TAK TAU NAK KATA APA...KALAU DAH NYANYUK BAIK TAK PAYAH CAKAP LAH...ORANG NAK BANTERAS LOMPAT PARTI SEBAB RAKYAT MEMILIH.PARTI CINONET CARILAH PENGARUH DULU UNTUK BERGABUNG BUKAN SAHAJA PARTI , TETAPI CALON.

 


Dr M cadang benar ‘seluruh parti lompat’ jika dapat restu, demi tubuh kerajaan stabil.





Dr Mahathir Mohamad berkata, lompat parti membabitkan seluruh parti
 perlu dibenarkan demi membentuk kerajaan majoriti dan berwibawa.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mahu “lompat” membabitkan keseluruhan parti dibenarkan, dengan syarat mendapat restu tertinggi parti terlebih dulu.

Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, ia penting seandainya berlaku situasi tidak ada sebuah parti pun yang memenangi lebih 50% kerusi dalam pilihan raya umum (PRU) untuk membentuk kerajaan.

“Kalau kita tegah semua tidak boleh lompat parti, maka tidak akan ada kerajaan yang majoriti dan berwibawa.

“Sebaliknya, PRU perlu diadakan semula untuk mengelakkan daripada itu, saya percaya kalau lompat parti dilakukan seluruh parti masuk parti yang tidak cukup kerusi, tapi dengan syarat aktiviti itu dilakukan dengan persetujuan parti mengikut undang-undang parti yang dibuat oleh kuasa tertinggi parti.”

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti di Dewan Rakyat.

Mahathir berkata, seluruh parti boleh bekerjasama dalam sebuah gabungan dengan parti yang kalah tanpa bimbang kehilangan kerusi.

Pengerusi Pejuang itu berkata, aktiviti lompat parti perlu dihalang, namun terdapat keperluan dalam keadaan tertentu, khususnya membabitkan parti yang tidak mendapat majoriti kukuh di Dewan Rakyat.

“Aktiviti lompat parti perlu ditegah, tapi kadangkala kita perlu ada lompat parti kerana dalam PRU tidak ada satu pun parti yang mendapat lebih 50% kerusi supaya dapat bentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, parti yang mendapat kurang daripada 50% kerusi boleh menubuhkan kerajaan minoriti, namun kerajaan seperti itu berisiko tumbang.

“Apabila datang ke Dewan Rakyat, maka kerajaan itu boleh dijatuhkan dengan hanya mengundi usul tidak percaya kerajaan.

“Dalam keadaan itu, kita boleh ada PRU sekali lagi, tetapi itu juga tidak akan menentukan (keadaan stabil). Sebab itu perlunya lompat parti dibenarkan supaya jumlah ahli cukup untuk menjadi kerajaan dengan majoriti,” katanya.


No comments: