Exco Pertanian PAS Terengganu Menipu; Lawat Kilang Beras Bukit Kenak.






Posting YB Azman Ibrahim bertarikh 20 April 2024 (Sabtu - semalam) kononnya dia pergi melawat Kilang Padi BERNAS Bukit Kenak, Jerteh.


Padahal gambar itu gambar lama, bertarikh 25 Oktober 2023 lagi. 


Gambar pun gambar sama, kononnya untuk tunjuk dia buat kerja lepas saya laporkan beras yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Kuala Nerus, Terengganu dengan jenama TERENGGANU BEST dgn logo BERNAS penuh dgn kotoran, bubuk dan berlonggok-longgok dijual di kedai dedak untuk dijadikan makanan haiwan.




Bila terdesak, Exco Pas Terengganu terpaksa jadi DUBUK untuk tutupi kelemahan dan kegagalannya menipu mangsa mangsa yang taksub fanatik, iaitu walaun. Nak tunjuk dia buat kerja.


Itu belum lagi kes BERAS GANU, keluaran syarikat TADC, Anak syarikat Perbadanan İktisad Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh dia. Semalam kami semak di Pasaraya semua takda stok.


Di media sosial dia sibuk serang Kerajaan Madani pasal beras putih tempatan takda dalam pasaran, last last jenama beras keluaran Kerajaan Negeri Terengganu pun takda stok!!!!


Dubuk suka makan bangkai, beras yang dibuang Di Kuala Krau pun dia tetap jadikan isu lapuk nak salahkan Kerajaan skrg, walhal tu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri zaman Muhyiddin jadi PM, Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah. Beli untuk kempen pilihanraya! 


Dubuk dan bubuk agaknya adalah spesis walaun yang suka memusnahkan benda baik untuk manusia. Cuma kalini ya Dubuk ya adalah Dr Azman Ibrahim, Adun Pas Jabi dan Exco Pertanian Kerajaan Terengganu!


Syam Ghaz



1 comment:

Anonymous said...

Kita tunggu tengok dia berani jawab tak...