Setelah imej Pas dipudarkan, Imej Hj Hadi lagi teruk bersama Anwar, Khalid nak bubar DUN. Aku baru saja jelaskan dalam artikel 3 hari lepas bagaimana Khalid mungkin memberikan peluang Umno bersedia untuk pilihanraya.
Kalau Khalid ni seorang yang jujur, sudah tentulah dia akan membenarkan dan membawa Wan Azizah mengadap Sultan.
"Tuanku , Patik kemukakan calon yang telah mendapat majoriti sokongan DUN menggantikan patik yang hina dina ini , kerana beliau telah disokong rakyat dan juga ahli politik yang lain"
Perkara ini boleh berlaku dengan aman kerana inilah yang terjadi ketika krisis Perak dahulu. Aku perturunkan gambar gambar krisis di Perak untuk kenangan nostalgia jatuhnya Pakatan Perak akibat 3 ekoq luncai keluar Pakatan.
Inilah yang terjadi diPerak 12 Tahun dahulu. Masa berjalan begitu cepat dan kini angkara MB yang tidak mahu melepaskan jawatan.Beliau akan dikenang sebagai MB yang dikatakan baik tetapi paling teruk dalam sejarah negara dan negeriSelangor.
Jika beliau cerdik dan bijak serta berhati mulia sudah tentulah Khalid ini akan memberikan jalan mudah buat Pakatan membentuk kerajaan semula.
Gambar gambar ini aku ambil dan sebahagian besarnya disiarkan dalam Suara Keadilan waktu itu...
PERAK DALAM DILEMA FEBRUARI 2
Khalid tak tolak kemungkinan bubar DUN S'gor
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.