MASIH ADA MUSIBAT DALAM PARTI

 

PKR mohon tangguh beri penjelasan kepada JPPM, kata Saifuddin



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail enggan mengulas
 lanjut bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu,
 sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan
 kerjasama kepada JPPM.

PETALING JAYA: PKR memohon penangguhan mengemukakan penjelasan penuh kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM) berhubung pelbagai aduan berkaitan proses pemilihan parti itu yang berlangsung baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya telah memberikan maklumat awal kepada JPPM berdasarkan peruntukan 14(2) 1966 Akta Pertubuhan berdasarkan surat yang diterima 5 Julai lalu.

“Saya diberi tempoh 14 hari berakhir 19 Julai, kemudian saya beri surat mohon penangguhan. Masa itu saya tumpu kepada penganjuran Kongres PKR dan JPPM setuju bagi penangguhan, jadi saya kena beri maklumat yang diperlukan sebelum 2 Ogos iaitu tarikh baru.

“Walaupun saya mendapat penangguhan, saya telah memberi maklum balas awal kepada JPPM. Pada masa yang sama saya juga kena bagi jawapan yang lebih lengkap,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Saifuddin berkata demikian ketika diminta memaklumkan perkembangan terkini setelah menerima surat dari JPPM bagi menjelaskan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Dalam Kongres PKR Nasional PKR 17 Julai lalu, Saifuddin berkata pihaknya akan mengambil tindakan ke atas “watak pemecah belah dalam parti”.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan pihak yang membuat laporan kepada polis dan JPPM sebagai “menyerah tengkuk kepada musuh”, manakala bekas Ketua Wanita, Fuziah Salleh menggesa parti “menyenaraihitamkan” individu yang berbuat demikian.

Ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pengadu, Saifuddin enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata ketika ini pihaknya hanya mahu memberikan kerjasama kepada JPPM.

Ditanya mengenai kesan yang bakal dihadapi PKR serta masa depan parti itu dalam menghadapi PRU15, Saifuddin menjawab: “Belum tahu dan masih terlalu awal kerana tidak tahu keputusan akhir”.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata sehingga kini terdapat 40 aduan yang telah dikemukakan ahli parti kepada JPPM.

“JPP hanya bagi input untuk maklumat yang diperlukan kepada Pejabat Setiausaha Agung. JPP dah laksanakan apa yang perlu dikemukakan kepada JPPM.


No comments: