Persediaan Hadapi Monsun Timur Laut, Bersediakah Kita?

 


Bantuan segera sebanyak RM10 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat membantu dalam menyelaras koordinasi bencana serta mangsa banjir yang terkesan mendapat bantuan segera.

PENDAPAT, 18 Sep – Dalam menghadapi musim tengkujuh, koordinasi pengurusan bencana seperti banjir memerlukan penglibatan semua pihak, daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) sehinggalah masyarakat setempat.

Kesiapsiagaan yang menyeluruh ini adalah kunci untuk memastikan setiap persediaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang telah mula melanda beberapa negeri seperti Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung.

Kita mahu jabatan dan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam memainkan peranan kritikal dalam menyelaras operasi serta memastikan penduduk terjejas dibawa keluar dengan selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir di Sabah pada 12 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim via Bernama

Namun, penglibatan sukarelawan dan komuniti setempat juga amat penting dalam fasa awal, seperti melaporkan keadaan semasa, membantu memindahkan mangsa dan menyediakan pusat-pusat pemindahan sementara di kawasan masing-masing.

Selain itu, bantuan kecemasan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peruntukan sebanyak RM10 juta baru-baru ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak.

Walaupun jumlahnya dilihat kecil, ia adalah simbolik kepada keprihatinan kerajaan MADANI melakukan yang terbaik terutamanya rakyat di Sabah yang dilanda banjir dan tanah runtuh.

Mangsa banjir di Beaufort ditempatkan di PPS Selagon pada 10 September 2025. Foto APM Sabah

Pada peringkat individu, masyarakat digesa untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Mereka perlu mengambil inisiatif untuk membuat persediaan awal, seperti menyimpan dokumen penting, menyediakan beg kecemasan, dan memastikan keselamatan ahli keluarga.

Kesemua elemen ini, dari koordinasi agensi, sumbangan kewangan, hingga kesiapsiagaan komuniti, adalah penting dalam memastikan pengurusan bencana berjalan dengan baik.

Ia bukan sahaja tentang menyediakan bantuan, tetapi juga tentang membina ketahanan dan kesedaran kolektif untuk menghadapi cabaran yang tidak menentu serta kekangan daripada cuaca ekstrim ekoran perubahan iklim dunia sekarang.

Kesiapsiagaan semua agensi seperti NADMA, JBPM, PDRM dan APM amat penting dalam menghadapi musim timur laut bagi tempoh beberapa bulan lagi.

Justeru, semua pihak digesa agar lebih berwaspada dan sentiasa mengamalkan panduan yang telah diumumkan kerajaan bagi menghadapi MTL untuk tempoh beberapa bulan mendatang.




Marzuki Balun Sanusi: Bersatu ‘Tanggung Penuh’ Kos PRU15 PN

 


Marzuki mendedahkan bahawa keseluruhan kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditanggung sepenuhnya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

KUALA LUMPUR, 17 Sep – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendedahkan bahawa keseluruhan kos pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah ditanggung sepenuhnya oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menjelaskan, anggaran kos minimum bagi satu kawasan Parlimen boleh mencecah RM1 juta, dan jumlah sebenar berpotensi lebih besar bergantung kepada keadaan setempat.

Menurutnya, Pas tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan PRU15 apabila mereka bertanding menggunakan logo PN dan semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN.

Apabila Abdul Hadi ‘menempelak’ Pemuda Pas sebagai ‘gelojoh’, apa lagi maruah yang tinggal kepada geng rempit macam Afnan Hamimi?

“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah, Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada Pas.

“Hasilnya, Pas menang 43 kerusi Parlimen iaitu jumlah terbesar dalam sejarah Pas sepanjang 70 tahun berada di persada politik Malaysia.

“Ini hakikat bantuan peralatan dan kewangan yang diberikan oleh Bersatu kepada Pas yang saya percaya Datuk Seri Sanusi (Mohd Noor) sendiri tahu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Pada Selasa, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas ‘mendedahkan’ bahawa kos mempertahankan satu kerusi Parlimen pada PRU16 dijangka mencecah sehingga RM1 juta pada masa akan datang sekiranya gagal menguasai penggunaan teknologi.

Projek yang digembar-gembur bernilai RM40 bilion dengan menyediakan peluang kerja seramai 15,000 orang kini tinggal kenangan ‘manis’ buat Sanusi si pembohong dan kerajaan Pas Kedah.

Marzuki yang bersetuju dengan anggaran kos yang didedahkan Sanusi, mengakui bahawa semua parti tanpa mengira ideologi berdepan realiti kos besar dalam setiap pilihan raya, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan kos logistik jauh lebih tinggi.

Jelas beliau, antara komponen utama kos pilihan raya termasuk percetakan bahan kempen, latihan jentera serta pembayaran elaun kepada ejen di pusat pengundian.

“Nak cetak bendera mesti ada duit. Poster calon mesti dibayar. Itu belum masuk papan iklan, kain rentang, topi, baju-T, buluh dan kayu untuk memacak bendera dan lain-lain. Ini semua bukan percuma.

“Jentera pilihan raya mesti dilatih. Kos melatih jentera pilihan raya bukan murah. Setelah dilatih, mereka dihantar bertugas semasa kempen dan pada hari mengundi. Yang jadi ejen mengundi dan ejen pengiraan undi (PACA) diberi elaun,” katanya.

Sanusi didakwa mengetahui sumber kewangan PN tetapi memilih untuk membodohkan diri sendiri.

Beliau menegaskan bahawa elaun kepada PACA amat penting bagi memastikan integriti proses pilihan raya.

“Kalau tak diberi elaun, mereka ponteng. Siapa nak perhati proses membuang undi dan mengira undi kalau mereka ponteng? Kalau ada penipuan kerana tiada PACA di tempat mengundi, parti akan kalah,” jelasnya.

Bahkan, ujar beliau, di sesetengah tempat memerlukan kenderaan untuk mengangkut pengundi kerana tanpa pengangkutan, jumlah undi boleh terjejas.

“Van, kereta dan motosikal digunakan. Elaun pemandu mesti disediakan. Duit minyak mesti diberi. Kalau tak diberi, tak adalah kenderaan.

“Mak Senah dan Pak Maun yang menunggu di pintu rumah tak keluar mengundi sebab tak ada orang jemput. Kalau parti kalah sebab kurang dua undi, tak ke menyesal,” ujarnya.

Tambah beliau, kos-kos yang dinyatakan belum termasuk perbelanjaan untuk kajian pilihan raya, kos pengiklanan di media massa dan media sosial, kos mengendalikan bilik gerakan pilihan raya serta lain-lain kos runcit.

Rantaian bukti inkues Zara Qairina hari ke-8


 


Oleh LIYANA MARZUKI




Kita beri solidariti sepenuhnya kepada rakan-rakan di Sabah yang ditimpa dugaan. Ada yang berlindung di tempat perpindahan bencana.

Ada yang hilang rakan dan keluarga. Kita bersama mereka. Doa dipermudahkan segala.

Baik, kita mula ‘tuisyen’ kita. Ada dua saksi hari ke-8 semalam.

Kita mula dengan testimoni mereka.

Apa saya dapat dalam media arus perdana?


🔑 Saksi 7 – Dr Logaraj (Doktor Forensik HQE)

♦️Pegawai perubatan di Jabatan Forensik HQE, yang bertugas di hospital mengurus mayat Zara sejurus selepas kematian.

♦️Beliau ulang kali terangkan kepada ibu Zara: Kalau tiada bedah siasat penuh, banyak soalan punca kematian akan kekal tanpa jawapan. (Bernama / Sinar Harian)

Tapi:

♦️Ibu Zara pula tandatangan borang “Enggan Bedah Siasat Atas Kehendak Sendiri” bersama saksi keluarga. (The Star / Bernama)

♦️Polis (IO) maklumkan borang autopsi menyeluruh tidak dikeluarkan. Kalau tiada memang autopsi penuh tak boleh jalan. (FMT / Bernama)

♦️Tanpa autopsi menyeluruh, Hospital hanya keluarkan sijil kematian klinikal:
“Kecederaan otak traumatik teruk dan kerosakan akibat kurang oksigen.” (The Star)

📌 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?

🟦 Ingat testimoni saksi pertama. Seorang Pathologist. Dr Jessie Hui. Beliau yang buat post mortem menyeluruh pada Arwah. Selepas kubur Zara digali semula. Dapatan dia sama:
Punca kematian “kecederaan serius di otak”.

🟦 Keengganan Ibu Zara untuk post mortem direkodkan. Ini perlu didukung lagi oleh saksi lain. Atau dijawab sendiri ketika testimoni ibu nanti. Setakat ini, peguam Zara turut menyoal yang mengatakan doktor sebenarnya tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan ibu mengenainya. Ini disangkal oleh doktor.

🔑Saksi 8 – Ustaz Azhari (Ketua Warden Asrama)


♦️Ketua warden & guru Bahasa Arab. (Sinar Harian)

♦️Kata beliau, Zara tidak pernah buat aduan rasmi tentang buli sepanjang di asrama. (Sinar Harian)

♦️Melalui keterangan bertulis 5 pelajar yang dibaca Ketua Warden ini. Pada Malam kejadian:
• Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang milik ketua dorm. (Malay Mail / The Star)
• Dia menangis, marah, jerit “Saya tak curi!”, kemudian masuk tandas. (Malay Mail / The Star)
• Itu kali terakhir dia dilihat hidup. (Malay Mail)

♦️Selepas itu:
Zara ditemui terbaring, berdarah di tengkuk di depan asrama, masih bernafas seperti “snoring”. (Malaysiakini BM)

♦️Azhari menghubungi 991 pada jam 3.17 pagi & 3.47 pagi. (Malaysiakini BM)

♦️Dia juga yang yang dapatkan barang bukti (diari & tulisan tangan) dan serah pada polis.

🧩 16 Julai: 2 diari hijau & ungu ditemui guru Gloria → serah Azhari. (The Star / Bernama)
🧩 17 Julai: 1 diari coklat + 1 buku latihan ditemui semasa ibu ambil barang → serah kepada Warden. (The Star / Bernama)
🧩 18 Julai: semua buku & diari diserah Azhari → polis. (The Star / Bernama)
🧩 19 Julai: 15 helai tulisan tangan ditemui dalam rak kelas → serah Azhari → polis. (The Star / Bernama)

♦️Dia juga katanya dia tahu mengenai diari ini ketika dia hospital apabila Ibu Zara bertanya mengenainya dan katakan Zara suka menulis. Minta diari diserahkan kepada ibu namun beliau serahkan kepada pihak polis (Harian Metro).

📌 Apa “jigsaw puzzle” yang berkait?

🟦 Ingat testimoni Mak Guard? Yang dia dengar ialah ada kecurian duit RM300 milik kawan baik. Bukan pin lencana milik ketua dorm.

🟦 Ingat testimoni saksi ke-2 mengenai diari Zara yang ada tulisan orang kedua. Dan ada nota pasal ibunya juga. Keterangan warden ini akan bentuk rantaian bukti (chain of evidence). Saya kupas selepas ini.


🗝️TUISYEN UNDANG-UNDANG

⚖️PERCANGGAHAN

1) Punca Buli: Duit atau Pin?

♦️Mak Guard (Saksi 6): Zara dituduh curi duit RM300 kawan baik.

♦️Ketua Warden (Saksi 8): Zara dituduh curi pin Jalur Gemilang.

♦️Versi bercanggah → mana yang benar hanya boleh dipastikan oleh saksi kanak-kanak yang ada malam itu. Saksi ini akan dipanggil lanjut.

♦️Dalam undang-undang, apabila ada percanggahan → nilai bukti jadi lemah.

♦️Namun, corak tetap sama: Zara dituduh mencuri dan dimalukan. Itu fakta yang tak berubah.

Kalau tuduhan ini betul, yang perlu dinilai ialah impak kepada jiwa dan mental Zara ketika itu.

2) Punca Tiada Post-Mortem

♦️Versi keluarga: Ibu kata beliau rasa tidak dimaklumkan sepenuhnya, seolah-olah ditipu.

♦️Versi doktor dan polis: Ibu sendiri tandatangan borang enggan, selepas diberi penerangan.

♦️Dua versi berlawanan.

♦️Dalam keadaan begini, undang-undang ajar kita → jangan hukum sebelum jelas. Trauma boleh buat seseorang keliru.

3) Implikasi kepada Keluarga dan Kes

♦️Jika benar ibu enggan, peguam beliau kena jelaskan konteks → adakah keputusan dibuat dalam keadaan tertekan, tanpa kefahaman penuh?

♦️Jika benar ada kegagalan komunikasi dari polis/hospital, itu pula tak boleh jadi punca salahkan ibu.

♦️ Tapi ia cabaran besar untuk peguam apabila berhujah di mahkamah nanti. Lindungi ibu daripada disangsi.



⚖️ RANTAIAN BUKTI


🟦Rantaian bukti (chain of evidence) penting untuk pastikan bukti yang ada tidak ditambah dan diganggu.

🟦Macam baton berlari apabila diserahkan banyak kali kepada orang berlainan kena smooth. Tak jatuh. Kalau tak, kalah.

🟦Bukti paling utama sekarang ialah diari dan nota tulisan Zara.

🟦Melalui bukti warden, ada yang sekolah jumpa sendiri. Ada yang jumpa ketika ibu ambil barang. Dan semua diserahkan kepada polis.

Soalan akan timbul, di mana dijumpa dan siapa handle dari mula? Pelajar atau guru lain ada akses kah, adakah mereka telah membaca dan usik dokumen?

🟦Ini akan diuji oleh peguam Zara. Betulkah rantaian bukti terjaga? Hingga dalam jagaan polis selepas diterima dari sekolah. Tambah ada tulisan seorang lagi selain Zara. Tambah ada nota mengenai ibunya.

🟦Peguam kena pastikan keadilan untuk Zara. Kalau bukan diari dan tulisan dia. Perlu melawan dan timbal balas bukti lain supaya Koroner boleh buat keputusan.

🟦Diari ini penting untuk dikaji betul atau tidak. Ia boleh memberi jawapan kepada mental dan jiwa Zara sebelum kejadian. Boleh juga diguna untuk tujuan menolak teori bunuh diri. Kiranya tiada nota terakhir atau catatan tersendiri.

APA KITA BELAJAR?

📌 Percanggahan fakta akan buat bukti di KIV, ditimbang nilai percaya dan memerlukan saksi/ bukti sokongan lain pula.

📌 Chain of Evidence atau rantaian bukti elemen penting dalam kes. Ini jagaan barang kes dari tempat kejadian hingga hari dibawa ke Mahkamah. Kalau pecah atau koyak, bukti yang kredibel pun boleh ditolak.


⚓️PENUTUP


Banyak percanggahan ini menunjukkan kes Zara masih penuh misteri.

Undang-undang tidak boleh dibuat atas persepsi semata-mata. Perlu saksi dan bukti nyata.

Jigsaw puzzle 1 dibentuk oleh Pendakwa. Jigsaw puzzle 2 akan dicantum oleh Peguam Keluarga.

Dan kita kena percaya mereka akan buat sehabis baik untuk mangsa.

Kena ingat kes Adib dan Faris, Koroner putuskan naratif berlainan dari apa yang disajikan pada mulanya. Makanya, boleh wujud apa-apa kemungkinan.

Kuncinya, kesabaran dan melawan pePANDIRan.

Tugas kita berdoa agar ditunjukkan kebenaran dan Adik Zara mendapat keadilan.


PN politik buruk siku, suka ungkit mengungkit


 

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar melabel Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik yang buruk siku, suka ungkit mengungkit dan merebutkan jawatan.

Beliau membayangkan Malaysia akan hancur dalam perebutan kuasa berikutan pertelingkahan Bersatu dan Pas mengenai siapa yang menanggung lebih banyak kos pilihan raya.

“Jika parti-parti yang asyik bertekak soal siapa bayar lebih dan siapa patut jadi ketua ini diberi kuasa memimpin negara, rakyat hanya akan menjadi mangsa. 

“Kalau kos pilihan raya pun PN tak sehaluan, bayangkan bila pegang negara. Malaysia bukan selamat, tapi Malaysia hancur dalam perebutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz menambah, rakyat wajar sedar bahawa PN bukanlah pilihan yang boleh diharapkan. 

“Mereka gagal menguruskan kejujuran sesama sendiri, bagaimana mungkin mereka boleh menguruskan sebuah negara?,” soalnya.


Bersatu dan Pas saling menyalahkan selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa parti dalam gabungan PN banyak bergantung kepada jentera Pas dan kewangan parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya.

Ia kemudian mendapat respon bekas pegawai kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang mendakwa sebenarnya Bersatu yang banyak mengeluarkan perbelanjaan pilihan raya termasuk memberi sumbangan kewangan kepada Pas.




𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗖𝗘𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗛 , 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗜









𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Dua anggota Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera dirempuh dalam satu aksi kejar mengejar bot pancung yang disyaki membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran sempadan perairan Negeri Sembilan malam tadi.

 

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut telah mengesan sebuah bot mencurigakan pada pukul 8.00 malam semalam di kawasan Skim Pemisahan Trafik (TSS) disyaki menuju masuk ke perairan Tanjung Rhu, Sepang.

 

Susulan itu, aset Bot Ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Patkor Optima telah diatur gerak bagi memintas bot berkenaan.

 

Jelas beliau, menyedari kehadiran aset penguat kuasa, bot pancung yang dilengkapi tiga enjin berkuasa tinggi itu bertindak agresif apabila dikejar, malah merempuh sisi kiri bot operasi sehingga mengalami kerosakan teruk sebelum berjaya meloloskan diri.

 

Dalam kejadian tersebut, seorang anggota cedera di bahagian atas hidung, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kaki dan tangan akibat hentakan. Kedua-dua anggota telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

 

Bot yang membawa PATI itu dipercayai berpatah keluar dari perairan Malaysia selepas gagal melakukan pendaratan. Operasi pengesanan serta tindakan khas kini sedang giat dilaksanakan bagi menjejaki suspek dan rangkaian penyeludupan yang terlibat.

 

Maritim Malaysia memandang serius cubaan penyeludupan manusia melalui laluan laut kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan negara, malah turut membahayakan nyawa PATI serta anggota penguat kuasa.

 

Insiden ini sekali lagi membuktikan bahawa tugas sebagai anggota penguat kuasa maritim berisiko tinggi, kerana sentiasa berhadapan ancaman secara langsung di laut termasuk dirempuh, malah berdepan kemungkinan kehilangan nyawa ketika menjalankan amanah negara.


.

#MaritimeNation #MalaysiaCoastGuard #MaritimMalaysia #PerisaiSamuderaNegara #MalaysiaMADANI #KDNMadani #MDNCoastGuard #MADANIBekerja #ReformKDN #KDNYakinMADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN)Saifuddin Nasution Ismail




PAGI TADI MAKAN SIK LEMAK..TAK DANG MAKANG ROTI CANAI.



BARD BADANG


 Selamat bertugas semua walaun.... Setiap kawasan kita bertanding habis dekat rm1juta.... Walaun makan roti canai dok lagi? 😂😂😂



KEH KEH KEH...DRIVER LORI MISTERI. MEMANDU TANPA KUNCI.


PAS NAK PIMPIN PN...TAPI KALAU BERSATU BLAH MAKA PAS AKAN PIMPIN PAS SAJA.

 


SANUSI KATA JENTERA PAS JADI PECACAI. BERSATU NAK JADI KETUA


 

KERJA PAS JA NI...LAIN TAK DA..


 

TU LA..JANGAN GADUH BAB DUIT..SAT DIA KATA TU SAT DIA KATA NI...GADOH LA TU


 

Dana PRU PKR: Geng Kartel Azmin vs Geng Rafizi Invoke



Dalam sejarah politik PKR, isu dana pilihan raya sentiasa menjadi topik penting kerana ia menentukan kekuatan kempen parti dalam menghadapi PRU. Bagi PKR, bukan sahaja jumlah dana yang kritikal, tetapi juga siapa yang menguasai dana akan menentukan pengaruh dalam parti. Hal ini jelas terlihat menjelang PRU14 dan PRU15, apabila wujud dua poros utama dalam PKR iaitu geng Kartel yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan geng Reformis baru yang dipelopori Rafizi Ramli dengan badan penyelidikan Invoke.


Semasa PRU14, Azmin Ali dan kumpulan Kartel dikatakan memiliki kelebihan dari segi sumber kewangan kerana hubungan rapat dengan tokoh-tokoh korporat serta individu berpengaruh. Dana daripada rangkaian Azmin inilah yang banyak digunakan untuk menggerakkan jentera kempen calon-calon yang mesra dengan kumpulannya. Keupayaan Azmin menyediakan dana menjadikan beliau salah seorang pemain utama dalam PKR, sekali gus memperkukuh kedudukan politiknya dalam parti ketika itu.


Berbeza dengan Azmin, Rafizi Ramli membina kekuatan melalui Invoke Malaysia, sebuah organisasi analisis data pilihan raya yang ditubuhkan sejak 2016. Invoke bukan sahaja menyediakan khidmat kajian, tetapi juga menjadi platform untuk mengutip dana secara telus daripada rakyat biasa. Ribuan penyokong kecil menyumbang secara berterusan bagi menampung kos operasi Invoke dan kempen calon PKR. Walaupun jumlahnya tidak sebesar dana korporat, ia memberi imej bersih dan progresif kepada kem Rafizi.


Dalam PRU14, gabungan kedua-dua sumber ini – dana korporat melalui Azmin dan dana rakyat melalui Invoke – sama-sama membantu kemenangan besar PKR dalam Pakatan Harapan. Namun selepas kemenangan, perpecahan dalaman semakin ketara. Azmin dilihat semakin berpengaruh dalam kerajaan, manakala Rafizi dan Invoke kekal sebagai suara pembaharuan. Konflik ini akhirnya meletup selepas Langkah Sheraton 2020, yang menyaksikan Azmin meninggalkan PKR bersama penyokongnya.


Menjelang PRU15, situasi berubah. PKR kehilangan dana besar daripada kumpulan Azmin, kerana beliau sudah bersama Perikatan Nasional. Maka, Rafizi dengan Invoke menjadi sumber utama dana kempen PKR. Melalui crowdfunding, jualan merchandise, dan sumbangan rakyat, Invoke sekali lagi menggerakkan jentera PKR walaupun dalam keadaan lebih mencabar. Walaupun jumlahnya tidak sebesar sumber korporat, PKR masih mampu bertahan dan akhirnya menjadi parti teras kerajaan Perpaduan bersama PH, BN, dan GPS.


Kesimpulannya, episod dana PKR membuktikan bahawa dalam politik moden, sumber kewangan bukan sahaja penentu kemenangan, tetapi juga punca pertarungan kuasa dalaman parti. Azmin dengan geng Kartelnya menunjukkan kelebihan melalui dana elit, manakala Rafizi dan Invoke menampilkan model dana rakyat. Perbezaan inilah yang membentuk dinamika kuasa dalam PKR dari PRU14 hingga PRU15.


Sekarang ni Azmin Bersatu sudah tidak ada sumber kewangan yg besar untuk membiayai kempen PRU16.Beberapa Safehouse Azmin telah kena raid ,Wang dirampas.Nampaknya Parti Pribumi BERSATU Malaysia akan pupus setelah PRU16 nanti.



ERRRKKKK....GADOH GADOH....PAS MANA BOLEH SERIA DENGAN ORANG RAKAN TAULAN.

 




Ambo lebih percaya ke wat Pas kata, muga Pas parti lama ambo, ambo tahu la memang kuat pelawok.