Jika semua bukti bukti yang ditunjukkan sebelum ini, tidak cukup untuk menyakinkan rakyat akan kelayakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, maka pertimbangkanlah bukti terbaru ini – Wan Azizah lebih bersih dari Khalid Ibrahim.
Sebetulnya inilah faktanya bahawa Wan Azizah adalah seorang yang jujur
dan bebas rasuah berbanding Khalid. Tanpa sebarang kes salahguna kuasa
dan penyelewengan yang pernah dikaitkan dengan Wan Azizah, beliau adalah
calon yang terbaik untuk menggantikan Khalid.
Khalid pula, diketahui mempunyai pelbagai masalah tersendiri. Menurut
beberapa dokumen yang bakal terdedah tidak lama lagi, Khalid dikatakan
mempunyai kaitan dengan beberapa kes salah guna wang kerajaan negeri
yang mencecah puluhan juta ringgit.????
Walaupun tidak ada bukti lagi, tapi dikatakan bahawa semua penyelewengan
ini dilakukan Khalid untuk mencari dana bagi menyelesaikan hutangnya
dengan Bank Islam yang berjumlah hampir RM 62 juta.????
Selain itu, Khalid juga mempunyai masalah dengan penyelewengan pasir
yang begitu berleluasa di Selangor. Penyelewengan sumber alam paling
lumayan milik kerajaan negeri itu, dikatakan sudah mencapai tahap
maksima dan boleh menjatuhkan Pakatan Rakyat jika Khalid masih Menteri
Besar.
Pakatan Rakyat sebenarnya bernasib baik kerana UMNO terlalu bodoh atau
sengaja tidak ambil peduli dengan masalah penyelewengan pasir ini kerana
mahu menggunakannya sebagai senjata saat akhir untuk menjatuhkan
Khalid.
Sebagai seorang genius politik yang diakui kehebatannya oleh dunia,
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lama menghidu perkara ini dan dengan itu
mengambil tindakan awal melalui Kajang Move yang dicaturkan Rafizi
Ramli.
Kalau nak diikutkan, ada banyak lagi masalah seumpamanya yang
membabitkan Khalid, tapi untuk penulisan kali ini, aku fikir cukuplah.
Lagipun seperti yang dinyatakan di atas, semua ini belum ada bukti lagi
kerana semua bukti itu tersimpan kukuh dalam pejabat Menteri Besar
Selangor.
Bila Wan Azizah dah ambil alih nanti, barulah semuanya akan didedahkan
supaya rakyat boleh menilai betapa korupnya manusia bernama Khalid
Ibrahim.