MASIH ADA MUSIBAT DALAM PARTI

 

PKR mohon tangguh beri penjelasan kepada JPPM, kata Saifuddin



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas
 lanjut bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu,
 sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan
 kerjasama kepada JPPM.

PETALING JAYA: PKR memohon penangguhan mengemukakan penjelasan penuh kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM) berhubung pelbagai aduan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya telah memberikan maklumat awal kepada JPPM berdasarkan peruntukan 14(2) 1966 Akta Pertubuhan berdasarkan surat yang diterima 5 Julai lalu.

“Saya diberi tempoh 14 hari berakhir 19 Julai, kemudian saya beri surat mohon penangguhan. Masa itu saya tumpu kepada penganjuran Kongres PKR dan JPPM setuju bagi penangguhan, jadi saya kena beri maklumat yang diperlukan sebelum 2 Ogos iaitu tarikh baru.

“Walaupun saya mendapat penangguhan, saya telah memberi maklum balas awal kepada JPPM. Pada masa yang sama saya juga kena bagi jawapan yang lebih lengkap,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Saifuddin berkata demikian ketika diminta memaklumkan perkembangan terkini setelah menerima surat dari JPPM bagi menjelaskan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Dalam Kongres PKR Nasional PKR 17 Julai lalu, Saifuddin berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas “watak pemecah belah dalam parti”.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan pihak yang membuat laporan kepada polis dan JPPM sebagai “menyerah tengkuk kepada musuh”, manakala bekas Ketua Wanita, Fuziah Salleh menggesa parti “menyenaraihitamkan” individu yang berbuat demikian.

Ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu, Saifuddin enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan kerjasama kepada JPPM.

Ditanya mengenai kesan yang bakal dihadapi PKR serta masa depan parti itu dalam menghadapi PRU15, Saifuddin menjawab: “Belum tahu dan masih terlalu awal kerana tidak tahu keputusan akhir”.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata sehingga kini terdapat 40 aduan yang telah dikemukakan ahli parti kepada JPPM.

“JPP hanya bagi input untuk maklumat yang diperlukan kepada Pejabat Setiausaha Agung. JPP dah laksanakan apa yang perlu dikemukakan kepada JPPM.


KEH...KEH....NAJIB NAJIB...




 ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB



PARTI LEBAI MUNAFK....DULU HENTAM SOSMA..SEKARANG SOKONG


 

SOSMA - DULU ADA DALIL HARAM, KINI ADA DALIL HALAL - ITULAH PAS PARTI PENUNGGANG AGAMA DIMANA ADA UNTUNG UNTUK PARTI MEREKA



Dulu mengamuk sakan ..hingga bergegar bumi. Bertepik di Padang Merbuk. Hudud. !. RUU355...!  Kematian Adib..!  Pakaian patuh syarie pramugari. !. Arak Timah..!  Judi 8 ke 22.  !  Pemandu mabuk. ,! Sijil UEC. !  Sajad. ! . Siti Kasim..!! LGBT..! . Islam terancam. !.

 

Itu cerita dulu....

 

SEKARANG  ...senyap. Demi 💰...dan kuasa 💪...serta


ANWAR PUJI ERDOGAN BERJAYA BENARKAN UKRAINE EKSPORT GANDUM


PH DIKATA CABAR ISLAM, BILA PAS MENTADBIR ISLAM TERBELAKANG? CUBA LIHAT SENDIRI DENGAN MATA ANDA

 

KENAPA TANGGUH KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BERGAJI GURU KAFA?


PEMIPUAN KEWANGAN ONLINE RM4 JUTA SEHARI, KERAJAAN BUAT APA?


PETANI MINTA SUBSIDI PESAWAH DIBAYAR TUNAI, BAUCAR


DUA DARJAT YANG BERBEZA







 

PARTI ANA PUN SOKONG


 

TUNGGUL ATAU TERUNGGUL ?






 

HATI HATI MASA NAK PANGKAH PAS.SEBAB BUKAN PAS YANG DULU...PAS SEKARANG BENDERA PUN TAK MAHU GUNA BENDERA BULAN PURNAMA DULU.

 

Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama, kata penganalisis




Penganalisis berkata bendera bulan adalah sinonim dengan PAS dan perubahan akan menjejaskan peluang parti itu pada pilihan raya umum (PRU). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menukar logo Perikatan Nasional (PN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan berhasil kerana pengundi hari ini lebih bijak daripada apa yang difikirkan oleh ahli politik mengenai mereka, kata dua penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata PN memandang rendah tahap kebijaksanaan dan kematangan pengundi dengan mengambil jalan itu terutamanya ketika menjelangnya PRU.

“Ia tidak akan membawa banyak perbezaan kerana pengundi kita cukup matang dan bijak untuk mengetahui bahawa menukar logo hanyalah memberi wajah baharu manakala segala-gala di dalamnya hampir sama.

“Memiliki logo baharu tidak akan mengubah apa-apa kecuali sedikit faktor ‘feel-good’. Jika kepimpinan, strategi dan aura parti dalam gabungan itu masih sama, ia tidak akan membawa sebarang perbezaan besar,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Azmi Hassan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bersetuju untuk menggunakan logo baharu PN pada PRU15.

Hadi berkata, perubahan itu tidak akan mengubah agenda parti Islam iaitu perpaduan ummah, dan kerjasamanya dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN).

Azmi berkata, pemimpin PN bertindak demikian kerana prestasi buruk gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini dan oleh itu, ia memerlukan “kambing hitam”, yang mana mereka dengan mudah memilih logo.

“Saya jangka Bersatu akan peka dengan sentimen pemimpin dan ahli PAS kerana lambang bulan dan warna hijau adalah jiwa parti Islam itu. Saya pasti anda akan menemui bulan di suatu tempat dalam logo dengan latar belakang hijau.

“Apa saja yang mereka lakukan, ia tidak akan membawa banyak perubahan kerana intipati parti dalam gabungan itu akan sama,” katanya.

Awang Azman Pawi.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM), berkata biarpun pertukaran logo tidak banyak memberi kesan terhadap PN, ia mungkin menyebabkan PAS kehilangan beberapa kerusi kerana penyokong tegarnya tidak boleh menerima perubahan mendadak itu, khususnya ketika PRU15 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Hanya logo sahaja baharu tetapi wajah lama masih menjadi calon pada PRU15. Ia akan menjadi sangat sukar bagi PAS kerana parti itu sinonim dengan bulan dan bendera berwarna hijau sejak 50 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kemunduran itu akan dirasai kebanyakannya di negeri-negeri Pantai Timur dan kawasan luar bandar dan separa bandar di negeri-negeri lain di mana PAS mendapat sokongan yang baik.

AUNS....ISLE TERAMCAM

 


Lelaki hina Islam dalam rakaman audio dibebas dengan jaminan polis





Lelaki itu bersama beberapa individu lain menerusi rakaman audio dipercayai menghina Islam dilakukan tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang ditahan kerana dipercayai menghina Islam menerusi rakaman audio yang tersebar di media sosial dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din, berkata ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek yang juga seorang duda berusia 59 tahun berakhir, hari ini.

Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan di rumahnya di Chendering kira-kira 1 pagi, pada 20 Jul, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Hari ini, suspek yang berdepan pertuduhan penyalahgunaan dadah turut dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, suspek sudah menjelaskan denda sementara menunggu arahan pihak pendakwaan.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai menghina Islam serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar menerusi media sosial, sejak 18 Jul.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa, dilaporkan berkata siasatan awal mendapati rakaman audio itu dilakukan tahun lalu.

MOU AKHIRNYA AKAN DIPUTUSKAN- MAIL SABRI JUGA DALAM BAHAYA

 


PM, PH capai kata sepakat akhiri MoU, akan maklum dalam tempoh terdekat





Kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU bagi membentuk kerjasama dwipartisan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat berhubung tarikh akhir memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai 13 Sept tahun lalu.

Ketua Whip PKR, Johari Abdul, berkata keputusan dicapai dengan perdana menteri itu bukan sahaja membabitkan PKR, namun meliputi PH secara keseluruhan.

Bagaimanapun, katanya, perincian kesepakatan yang dicapai itu belum didedahkan oleh pimpinan PH, dan dijangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan yang dicapai ialah dalam PH, bukan keputusan PKR sahaja. Yang kita faham ialah apa juga keputusan itu membabitkan pimpinan PH dengan perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya difahamkan sudah ada kata sepakat antara pimpinan PH dengan perdana menteri, yang tidak dimaklumkan kepada kami lagi buat masa ini. Besar kemungkinan, sebaik sahaja PH buat keputusan, ia akan diumumkan,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini MoU antara kerajaan-pembangkang, susulan terdapat percanggahan mengenai tarikh luput MoU.

Sebelum ini, pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, pula dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tidak akan melanjutkan MOU terbabit, selepas 31 Jul.

Berdasarkan semakan, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik menjelaskan dokumen itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai sehingga pembubaran Parlimen ke-14.

Dokumen itu juga menjelaskan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Jul.