SOSMA: PENGAJARAN TATKALA BERKUASA

 

FAIZAL RAHMAN



SOSMA: PENGAJARAN TATKALA BERKUASA

1. Terserlah kemunafikan PAS bilamana menyokong usul “menghidupkan” semula SOSMA. Jika dahulunya SOSMA zalim & bercanggah dengan Islam tetapi kini, SOSMA yg sama di katakan selari dengan Islam. Bagaimana dengan susuk tubuh bernama Aisyah yg dulunya PAS beria-ia membela beliau???

2. Demi kesucian Islam & keadilan Islam, PAS sesungguhnya adalah kelompok manusia yg paling hipokrit, munafik & hina!

3. UMNO tak relevan untuk di perkatakan lagi kerana mereka sudah sebati dengan draconian law. Kezaliman UMNO terhadap rakyat tidak perlu lagi di ulas.

4. Kezaliman SOSMA ini bermula apabila ruang penyalahgunaan kuasa berlaku secara berleluasa, kezaliman terhadap orang yg di tangkap, keluarga di nafikan akses, dunia mereka menjadi kelam, definisi keganasan terlalu luas. Bukan sedikit perkongsian tahanan bagaimana mereka di torture mental dan emosi, semata-mata untuk mendapatkan keterangan yg akhirnya menjerat mereka sendiri. Keterangan mereka di pandu kepada suatu arah tertentu yg mana mereka berikan dlm keadaan mental mereka sendiri separa sedar akibat di tekan berminggu-minggu lamanya.

5. Antara cerita-cerita sempat di rakam:

5.1 tahanan di ugut dengan anak yg baru 2 minggu di lahirkan, isteri yg masih dlm pantang, alamat rumah di dedahkan termasuk kedua ibu bapa mereka dan di ancam untuk di “usik”. Di simpan dalam bilik kecil yg lampu di pasang 24 jam, tidak tahu siang dan malam, penghawa dingin 24jam, ada ketika menjadi sgt sejuk. Semua ini di semata-mata menekan tahanan utk menjawab soalan mengikut selera team siasatan.

5.2 Bertemu dengan peguam hanya setelah sebulan keluarga tidak mengetahui di mana tahanan berada. Ada kes yg di pukul teruk dan lebam-lebam di badan. Peguam bertemu tahanan dalam keadaan di kelilingi angota polis yg lengkap bersenjata di badan. Dalam keadaan itu, memang tidak ada apa-apa keterangan yg dpt di rekodkan. Kerana mereka sudah di “pesan” untuk berdiam diri kalau tidak mahu menerima “habuan”.

6. Untuk orang awam di luar sana, usah cakap “siapa suruh buat salah, kalau tidak salah mesti tidak di tahan SOSMA”. Kerana anda atau keluarga anda belum tahu lagi nasib anda bagaimana. Dalam sejarah tahanan SOSMA, pelbagai latar belakang yg sudah menjadi mangsa; memiliki baju yg tidak pernah di haramkan, memiliki buku yg di jual di pasaran, buku di pamerkan di perpustakaan, bergambar dengan kawan, memberi sumbangan pun kena. Dari peniaga air balang, penganggur, student, berjawatan dan sebagainya. Seakannya ada “usaha” untuk membuat profile tersendiri SOSMA.

7. Di sebalik kekesalan terhadap laporan SOSMA di parlimen hari ini, jauh di sudut hati aku, aku terkilan dan menyalahkan kerajaan PH yg ketika itu tidak serious untuk memansuhkannya. Masih lagi mengambil pendapat pemegang taruh yg cenderung SOSMA di pertahankan. Meskipun kumpulan pengganas di pulau pinang kebal tidak terusik. Kesalahan boleh kalau hendak di halakan kepada muhyiddin yassin yg ketika itu hanya mahu meminda SOSMA. Kesudahannya tersadung dek Langkah semburit sheraton.

8. Jadi bilamana hari ini ia di hidupkan semula, ketahuilah rakyat akan kembali di war-war kan dengan pelbagai kes “keganasan” yg mana definisi keganasan itu tertakluk atas mereka sang penguasa! Maka tidak ada sesiapa yg boleh menjamin terlepas. Silap hari bulan, hobi (collector) memilliki set buku-buku strategi peperangan, set buku-buku senjata api/bom juga anda boleh di klasifikasikan sebagai memiliki bahan-bahan keganasan. Itu belum lagi sentuh bab perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam. 1 ketika Ibn Taymiyah hampir pasti di jadikan asbab/punca melahirkan pengganas yg hampir membawa kpd barangsiapa yg memetik pendapatnya, boleh jadi boleh di tuduh sebagai pengganas. Begitulah betapa carca marbanya SOSMA. Belum lagi kita persoalankan tentang “team pemulihan” pengganas yg entah di kutip daripada mana.

9. Harapan aku sekiranya PH mentadbir semula, usah lagi membuat tindakan U-Turn terhadap sesuatu manifesto termasuklah penghapusan undang2 draconian SOSMA ini. Menghapuskan SOSMA bukanlah bermaksud melaksanakan manifesto sebagai akujanji kepada pengundi semata-mata, tetapi menghapuskan SOSMA juga bermaksud, negara ini menjunjung hak & keadilan meskipun melibatkan isu keselamatan. Peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai untuk membendung ancaman keganasan.

10. Untuk rakyat Malaysia, berhati-hatilah kerana SOSMA itu lebih banyak memangsakan manusia tidak berdosa daripada “pengganas” atau “keganasan” yg sebenar.