Nak ceita isu beras, tapi guna gambar lama. Jelas Beras Ganu Habis Stok!


Sham Ghaz


 Jelas Beras Ganu Habis Stok!


Semalam nampak sedak dah agah sangat kononnya nak sindir dan pekena orang tegur Kerajaan Negeri Terengganu.


Harini dah sendu, malah persalahkan kilang padi LPP dan persalahkan pihak lebih ‘tinggi’ kononnya sabotaj TADC pula dah. 


Tapi masih guna gambar lama. 







Sedak duk pukul Kerajaan Madani dan YB Mohamad Sabu dalam isu bekalan beras putih tempatan, kalini kena ke Kerajaan Terengganu baru leper bila kena atas pala dia sendiri baru kalut ribut nak jawab.



Isu BERAS GANU Tiada Di Pasaran


1. BERAS GANU ialah Beras MyGAP, beras berkualiti tinggi yang disahkan selamat secara saintifik terutama dari segi kualiti dan kandungan racun. Terengganu adalah negeri yang mempunyai pesawah memiliki persijilan MyGAP paling ramai di Malaysia. Persijilan ini dibawah Kementerian Pertanian.


2. Sawah MyGAP sudah ada di Terengganu sebelum ini. Tapi Beras MyGAP tak ada kerana Padi MyGAP tak diuruskan rantaian pengeluarannya sehingga menghasilkan Beras MyGAP sebagai produk akhir. Bila tiba musim menuai, padi MyGAP dicampur dengan padi lain dan dikilangkan sekali dengan padi bukan MyGAP. Akhirnya semua jadi sama. Sayang sekali bila ada Padi MyGAP tapi tak ada beras yang layak dipersijilkan dengan persijilan kualiti ini. Ringkasnya, Persijilan MyGAP di bawah KPKM ini tidak dilengkapkan sepenuhnya lalu Kerajaan Negeri berusaha melengkapkannya.


3. Antara puncanya ialah kerana harga Padi MyGAP sama saja dengan padi biasa. Kerajaan tak ada hak untuk nak arahkan pesawah MyGAP supaya hantar padi MyGAP ke kilang tertentu untuk diproses secara berpusat agar tidak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Di Besut jelapang padi utama Terengganu ada 4 buah kilang padi. Brokar padi ada kilang pilihan mereka sendiri untuk dihantar padi. Biasanya kilang yang kadar potongannya lebih rendah akan jadi pilihan. Harga padi dan subsidi sama sahaja. 


4. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Beras MyGAP dipengerusikan Pengarah Pertanian Negeri. Antara Jabatan dan Agensi terlibat ialah UPEN Terengganu, Jabatan Pertanian, IADA KETARA dan TADC. 


5. Jawatankuasa telah melantik Kilang Padi Konsortium Lembaga Pertubuhan Peladang di Baruh Masin Jabi untuk memproses padi MyGAP menjadi Beras MyGAP. Kerajaan Negeri mengeluarkan peruntukan RM200 ribu semusim untuk bayar insentif tambahan bernilai RM105/tan padi kasar bagi pesawah MyGAP yang bersedia hantar padi mereka ke Kilang LPP agar proses padi MyGAP ini diuruskan secara berpusat sehingga tak bercampur dengan padi bukan MyGAP. Lebih kurang 80% dari jumlah pesawah yang ada sijil MyGAP setuju menyertai program ini.


6. Dengan erti kata lain, Kerajaan Negeri telah bantu bayar subsidi tambahan kepada Padi MyGAP sehingga Beras MyGAP yang berkualiti tinggi dan selamat dimakan akhirnya dapat dihasilkan dan dijual dengan harga seperti beras biasa walaupun kualitinya berbeza.


7. Program Beras MyGAP Kerajaan Negeri ini juga telah membantu survival Kilang Padi Konsortium LPP milik Persekutuan dalam persaingan untuk mendapatkan bekalan padi. Dengan adanya 4 buah kilang padi di Besut, persaingan untuk mendapatkan bekalan padi sebenarnya agak tinggi. Tambahan pula kilang milik swasta menawarkan kadar potongan yang lebih rendah. Dengan adanya program MyGAP ini, sekitar 500 ha padi MyGAP kita telah bantu untuk dihantar ke Kilang Konsortiun LPP. Pesawah yang hantar padi ke kilang lain tak akan dapat insentif Kerajaan Negeri RM105/tan padi kerana padi mereka tidak berjaya menghasilkan beras MyGAP.


8. Selama kira-kita 3 musim Program Beras MyGAP dengan jenama BERAS GANU berjalan lancar sehinggalah Kerajaan PN bertukar kepada Kerajaan Madani. 


9. Selepas peralihan tampuk kepimpinan di Kementerian Pertanian, beberapa kenyataan bernada memperlekehkan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam menghasilkan jenama BERAS GANU telah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita memahami dari nada kenyataan tersebut bahawa KPKM tidak gembira dengan sedikit kejayaan Terengganu. Usaha Kerajaan Terengganu bukan hanya tak disokong malah diperlekehkan. 


10. Kemuncaknya ialah, berlaku sabotaj dari Kilang Padi Konsortium LPP apabila Beras MyGAP yang sepatutnya dibekalkan kepada TADC untuk dibungkuskan dengan jenama BERAS GANU telah dijual kepada pihak lain. Hanya 30% sahaja dijual kepada TADC. Dari jumlah padi MyGAP musim 2023 yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Kilang Konsortium hanya membekalkan 120 metrik tan beras sahaja kepada TADC dari jumlah keseluruhan 840 metrik tan yang sepatutnya dibekalkan. Bakinya telah dijual kepada pihak lain tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri. Untuk makluman, bekalan Beras MyGAP kepada TADC dibayar dengan harga sama sebagaimana kilang jual kepada syarikat lain.


11. Kita yakin sabotaj ini bukan keputusan Kilang Konsortium LPP secara bersendirian. Sedia difahami retetan senario sebelum berlaku sabotaj. Ia suatu agenda dari pihak yang lebih atas. 


12. Panas sampai ke petang yang diharapkan rupanya hujan disiang hari. Kerjasama dengan Kilang Konsortium LPP tak mampu diteruskan lagi. Kerajaan Negeri telah mengemukakan tuntutan untuk mendapatkan ganti Beras MyGAP dari padi yang telah dibayar insentif oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah hak kita.


13. TADC sebagai GLC Negeri yang melaksanakan Program BERAS GANU belum ada kilang padi. Kita hanya ada kilang pembungkusan beras buat masa ini. Di kilang inilah beras MyGAP dibungkus dan seterusnya diedarkan. Way forward kita ialah untuk TADC memiliki kilang padi sendiri. 


14. Pelajaran mahal yang kita pelajari dari peristiwa ini ialah, dalam rantaian pengeluaran, kita tak boleh bergantung kepada pihak lain yang tidak berniat baik terhadap kita. Kita mesti mampu berdikari dan menyediakan semua keperluan dalam rantaian pengeluaran sendiri.


15. Doakan agar BERAS GANU akan kembali semula ke pasaran dalam tempoh masa terdekat insya-Allah. Jenama BERAS GANU tak mati cuma kita perlu buat penstrukturan semula berdasarkan situasi semasa.


Dr Azman Ibrahim




TELUR OH TELUR! KALAU LAH AKU TAHU !


Salam Semua! Siapa di sini suka makan telur? Selain ianya sedap, tahukah anda bahawa telur mengandungi banyak kebaikan untuk kita? Sekirannya anda tidak suka makan telur atau takut untuk makan telur, itu adalah satu kerugian yang besar untuk anda. Anda ingin tahu apakah kebaikan makan telur? Saksikan perkongsian di dalam video berikut oleh Prof Dato Dr. Noordin Darus.



[terkini] AKHIRNYA PRESIDEN MIC TELAH MENGHUBUNGI DS ANWAR PMX!


Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, menafikan dakwaan bahawa salah satu parti komponen BN akan memboikot gerakan kempen parti kerajaan yang cuba mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini. Kata Anwar, pemimpin tertinggi MIA, SA Vigneswaran, sudah menghubunginya semalam untuk mengemas kini situasi semasa. Ditanya media selepas berucap merasmikan konvensyen khas PKR sempena sambutan ke-25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini, Anwar berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar. “Tak betul, Presiden MIC (Vigneswaran) menghubungi saya samalam. "Dia akan pergi (Kuala Kubu Bharu) esok... Isnin. You dengar daripada siapa?” katanya. ======================================================================== Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan Najib Razak agar dia dibenarkan menjalani hukuman di rumah. Menurut Anwar Ibrahim isu tersebut menyentuh peranan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Agong sendiri. Dia juga menafikan afidavit Ahmad Zahid itu itu melibatkan sebarang cubaan kerajaan untuk mengurangkan keputusan yang sudah ditetapkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri terbabit. "Itu bukan soalnya. Pendirian kita (kerajaan) adalah tuntas, bahawa keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengampunan, keputusan muktamad. "Agong (terlibat) dalam mesyuarat lembaga pengampunan. "Sejak merdeka hingga sekarang belum ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu, dan itu kita kena pertahankan," katanya ketika berucap pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.



Peruntukan RM80 juta Pusat Jantung di Sabah bukti keprihatinan kerajaan



 

Pengumuman peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan.



Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu berkata, kewujudan pusat itu akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara sekali gus memperkasa kemudahan kesihatan di negeri itu.



Justeru beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kerana Kerajaan Persekutuan amat memahami keperluan Sabah dan kepentingan rakyatnya.



"Dengan pengumuman ini, kita (kerajaan Sabah) amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung di Sabah, tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi (rawatan) hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu.



"Inilah yang kita mahukan kerana aspek kesihatan cukup penting. Bukan sahaja kesihatan, tetapi juga pendidikan dan sebagainya.



"Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita hargai," katanya dipetik.

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan berkata Pusat Jantung Negara di Sabah itu bakal menjadi pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.



Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah yang terbatas sehingga menyebabkan ramai terpaksa mendapatkan rawatan di luar khususnya di Kuala Lumpur.

 

Subsidi bersasar: Langkah tidak popular selamatkan ekonomi


 

Pelaksanaan subsidi bersasar khususnya ke atas RON95 dan diesel adalah langkah bertanggungjawab kerajaan menyelamatkan ekonomi negara.



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan terdahulu sudah berbincang dan mempersetujui pelaksanaanya namun tidak berani melaksanakan dasar yang dianggap tidak popular itu.



"Kerajaan ini kerajaan yang berani untuk menyelamatkan ekonomi negara dan kita akan laksanakan (subsidi bersasar).

"Di mana rakyat merasakan mereka rugi dalam belanja minyak, kita tampung. Ini adalah dasar bertanggungjawab dan inilah reformasi," katanya pada ucapan di Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Shah Alam (IDCC) Shah Alam pada Ahad.



Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa rakyat yang terkesan dengan penyasaran subsidi akan dibantu menerusi pemberian tunai bulanan yang kali pertama ditawarkan kepada rakyat berbanding subsidi pukal sebelum ini.

"Kalau (harga minyak) naik, kita bagi suntikan langsung kepada rakyat. (Subsidi digunakan) naik RM100 sebulan, kita bagi RM100, ada masalah ke? nak bantah sebab apa?



"Ini kaedah (pemberian tunai) kita fikir punya lama, puluh tahun dibincang, puluh tahun juga kerajaan (terdahulu) setuju, tapi tak berani dilaksanakan sebab dia takut tak popular," katanya dipetik.



Menurut Anwar lagi polisi subsidi bersasar sangat diperlukan bagi mengelakkan penyeludupan diesel di sempadan negara kerana harga bahan api itu lebih mahal di negara jiran.



Juga sekitar 4 juta pendatang asing mendapat nikmat membeli petrol RON95 bersubsidi.

Untuk rekod, pada 2023 kerajaan membelanjakan kira kira RM10 bilion bagi subsidi diesel.



Dengan pelaksanaan dasar subsidi bersasar dijangka 50% penjimatan boleh didapatkan dan dana berkenaan diguna untuk tujuan meningkatkan kemudahan sosial lainnya.

 

PMX TEGASKAN TITAH ADENDUM TIDAK SAH SEBAB TAK DIPUTUS DALAM MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN

 

Meneliti kenyataan PMX sebagaimana dilaporkan Berita Harian, apa yang dapat disimpulkan ialah sebarang keputusan mengenai titah adendum oleh Agong ke-16 berhubung tahanan rumah kepada Najib Razak hanya dianggap sah jika ia diputuskan oleh mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Berikut adalah kenyataan PMX berkaitan titah adendum itu seperti mana dilaporkan oleh Berita Harian:-

[Sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.

“Saya sebutkan, ini menyinggung peranan Lembaga Pengampunan dan wewenang Agong. Itu jawapan bagi saya mengikut perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat dari Sultan dan Agong, itu sebaiknya.

“Kita tak cuba meringankan apa-apa keputusan yang dibuat hakim. Tapi cara kita lakukan itu yang tidak disenangi sesetengah pihak dałam parti sekutu atau sebaliknya, dalam kalangan yang lain di luar.

“Itu bukan kita persoalkan. Tapi pendirian kita tuntas, bahawa keputusan mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad (oleh) Agong (mesti juga) dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya.]

Berita penuh laporan Berita Harian itu di sini – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1237249/keputusan-titah-adendum-mesti-diputus-dalam-mesyuarat-lembaga

Dalam erti kata lain, berdasarkan kenyataan PMX dalam laporan tersebut, kiranya titah adendum itu tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka ia dianggap tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Sebagaimana kita sedia maklum, mesyuarat Lembaga Pengampunan sebelum ini bermesyuarat pada 29 Januari 2024 dan titah adendum oleh Agong ke-16 berkaitan tahanan rumah, sebagaimana disebut Zahid Hamidi dalam afidavitnya, juga bertarikh 29 Januari 2024.

Tetapi, dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan yang dikeluarkan pada 2 Februari 2024, apa yang dinyatakan hanyalah berkaitan pengurangan hukuman penjara kepada Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun dan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Tiada langsung disebut berkenaan tahanan rumah dalam kenyataan media oleh Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu.

Ini memberi gambaran, titah adendum itu tidak diumumkan dalam kenyataan media pada 2 Februari itu kerana ia diangap tidak sah lantaran tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Kiranya titah adendum itu diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, sudah tentu ia diumumkan dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu.

Kesimpulannya di sini dan berdasarkan apa yang dinyatakan PMX itu, pihak kerajaan sebenarnya tahu tentang kewujudan titah adendum tersebut.

Jika kerajaan tahu dan telah menyimpulkannya sebagai tidak sah kerana tidak melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, lalu tidak disebut dalam kenyataan media Lembaga Pengampunan pada 2 Februari itu, bermakna Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi juga berkemungkinan besar tahu berkenaan perkara tersebut.

Sedemikian itu, kiranya sudah diketahui pendirian kerajaan ialah memutuskan titah adendum itu sebagai tidak sah kerana ia tidak diputuskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan, untuk apa Zahid Hamidi setuju mengemukakan afidavit bagi menyokong semakan kehakiman yang difailkan Najib?

Inikah juga yang menyebabkan PMX, sebagaimana disebut peguam Najib, Shafee Abdullah sebelum ini, tidak memberi sebarang respon balas terhadap pertanyaan yang dikemukakannya melalui surat untuk mengetahui berkenaan kewujudan titah adendum itu?

Soalnya, kenapa selama ini titah adendum itu hanya didiamkan dan kerajaan tidak beterus-terang sebelum Najib memfailkan kes ke mahkamah?

Bukankah jika surat peguam Najib itu dijawab, beliau tidak perlu memfailkan semakan kehakiman di mahkamah dan isu tidak jadi kalut seperti sekarang? – ShahbudinHusin 21/04/2024.

 

KEH KEH ..BELAJAQ PONDOK MANA SOKONG PAS MASUK SYURGA...


 

PESTA HARAM PUN BOLEH SAMBUT...KATA ISLE..APA LA HANG NI..CAKAP TAK SERUPA BIKIN.


 

DULU BUKA MULUT JA MUHONG..LA NI TAK DAN BUKA MULUT TAU DAH MUHONG


 

PMX TAK KOYAK PUN TAKAT AKMAL NI...TAPI DIA KENA TAHAN MAKI JUGA


 

RAYUAN BUAT PMX



          Zunar cartoonist fan club

KITA PERKENALKAN MAMAT PERMATANG PAUH NI ...DIA SUKA MAKI HAMUN.# PDRM


 

TOYA MATMIN.. ORANG LAIN BUAT SALAH.. HANGPA BUAT SEMUA BETOI

 

Najib Bakar





14 Ogos 2023 PAS bantah sekeras-kerasnya Pesta Songkran. 8 bulan lepas tu Kerajaan PAS Kedah sendiri langgar. 🤦


Tak sampai setahun bang. Terbalik habih dalil. 


Seronok betoi menunggang agama. Bila musuh buat, haram. Kami buat, halal.


Ahli Parlimen Padang Terap yang claim diri seorang Ustad, Nurul Amin Hamid pun meraikannya.


Siap tulis semua orang "wajib" dibasahkan.


Ni kalau nak amik pendekatan serangan PAS bab isu Menteri Pendidikan yang sebut, saya "haramkan" anak di rumah sebut perkataan kafir, sedap jugak kan?


Ya la, bila hang sebut wajib, dah beriman kat agama Buddha ka YB Nurul Amin?


Tapi tu lah. Kami ni bukan jenis tunggang agama. Kami tetap berpegang kepada kesederhanaan.


Kami cuma nak expose hipokrasi perangai sorang-sorang dalam PAS yang bertopengkan lebai, kepiah putih, jubah, janggut.


Bila tang musuh, fuh dia punya serang, macam dah confirm orang tu neraka, macam dia pegang kunci sorga.


Nak tanya jugak, tak ada komen dari pempengaruh agama yang femes seperti Ustaz Azhar Idrus ka?


*Kalau nak baca dari segi agama, boleh baca tulisan  Mufti WP bab Pesta Songkran, https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2389-al-kafi-734-hukum-menyertai-perayaan-songkran


*Warga Siam yang meraikan Songkran tidak dihalang. Tulisan ini cuma mendedahkan hipokrasi dalam PAS.



PMX ANWAR JAWAB ISU AFIDAVIT TPM ZAHID SOKONG NAJIB DI KONVENSYEN 25 TAH...

Tidak Timbul Isu MCA, MIC Enggan Bantu Kempen PRK KKB #MGFlash



Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya MCA dan MIC tidak akan menyokong kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu. Perdana Menteri itu berkata, dakwaan itu tidak tepat dan beliau telah dimaklumkan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran akan turun membantu kempen PRK Kuala Kubu Bharu esok.



SENARAI KABINET BAHARU ANWAR!? Menteri tersingkir dan menteri baharu!! P...

[mantap] SESI TERBUKA DAN SOAL JAWAB! TERUS KEPADA PEMIMPIN PKR!

PATUT MAHAL.

 

Iswardy Morni


Betul jugak kan D'Zahra Homestay. Patutla naik tinggi. Teh tarik kopi o.




ADAKAH NAJIB AKAN DITAHAN DI RUMAH?

 

Zainuddin Omar



Dengan kenyataan PM ini, Najib dijangka akan keluar penjara tak lama lagi untuk tahanan di rumah. 


Saya jangkakan juga tahanan rumah untuk Najib tak lama kerana akan masuk penjara semula selepas hukuman tuduhan lain-lain tuntas di mahkamah. 


***************

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan Najib Razak agar dia dibenarkan menjalani hukuman di rumah.


Menurut Anwar Ibrahim isu tersebut menyentuh peranan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Agong sendiri.


Dia juga menafikan afidavit Ahmad Zahid itu itu melibatkan sebarang cubaan kerajaan untuk mengurangkan keputusan yang sudah ditetapkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri terbabit.


"Itu bukan soalnya. Pendirian kita (kerajaan) adalah tuntas, bahawa keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengampunan, keputusan muktamad.


"Agong (terlibat) dalam mesyuarat lembaga pengampunan.


"Sejak merdeka hingga sekarang belum ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu, dan itu kita kena pertahankan," katanya ketika berucap pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.


Anwar yang juga presiden PKR berkata demikian semasa menyentuh isu permohonan Najib untuk mendapatkan kelonggaran agar dia dibenarkan ditahan di rumah berbanding Penjara Kajang.


Permohonan itu disokong oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengemukakan afidavit dengan mengakui kewujudan titah tambahan daripada Agong ke-16.


Untuk rekod sebelum ini lembaga pengampunan bersetuju memberikan pemotongan tempoh penjara ke atas Najib, selain mengurangkan jumlah denda yang perlu dibayarnya kerana bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah.


Kaki sakau yang menderita

Menurut Anwar dalam isu permohonan Najib dan afidavit Ahmad Zahid, dia tidak terkecuali daripada dikritik namun mendakwa pihak terbabit sebenarnya tidak memahami kedudukan isu tersebut.


Katanya, ia melilbatkan peranan lembaga pengampunan serta titah Agong.


"Kalau tak faham keputusan itu, (mereka) tak layak jadi pembicara atau pengulas pengupas politik," tambahnya.


Mengulas lanjut, Anwar berkata di sebalik kritikan serta pelbagai isu ditimbulkan parti lawan, kerajaan perpaduan kekal mantap.


Dia juga menafikan wujud sebarang keretakan hubungan antara PH dan BN atau dengan parti dari Sabah dan Sarawak.


Gambaran hubungan tegang tersebut, katanya, hanya dimainkan oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan keutuhan kerajaan.


"Yang ada (mengganggu) hanyalah gerombolan desperado yang cuba mengadu domba.


"Saya beritahu mereka: good luck and goodbye. Ia takkan berlaku," katanya.


Anwar juga berkata ada pihak yang menuduh kerajaan sekarang membuat rakyat menderita namun realiti bukanlah begitu.


"Rakyat mana yang menderita? (Yang) menderita ini adalah Tun dan Tan Sri yang kaki sakau," katanya.



JANGAN IKUT GOLONGAN FASIK.

 


𝗠𝗖𝗠𝗖 𝗯𝘂𝗮t 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 terhadap 2 manusia fasiq, 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 dan 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗴𝗼𝗺𝗼 berserta 𝗖𝗵𝗲𝗴𝗵 𝗕𝗮𝗿𝗱 kerana sebarkan berita tidak benar mengenai agensi tersebut.


Aku yakin sebut Salim dan Gomo sebagai fasiq sebab mereka telah 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳 terhadap DS Anwar. Bila orang fasiq bawa berita, maka wajiblah kita untuk tidak terus percaya.


Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Sebenarnya aku terbaca di ruangan komen, begitu ramai walaun yang ungkit tentang 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Begitu 𝗱𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗹 pemikiran walaun.


Kebebasan bersuara bukan bererti 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. Dan laporan polis bukannya sekat suara rakyat. Laporan polis dibuat supaya 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗶𝗹 dapat dibuat oleh pihak berkuasa.


Sekiranya apa yang dikhabarkan itu benar, 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻? Sepatutnya laporan polis menjadi peluang untuk mereka 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 atas segala dakwaan yang mereka buat.


Ini bukan seperti zaman Mahathir dulu. Cakap sikit je 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮. Terus ditahan bawah 𝗜𝗦𝗔, tanpa bicara. Tak kiralah cerita benar atau palsu. Itu baru namanya kezaliman.


Ada banyak je yang kritik DS Anwar. Termasuklah si artis veteran yang dahagakan perhatian dan YB Virus, elok je semua bebas. Kalau zaman Mahathir PM, dah 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 dua makhluk tu.


Ingat dulu 𝗠. 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗿 pernah kena 𝘣𝘢𝘯𝘯𝘦𝘥 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗥𝗧𝗠 cuma sebab menyebut 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘔𝘢𝘩𝘢𝘵𝘩𝘪𝘳, walaupun M. Nasir menafikan berkata begitu. 𝗕𝗕𝗡𝗨 tak tahu cerita kezaliman Diktator Mahathir.


Sekarang ini, kalau kena panggil, ditahan dan didakwa pun 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 di mahkamah. Cuma jaranglah manusia fasiq dapat bela diri sebab jelas apa mereka kata 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Agaknya walaun ni memang pencinta fitnah, pencinta kemunafikan, pencinta maksiat dan dosa sebab tu tak boleh terima bila laporan polis dibuat ke atas 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 yang jadi hero mereka.


Dalam PAS sendiri pun tak ada kebebasan bersuara. Kalau dengan Mahathir, menyatakan kebenaran masuk ISA, dalam PAS pula terus 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮. Lagi gila.


Dalam muktamar 2015 tak silap aku, ada perwakilan yang mengkritik pimpinan PAS secara terbuka. Apa jadi? 𝗠𝗶𝗸𝗿𝗼𝗳𝗼𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀. Siap Unit Amal iring dia keluar dewan lagi. Bebas bersuara ke begtu?


Agak pelik walaun yang tak ada kebebasan bersuara dalam parti, bercakap tentang kebebasan bersuara dalam negara. Cuba bersuara 𝘁𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 sendiri dulu tengok boleh atau tak. Baru boleh cakap soal orang lain. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAH..KAH..KAH...


 

Ucapan Penuh Timbalan Presiden Rafizi Ramli di Konvensyen 25 Tahun Parti...

Ucapan Penuh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution di Konvensyen 25 Tahun ...

LIVE UCAPAN DS ANWAR PADA KONVENSYEN KHAS PKR 21/4/2024

TIKAMLAH DARI DEPAN, BUKAN DARI BELAKANG


Dewan Undangan Negeri kawasan itu kosong apabila penyandangnya, Lee Kee Hiong daripada DAP, meninggal dunia akibat kanser pada 21 Mac lalu. Kini ia menjadi gelanggang bagi pelbagai kumpulan berpencak-silat untuk mencari pengaruh.




KONVENSYEN 25 TAHUN KEADILAN

AWAS…KKB BOLEH JADI TAPAK BERMULA JATUHNYA SELANGOR?



PRK Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei depan pada asasnya hanya suatu proses untuk memilih semula seorang Adun berikutan penyandangnya sebelum ini telah meninggal dunia.


Siapa kalah siapa menang tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang diterajui PH/BN, tidak menggugat kedudukan Menteri Besar, Amirudin Saari, jauh sekali mampu menggoncang kedudukan kerajaan di peringkat pusat.


Hakikatnya, tiada apa-apa yang akan berubah, meski apa pun keputusannya nanti.


Tetapi, berdasarkan perkembangan semasa – khususnya hubungan UMNO dan DAP yang tidak berapa baik berikutan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, selain komposisi pengundi KKB sendiri ialah Melayu 51%, Cina 30% dan India 18%, mahu tidak mahu, PRK KKB adalah penting untuk diperhati dan dianalisa.


Ia bukan saja daripada segi sama ada PH/BN mampu bertahan lagi sebagai kerajaan di Selangor, bahkan juga sejauh kerajaan madani di peringkat pusat yang diterajui PMX boleh dielakkan daripada kejatuhan dalam PRU16 akan datang.


Paling mudah untuk dibaca ialah jika PH melalui DAP gagal mempertahankan KKB yang telah dikuasainya sejak tiga penggal lalu, ini bermakna kubu parti itu bukan lagi kawasan yang selamat di Selangor.


Tidak kira siapa calon lawan daripada PN nanti, baik Melayu atau Cina, gagalnya PH mempertahankan kerusi KKB, ia adalah petanda bahaya bakal menjelma.


Kalah DAP di KKB bermakna dalam PRU atau PRN akan datang memungkinkan parti itu kehilangan lebih banyak lagi kerusi yang selama ini selesa dimenanginya.


Kalau begitu kedaannya, rakan lain dalam PH iaitu PKR dan Amanah juga dalam zon bahaya sama.


Kalau di Selangor sudah bertukar jadi bahaya, kedudukan kerajaan pusat juga akan berada dalam bahaya juga.


Jika pun mungkin DAP masih boleh menang banyak kerusi dalam PRU16 akan datang kerana ia bertanding di kawasan pengundi Cina yang besar jumlahnya, tetapi dengan kalahnya PH di KKB, ia memberi bayangan bahawa PKR dan Amanah yang bertanding di kawasan campuran berada dalam bahaya yang cukup besar.


Tambah memburukkan keadaan menjelang PRK KKB ini ialah kerana MCA dan MIC awal-awal lagi sudah membuat keputusan tidak mahu membantu DAP.


Enggannya MCA dan MIC memberi bantuan adalah gambaran parti-parti dalam kerajaan madani sudah mula berpecah dan tidak sehaluan lagi, walhal dalam beberapa PRK sebelum ini, insiden memboikot dan enggan memberi bantuan seumpama ini tidak pernah berlaku.


Sedikit sebanyak, dengan keengganan MCA dan MIC memberi bantuan itu, kelompok 30% pengundi Cina dan 18% pengundi India akan semakin berpecah atau barangkali lebih ramai yang tidak keluar mengundi.


Dalam keadaan tersebut, terutama jika pengundi Melayu sebanyak 51% lebih ramai yang condong kepada PN berbanding PH yang diwakili DAP, harapan PH untuk menang tentunya semakin menjauh.


Kalau testimoni MCA dan MIC berjaya di KKB di mana tanpa bantuan mereka boleh menyebabkan PH kalah, maka tiada ada jaminan juga kedua-dua parti tersebut mahu terus kekal bersama BN dalam PRU16 akan datang.


Kesimpulannya, jika keputusan PRK KKB nanti menyaksikan hala tuju pengundi Melayu lebih mengarah kepada PN, diikuti dengan pengundi Cina dan India yang makin berpecah, semua ini akan memberi harapan yang memudar kepada PH/BN untuk kekal meneruskan kuasa, di Selangor dan juga di Pusat.


Maka itu, segala jentera PH/BN jangan pandang mudah PRK KKB ini kerana ia tidak mustahil boleh menjadi tapak bermulanya sebuah kejatuhan kepada perjuangan mereka. – ShahbudinHusin 21/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/21/kkb-tapak-mula-kejatuhan-madani.html



NOHHHH... YA AMPUSALAM... UPSEREYNAPETEY

 

Bukan ke kerja2 agama akan terhenti apabila dah cokop jomelah... jadi kerajaan, satu kerja agama pun xdilaksanakan... cakiap talak selupa bikin, jilaker!



TAKDIR... PALA TOYA...


 

Exco Pertanian PAS Terengganu Menipu; Lawat Kilang Beras Bukit Kenak.






Posting YB Azman Ibrahim bertarikh 20 April 2024 (Sabtu - semalam) kononnya dia pergi melawat Kilang Padi BERNAS Bukit Kenak, Jerteh.


Padahal gambar itu gambar lama, bertarikh 25 Oktober 2023 lagi. 


Gambar pun gambar sama, kononnya untuk tunjuk dia buat kerja lepas saya laporkan beras yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Kuala Nerus, Terengganu dengan jenama TERENGGANU BEST dgn logo BERNAS penuh dgn kotoran, bubuk dan berlonggok-longgok dijual di kedai dedak untuk dijadikan makanan haiwan.




Bila terdesak, Exco Pas Terengganu terpaksa jadi DUBUK untuk tutupi kelemahan dan kegagalannya menipu mangsa mangsa yang taksub fanatik, iaitu walaun. Nak tunjuk dia buat kerja.


Itu belum lagi kes BERAS GANU, keluaran syarikat TADC, Anak syarikat Perbadanan İktisad Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh dia. Semalam kami semak di Pasaraya semua takda stok.


Di media sosial dia sibuk serang Kerajaan Madani pasal beras putih tempatan takda dalam pasaran, last last jenama beras keluaran Kerajaan Negeri Terengganu pun takda stok!!!!


Dubuk suka makan bangkai, beras yang dibuang Di Kuala Krau pun dia tetap jadikan isu lapuk nak salahkan Kerajaan skrg, walhal tu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri zaman Muhyiddin jadi PM, Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah. Beli untuk kempen pilihanraya! 


Dubuk dan bubuk agaknya adalah spesis walaun yang suka memusnahkan benda baik untuk manusia. Cuma kalini ya Dubuk ya adalah Dr Azman Ibrahim, Adun Pas Jabi dan Exco Pertanian Kerajaan Terengganu!


Syam Ghaz



BETUL MACAM TU


Che Ibrahim


 Kalau nak juga, kena wartakan rumah itu sebagai "penjara" dan diurus mengikut Peraturan Peraturan Pemenjaraan.




MASUK 2 KALI DAH IJN.. PMX TAK JATUH PUN.

 



Dari 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 tak habis cerita PMX nak jatuh tapi tetap 𝘴𝘵𝘦𝘢𝘥𝘺. Sampai orang tu sempat la dua kali masuk hospital. Ingatkan dah 𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁 𝗹𝗮. Rupanya jenis 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗮𝗹𝘂. Masih nak main isu ni rupanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


EXCO PERTANIAN KAKI PENIPU. DULU ISU TELOR...WOIII...MACAMANA KO DAPAT TITTLE DR...KAKI PENIPU LA KO.



 Akhirnya dia mengaku, tak pergi pun. 


Habis walaun dan walauntit kena tipu dgn Exco Pas Terengganu



BANYAK WALAUN DAPAT NI.


 

LA..ANAK SIR IKUT JANTAN MANA ?


 

PATUT DIA BUAT LA..TAPI NAK PENAIK NAMA DIA JA TU


 

LOKMAN ADAM WALAJIB NO 1. BUKAN AKMAL



 Tadi aku terbaca komen di posting sebuah page, Ketua Pemuda UMNO, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵 tu 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 1.


Aku 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 kalau nak kata begitu. Jangan nombor 1, nombor 100 pun tak pasti lagi. Kalau nak kata nombor 1, bagi aku 𝗟𝗼𝗸𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗱𝗮𝗺 orangnya.


Boleh nampak dari awal lagi, semenjak Najib dituduh, didakwa, dibicarakan hinggalah jatuh hukum, Lokman 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝙗𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜 untuk Najib.


Tapi mana Akmal? Aku tak pasti. Nama Akmal ni jadi terkenal selepas 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 terbentuk dan selepas dia menjadi 𝙀𝙭𝙘𝙤 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.


Masa tu ada beberapa kes yang menampakkan dia tu macam Adun yang rajin. Jadi namanya meniti di bibir di bibir rakyat. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝘀 𝗡𝗮𝗷𝗷𝗯 𝗽𝘂𝗻.


Jadi nak kata dia walajib pun payah. Tapi kalau kata dia 𝗸𝘂𝗱𝗮 𝘁𝗿𝗼𝗷𝗮𝗻 𝗣𝗡, itu lebih mudah untuk dipercayai.


Sebab kalau tengok posting Akmal, tak ada gaya Ketua Pemuda UMNO. Tapi lebih nampak macam cytro. Tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗰𝘆𝘁𝗿𝗼 𝗨𝗠𝗡𝗢 sebaliknya 𝗰𝘆𝘁𝗿𝗼 𝗣𝗡.


Sampaikan terserlah imej rasis. Sebab tu 𝗣𝗗𝗥𝗠 pun berminat 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂𝗯𝘂𝗮𝗹 dengan dia. Yang suka isu rasis ni cuma walaun je. Sebab itu nyawa mereka.


Akmal serang kerajaan macam sungguh-sungguh nak jatuhkan kerajaan. Dia nak siapa memerintah? Usaha jatuhkan Perpaduan bererti 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗡.


Takkan Akmal ingat kalau Kerajaan Perpaduan jatuh UMNO boleh jadi PM? 𝗛𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗹? UMNO kena pulih dulu. Kena perbaiki imej di mata rakyat 


Masalahnya perbuatan Akmal buatkan UMNO 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗸𝗲 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴. Dia ingat apa dia buat boleh pikat pengundi Melayu. Itu takkan terjadi.


Pengundi kampungan akan terus pilih PAS berbanding UMNO. Manakala pengundi bandar dan separa bandar akan 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗷𝗲𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗨𝗠𝗡𝗢 kerana dia.


Akhirnya siapa nak undi UMNO?


Memanglah nampak walaun macama lambung dia tapi itu memang sikap walaun. Kalaulah 𝗡𝗲𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗵𝘂 keji DS Anwar, nescaya Netanyahu pun walaun puja.


Jadi pada aku, Akmal bukan walajib. Sebaliknya yang aku nampak, dia lebih kepada 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 ini untuk lebarkan sayap politiknya.


Sebab tu aku malas nak ulas pasal Akmal. Sebab dia memang harap namanya 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻. Kena ingat, orang politik tetap akan jadi orang politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KENA SELESAI MELALUI MAHKAMAH

 

Che Ibrahim


Titah yang didakwa jika ada, kena urus melalui Jkuasa Pengampunan, Kerajaan tidak ada kuasa. Kalau tak puashati juga, kena selesai melalui mahkamah....




KAWAN LAMA RUPANYA

 

Iswardy Morni


Oo patutla.... Katanya gambar 2019, tapi nampak semangat sampai ke 2024.




HUTANG BILA TINGGAL ANAK TANPA NAFKAH

 



Che Ibrahim


Nafkah anak hanya akan jadi "mulzim" @ wajib dibayar oleh seorang bapa apabila ada perintah mahkamah syariah. Tanpa perintah seorang Hakim Syarie, beban nafkah tersebut tidak boleh dianggap hutang. 


Perintah nafkah ke atas anak tidak boleh dikuatkuasa kebelakangan. Selagi tidak ada perintah mahkamah, nafkah anak adalah menjadi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa mereka, bukan tanggungjawab bapa secara berseorangan. Jika bapa tiada/mati/tidak mampu, maka ibu adalah bertanggungjawab ke atas nafkah tersebut. 


Maknanya nafkah anak tidak dianggap hutang tanpa perintah mahkamah. Jika mati, tunggakan nafkah tersebut tidak boleh diambil dari pusaka si mati.



BELI TU BAGUS DAH... TAPI PIHAK MASJID PULAK KENA BAYAR ITU INI.



Hapiz Kodiang


 Kerana hal seperti di bawah, dalam sebuah mesyuarat hukum, saya menolak permohonan cadangan projek wakaf air di seluruh masjid di sebuah negeri. Kerana ianya menguntungkan syarikat penapis air luar negara manakala kos keseluruhan termasuk elektrik, maintanance service after sale etc menggunakan kutipan dana wakaf. Air segar memang menjadi keperluan jemaah bagi menghilangkan haus. Namun menginfakkan air botol mineral yang diletakkan di rak² sekitar masjid lebih mudah, efektif dan tidak merugikan dana wakaf.



Mereka mengadaptasi projek wakaf Telaga Saidina Uthman (بئر رومة) bagi tujuan pemasangan mesin² air tapis. Saya menyatakan wakaf telaga Saidina Uthman tidak menjadi liabiliti kepada umat Islam dan menguntungkan mereka. Ia percuma sepanjang hayat. Projek mesin penapis air ini pula menguntungkan syarikat Korea atas nama dana wakaf. Yang membayarnya pula pihak pengurusan masjid.


Dr HK

20.4.2024



APA DIA FAHAMAN TAKFIRI....


 

ADUN JENGKA HENTAM GANG SENDIRI RUPANYA..LEPAS TU WALAUN MEROYAN...WALAUN NI JENIS MALAS SELIDIK...TU JADI MACAM TU


 

DENGAR APA PAPAGOMO KATA PADA ATOK- PENJELASAN MB SELANGOR


 

PARPUKARI SAKIT APA WOII...TENGKOK DIA ADA GOH MACAMM LEMBU TARIK KETA LEMBU OOOK


 

JOM DENGAQ NUSI MOHONG WALAUN

 


MINIT NAK PENJARAKAN ZAHID DAN NAJIB.