TU BUKAN LOMPAT...TU TAK MAU LAGI SOKONG BN.

 


Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008



Hasimi Muhamad
Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008
Menurut Ketua Pembangkang itu, sebaliknya beberapa ahli Parlimen berkenaan didakwa menghubungi beliau untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengarahkan ahli Parlimen Kerajaan bertukar parti pada 2008 bagi membentuk kerajaan ketika itu.
Menurut Ketua Pembangkang itu, sebaliknya beberapa ahli Parlimen berkenaan didakwa menghubungi beliau untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memimpin kerajaan sebagai Perdana Menteri, dan Barisan Nasional (BN) menang 140 kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2008.
"YB Beaufort (Datuk Seri Azizah Mohd Dun) ini dia rabun dari segi kefahaman politik. Kalau ikut kenyataan pada masa iut, beberapa Ahli Parlimen menghubungi untuk menyokong usul undi tidak percaya, ia tidak ada kena mengena dengan lompat parti. Beaufort biar faham sedikit...
"Kerana itu Perdana Menteri enggan meluluskan dan menerima undi tidak percaya dan Yang Dipertua Dewan seperti biasa patuh kepada Perdana Menteri. Oleh sebab itu, ada pesawat khas yang bawa ahli Parlimen untuk belajar pertanian di Taiwan... jadi biar kita tahu faktanya.
"Tidak ada unsur sogokan atau kedudukan kepada mereka kerana ini (seramai) 40 orang (ahli Parlimen). Nak jadi 40 menteri...," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar (PH-Port Dickson) berkata demikian menjawab celahan Azizah pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Mengulas lanjut, Anwar berkata situasi sama berlaku ketika mana ahli Parlimen daripada blok kerajaan didakwa menyatakan sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selepas Langkah Sheraton.
Tegasnya, tiada sebarang tawaran diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian.
"Pengakuan bersumpah yang ditandatangani dan dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong (sebagai) Perdana Menteri bukan untuk lompat parti, mereka kekal dalam parti mereka. Saya tidak usulkan mereka lompat parti... ramai yang ada di sini (ahli Parlimen yang didakwa menyokong).
"Saya nak tunjukkan di sini bahawa kedudukan dan integriti politik begitu parah sehinggakan pengakuan bersumpak kepada Yang Dipertuan Agong pun dipermainkan oleh mereka," ujarnya lagi.
Parlimen tidak harus dijadikan tempat menggondol kekayaan - Anwar

No comments: