dlm satu perjumpaan antara blogger2 dgn MB Selangor.

Waktu itu Tulang Besi bekerja di Indonesia maka Tulang Besi telah mewakilkan kepada adik Tulang Besi untuk hadir.

Adik TUlang Besi menyaksikan sendiri walaupun program tersebut habis dekat2 jam 8 malam tapi Khalid Ibrahim terus je pergi makan tak solat. Waktu itu dlam meja yang sama sewaktu orang lain pergi solat, Khalid Ibrahim makan bersama blogger ROcky Bru dan Patrick Teoh

Selari dengan pendedahan YB Hasnul rupanya.

MUSTAHIL HAJI HADI TAK TAU KHALID IBRAHIM SUKA TINGGAL SOLAT!!!!!

Ini kerana waktu Hasan Ali sebuk berkonspirasi mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim utk ganti dgn beliau, semua orang dia cerita yang Khalid suka tinggal solat.

Mustahil Hasan Ali tak cerita benda ni pada Presiden PAS.

Namun, demi menantu Presiden PAS tetap mendokong Khalid Ibrahim

Jahat nya Harun Din,Majlis Syura Ulama, Presiden PAS. Dewan Ulama PAS dan semua ulama2 muda PAS mcm Din Ayam, Tantawi Vellfire, Takiri, Mokhtar Senik Al Maunah.

Mereka sanggup menyokong Khalid Ibrahim yang suka meninggalkan solat demi kepentingan dunia dan tamak haloba mereka.

Mana pergi agama kamu?

Hinanya Presiden PAS. Hinanya Harun Din. Hinanya Mat Yaakob. Hinanya Din Ayam. Hinanya Tantawi Vellfire. Hinanya Mokhar Senik Al Maunah. Hinanya Ust Mohd Khairuddin At-Takiri Hinanya Solihin Mukhyi. Hinanya Mohd Khairuddin Othman Hinanya Idris Ahmad, Hinanya Ridzuan Mat Not. Hinanya PAS Wilayah. Hinanya Majlis Syura Ulama PAS. Hinanya Dewan Ulama PAS Pusat. Hinanya ulama2 dalam PAS.

Sanggup guna agama guna wala guna cakap2 agama semata-mata mahu mendokong MB Khalid Ibrahim yang suka meninggalkan solat lima waktu.

Mereka diatas meletakkan kepentingan dunia lebih dari agama.

Demi wang ringgit dan pangkat mereka sanggup dokong calon yang suka meninggalkan solat

Misteri sungguh apabila Majlis Syura Ulama PAS menyokong Tan Sri Khalid sbg MB sedangkan beliau adalah seorang yg suka meninggalkan solat.

Adakah Majlis Syura hendak menunggu pengesahan dari mahkamah atau SPRM baru hendak menarik sokongan dari Tan Sri Khalid.

Masaalahnya di Malaysia meninggalakan solat bukan menjadi kesalahan dari segi undang undang.

Tapi mustahil Presiden dan Syura tidak tahu perkara ini. Namun mereka terus menyokong Khalid yg suka meninggalkan solat.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, August 14, 2014


Tindakan Membelakangkan PAS Adalah Bijak

Walaupun PKR dan DAP bersikap agak tidak hormat kepada PAS kerana mengisytiharkan penubuhan kerajaan baru sebelum PAS membuat keputusan tetapi tindakan itu adalah perlu dan berjustifikasi.

Pertamanya, tiada jaminan PAS akan membuat keputusan yang akan menyokong Pakatan Rakyat. Presiden PAS akan masuk mesyuarat dengan membawa keputusan dua badan dalam PAS – yakni keputusan Majlis Syura Ulama PAS serta keputusan Dewan Ulama Pas yang mahu PAS menyokong Khalid Ibrahim.

Keduanya, pengundian terhadap sikap PAS akan dibuat secara terbuka. Ini bermakna AJK2 dilantik akan menyokong kehendak Presiden PAS apa sahaja yang dikehendaki.

Ketiga. kalau Presiden serius nescaya beliau sudah memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat secara tergempar.

Itupun kalau Presiden PAS mengizinkan pengundian dijalankan. Kalau Presiden PAS mahukan keputusan yang sebulat suara maka akhirnya mesyuarat PAS tersebut akan tergantung dan tiada keputusan.

BIla tiada keputusan maka keputusan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS akan terpakai.

Hasilnya kerajaan PAS+UMNO+Khalid akan terus berkuasa dan imej PAS terus hancur di mata rakyat.

Ingat, Presiden sekarang ini sanggup melihat PAS berpecah dan hancur demi menjayakan kehendak beliau mengekalkan Khalid Ibrahim

TIndakan PKR dan DAP ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Pada 17 nanti, kalau pun PAS mengambil keputusan bersama dgn UMNO, mereka masih tidak boleh membentuk kerajaan.

Kalau ikut kehendak Presiden, PAS akan hancur dan Pakatan Rakyat akan hancur.

Keadaan sekarang adalah darurat dan PKR dan DAP terpaksa mengambil apa sahaja tindakan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

Masanya ADUN2 PAS keluar dari garis wala' dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan Wan Azizah.

Sudah tiada masa untuk berehat ataupun menunggu arahan kalau kamu sayang PAS.


TULANG BESI

BUSUK PERUT

Setelah imej Pas dipudarkan, Imej Hj Hadi lagi teruk bersama Anwar, Khalid nak bubar DUN. Aku baru saja jelaskan dalam artikel 3 hari lepas bagaimana Khalid mungkin memberikan peluang Umno bersedia untuk pilihanraya.

Kalau Khalid ni seorang yang jujur, sudah tentulah dia akan membenarkan dan membawa Wan Azizah mengadap Sultan. 

"Tuanku , Patik kemukakan calon yang telah mendapat majoriti sokongan DUN menggantikan patik yang  hina dina ini , kerana beliau telah disokong rakyat dan juga ahli politik yang lain"

Perkara ini boleh berlaku dengan aman kerana inilah yang terjadi ketika krisis Perak dahulu. Aku perturunkan gambar gambar krisis di Perak untuk kenangan nostalgia jatuhnya Pakatan Perak  akibat 3 ekoq luncai keluar Pakatan.

Inilah yang terjadi diPerak 12 Tahun dahulu. Masa berjalan begitu cepat dan kini angkara MB yang tidak mahu melepaskan jawatan.Beliau akan dikenang sebagai MB yang dikatakan baik tetapi paling teruk dalam sejarah negara dan negeriSelangor. 

Jika beliau cerdik dan bijak serta berhati mulia sudah tentulah Khalid ini akan memberikan jalan mudah buat Pakatan membentuk kerajaan semula. 

Gambar gambar ini aku ambil dan sebahagian besarnya disiarkan dalam Suara Keadilan waktu itu...

 

 PERAK DALAM DILEMA FEBRUARI 2

 

Khalid tak tolak kemungkinan bubar DUN S'gor

 

 

 

 










 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
  
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.
   

WAJIB BACA: PERUTUSAN KHAS BUAT TAN SRI KHALID DAN JUGA BUAT PIMPINAN PAS: SEMUA YANG SAYANGKAN PR PATUT MEMBACA TULISAN INI - DATO HUSAM MUSA

Khalid Ibrahim cukuplah memperalatkan PAS.Kalau rasa duduk dalam PAS , tapi muka tak malu, elok membaca ini.

Kalau tak undi Pakatan atau undi Umno, jangan gatai mulut nak betulkan Pakatan. Baik jaga Najib dan Muhyiddin yang tenang sebulan dua ini.

Buat Tan Sri Khalid, jangan jadi manusia yang semasa ada kuasa orang hormat, bila hilang kuasa orang akan kenang sebagai manusia yang memecahbelahkan Pakatan Rakyat.






Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.






















Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.

Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.


Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.
 
  Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?

Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai menteri besar dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri  dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan-akan Tan Sri  masih berkuasa penuh padahal asas legitimasi Tan Sri  sudah runtuh. Untuk kekal sebagai menteri besar, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan cukup bilangan bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + Umno + Khalid + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang PAS selama ini.

Umno adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan Umno tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah Adun untuk mengekalkan Tan Sri sebagai menteri besar sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilangan sekarang.
Jika itu dilakukan PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'.

15 Adun PAS dipilih rakyat Selangor atas tiket kerja sama PR. Umno ditolak majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 DUN. Kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor.

Membawa Umno daripada pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih PR sebagai kerajaan dan menolak Umno.
Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 Adun PAS campur 12 Adun Umno campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 Adun daripada 56 jumlah Adun.
50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat majoriti mudah dari awal, sekalipun jika PAS dan Umno sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih daripada segala-galanya.

Sementara PAS dan Umno kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.
Jika Tan Sri mengharapkan Rodziah Ismail dan Datuk Teng Chang Kim yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan Rodziah berbanding yang lain, namun mereka mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan "jual beli kuda taruhan".

Kentalnya Rodziah menolak tawaran kekal dalam exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.
Legitimasi Tan Sri sebagai menteri besar sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sudah tertutup.
Apa lagi bila dua Adun PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai menteri besar secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS, Umno, Khalid dan Adun lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan menteri besar?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilangan Adun dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS sudah mengalami pengalaman pahit bila menteri bedar Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, mencetuskan krisis disebabkan Umno melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri parti gabungan yang lain.

Malangnya Umno melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat Umno itu. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, Tan Sri tidak harus mengheret PAS dalam krisis Tan Sri.

Parti Tan Sri berhak menukar Tan Sri dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.
Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan Tan Sri Azizan Abdul Razak wajar ditukar daripada terus menjadi menteri besar.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan Tan Sri mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang sudah dijunjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang sudah menunjukkan setia kawan bersama Tan Sri dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.
Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah.


Husam Musa,
Naib presiden PAS, 15 Ogos 2014.
 *Datuk Husam Musa merupakan naib presiden PAS dan Adun Salor.










Perjuangan hidup mati profesional PAS, 17 Ogos

Perjuangan hidup mati profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS.


Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ‘melangkah walak’ menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan.

 

Penasihat punah ranah

Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti.

Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu.

Tentangan terbuka

Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini.

Sebaliknya, perdebatan terbuka lebih penting untuk mengetahui kesahihan sokongan Hadi terhadap Khalid. Puak profesional perlu berdebat secara agreasif dan memaksa Hadi mengeluarkan semua bukti Khalid benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya untuk disokong.

Keputusan menyokong Khalid dan bekerjasama dengan Umno bukanlah kecil. Impaknya sangat dahsyat kepada PAS. Undi Cina dan India akan hilang. Undi Melayu terbelah dua. Akhirnya PAS hanya akan mampu berkuasa di Kelantan dan Terengganu sahaja. Itu pun sekiranya bernasib baik.

PAS lemah di Kelantan pada pilihan raya umum 1995, hanya tiga kerusi membentengi kerajaan majoriti mudah PAS daripada ditelan Umno setelah Semangat 46 meningalkannya. PAS juga hanya tinggal satu kerusi majoriti pada pilihan raya 2004 selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif dan rakyat Kelantan melihat gabungan itu tiada masa depan.

Cuma faktor penyelamat PAS pada PRU 1999 kerana Dr Mahathir memecat Anwar. Sokongan pengundi reformasi menyebabkan PAS menang besar di Kelantan. Pada PRU 2008, Anwar keluar penjara dan mengetuai kempen pembangkang.

Kini, dengan gagahnya ulama PAS ingin memisahkan diri daripada Anwar. Adakah mereka faham politik moden? Rakyat di Pantai Barat Semenanjung kecewa dengan telatah PAS bekerjasama dengan Umno memerintah Selangor mulai 11 Ogos lalu.

Politik moden mensyaratkan kerajaan yang dilantik dipandu oleh rakyat. Sentiasa berinteraksi dengan rakyat dan tidak memutuskan sesuatu yang merugikan rakyat. Semua itu dilanggar Khalid sehingga PKR tiada pilihan selain menggantikan beliau.

Sebaliknya PAS menggunakan ijtihad politik kurun ke-3 masehi, iaitu rakyat yang melantik pemimpin wajib menerima apa sahaja keputusan pemimpin itu. Praktik politik yang amat jauh menyimpang dalam amalan demokrasi sebagaimana di Eropah, Jepun atau Korea Selatan.

Sultan tiada pilihan

Tentu sekali pengundi di pantai barat tidak akan mengundi PAS dengan corak politik lama itu sekiranya PAS bertanding sendirian. Malah jika bertanding dengan PR sekalipun maka kerusi PAS dijangka berkurangan jika tidak dibantu oleh penerangan PKR dan DAP.

Oleh itu golongan profesional yang merupakan 65 peratus daripada AJK PAS pusat amat perlu membuat keputusan penting pada 17 Ogos nanti. Iaitu menarik kembali sokongan PAS kepada Khalid. Tanpa PAS dengan hanya 12 Adun Umno amat mustahil Sultan Selangor membenarkan berjalannya minority government.

Pilihan sultan menjadi terhad kepada sama ada membubarkan Dun atau menerima Menteri Besar baharu yang dicadangkan oleh PR. Dan perkara itulah yang amat ditakuti oleh puak UG dalam PAS. Mereka akan kehilangan sabahat di ‘seberang sana’ dan sekali lagi gagal sejak PRU 2008, kerjasama PAS - Umno 2010 dan pujukan Umno 2012.

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita', TETAPI.... disebabkan ianya ada kaitan dengan Anwar?...ALASANNYA....mudah......kalau UG pun ia...kalau KULI pun nak dijadikan PM?.....rasanya....fikir sendiri lah...

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUK tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.

PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan.

Video penjelasan Saari Sunggip Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum -MSO

 

 

 

 

Kewibawaan Pas kini sedang dinilai umum

JELANG RAPAT                                                                               
Malam ini Lujnah Politik Pas akan bermesyuarat bagi membincang perkembangan semasa politik dalam negara. Tumpuan sudah tentu diberikan kepada kemelut dan pergolakan yang berlaku di Selangor. Hasil mesyuarat malam ini penting dan ia dinanti-nantikan banyak pihak. Perkara yang ditunggu ialah berhubung dengan sikap terkini Pas mengenai kedudukan Abdul Khalid Ibrahim yang kini berstatus sebagai MB bebas.
Saari Sungip
Hasnul Baharuddin
Pemecatan Khalid dari PKR dan beliau bukan lagi merupakan kerabat Pakatan Rakyat boleh jadi menyebabkan Pas ada pandangan baru terhadap Khalid. Pendirian sebelum ini yang diambil oleh Presiden Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi.
Pas atau Abdul Hadi tidak ada hujah syarie yang kuat lagi untuk berbuat demikian. Lainlah kalau Khalid telah mengisi borang Pas untuk menyertai parti agama itu, Abdul Hadi boleh berkeras dengan pendiriannya. Parti agama?
Sekiranya benar Khalid berhajat untuk menyertai Pas sudah pasti ia akan dibahas hangit malam ini. Pro kontra akan berlaku. Ahli Lunah Politik yang mahukan Pakatan Rakyat kekal akan menolak penyertaan Khalid itu walaupun dari satu segi ia memberi kelabaan politik kepada Pas. 
Sebaliknya pihak yang sudah berkudis hati dengan PKR dan DAP akan mempertahankan dan mencadangkan agar Khalid diterima menjadi anggota Pas. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali sebelum ini menafikan mengenai desas desus ini, tetapi firasat saya mengatakan sudah ada risik-risik mengenai hal ini.
Dan sekiranya Pas mahu menenangkan keadaan parti itu, soal Khalid menyertai Pas janganlah dibangkitkan malam ini.
Selain kedudukan Khalid, isu yang akan dibincangkan ialah mengenai Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kini sudah mendapat majoriti daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor apabila dua ahli Pas Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin mengatakan sokongan kepada Azizah. 
Dengan kedudukan itu Pas secara praktiknya tidak lagi boleh mempertahankan Khalid atas alasan hendak menyelamatkan kerajaan Selangor. Sekiranya dari kalangan Ahli jawatankuasa Pas arif dan maklum dengan matemetik mereka harus akur yang Khalid sudah tertolak. 
Sehubungan itu juga Pas tentu membincangkan tindakan Saari dan Hasnul itu. Apakah mereka dianggap sebagai tidak mempedulikan seruan Mohd Amar Nik Abdullah yang menggesa agar semua 15 orang Adun Pas Selangor menyokong Khalid. Sekiranya Pas beranggapan seruan Nik Amar itu sebagai rasmi sudah tentu tindakan kedua-dua Adun Pas kawasan Hulu Kelang dan Morib itu menyokong Azizah dianggap sebagai membelakangkan arahan Nik Amar? 
Kenapa begitu, sebab parti tidak membuat arahan rasmi agar semua Adun menyokong Khalid. Apa yang ada ialah arahan kepada empat Exco Pas bersama Khalid.
Berdasarkan kepada hakikat itu, tidak ada sebab untuk Pas mengambil apa-apa tindakan ke atas Saari dan Hasnul malam ini sebab mereka relatif tidak melanggar mana-mana disiplin parti. Lagipun seperti kata Saari, beliau mengambil pendirian itu sebagai menyahut seruan parti agar mempertahankan Pakatan Rakyat sesuai juga dengan pendirian Mursyidul Am Pas.
Tindakan ke atas kedua-dua Adun itu akan menggeruhkan lagi keadaan dan ia mengundang permasalahan baru dalam Pas. Pas tidak sepatutnya menambahkan kerumitan dan masalah dengan apa yang berlaku kini. 
Mesyuarat malam ini juga menjadi tumpuan kerana pemerhati akan menilai sejauh manakah wibawa Pas sebagai parti politik menjaga semangat setiakawan dalam Pakatan. Selain itu ia akan menjawab apakah Pas berpegang kepada syura, keputusan bersama atau pun kena wala' atau pun taat membuta tuli kepada kehendak peribadi mana-mana pemimpin.
Diharap lujnah politik Pas akan bermesyuarat dengan penuh terbuka, tawaduk serta berfikiran lapang dengan penuh ukhwah keagmaan yang sering dilaung-laungkan. Setiap daripada mereka yang hadir hendaklah memberi pandangan yang datang hati yang tulus atas semangat perjuangan sebenarnya dan bukan kerana hasad dan dengki. [wm.kl.5:05 pm 14/08/14]

Reben Hitam untuk Khalid undur

Reben Hitam untuk Khalid undur

(Oleh Ermizi Muhamad)
KUALA LUMPUR 14 OGOS : Gabungan beberapa Agensi Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor melancarkan kempen “Reben Hitam” bagi menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Jurucakap Kempen Kembalikan Selangorku, Faisal Mustaffa mendakwa, Khalid mengamalkan amalan tidak demokrasi dengan mengenepikan suara rakyat yang telah memilih kerajaan Selangor dalam pilihan raya ke-13 yang lalu.
42111-single-face-satin-black-ribbon“Tindakan Khalid jelas menunjukkan beliau tidak menghormati pengundi di Selangor yang telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor.
“Justeru, keputusan ini  adalah suatu tindakan tidak demokrasi dan betul-betul menghina rakyat Selangor,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Khalid memecat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) KEADILAN dan DAP  di negeri itu 12 Ogos lalu.

Faisal yang juga koordinator kempen tersebut turut mendesak agar Khalid mengembalikan Selangor kepada rakyat selepas memberhentikan Exco negeri itu.

Justeru Faisal memaklumkan,  ‘Kembalikan Selangorku’ adalah sebuah kempen ‘Riben Hitam’ yang menentang tindakan Khalid apabila beliau mendapat sokongan daripada  parti PAS dan BN bagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Menurutnya,  kempen itu akan dijalankan bermula 15 Ogos – 17 Ogos sebagai desakan kepada Khalid supaya berundur.

“Kempen ini akan dijalankan pada 15 Ogos ini di Pusat Khidmat Adun Pelabuhan Klang dan SUK Selangor, 16 Ogos di Pusat Khidmat Adun Cempaka dan 17 Ogos di Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut jam 11 pagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Faisal turut berkempen agar semua pengundi memakai reben hitam dan ditampal di setiap banggunan kerajaan dan pusat khidmat kerajaan negeri sebagai tanda untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat.

WAJIB BACA: DAP calonkan Wan Azizah

DAP calonkan Wan Azizah

Langkah Kajang adalah satu strategi menukar MB Selangor secara tertib. Tuduhan pemimpin aliran keras PAS kononnya Anwar melakukan nepotisme dengan melantik isteri sendiri tidak berasas sama sekali.

Langkah Kajang memenuhi tuntutan Adun PAS Selangor yang muak dengan gaya pentadbiran seorang diri Khalid dibantu dua penasihat wanitanya, dibuat dengan tanpa mengecilkan hati beberapa pihak yang terlibat.

Pada awalnya, Anwar Ibrahim sendiri mengambil tanggungjawab menggantikan MB Khalid. Tujuannya bagi meletakkan pemimpin yang jauh lebih popular di tempat Khalid agar rakyat Selangor  tidak tertanya-tanya kredibiliti dan keupayaan pemimpin tersebut.

Dalam parti Khalid bermusuhan dengan Azmin Ali. Azmin mempunyai ghairah untuk menduduki kerusi MB. Sekiranya Azmin dilantik maka penyokong Khalid akan melakukan tindakan yang kurang baik kepada parti. Begitu juga Azmin tidak akan menentang sekiranya Anwar yang diseganinya menggantikan Khalid.

Oleh kerana Anwar digagalkan bertanding oleh Umno maka PRK kajang kemudiannya dimenangi Dr Wan Azizah. Azizah kemudiannya dicalonkan sebagai MB baharu.

Bagaimanapun, tidak seperti dakwaan PAS Anwar melantik isteri sendiri, nama calon lain juga telah diperbincangkan bersama DAP. Namun DAP tidak bersetuju kecuali Azizah menggantikan Khalid. Di peringkat PKR pula nama Azmin disenaraikan tetapi ditolak oleh Biro Politik dan Azizah disaran untuk menjadi MB baru.

Pemimpin garis keras PAS wajar menghentikan tuduhan memburuk-burukkan PKR dan Azizah jika mereka benar-benar mengamalkan politik Islam. Pencalonan Azizah walaupun PAS tidak menyukainya telah dibuat secara bersama oleh DAP dan PKR.

Dalam politik demokrasi suara majoriti mengatasi minioriti. PAS hanya minioriti dan sewajarnya bersetuju dengan pilihan dua rakan gabungannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin aliran keras PAS kini hanya membuka aib mereka sendiri.

Penolakan Azizah membuktikan mereka tidak demokratik dan tidak mengamalkan politik Islam dengan mengutamakan pilihan yang dipersetujui oleh jumlah terbesar.

WAJIB BACA: Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!



Ayuh, PAS Selangor kemukakan usul tolak umno!

OLEH : Amirulmukminin


Perselisihan pendapat dalam PAS antara golongan ulama dan profesional tiba di kemuncaknya apabila beberapa pemimpin Dewan Ulama dan pemimpin tertinggi PAS didakwa berkeras menyokong Khalid Ibrahim yang tidak lagi menjadi ahli Pakatan Rakyat.




Sokongan bagi mempertahankan kerusi MB Khalid di Selangor itu menyebabkan PAS Selangor terpaksa bekerjasama bersama Umno buat pertama kali dalam sejarah selepas Khalid memecat exco PKR dan DAP.

Pujukan gagal

Anwar pada 11 Ogos lalu bergegas ke Terengganu menaiki helikopter bertemu Presiden PAS Hadi Awang di sebuah hotel di Kuala Ibai. Pertemuan yang pada awalnya dilihat bakal membuahkan hasil positif selepas Umno Selangor mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid, berakhir dengan ketidaktentuan berterusan. Hadi yang sepatutnya membuat pengumuman pada malam itu menarik balik sokongan kepada Khalid tidak berkata apa-apa ketika diasak oleh media.

Hadi dilaporkan tidak banyak berganjak daripada pendirian asal walaupun  mengetahui Khalid memaksa PAS dan Umno bekerjasama di Selangor bagi mempertahankan kerusi MB yang disandangnya.  Hadi mungkin akan membuat keputusan yang sukar diterima ahli biasa PAS dalam menyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos ini. Bagaimanapun sejarah telah tercatat, mulai 11 Ogos lalu PAS yang memusuhi Umno telah bekerjasama dengan parti sekular itu memerintah Selangor.

PAS menghampakan perjuangan rakyat menuntut perubahan sejak 10 tahun lalu. Hal itu terjadi kerana tiada pemimpin yang berani menyanggah Hadi walaupun presiden tersesat jalan. Jika situasi sama berlaku dalam PKR atau DAP maka ahli bawahan akan menghentam kepemimpinan atasan. Sebaliknya, budaya PAS yang mengutamakan walak atau ‘setia tidak berbelah bahagi’ kepada pemimpin menyebabkan tiada siapa berani menegur pemimpin atasan.

Sekiranya situasi ini dibiar berlarutan maka PAS akan mengulangi krisis kepimpinan pada 1970an lalu. Ketika itu Yang Dipertua PAS Asri Muda mentadbir parti mengikut kehendak sendiri. Ahli dan pemimpin bawahan tidak menegur dengan tegas. PAS diheret bekerjasama dengan Umno tetapi ditikam Umno dari belakang sehingga PAS pecah dua akibat krisis MB Kelantan.

Ketegasan sahabat

Ahli PAS tentu maklum peristiwa ketegasan sahabat dalam menegur khalifah. Ketika saidina Umar al Khattab bertanya kepada para sahabat apakah yang akan dilakukan jika beliau menyeleweng dalam pemerintahan, seorang sahabat bangun dan berkata akan ‘mengajar’ Umar dengan pedang beliau. Umar bersyukur di atas ketegasan para sahabat.

Dalam kemelut ini, ahli dan pemimpin rendah PAS bertanggungjawab menegur pemimpin atasan apabila kesilapan telah berlaku. Sewajarnya PAS cawangan dan kawasan memanggil mesyuarat tergempar. Satu usul yang tegas perlu dibahaskan oleh PAS cawangan dan kawasan di Selangor. Mereka perlu meluluskan usul menolak berkerjasama dengan Umno.

Usul akar umbi akan menghentikan pemimpin atasan bergerak lebih jauh. Mana-mana parti dalam dunia wujud kerana mempunyai cawangan dan ahli akar umbi. Jika akar umbi menolak bermakna parti tidak memperolehi sokongan teras dan pada dasarnya keputusan atasan tidak akan dilaksanakan jika melibatkan ahli bawahan.

Mesyuarat tergempar membahaskan usul seperti itu tidak boleh disekat oleh Setiausaha Agung PAS kerana tidak bercanggah dengan polisi PAS menentang Umno sejak sekian lama. Usul menolak Umno mempunyai taraf yang sama dengan usul menyokong kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Tiada lagi syurga

Hanya dengan cara itu sahaja para pemimpin PAS akan berfikir dua kali sebelum mengumumkan kerjasama dengan Umno mempertahankan pemerintahan di Selangor. Seandainya usul seperti itu gagal dibuat maka besar kemungkinan PAS akan melakukan kerjasama rasmi dengan Umno buat kali kedua selepas peristiwa di Kelantan pada 1971 – 1978.

Ahli bawahan yang dijanjikan syurga berjuang bersama PAS pasti tidak lagi dapat membayangkan syurga sebaik sahaja parti itu bersekongkol dengan parti yang sedang merompak duit rakyat Selangor melalui perjanjian air dan pembinaan loji Langat 2.

Begitu juga projek-projek besar di Selangor akan dikurniakan kepada kroni Umno selepas ini. Dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berkemungkinan besar akan dipotong untuk membiayai projek kroni. Tidak perlu ulama PAS membuat fatwa baharu kerana penyokong PAS telah faham kebusukan Umno dan tiada lagi kesucian bersama jemaah yang menyokong penyelewengan.

Inilah detik paling genting buat PAS. Ketika pemimpin tidak mampu membuat keputusan betul maka ahli bawahan PAS perlu memberi peringatan, kekuatan dan semangat agar istiqomah dilandasan yang betul dan tidak terjerumus melakukan maksiat bersama Umno!


WAJIB BACA: Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

Langkah kajang dimulakan DAP, PAS

 OLEH: Amirulmukminin

Pemimpin aliran keras PAS mencaci PKR kononnya ingin menghuru-harakan negara dengan strategi Langkah Kajang.
















Namun menurut Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada MB Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Menyedari PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai MB sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi perangai angkuh beliau pada penggal pertama. PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai MB.


Khalid berjanji

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan; bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Kedua-dua parti berpuas hati dengan janji Khalid. Oleh itu, apabila Khalid mengulangi perangani buruknya dalam beberapa isu maka PAS Selangor membuat aduan 67 perkara kepada PAS pusat.

Jadi, penjelasan Khalid kononnya parti memaksa beliau meletak jawatan adalah bohong. Situasi Khalid sama seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said yang hanya diberi muka oleh Umno untuk memerintah Terengganu untuk satu tahun sebelum digantikan. Dan Mat Said digantikan pada pertengahan tahun 2014.

PAS jangan tipu


Umno tidak sewajarnya mengambil kesempatan dalam krisis di Selangor dengan menyokong Khalid kerana Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian ketika krisis penukaran MB Terengganu. Sokongan Umno dalam krisis penukaran MB Selangor ini jelas mmpunyai matlamat yang lebih besar dan telah dirancang sejak sekian lama.

Oleh itu, pemimpin PAS janganlah menipu diri sendiri kononnya mereka dibuli oleh Anwar Ibrahim dan PKR. PKR terbukti melaksakan apa yang telah dimulakan oleh PAS dan DAP. Langkah Kajang untuk menggantikan MB secara tertib didahului kata dua PAS dan DAP.


WAJIB BACA : Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh

Aliran keras PAS tuduh Rafizi, Hadi terpengaruh 

Khamis,  

OLEH :     Amirulmukminin

Puak aliran keras PAS mendakwa Rafizi adalah dalang di sebalik Langkah Kajang. Mereka menabur fitnah di kalangan pemimpin PAS kononnya Anwar mengarahkan Rafizi untuk melakukan grand design Langkah Kajang. Sasaran terakhir adalah menjatuhkan Hadi Awang dalam PAS.



Tidak dipastikan kenapa sasaran akhir adalah presiden PAS sedangkan penukaran MB Selangor adalah hak PKR. Bagaimanapun dakwaan itu telah cuba dipantahkan ke dalam minda pemimpin dan ahli PAS.

Puak ini mengkaji secara semberono mengaitkan pengarah strategi PKR, Rafizi merancang semua itu dengan mengemukan dua artikel interview The Malaysian Insider (THI) terhadap Rafizi ketika Langkah Kajang terhenti beberapa bulan.




Hidup Langkah Kajang


Interview yang dilakukan oleh seorang wartawan terhadap Rafizi itu mencetuskan semula polemik pertukaran MB apabila Rafizi berkata rancangan tersebut masih berjalan.

Puak strategis PAS terlupa siapakah di belakang THI, iaitu akhbar The Edge yang telah membeli THI pada hujung 2013. Mereka terlupa The Edge telah menyerang Khalid sejak dua tahun lalu. Akhbar itu telah mendedahkan urusniaga Khalid dan Bank Islam. The Edge juga mendedahkan urusniaga dalam Eco World.

Namun strategis PAS yang malas melakukan homework ini terus menabur tuduhan kononnya Rafizi menghidupkan semula Langkah Kajang. Hujah itu disampaikan kepada Hadi. Penyampainya didakwa dilakukan oleh orang yang paling dekat dengan Hadi dan bekerja di GLC Selangor.Mereka mendakwa bahawa Din Ayam dan seorang strategis Pas yang bernama Zuhdi.

Seorang pemimpin PAS yang terpalit kontroversi WhatsApp meninggalkan PR baru-baru ini juga aktif menyebarkan dakwaan serupa. Malah beliau bertindak mengirim WhatsApp kepada Rafizi dengan kata-kata kesat kononnya Rafizi adalah master mind disebalik apa yang berlaku.

Betapa dangkalnya ahli politik PAS yang mengelilingi Hadi. Menuduh Rafizi dan Anwar berdasarkan dua artikel dalam THI. Mereka ini jugalah yang bertanggungjawab menghasut Hadi dan Dewan Ulama membenci Anwar.


Singkir UG


Kumpulan unity government (UG) ini telah bertindak terlalu jauh dengan mengepung minda Hadi dan kini Nik Aziz menggunakan teori bodoh mereka. Sehingga ulama PAS berbincang jika sedemikian busuknya Anwar dan PKR dalam permainan politik maka wajarlah PAS menarik diri daripada PR.

Strategis PAS yang busuk hati ini akan dirakam sejarah sebagai pengkhianat sekiranya PAS benar-benar meninggalkan PR. Mereka sebelum ini bertanggungjawab menyebabkan Hadi disaman oleh seorang calon PRU dari PKR Terengganu kerana memfitnah individu itu menjual pil kuda.

Kini, mereka menghasut Hadi memusuhi Anwar. Sekiranya pemimpin aliran sederhana PAS sayangkan PR maka maka mereka perlu menyingkirkan beberapa pertualang dari kelompok UG.

Termasuk yang perlu direhatkan adalah Hadi sendiri kerana pemimpin itu tidak bijak menilai situasi dan sering terpengaruh oleh hasutan individu yang dekat dengan beliau.