ADA JUGA MANUSIA TAK TAHU MALU RUPANYA.....

Khalid digesa berundur dengan terhormat


Empat pemimpin cabang PKR tampil dengan seruan agar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.

Pemimpin akar umbi tersebut turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada presiden parti, yang juga ADUN Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Empat ketua cabang itu ialah R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat).

Para pemimpin cabang itu turut meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

“Akar umbi berpendapat peralihan kuasa perlu dibuat secara tertib, baik, dan bermaruah. Oleh yang demikian, ingin kami menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati,” kenyataan itu dipetik.

Menurut para pemimpin cabang tersebut, Khalid perlu berbuat demikian demi kepentingan pentadbiran negeri Selangor dan rakyatnya.

“Tan Sri Khalid perlu ingat, jika beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut, ini hanya akan merosakkan imej beliau.

“Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat.

“Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan Rakyat untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor,” kenyataan itu dipetik.

Leong pada pagi ini turut mengadakan sidang media bagi mengulangi seruan tersebut dan turut mendakwa Khalid gagal mentadbir Selangor berdasarkan manifesto Pakatan.

Pemimpin PKR desak Khalid hormat keputusan parti


Para pemimpin akar umbi PKR menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan menteri besar Selangor secara sukarela demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014. 


Para pemimpin akar umbi PKR menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan menteri besar Selangor secara sukarela demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014.Beberapa pemimpin Cabang PKR menegaskan pendirian menyokong penuh ‎keputusan parti itu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menolak sebarang calon lain.

Pemimpin-pemimpin akar umbi PKR itu juga menggesa Khalid melepaskan jawatan secara sukarela demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
"Kami ketua cabang dan ranting PKR  ingin mengumumkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


"Sebagai presiden parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, beliau adalah calon paling kanan dan paling layak di kalangan Adun PKR di Selangor untuk menjadi menteri besar," kata  Ketua Cabang Subang yang juga Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah, Ketua Cabang Selayang William Leong, Ketua Cabang Klang Yew Boon Lye dan Ketua Cabang Kuala Langat David Cheong dalam satu kenyataan malam tadi.
  "Oleh itu, kami menasihatkan Khalid menghormati keputusan parti dan melepaskan jawatan dengan baik dan penuh rela hati."

Mereka turut memberi amaran sekiranya Khalid tetap berdegil, ia hanya akan merosakkan imej menteri besar Selangor penggal kedua itu.

"Akar umbi akan mempersoalkan apakah motif sebenar beliau mengambil sikap sedemikian yang hanya boleh menguntungkan musuh politik Pakatan Rakyat (PR).

"Akar umbi masih menaruh harapan yang cukup besar ke atas Pakatan untuk membawa reformasi dan perubahan yang lebih baik di negeri Selangor," kata mereka.

Empat pemimpin akar umbi PKR Selangor itu juga menggesa semua ahli PR termasuk dalam pimpinan kerajaan negeri untuk menyokong penuh keputusan yang ditetapkan dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai lalu.

‎"Kami menggesa agar semua anggota PR termasuklah Adun dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat  iaitu untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor."

Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PASbekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. – 2 Ogos, 2014.

KEJAYAAN AIR SELANGOR? JANGAN JADI BARUA UMNO

Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor

Sampai 2017.2018 caj air akan naik. Masa ini pilihanraya sedang atau akan berlangsung dalam jangkamasa terdekat. Elok lah langat 2 nak siap. Bila siap cai sudah tentu dikenakan kepada rakyat Selangor.

Bila ini berlaku baru nak melalak.

 

1.Kerajaan Pusat engkar dengan kata-kata dan enggan melaksanakan janji mereka menggunakan akta untuk menyempurnakan penstrukturan semula

2.Tarif air di Selangor akan naik mendadak dalam tahun yang dekat dengan pilihanraya umum

3.Kroni kuat Umno iaitu Tan Sri Rozalli Ismail akan menerima harga tawaran Kerajaan Selangor kerana ia lumayan dan jauh mengatasi nilai sebenar syarikatnya

4.Pemegang konsesi Loji Sg Selangor (yang merupakan loji terbesar yang membekalkan kepada hampir 60% pengguna) iaitu SPLASH akan menolak kerana harga tawaran awal dipotong oleh Kerajaan Selangor untuk jumlah itu dibayar kepada Tan Sri Rozalli Ismail

5.Projek Langat 2 diteruskan dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno sedangkan bayarannya nanti ditanggung oleh rakyat Selangor

6.Masalah bekalan air di Selangor berterusan hingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Pakatan Rakyat

 


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.  
 
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014. 
 
 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.

Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.

"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. 
 
 Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.

  "Kerajaan negeri juga berpandangan tawaran RM9.65 bilion yang diberikan kepada pihak konsesi adalah adil dan munasabah tanpa merugikan syarikat-syarikat terlibat," kata Khalid.

Menteri besar Selangor itu berkata kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada kesemua empat syarikat konsesi air dengan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) menerima tawaran tersebut manakala pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) masih belum dimuktamadkan.

Hari ini Khalid menandatangani Perjanjian Dasar Induk bagi penyelesaian jangka panjang isu air Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Kejayaan mengambil alih Syabas akan membolehkan kejayaan negeri memberi tumpuan kepada kerja-kerja menaik taraf saluran paip air dengan tujuan menurunkan kadar air tak berhasil yang pada ketika ini sangat tinggi iaitu 34%," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Khalid dalam nada berseloroh berkata: "Saya rasa beliau (Menteri KeTTHA Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) lebih senang daripada saya, saya ada tiga 'political mother in-law'... masih ada harapan tapi tidak boleh lagi."


PAS TIADA LAGI "SYURA"?

Pendedahan di Malaysiakini tentang 'perbincangan sulit' di antara beberapa pemimpin tinggi PAS dan Umno menzahirkan segala kemelut yang berlaku di Selangor dewasa ini.

Sejak sebulan lalu Presiden PAS Hadi Awang mengambil langkah yang mengejutkan pemerhati politik apabila beliau menyokong sepenuhnya Khalid Ibrahim biarpun PAS tidak sepatutnya mencampuri urusan penukaran Menteri Besar selepas konsensus Pakatan Rakyat memperuntukkan kerusi MB kepada PKR tanpa syarat.

Pemerhati politik meramalkan PAS bakal mengambil laluan songsang yang lebih dahsyat sekiranya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini menolak mentah-mentah penukaran Khalid berdasarkan arahan Hadi.

Golongan profesional PAS akan melihat parti itu tidak lagi mempunyai masa depan kerana keputusan ditentukan oleh presiden dan mursyidul am secara total. Tidak lagi melalui syura yang dibanggakan PAS sejak sekian lama.

Daripada parti Islam dinamik PAS akan bergerak menjadi parti authoritarian yang mana pengikut dan pemimpinnya dikawal melalui fatwa dan pendapat ulama.

Umno terima Hudud

Tidak mustahil juga ulama akan mencadangkan PAS meninggalkan Pakatan berdasarkan kelunakan Umno ke atas Hudud. Bagi mereka sesiapa yang menerima Hudud adalah kawan dan sesiapa yang menentang automatik menjadi musuh. Biarpun Umno akhirnya menipu PAS dalam perlaksanaan hukum itu.

Seorang veteran PAS yang enggan dikenali tetapi pernah rapat dengan kepimpinan tertinggi parti itu berpendapat semua kemelut ini berpunca daripada puak yang membenci Anwar sejak zaman kepimpinan Presiden Fahdil Noor. Puak itu gagal menyekat Fadhil membela Anwar yang kemudian memenangkan PAS dalam arus reformasi, kini mereka mempunyai kuasa ke atas beberapa ulama penting PAS dan berjaya mempengaruhi mereka menggunakan isu Hudud.

"Mungkin puak Hasan Ali juga terlibat di Selangor. Presiden tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menyokong Khalid kerana PAS telah menghantar wakil dalam menyuarat majlis Presiden Pakatan Rabu lalu. Prsiden mesti merujuk pemimpin PAS yang hadir mesyuarat sebelum membuat kenyataan," katanya merujuk pembelaan Hadi ke atas kepimpinan Khalid dua hari sebelum Aidilfitri lalu walaupun Timbalan Presiden Mohammad Sabu menyokong pertukaran MB Selangor.

"Khalid sebenarnya hanya jadi alat kepada puak yang tidak suka Anwar. Perancangan lebih besar, sekiranya Anwar gagal menukar Khalid maka puak dalam PAS itu akan mendesak Anwar bersara dari politik. Dulu mereka (pura-pura) sanjung Anwar,lepas mereka kuat maka mereka nak buat haluan sendiri.

"Memang ada perancangan dari puak yang tidak suka kepada Anwar dalam hal ini. Khalid diguna sebagai batu loncatan," katanya.

Tambahnya, pertelingkahan dalaman PAS akan lebih sengit kerana puak itu beranggapan Anwar adalah sekular dan mesti diperangi. Mereka akan mengunakan semua pendekatan menjarakkan penyokong PAS daripada Pakatan.

Kerajaan PAS - BN Selangor

Dengan nada sedih veteran PAS tersebut menyifatkan situasi yang berlaku hari ini adalah ulangan kepada apa yang terjadi pada zaman PAS Asri Muda. PAS ketika itu bekerjasama dengan BN memerintah Kelantan.

Akhirnya Umno mewujudkan kemelut politik dan mendaruratkan negeri itu selepas membuat provokasi. Penyokong PAS dituduh merusuh menyokong Asri. PAS pecah dua dan parti sepihan ditubuhkan. PAS kalah teruk dalam pilihan raya negeri 1978.

Hadi tidak bijak sokong Khalid

Hadi tidak bijak sokong Khalid

Presiden PAS Abdul Hadi Awang buat pertama kali dipersoalkan kebijaksanaannya secara meluas oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Sokongan tanpa syarat yang diberikan kepada MB Selangor Khalid Ibrahim memperlihatkan Hadi tidak lagi wajar memimpin PAS.

Hadi telah melanggar semangat kerjasama Pakatan dengan mencampuri urusan PKR dalam melantik Menteri Besar Selangor.

Keputusan menukar Khalid dengan Dr Wan Azizah seminggu sebelum Aidilfitri lalu bukanlah dibuat secara membuta tuli oleh PKR. Mesyuarat dipanggil selepas Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan rasmi PAS tidak akan menuntut kerusi MB yang diberi kepada PKR dan PAS akan memberi laluan buat PKR menyelesaikan kemelut pertukaran MB.

Situasinya sama ketika berlaku kemelut dalaman PAS pada 2012 lalu, apabila exco Kedah enggan mengangkat sumpah menyambung jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan MB Azizan Razak. PKR tidak campurtangan dalam isu itu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung kepimpinan Azizan, apatah lagi mencadangkan sesuatu sebagaimana yang dilakukan PAS di Selangor.

Penyokong Pakatan mempertikaikan kenyataan PAS dan Hadi sendiri untuk memberi peluang kepada Khalid berkuasa dan memperbaiki kelemahannya. Setelah Hadi memberi sokongan membuta tuli tanpa syarat apakah Khalid akan berubah selepas ini?

Sewajarnya Hadi memberi sokongan bersyarat. PAS Selangor sendiri sebelum ini pernah menyerahkan komplen lebih 60 perkara terhadap pentadbiran Khalid. Sekiranya Hadi bijak beliau akan menekan Khalid agar bersetuju menyelesaikan semua komplen PAS Selangor itu sebagai pertukaran sokongan.

Sokongan tanpa syarat memperlihatkan PAS terlalu lemah. Ataupun mungkin dirasuah? Sebab seseorang ahli politik di hujung tanduk seperti Khalid tidak akan menolak apa sahaja syarat selagi mana PAS menyokongnya untuk berkuasa di Selangor.

Layakkan PAS terus dipimpin oleh Hadi selepas kemelut ini? Pemimpin PAS perlu berfikir untuk mencabar kepimpinan Hadi dalam pertandingan dalaman parti atau mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan beliau. Hadi dalam memberi sokongan kepada Khalid persis sebagaimana Khalid memberi tandatangan kepada projek Langat 2, tidak meletakkan syarat ketat dan jelas menguntungkan kerajaan Umno BN di peringkat persekutuan.



Tidak mungkin perjuangan panjang ahli PAS; pengorbanan wang ringgit, titik peluh, dipukul FRU, dipenjara, dihina dan dimaki berakhir dengan satu perkataan mudah: Hadi sokong Khalid, Khalid sokong Umno BN.


Wan Azizah Lebih Bersih Dari Khalid Ibrahim



Jika semua bukti bukti yang ditunjukkan sebelum ini, tidak cukup untuk menyakinkan rakyat akan kelayakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, maka pertimbangkanlah bukti terbaru ini – Wan Azizah lebih bersih dari Khalid Ibrahim.
Sebetulnya inilah faktanya bahawa Wan Azizah adalah seorang yang jujur dan bebas rasuah berbanding Khalid. Tanpa sebarang kes salahguna kuasa dan penyelewengan yang pernah dikaitkan dengan Wan Azizah, beliau adalah calon yang terbaik untuk menggantikan Khalid.

Khalid pula, diketahui mempunyai pelbagai masalah tersendiri. Menurut beberapa dokumen yang bakal terdedah tidak lama lagi, Khalid dikatakan mempunyai kaitan dengan beberapa kes salah guna wang kerajaan negeri yang mencecah puluhan juta ringgit.????

Walaupun tidak ada bukti lagi, tapi dikatakan bahawa semua penyelewengan ini dilakukan Khalid untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutangnya dengan Bank Islam yang berjumlah hampir RM 62 juta.????

Selain itu, Khalid juga mempunyai masalah dengan penyelewengan pasir yang begitu berleluasa di Selangor. Penyelewengan sumber alam paling lumayan milik kerajaan negeri itu, dikatakan sudah mencapai tahap maksima dan boleh menjatuhkan Pakatan Rakyat jika Khalid masih Menteri Besar.

Pakatan Rakyat sebenarnya bernasib baik kerana UMNO terlalu bodoh atau sengaja tidak ambil peduli dengan masalah penyelewengan pasir ini kerana mahu menggunakannya sebagai senjata saat akhir untuk menjatuhkan Khalid.
Sebagai seorang genius politik yang diakui kehebatannya oleh dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lama menghidu perkara ini dan dengan itu mengambil tindakan awal melalui Kajang Move yang dicaturkan Rafizi Ramli.

Kalau nak diikutkan, ada banyak lagi masalah seumpamanya yang membabitkan Khalid, tapi untuk penulisan kali ini, aku fikir cukuplah. Lagipun seperti yang dinyatakan di atas, semua ini belum ada bukti lagi kerana semua bukti itu tersimpan kukuh dalam pejabat Menteri Besar Selangor.


Bila Wan Azizah dah ambil alih nanti, barulah semuanya akan didedahkan supaya rakyat boleh menilai betapa korupnya manusia bernama Khalid Ibrahim.


 


PAS-UMNO CONSPIRACY CONFIRMED! Hardliners defend Zuhdi, slam 'coward & traitor' who leaked Whatsapp


Dear Mr Tantawi

do you blame others for your kreadibiliTY also being disputed by the people associated with your attitude and UG. Your involved with others and you are also responsible for what happened in the crisis based on UG




PETALING JAYA - A PAS central committee member has called on the “coward and traitor” who leaked Dr Mohd Zuhdi Marzuki’s remarks made in the party’s central committee WhatsApp chat group to come forward and reveal the entire conversation.


“I challenge the individual who leaked information of the conversation in the PAS central committee group to come forward to reveal the entire content of the conversation with regard to this issue,” said central committee member Nasrudin Hassan Tantawi in a Facebook posting on Thursday.

Nasrudin described the individual as a person who had betrayed and “stabbed a friend in the back” by merely leaking excerpts of the group’s conversation which was allegedly part of a continuous discussion over a two-day period.

Although Nasrudin said he was able to reproduce entire WhatsApp conversation, he had not intention of doing so.

“Don’t ask me to reveal it as no matter how mischievous I maybe, I am not as ill hearted and unwise as the individual who released excerpts of the conversation,” he said.

He defended Dr Mohd Zuhdi claiming the latter was merely putting forward an analysis of the Selangor MB crisis owing to his post as PAS Research Centre operations director.




Nasrudin, who is also Termeloh MP, added that Dr Mohd Zuhdi was targeted for his bold and open criticism of Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim over the Selangor MB issue.

“In the end, it is the brave ones like Dr Zuhdi who are targeted,” he said.

Dr Mohd Zuhdi’s remarks have sparked fierce calls from several quarters for action to be taken against him.

The issue has caused a rift in PAS with several leaders divided over the issue including PAS youth chief Suhaizan Kaiat who has called on party leaders to meet immediately to resolve the internal crisis. - ANN



BACA BEBERAPA KOMEN DARI BEBERAPA BLOG

http://www.kedahlanie.info/2014/07/perlukah-pas-kekal-dalam-pakatan-rakyat.htm

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-kalah-besar-jika-selangor-adakan-pilihan-raya-mengejut-kata-dap

http://mountdweller.blogspot.com/2014/07/pas-adalah-parti-gagal.html

PATUT DAH LAMA DAH HANGPA CAKAP MACAM NI.

'Akar umbi jelak dengan permainan politik Khalid'

Dah tau Khalid jadi kuda trojan Umno??  dengan meluluskan Langat 2 dan KIdex serta merosakkan  hubungan dalam PKR , beliau masih disanjung terbaik di kalangan MB. Sedarkah anda bahawa kebanyakkan projek yang diberikan oleh Khalid kepada kontraktor memang dikuasai oleh Umno.?

Cuba buat kajian dan membaca sikit? Hj Hadi kena print kertas bagi dia baca.Kalau tidak dia tak membaca. Minta maaf la sebab kena buka kelambu pemimpin. kalau tak baca akhbar dan media tempatan, lagu mana nak tahu isu dalam negara.
 
 Kerana nak sokong Khalid, PAS jadi haru biru. Kerana nak bela Khalid , PAS mula mendabik dada kata dia banyak kerusi, sedangkan jika PAS bertanding sendirian, belum tentu dia akan mendapat sokongan dari berbagai kaum. Sedarkah Zuhdi bahawa sebagai seorang intelektual, beliau sepatutnya tidak menjadi salah seorang perancang utama UG?

Akibatnya Cg Pa hentam Suhaizat dan Husam Musa hentam Zuhdi. nampak tak kelam kabut yang melanda PAS. Hanya kerana mengatakan bahawa Khalid bagus, semua jadi berantakan....Aku cadangkan Khalid ni dikenakan tindakan disiplin kerana banyak melanggar arahan parti.


Lima cabang PKR di Selangor membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Para pemimpin cabang itu mendakwa gesaan itu "mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid".

"Umum sedia maklum, tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan.

"Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Lima ketua cabang tersebut adalah Mohd Yahya Mat Sahri (cabang Tanjung Karang), Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

Ini merupakan kali pertama ketua cabang daripada keseluruhan 22 cabang PKR di Selangor mengemukakan pandangan mereka tentang kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan sama, lima orang tersebut turut menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

"Sebagai Presiden parti yang juga ADUN Kajang, beliau adalah calon yang paling kanan dan paling layak di kalangan ADUN PKR di negeri Selangor untuk menjadi menteri besar.

"Oleh yang demikian, kami menyeru agar semua anggota PKR termasuklah ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini untuk mengenepikan perbezaan pendapat.

"Bersatu hatilah dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai yang lalu iaitu untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor," kenyataan mereka dipetik.
 
 
 

DARI PRESIDEN PARTI KE MENTERI BESAR

Bukan tak ada anak selangor yang bijak pandai. Banyak....


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi isu kemelut dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang kini menjadi isu kemelut dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Inside 





















Ada yang kutuk Presiden Parti kononnya gagal nak kawal pemilihan parti kerana kerusi bangku melayang, dan bagaimana pula nak mentadbir menjadi sebagai Menteri Besar. Tapi dalam tahun 1999 beliau bukan sahaja menjadi satu satunya ahli parlimen PKR di dalam parlimen dan suaminya berada didalam penjara dimana pengurusan PKR berjalan lancar.Selain berkempen untuk suami beliau yang terpenjara, beliau juga merupakan seorang Presiden parti dan juga Ahli Parlimen.

Kalau pandai ekonomi dan mentadbir tapi menjadi boneka Umno dengan membrikan semua kontrak kepada Umno pun menjadi masalah liabiliti kepada parti.Pandai ekonomi tetapi sampah berlonggok longgok untuk nak menjimatkan kewangan negeri, tetapi sampai 3 ke 4 hari tak berangkut buat apa. Itu bukan bijak tetapi kedekut.

Untuk mentadbir  sebuah negeri bukannya perlu kerja seorang diri, tetapi sudah tentulah mempunyai team atau pasukan yang membantu. Kalau tak ada team atau pasukan membantu, itu pasal jadi kelam kabut dengan berbagai masalah, Kontrak yang Umno pegang dulu , masih lagi pegang. Haiii tak kan tak ada orang parti pakatan yang tak pandai berniaga? atau memang menjaga kesinambungan hayat Umno , malahan semakin lama rakyat merasakan kejayaan memberi air percuma tidak sampai kemana jika masalah air tidak dapat diselesaikan, wang bantuan kepada rakyat tak dapat , rumah rakyat tak siap siap maka inikah yang dikatakan baik?

Menjadi Menteri Besar bukan mentadbir sebuah syarikat , tetapi punya hubungan politiking yang baik, Pandai menjaga parti dan mempunyai misi dan visi bersama Pakatan Rakyat. JIka pandai tadbir tetapi gagal dalam urusan lain, itu tidak bijak namanya. 

Jika Wan Azizah bijak menguruskan soal mentadibir berdasarkan kepada kerjasama berpasukan , kita percaya dia akan berjaya. Khalid gagal kerana menganggap apa yang beliau buat semuanya betul sedangkan pandangan dari bijak pandai dalam Pakatan tidak diendahkan. Khalid bukan sahaja tidak pandai berpolitik bagi mejaga pasukan dalam Paktan, namun tidak pandai menguruskan dana yang di megahkan tertinggi tetapi jalan di kawasan pampung berlobang lobang.
 
 
WAN AZIZAH BERSEDIA MENJADI MENTERI BESAR
 
 
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melahirkan kesediaannya memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang itu berkata beliau akan menurut keputusan dan amanah parti berhubung perkara itu. PKR memutuskan supaya Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Dr Wan Azizah berkata jawatan itu adalah satu tanggungjawab yang berat dan menganggap ia sebagai satu ujian.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim bersama suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Permatang Nibong, Pulau Pinang.
  Sementara itu, Anwar berkata PKR memutuskan untuk menggantikan Khalid tetapi beliau mahu mengekalkan jawatannya kerana beranggapan mendapat sokongan pihak tertentu.

Ketika ditanya tentang sokongan PAS terhadap Khalid, Anwar berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin PAS tetapi setakat ini tiada petunjuk bahawa parti itu akan keluar daripada Pakatan Rakyat disebabkan isu itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyuarakan sokongan mereka kepada Khalid dengan berkata bahawa beliau perlu terus menyandang jawatan Menteri Besar Selangor hingga berakhirnya penggal sekarang. – Bernama, 30 Julai, 2014.











BANYAK MAKAN RASUAH

 Kes PERWAJA , Kes Pembelian senjata , Kes Altantunya.......hadoiiii banyak tu....

 

 Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah salah satu nama didedahkan oleh WikiLeaks berhubung kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. – Gambar fail Reuters.
























Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.

Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.


Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu.

Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.

Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni. – 30 Julai, 2014.

Tapi Hadi yang mula nya: Hentikan perbincangan isu MB di luar mesyuarat - Mustafa

Tapi Hadi yang mula nya: Hentikan perbincangan isu MB di luar mesyuarat - Mustaffa. Pandangan Hj Hadi  adalah pendapat individu beliau.Baling batu sembunyi tangan...

KUALA TERENGGANU - Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya kepada Harakahdaily di sini.

Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.

“Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” jelasnya.

Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.


“Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut,” kata beliau. - HARAKAHDAILY


PAS KHIANATI PAKATAN?










Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.  

TELAH BEBERAPA KALI PAS MENGKHIANATI RAKANNYA DALAM PR? ANDA MUNGKIN DAPAT MENILAINYA DI BAWAH PIMPINAN HJ HADI.MALAH BERCITA CITA UNTUK BERGABUNG DENGAN MUSUH YANG PERNAH BELIAU KAFIRKAN SUATU KETIKA DAHULU.

BUKAN ITU SAHAJA, MALAHAN HJ HADI MENJADI  LIABILITI KEPADA PAS SEJAK AKHIR AKHIR INI ANGKARA  INGIN MENDAPATKAN KUASA. JIKA PAS MENGANGGAP BAHAWA UMNO BERSETUJU HUDUD DI KELANTAN, MAKA PAS HARUS BERHATI HATI.

MUNGKIN SUATU HARI NANTI HJ HADI AKAN MENGELUARKAN FATWA BAHAWA LEBIH BAIK BERSATU BERSAMA UMNO KERANA UMNO MAHU KEPADA HUDUD BERBANDING PAKATAN RAKYAT.



AMANAT INI SUATU KETIKA DAHULU MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERPECAHAN. NAMUN DIKETIKA ITU PAS BERSENDIRIAN MENENTANG UMNO SEBELUM GELOMBANG REFORMASI ANWAR MEMBERI LABA KEPADA PERJUANGAN PAS.




Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR


Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR

Dr Zuhdi khianat Pakatan, kata PKR

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki mengkhianati PKR dan DAP kerana kenyataan yang dibuatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.

 Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli menganggap kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.

Rafizi berkata, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi.


"Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari Perkasa dan Isma memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, walaupun PAS mendapat laba (keuntungan) besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini. – 29 Julai, 2014.
 
 
  MENYUSUL LAGI



PERBUALAN BERKAITAN DENGAN PAS DI SELANGOR.. SIRI3

Ada yang masih keliru dengan keyataan HjHadi, Mat Sabu dan TokGuru....mana mana la....tak kan nak jadi lalang memanjang................


·
Selepas PRU yang lepas, pelakon Leftenan Adnan telah membuat rayuan supaya beliau diberikan kerja kerana beliau sudah hilang mata pencarian akibat sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat secara terbuka.


Sepatutnya orang mcm Khalid Ibrahim lah yang turun membantu beliau namun Khalid takkan sokong orang2 yang memerangi UMNO.
Khalid adalah kawan UMNO yang sejati

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734272839965940&set=a.289165464476682.68743.100001496924440&t https://www.facebook.com/photo.php?fbid=734272839965940&




DIA TIDAK KHIANAT UNTUK BERGABUNG WALAU DI TAWARKAN 5 JAWATAN TIMBALAN DALAM KABINET BERSAMA RUNDINGAN DENGAN NAJIB...


PEMIMPIN YANG BERJIWA RAKYAT, TELAH DIUJI, BERKARISMA DIKAGUMI DUNIA ANTARABANGSA, ...DAN MENJADI HARAPAN RAKYAT MALAYSIA SEBAGAI SOSOK YANG MAMPU MEMACU KEGEMILANGAN BANGSA....TAK SUDAH-SUDAH DIZALIMI SEJAK 1998.
KALAU ADA ORANG MENGANGGAP BAHAWA FITNAH , ADU DOMBA ,PENJARA DAN BERBAGAI BENTUK SABOTAJ BOLEH MEMADAM DAN MEMBUNUH KARIER POLITIK SOSOK PEMIMPIN INI...MEREKA ADALAH SILAP.....HANYA KEHINAAN SAHAJA YANG AKAN MENIMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM, RAKUS DAN KORUP........BELAJARLAH DARI SEJARAH...



PAS BELOT DI SELANGOR? SIRI 2 PERBUALAN WASSAPP DI DEDAHKAN???

ADAKAH INI PERBINCANGAN 10 ORANG KUAT PAS UNTUK UG BERSAMA UMNO DI SELANGOR???

 SILA LIHAT LINK INI .BEBERAPA LINK YANG BOLEH DI BACA DI FB


INI POSTING DARI TULANG BESI YANG TELAH MENDEDAHKAN BEBERAPA  PERBUALAN  ORANG ORANG KUAT PAS PUSAT? AKU TAK KENAL PAS PUSAT. TAPI DIDALAM FB AKU lamanreformasi lamanrakyat... telah tersebar sejak 3 hari lepas lagi...




BANG MAT SABU?????   ELOK ELOK BANG MAT....DULU DAH PERNAH BAGI WARNING KAN....???? HANGPA BINCANG ELOK ELOK????    KAN DAH CAKAP DALAM CERAMAH? BEBERAPA TAHUN LEPAS...

Nama je Dr Zuhdi Marzuki tapi English pun broken.
Bukan "will be ending" la, ngong.
"...will end".
Kelakar nya tengok puak2 UG ni. Ngong teruk sangat


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203660580707436&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1


Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.
Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.





Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.

Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.




PAS BELOT DEMI KUASA DI SELANGOR??? KAN AKU DAH TULIS SEMALAM? siri 1

Mesej PAS bocor: Kerjasama dengan Umno di S'gor



  Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulisan Mohd Zuhdi dalam Facebooknya dipetik.


ADAKAH INI PERBINCANGAN 10 ORANG KUAT PAS UNTUK UG BERSAMA UMNO DI SELANGOR???

 SILA LIHAT LINK INI .BEBERAPA LINK YANG BOLEH DI BACA DI FB


INI POSTING DARI TULANG BESI YANG TELAH MENDEDAHKAN BEBERAPA  PERBUALAN  ORANG ORANG KUAT PAS PUSAT? AKU TAK KENAL PAS PUSAT. TAPI DIDALAM FB AKU lamanreformasi lamanrakyat... telah tersebar sejak 3 hari lepas lagi...




BANG MAT SABU?????   ELOK ELOK BANG MAT....DULU DAH PERNAH BAGI WARNING KAN....???? HANGPA BINCANG ELOK ELOK????    KAN DAH CAKAP DALAM CERAMAH? BEBERAPA TAHUN LEPAS...

Nama je Dr Zuhdi Marzuki tapi English pun broken.
Bukan "will be ending" la, ngong.
"...will end".
Kelakar nya tengok puak2 UG ni. Ngong teruk sangat


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10203660580707436&set=a.1091027568286.14545.1604406281&type=1


Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.
Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.








Penjelasan fitnah Dr Zuhdi Marzuki berkaitan Kajang Move dan Behrang Move.

Apa punya Dr. taraf taik kuching pegi percaya cakap katak2 lompat bulat bulat.
T












NGO desak Khalid ikut arahan parti


Bukan sahaja NGO desak ditebalkan muka nya.?....Syed Hussein nak berjumpa pun tidak dilayan.? Malahan Anwar sendiri pun nak bersembag dengan beliau , tidak di endahkannya.? Ini lah Khalid dalam keadaan sekarang ini.?  ORANG INI TIDAK BERHAK BERADA DI DALAM PARTI JIKA MENGAMALKAN SIKAP SOMBONG DAN ANGKUH PADA ARAHAN PARTI.????

 
Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah.
khalid ibrahim



PETALING JAYA: Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) menuntut agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela hati untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Pengerusi PRIHATIN Datuk Mat Ghazali Abd Rakim gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana Khalid merupakan anggotanya, serta keputusan parti lain di dalam Pakatan Rakyat.

“Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Maka berdasarkan keputusan ini  PRIHATIN mengesa agar Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan PR,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Dalam pada masa yang sama, PRIHATIN memohon agar Khalid tidak mengheret rakyat dalam kancah politik dalaman parti politik.

Selain itu amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk mengundi dan memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan.

“Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Khalid menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bila nama beliau dicadangkan oleh PR, seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB.

“Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah,” ujarnya.

Sewajarnya Khalid dengan aman dan rela hati berundur diri tanpa perlu membuat pelbagai alasan serta helah.

“Sekiranya proses menukar MB perlu mendapat sokongan rakyat maka sudah tentu ketika menamakan Khalid sebagai MB perlu merujuk kepada rakyat.

“PR ataupun BN tidak pernah merujuk kepada rakyat ketika mencalonkan individu sebagai MB atau PM,” jelasnya.

Mat Ghazali turut menjelaskan bahawa PRIHATIN berpegang teguh kepada prinsip di mana setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan tataetika badan pertubuhan, dimana setiap  NGO, parti politik mempunyai jawatankuasa,  dan keputusan jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahli.

“Maka bagi seorang ahli yang tidak menghormati keputusan ahli jawatankuasa adalah seorang yang tidak punya disiplin serta tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu melihat Khalid mengakhiri rekod baiknya sepanjang menjadi MB Selangor dengan titik hitam seperti MB Datuk Harun Idris, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan  Datuk Seri Khir Toyo.

“PRIHATIN juga sependapat dengan keputusan PKR dan PR untuk menukar Khalid kerana beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya isu  air yang berterusan, isu kenaikan caj fee perniagaan yang melambung hingga 500 peratus, isu kegagalan meningkatkan kualiti Unisel dan Kuis, isu kegagalan menyelesaikan ribuan hak milik tanah,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (DPIM Selangor).


Selain itu, berkenaan isu kegagalan menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai, isu kegagalan membina rumah mampu milik yang ditunggu-tunggu rakyat, isu kegagalan membuka peluang pekerjaan kepada anak muda, isu kegagalan membuka ruang dan peluang baru perniagaan, isu pengurusan sampah dan kebersihan kawasan turut menjadi punca.


“Isu senggaraan dan baik pulih jalan dan longkang, isu kegagalan membasmi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan Selangor menjadi negeri tertinggi yang diserang wabak denggi , isu KIDEX, isu kegagalan meningkatkan pendapatan golongan petani dan nelayan,” tambah beliau.




Isu MB Selangor: Rakyat marah PAS, risau BN kuasai semula negeri

Isu MB Selangor: Rakyat marah PAS, risau BN kuasai semula negeri

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.























 Berikutan keengganan pimpinan PAS menerima keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ramai rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka terhadap parti Islam itu di Internet dan memintanya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sebahagian pula mengkritik pakatan yang longgar itu atas “keserabutan” yang berlaku di Selangor, sambil berkata negeri terkaya di Malaysia itu berpotensi dirampas semula Barisan Nasional jika masalah dalam Pakatan tidak diselesaikan segera.

"Ini mungkin hikmahnya – membersihkan Pakatan daripada mereka yang mempunyai visi terlalu kecil yang tidak termasuk Putrajaya," kata seorang pengguna Internet, menggunakan nama @MengoYee di Twitter, merujuk kepada PAS.


@kcwai berkata: "Jadi, Hadi sanggup untuk hilang Selangor kepada BN dalam PRU14, walaupun ada seruan menukar Khalid sebagai MB, sama seperti PAS hilang Kedah?"

Beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan keengganannya menukar menteri besar itu.

"Sebaliknya, PAS perlu keluar (dari Pakatan). Dengan itu, pihak yang sederhana boleh terus memastikan Pakatan boleh berjaya. Cukup-cukuplah lawak geng pro-Umno," kata @kcwai lagi.

Pengguna Twitter @oonyeoh bersetuju, katanya: "Tak mengapa. Saya bersedia nak tengok PAS
kembali ke zaman dulu sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya boleh memenangi Kelantan."

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum ini keengganan PAS menghormati dan mematuhi pandangan yang disetujui ramai di dalam Pakatan boleh memecahkan gabungan itu.
Sementara itu, @lawofmalaysia memberi amaran: "kalau ini yang terjadi, PAS akan hilang sokongan semua bukan Melayu di Selangor!"

"Ini hanya akan membuatkan Pakatan kalah, bukan BN menanng," kata @SharaadKuttan.
Yang lain pula mengatakan sokongan kepada Pakatan akan jatuh berikutan perbezaan pendapat antara parti komponennya.

"Paras air di empangan-empangan di Selangor mungkin sama rendah dengan paras sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan. aku rasa la," kata @norman__g.

@askaychan menambah: "Permainan politik di Selangor berkaitan jawatan menteri besar, di tengah-tengah tragedi MH370, MH17 dan Gaza amat menjijikkan."

@ahmadridzalman juga berkata: "setuju 100%.. memang padan muka kalau hilang kuasa disebabkan isu ini."

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan. – 28 Julai, 2014.

ANWAR MASIH YAKIN PADA PAS?

 

Anwar percaya ‘muafakat’ Pakatan kekal walau timbul kemelut MB Selangor


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya "semangat‎ muafakat" dalam Pakatan Rakyat (PR) akan kekal walaupun terdapat pergeseren di antara parti komponen dalam isu melibatkan penukaran menteri besar Selangor.

Kenyataan Anwar dilihat sebagai langkah untuk meredakan ketegangan PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan disingkirkan.

"Saya percaya semangat muafakat dalam PR akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada lewat petang hari ini.

"Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu."
Anwar turut mempertahankan keputusan PKR menggantikan Khalid dengan isterinya Dr Wan Azizah sebagai kesinambungan kepada "Langkah Kajang".‎

Keputusan PKR mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor mendapat kritikan pelbagai pihak tetapi dipersetujui DAP.

Meskipun dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR, Anwar mengumumkan DAP dan PAS bersetuju dengan penyingkiran Khalid, Hadi membuat kejutan dengan menyatakan sokongan terbuka agar menteri besar Selangor dikekalkan.







Hadi berkata, Khalid patut dikekalkan sebagai menteri besar sekurang-kurangnya sehingga penggal ini kerana konsep amanah yang diamalkan oleh pemimpin itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksinya hari ini mengenai kemelut dalaman PKR juga meminta semua ahli PAS menghormati pendirian Hadi.

Manakala DAP dalam perutusan Aidilfitri, membayangkan kemungkinan PR akan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berdasarkan keputusan yang dicapai secara bersama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
Kenyataan Lim itu merujuk kepada kenyataan Hadi yang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR pada Rabu untuk menyingkirkan Khalid.


Biarpun diasak dengan hebat untuk Khalid meletakkan jawatan namun Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu tetap dengan pendirian untuk tidak berundur.


Khalid dalam kenyataannya hari ini melahirkan penghargaan terhadap pemimpin tertinggi PAS atas sokongan parti Islam itu.


Katanya dengan sokongan itu, Khalid bertekad untuk mentadbir Selangor dengan lebih baik sehingga habis mandat. -TMI





PAS KUAT? MAKA PAS AKAN KELUAR PR...KERJASAMA DENGAN UMNO DI SELANGOR DAN PAS AKAN KEKAL DOMINAN DI KELANTAN.

Pakatan mungkin berpecah selepas Aidilfitri, kata pemimpin PAS


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014. 


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.


"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur. Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.

"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.

"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.
"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.

"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.

"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.

"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.
DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.
"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.

Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.
"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.

Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.


"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. – 28 Julai, 2014






Hj Hadi adalah pimpinan yang mewakili ulama dan konservatif dalam berbagai isu.Di bawah pimpinan beliau , PAS  tidak dapat mempertahankan Terengganu dan tewas kepada Umno di Kedah .Perak juga tewas kerana adanya "syaitan " yang mengganggu.




Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar

Anwar Kenakan Syarat Kepada Khalid Untuk Kekal MB Selangor – mStar

anwar dan khalid ibrahim

Isu Menteri Besar Selangor: Rundingan sulit diantara pegawai-pegawai mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan untuk menentukan masa depan kepimpinan negeri itu. mStar

Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin yang bertindak sebagai perantara, memberitahu The Star Online bahawa Khalid tidak perlu melepaskan kedudukannya jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pucuk pimpinan PKR.

“Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat,” katanya ketika dihubungi.

Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia ‘sulit dan persendirian’ tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu.
Beliau juga mengakui terdapat beberapa syarat yang sukar dipenuhi oleh Khalid.

“Ia rundingan yang sukar tetapi ia bergantung kepada Khalid untuk bersetuju atau tidak,” katanya.

KLIK BACA APA TULISAN RAFIZI RAMLI MENGENAI KHALID 
Difahamkan, antara syarat-syarat itu termasuk penyingkiran bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI).

Azman berkata, sekiranya rundingan itu tidak berjaya, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang tiada  pilihan melainkan berundur dan memberi laluan kepada peralihan kuasa.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan calon pilihan mereka iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Adun Kajang.

Bagaimanapun, menurut Azman, keputusan belum muktamad walaupun hampir pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan di negeri itu.

“Khalid mempunyai tempoh sehingga 10 atau 11 Ogos untuk membuat keputusan kerana ia adalah tarikh akhir DAP dan PAS mengumumkan pendirian mereka,” katanya.

Azman juga berkata, beliau yakin Khalid tidak akan menasihati Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Beliau tidak akan melakukan perkara seperti itu, beliau enggan menamatkan karier politiknya dengan memusnahkan parti. Beliau mahu penyelesaian secara baik terhadap krisis ini,” katanya.

Khalid kini terus menerima tekanan dari dalam parti yang mahu beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

DAP dan PAS pada dasarkanya bersetuju supaya Khalid memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk mengambil alih jawatannya.


Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid dan mahu beliau mengekalkan jawatannya. mStar

 

VIDEO : Hadi Awang Perlu Letak Jawatan - Aziz Bari

Andainya Khalid dapat berkompromi setahun lalu

Pada 11 Julai 2013, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail menunjukkan surat yang diterima daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada saya, iaitu surat melantiknya sebagai ketua staf Pejabat Menteri Besar Selangor. Sebagai ketua staf, semua kakitangan pejabat MB perlu menerima arahan daripadanya.
Serentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI.
Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21.

Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu.
Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam.
Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya.
Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR.
Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu.
Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB.
Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku.
Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'.
Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh.
Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan.
23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor.
Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka.
Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri.
Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor.
Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini.
Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding.
Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%.
Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi.
Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu.
Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen.  Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian.
Namun berjayakah ia dilaksanakan?
Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor.
Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana.
Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini.
Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat.
Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – 24 Julai, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/andainya-khalid-dapat-berkompromi-setahun-lalu#sthash.AP0Csvlj.dpuf

Andainya Khalid dapat berkompromi setahun lalu

Pada 11 Julai 2013, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail menunjukkan surat yang diterima daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada saya, iaitu surat melantiknya sebagai ketua staf Pejabat Menteri Besar Selangor. Sebagai ketua staf, semua kakitangan pejabat MB perlu menerima arahan daripadanya.
Serentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI.
Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21.

Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu.
Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam.
Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya.
Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR.
Bagi PKR ketika itu, Saifudin juga boleh menjadi 'jambatan' kepada PAS dan DAP dengan Pejabat MB kerana Saifudin mempunyai hubungan baik dengan ramai pemimpin kedua-dua parti itu.
Namun ekoran sabotaj yang dilakukan kepadanya, Saifudin terpaksa 'lari' dan tidak datang lagi ke Pejabat MB.
Ramai beranggapan jika Saifudin berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan menjadi penghubung Pejabat MB dengan Pakatan Rakyat, apa yang berlaku hari ini tidak akan berlaku.
Namun ia berlaku. Ia berlaku kerana pihak di Pejabat MB tidak boleh menerima 'orang yang kalah dalam PRU13' datang untuk memberikan nasihat kepada 'pasukan yang menang di Selangor'.
Dalam PRU13, Saifudin kalah di Parlimen Kulim Bandar Baru selepas berpindah dari Parlimen Machang, Kelantan. Saifudin kalah bersama kalahnya para pemimpin PAS dan PKR yang lain di Kedah sehingga kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di negeri itu jatuh.
Setahun selepas kejadian sedih dalam karier politik setiausaha agung PKR itu, berlaku apa yang berlaku hari ini. PKR tidak boleh bersabar lagi. Usaha mereka untuk menyelamatkan keadaan sudah tidak diendahkan.
23 Julai 2014, kira-kira setahun selepas Saifudin 'lari malam' dari Pejabat MB, Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR mengumumkan pemilihan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal pengganti Khalid sebagai MB Selangor.
Rakyat tidak senang dengan keputusan ini kerana mereka tidak tahu apa berlaku kepada hubungan antara PKR dan Pejabat MB Selangor khasnya Anwar sendiri. Pimpinan PR pula sentiasa memuji Khalid dalam ucapan mereka.
Bagi rakyat, Khalid menjalankan tugas dengan baik sebagai MB Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak bertindak sebagai anggota pasukan PR yang memerintah Selangor. Mereka tidak tahu Khalid tidak berunding dengan pemimpin PR apabila menjalankan tugas sebagai MB Selangor tetapi lebih bergantung kepada pasukan yang dilantiknya sendiri.
Bagi mereka Khalid adalah yang terbaik dengan apa yang beliau buat untuk rakyat Selangor.
Mereka juga tidak tahu bagaimana tiga pemimpin Pakatan Rakyat, satu dari setiap parti yang dilantik untuk menjalankan tugas menasihatkan Khalid dalam isu penstrukturan semula industri air di Selangor tidak pernah dapat bermesyuarat dengan Khalid sehingga kini.
Dr Dzulkefly Ahmad daripada PAS, Rafizi Ramli (PKR) dan Tony Pua (DAP) dilantik Majlis Presiden Pakatan untuk membantu Khalid dalam penstruktoran air di Selangor itu. Di samping mereka bertiga, seorang peguam kanan dalam urusan kontrak perniagaan ini, Tommy Thomas juga dilantik. Namun, pentadbiran Khalid tidak pernah menghormati pelantikan ini apabila mereka tidak pernah diajak berunding.
Setahun selepas PRU13, kajian UMcedel menunjukkan sokongan kepada PR jatuh 15% di Selangor iaitu kepada 35% sahaja. Ia dibandingkan dengan kajian pada hujung 2012 di mana sokongan pada PR ketika itu adalah 50%.
Saya yakin, jika ada data sokongan kepada PR menjelang PRU13, sudah tentu kadar sokongannya lebih 50% berdasarkan jumlah kerusi yang diperolehi PR iaitu 44 kerusi dari 56 kerusi DUN Selangor dalam PRU13. Ia membayangkan PR mendapat sokongan 78% rakyat. Jadi kadar kejatuhan kepada PR bukan setakat 15% sahaja bahkan lebih teruk lagi.
Dengan kejatuhan 15% itupun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sangat terkejut dengannya. Beliau menjangkakan memang akan ada penurunan tetapi tidak menjangka ia seteruk itu.
Kini semua sudah kacau-bilau di Selangor. PKR sudah umumkan Wan Azizah sebagai ganti Khalid. Ia dimaklumkan secara rasmi kepada mesyuarat Majlis Presiden PR semalam, 23 Julai yang diadakan di bangunan Parlimen.  Pemimpin PR pula mengaku hakikat PKR berhak berbuat demikian.
Namun berjayakah ia dilaksanakan?
Bagi saya, PAS atau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan faktor penghalang dalam usaha ini sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Penghalang pertukaran ini adalah Khalid dan Istana Selangor.
Jika Khalid tidak mahu berundur dan istana tidak bersedia untuk menukar Khalid, Wan Azizah tidak boleh diletakkan sebagai MB Selangor yang baharu. Jadi sebelum menekan PAS, lebih baik PKR khasnya Anwar membersihkan 'laluan' ke majlis angkat sumpah MB baru ini. Selagi laluan ini tidak 'bersih', sokongan sebulat suara PAS pun tidak akan membawa ke mana.
Jika dipaksakan juga, besar kemungkinan Khalid akan menasihat sultan untuk mengisytiharkan DUN Selangor dibubarkan dan satu pilihan raya semula terpaksa dibuat. Apakah PR akan menang lagi? Agak sukar berdasarkan pengalaman Terengganu dan Kelantan sebelum ini.
Dan yang pasti, jika Khalid dan pasukannya bersedia untuk berkompromi setahun lalu, semua pihak akan selamat kini. Tetapi kerana tiada kompromi, jadilah apa yang berlaku hari ini, semua pihak sedang rasa tidak selamat.
Daripada rugi seguni setahun kalu, kini semua pihak akan berdepan kerugian sepenuhnya, hilang segala-galanya. Semoga ia belum terlambat untuk diperbetulkan. – 24 Julai, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/andainya-khalid-dapat-berkompromi-setahun-lalu#sthash.AP0Csvlj.dpuf