ADAKAH NAJIB AKAN DITAHAN DI RUMAH?

 

Zainuddin Omar



Dengan kenyataan PM ini, Najib dijangka akan keluar penjara tak lama lagi untuk tahanan di rumah. 


Saya jangkakan juga tahanan rumah untuk Najib tak lama kerana akan masuk penjara semula selepas hukuman tuduhan lain-lain tuntas di mahkamah. 


***************

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu dalam sesuatu isu termasuk permohonan Najib Razak agar dia dibenarkan menjalani hukuman di rumah.


Menurut Anwar Ibrahim isu tersebut menyentuh peranan dua pihak iaitu Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, serta Agong sendiri.


Dia juga menafikan afidavit Ahmad Zahid itu itu melibatkan sebarang cubaan kerajaan untuk mengurangkan keputusan yang sudah ditetapkan oleh mahkamah ke atas bekas perdana menteri terbabit.


"Itu bukan soalnya. Pendirian kita (kerajaan) adalah tuntas, bahawa keputusan dibuat dalam mesyuarat lembaga pengampunan, keputusan muktamad.


"Agong (terlibat) dalam mesyuarat lembaga pengampunan.


"Sejak merdeka hingga sekarang belum ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu, dan itu kita kena pertahankan," katanya ketika berucap pada konvensyen khas PKR sempena sambutan 25 tahun parti itu di Shah Alam, hari ini.


Anwar yang juga presiden PKR berkata demikian semasa menyentuh isu permohonan Najib untuk mendapatkan kelonggaran agar dia dibenarkan ditahan di rumah berbanding Penjara Kajang.


Permohonan itu disokong oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengemukakan afidavit dengan mengakui kewujudan titah tambahan daripada Agong ke-16.


Untuk rekod sebelum ini lembaga pengampunan bersetuju memberikan pemotongan tempoh penjara ke atas Najib, selain mengurangkan jumlah denda yang perlu dibayarnya kerana bersalah atas tujuh pertuduhan jenayah.


Kaki sakau yang menderita

Menurut Anwar dalam isu permohonan Najib dan afidavit Ahmad Zahid, dia tidak terkecuali daripada dikritik namun mendakwa pihak terbabit sebenarnya tidak memahami kedudukan isu tersebut.


Katanya, ia melilbatkan peranan lembaga pengampunan serta titah Agong.


"Kalau tak faham keputusan itu, (mereka) tak layak jadi pembicara atau pengulas pengupas politik," tambahnya.


Mengulas lanjut, Anwar berkata di sebalik kritikan serta pelbagai isu ditimbulkan parti lawan, kerajaan perpaduan kekal mantap.


Dia juga menafikan wujud sebarang keretakan hubungan antara PH dan BN atau dengan parti dari Sabah dan Sarawak.


Gambaran hubungan tegang tersebut, katanya, hanya dimainkan oleh pihak tertentu yang tidak senang dengan keutuhan kerajaan.


"Yang ada (mengganggu) hanyalah gerombolan desperado yang cuba mengadu domba.


"Saya beritahu mereka: good luck and goodbye. Ia takkan berlaku," katanya.


Anwar juga berkata ada pihak yang menuduh kerajaan sekarang membuat rakyat menderita namun realiti bukanlah begitu.


"Rakyat mana yang menderita? (Yang) menderita ini adalah Tun dan Tan Sri yang kaki sakau," katanya.



No comments: