TANDA KIAMAT

 




Cik Yatt

t0i1S9 Donecse48mmber 52r01l2iu16  · 

Memang Nampak Sekarang..Hampir

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala

2. Hujan turun lebat, kejadian banjir

3. Kejahatan bermaharajalela

4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.

5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat

6. Banyak peniaga namun tiada pembeli

7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)

8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia

9. Banyak undang-undang terwujud

10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)

11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah

12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim

13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)

14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu

15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)

16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.

17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)

18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka suka memuji orang yang suka kepada mereka (menjilat = makan pujian)

19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan

20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah

21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak

22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)

23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat

24. Dihentikan pedang daripada jihad

25. Memperoleh untung dunia melalui agama

26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun

27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu

28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dll)

29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?

Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."

Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.

Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.

30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.

31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30,#31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.

32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...

Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

 

KEBERANIAN ISMAIL SABRI YANG SEHARUSNYA DISOKONG DAN DIPUJI (PATUT PUJI-TAPI KALAU SEPATAH HARAM TAK CAKAP BAHASA INGGERIS NAMPAK LEKEH KALAU PERSIDANGAN ANTARABANGSA)


 Pengumuman Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa Malaysia akan menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi, termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa di luar negara, seharusnya menerbitkan rasa bangga dalam diri kita semua.

Ia bukan saja menunjukkan iltizam tinggi beliau untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam dan di luar negara, malah memperlihatkan keberaniannya berbuat demikian.

Dengan mengumumkan mengenai perkara itu, Ismail Sabri adalah satu-satunya Perdana Menteri yang berani bertindak menerobos ke arah mengangkat dan memartabatkan bahasa Melayu di luar negara, sesuai dengan banyak slogan yang selalu diperdengarkan kepada kita sejak dulu lagi seperti “Bahasa Jiwa Bangsa, “Sayangi Bahasa Kebangsaan, “Martabatkan Bahasa Kebangsaan” dan macam-macam lagi.

Malangnya, semua slogan tersebut hanya menjadi mainan retorik saja dan bahasa Melayu kekal terpinggir, tidak saja di luar negara, malah kerap kali juga di dalam negara sendiri.

Dalam pengumumannya mengenai perkara tersebut, Ismail berkata, Malaysia akan menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara mulai sekarang, termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Tegasnya, beliau sendiri telah menggunakan Bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa lawatan rasmi ke Brunei, Kemboja dan Thailand baru-baru ini.

“Sebelum ini, saya telah menyatakan bahawa dalam setiap urusan rasmi kerajaan, kita perlu menggunakan Bahasa Melayu.

“Rundingan saya di luar negara juga merupakan urusan rasmi kerajaan. Oleh sebab itu, saya menggunakan Bahasa Melayu.

“Sudah sampai masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan dan kita bertanggungjawab memperkasa Bahasa Melayu.

“Jadi, kita tidak ada sebab untuk rasa janggal berbahasa Melayu ketika di luar negara kerana banyak bangsa lain dilihat bangga dengan bahasa masing-masing,” katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, penduduk di ASEAN paling banyak menggunakan Bahasa Melayu dan tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti, ia boleh dijadikan sebagai Bahasa ASEAN.

“Perkara ini mungkin boleh dibincang dengan pemimpin ASEAN pada masa depan,” tambahnya.

Dengan apa yang dipertegaskan oleh Perdana Menteri itu, adalah jelas beliau bukan saja mahu pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat seluruhnya bersama-sama memainkan peranan mengangkat bahasa Melayu dalam mesyuarat atau persidangan di luar negara, bahkan ke arah menjadikannya bahasa rasmi ASEAN juga.

Jika itu akhirnya berjaya dilakukan, mungkin tidak dalam waktu terdekat ini, tidakkah kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu akan barasa bangga?

Dalam hal ini, kita seharusnya telah lama mencontohi banyak negara lain seperti China, Rusia, Korea, Jepun dan sebagainya yang sentiasa mengangkat dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam mesyuarat, persidengan atau pertemuan antara pemimpin di peringkat antarabangsa.

Mereka bukan saja bangga dengan bahasa ibunda masing-masing, yang lebih penting dengan berbuat demikian tidak pula menjadikan negara mereka itu ketinggalan dari segi kemajuan dan pembangunannya.

Bermakna, bahasa bukanlah penghalang kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah negara.

Dengan itu, bersama kemajuan yang dicapai tetapi tidak meminggirkan bahawa ibunda, barulah apa yang dicapai itu mempunyai nilai serta erti yang lebih tinggi.

Kita pula, sudahlah kemajuan yang dicapai tak setinggi mana, kedudukan bahasa Melayu pun jadi caca marba sehingga identiti negara jadi tak ketahuan jadinya, walau sudah lebih 60 tahun bebas daripada penjajahan.

Oleh itu, keberanian Ismail Sabri ini, selain harus dipuji, bahkan menjadi tanggungjawab kita sebagai anak Malaysia menjadikannya sebagai perjuangan yang berpanjangan serta berkekalan. – ShahbudinHusin 01/03/2022.


UNDI BN NAJIB LEPAS- www.zunar.my


 

TIKTOK- HAAA...PAK LEBAI DAN WALAUN...DENGAR NI- KAN DAH KENA BANGANGKAN


 

TIKTOK UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA TIPU ORANG MELAYU


 

TIKTOK PENDEK- KENAPA BN/UMNO PAKSAKAN PILIHANRAYA- PEMIMPIN INI UNTUK DI LAWAN


 

Polis siasat individu rakam anggota polis pantau SOP solat Jumaat

 


Polis siasat individu rakam anggota polis pantau SOP solat Jumaat


Tindakan seorang individu yang merakam video anggota polis sedang bertugas memantau prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat baru-baru ini di sebuah masjid sekitar Batu 14, Puchong, kini dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat itu dimuat naik seorang pengguna media sosial semalam dengan kapsyen ‘Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah’.

“Hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika anggota berpangkat Koperal terbabit menjalankan rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

“Anggota itu menerangkan SOP terbaharu bagi Selangor yang mana jemaah berhasrat menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk,” katanya.

Menurut Abd. Khalid, satu laporan polis telah dibuat berhubung penularan video berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.


Panas! Taqiuddin dedah BN Johor guna sistem kuota untuk beri rumah pada kroni

 


Panas! Taqiuddin dedah BN Johor guna sistem kuota untuk beri rumah pada kroni

 

Mac  1, 2022 

Saya diberi kesempatan untuk berucap dalam satu program ceramah bersama barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebentar tadi.

Dalam ucapan saya, saya sebut beberapa kejayaan PH sepanjang mentadbir Johor.

Antaranya, PH telah menghapuskan satu sistem yang tidak adil kepada rakyat Johor dalam pemilikan rumah mampu biaya iaiu Sistem Kuota Menegak Kerajaan.

Sistem ini secara jelas telah menyalahguna kedudukan orang politik dalam kerajaan apabila Rumah Mampu Milik atau Mampu Biaya ini diberi kuota kepada ahli politik seperti Ketua-Ketua Bahagian.

Kuota Menegak menimbulkan satu tanggapan bahawa terdapat kecenderungan pihak kerajaan untuk memberikan peluang pemilikan rumah mampu biaya kepada orang-orang tertentu dan kuasa itu diberikan kepada orang politik, bukan mereka yang berhak.

Jadi, PH hapuskan sistem in supaya anak-anak muda dan mereka yang berhak mendapat peluang yang lebih adil untuk memiliki rumah.

Selain itu, saya juga sebutkan 10 janji PH dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ambil contoh Kad Sihat Johor.

Kad Sihat Johor yang memberi manfaat kepada rakyat yang kurang berkemampuan telah dihapuskan oleh Umno BN. Ini sesuatu yang sangat menyedihkan kerana manfaat daripada bantuan ini sangat diperlukan rakyat.

Untuk PRN Johor ini, saya menyeru kepada pengundi untuk menilai kejayaan yang telah PH capai di negeri Johor ini.

Sepanjang PH memerintah tak ada Adun atau Exco yang terpalit dengan rasuah. Ini fakta.

Saya juga berpesan kepada semua untuk keluar mengundi. Tempat mengundi adalah tempat yang selamat jadi jangan bimbang untuk keluar mengundi.



PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Israk dan Mikraj merupakan dua peristiwa agung yang melangkaui taakulan rasional dan cerapan inderawi manusia, dan hanya mungkin diterima atas dasar keimanan terhadap kerasulan dan kemukjizatan Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT;
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah memperjalan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-Isra’: 1).
Tatkala itu, Baginda sedang mengharungi detik yang sukar. Tahun Kedukaan ditandai dengan perginya Khadijah dan Abu Talib, suri hati kesayangan dan bapa saudaranya. Namun berbekalkan optimisme dan keyakinannya terhadap Allah, kepiluan hati terubat tatkala Baginda dijemput ke Sidratul Muntaha buat menerima amanah baru selaku penutup sekalian Nabi.
Amanah berupa kewajipan solat lima waktu itu diterima dengan niat melaksanakannya. Ujian terawal buat umat Islam adalah yang menyangkut amanah seringkas solat fardu itu, apakah ia berhasil dilaksanakan sebelum umat tampil untuk mengemban amanah yang lebih rumit melibatkan kebajikan rakyat dan negara.
Justeru di samping mengenang keunggulan peristiwa Israk dan Mikraj yang nyata mengukuhkan keimanan, wajar juga digariskan iktibar penting terkait lunas akhlak dan prinsip hidup yang dipaparkan kepada Baginda semasa perjalanan bersejarahnya merentasi lapisan langit.
Keyakinan terhadap dasar inilah yang menjadi sumber kekuatan untuk terus berjuang. Dasar yang diangkat mesti menjamin keseimbangan dunia dan akhirat agar tidak berlakunya fasad yang menghilangkan nilai kemanusiaan.
ANWAR IBRAHIM
May be an image of text

PKR TAK PAYAH KUTUK DIA DAN APAK DIA...BAGI NAJIB SAJA PECAH LOBANG...KITA RAKYAT LIHAT DAN JADI ORANG YANG BIJAK...SAMA JA ANAK BAPAKNYA

 





Mohammad Ridzwan

i1 34Auui7gust 2l4nsr05m18  · 

Kini anak-anak Dr Mahathir kembali aktif dengan projek-projek besar Kerajaan dalam GLC selepas hampir 9 tahun terperuk dan dipinggirkan oleh saya Najib Razak

Untuk pengetahuan. Opcom di beri projek RM11juta daripada Telekom Malaysia

Siapa pemegang saham OPCOM?

Mukhriz Mahathir 23.41%

Norzietah Zakaria isteri Mukhriz menerusi MOcean Capital Sdn. Bhd 11.16%

Pengerusi dan Pengarah Eksekutif OPCOM pula adalah Mokhzani Mahathir.

BR1M dikurangkan , Bantuan Nelayan dimansuh , Mybrain ditangguhkan , KGT tak dapat , Bonus rakyat makin pupus. Anak-anak mereka bermaharajalela.

Datuk seri Najib Tun Razak

 

KISAH MARHAEN DAN KAYANGAN YANG BERBEZA

 

Rakyat cerita nak naik gaji minimum RM1,200 sebulan. Nak i-Citra RM10k one off. Cerita nak beli ayam mahal, telur pun mahal. Cari duit hantaran pun tak mampu. Itu cerita marhaen.

Tapi cerita kayangan, beli rumah di London USD10 juta. USD tau. Bukan RM. Cerita seleweng bilion ringgit. Seleweng tau. Duit tepi. Bukan gaji. Nampak tak bezanya kita dengan mereka.

Tapi marhaen yang benarkan ini terjadi. Sebab rela agungkan manusia keparat. Dapat duit sikit, anggap si pemberi tu mulia. Padahal dia curi lagi banyak. Sekarang sendiri yang susah. Itu pun tak serik. Nak jugak puja si penyamun. Guane boh?

Raja Gelap

 

TAK BOLEH RAMAI. KALAU RAMAI KEPALA ORANG SUKA PIJAK.


 

Che Naz

ct2Sh3pa 2cta1F0etfbsr1uaary at 13e6:09d  · 

Masa tok nenek moyang kau masuk negara ni secara haram dilambakkan dan ditinggalkan British, tak ada kau persoalkan pula apa hak bangsa seberang laut haram kau menceroboh dan mencuri segala macam ruang, peluang, pecahan kek ekonomi dan hasil mahsul bumi yang sepatutnya menjadi hak mutlak Malayu-Islam sebagai pribumi di Tanah Malayu tanpa ikatan yang sah.

Sekarang orang Malayu mendepa tangan hendak menerima dan menyerap 3 orang remaja mualaf India merentasi isu bangsa dengan niat ikatan persaudaraan sesama Islam yang sah, kau kata niat dan tindakan kami haram.

BERITAHU AKU... SIAPA YANG HARAM SEBENARNYA? Description: 🤔... SEDANGKAN KAU YANG TAK ADA IKATAN YANG SAH DENGAN KAMI PRIBUMI MALAYU-ISLAM DI BUMI BERTUAH TANAH MALAYU INI.

Adakah aku menghasut atau aku mendedahkan KEBENARAN? Description: 😏

Mohon sebarkan

#TaatBersyarat

#DerhakaBersebab

#MasukMalayu

#MalayaUntukMalayu

#HanyaSatuYangBerdaulat

 

DOAKAN UNTUKSEMUA UMMAT







 

Farouk Peru

2llht6 aFebrSlp18ouary25n as6t 21:0o4mg5ld9  · 

Adik, jangan nak doakan orang Islam saja, please. Tahukah adik, dalam Al-Quran, TAK ADA SATU pun ayat suruh bagi infaq kepada orang Islam SAHAJA* Suruhannya kepada golongan2 dari kalangan manusia.

So jangan la nak doakan HANYA KALAU ada umat Islam. Doakan kesejahteraan manusia sejagat dan semua makhluk Tohan,

(sila baca AQ 2/83, 4/36, 6/151, 17/23, 107/1-3)

 

Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.










David Marshel

1mtlc61Sg07lflti99utrehd0  · 

Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.

Beliau seorang tahanan Perintah Sekatan (PCO) buang daerah ke Masai, Johor , setelah beliau dikeluarkan dari penjara Simpang Renggam dan di kenakan perintah sekatan selama setahun pada Feb 2021 setelah Kes kehilangan Thiagaraj A/L Krishnan 47 tahun yang berasal dari Klang.

Peguam Thiagaraj berjaya gugurkan tahanan Langkah Langkah Pencegahan Khas yang dikenakan 2 tahun tahanan di penjara Simpang Renggam.

Thiagaraj Krishnan hilang sejak 31/12/2021 dari tempat tinggal beliau di Bandar Seri Alam , Masai Johor. Pada 27/12/2021 peguam beliau telah hubungi Thiagaraj menyatakan bahawa beliau akan dibawa ke balai polis pada 31/12/2021 untuk siasatan dan minta berkerjasama.

THIAGARAJ KRISHNAN TELAH HILANG SEJAK 31/12/2021 LEBIH KURANG 7.40PAGI DI ALAMAT 23-01 JALAN SURIA 6, BANDAR SERI ALAM ,MASAI SETELAH DISYAKI DIBAWAH OLEH BEBERAPA ANGGOTA POLIS YANG MEMAKAI VEST POLIS DENGAN KERETA PESONA YANG PUNYAI LOGO DITEPI PINTU KERETA TERSEBUT.

Sejak 31/12/2021 hingga kini keluarga Thiagaraj mencari dan telah membuat laporan polis di IPD Kelang pada 2/1/2022 No. Repot Seri Alam/000027/22 oleh anak beliau namun tiada maklumbalas dari pihak polis.

Berikutan kehilangan Thiagaraj 5 ahli keluarga telah membuat laporan dan telah namakan 2 anggota polis iaitu seorang ASP dan Inspektor bersama 3 individu yang pernah ugut dan mempunyai dendam terhadap Thiagaraj sejak 16/1/2019 yang kes bersangkut laporan polis No. repot Klang001874/19 dan juga 11 laporan polis terhadap sekumpulan individu.

Setelah beberapa laporan polis dibuat oleh Thiagaraj dan anaknya terhadap insiden sekumpulan individu yang berpengaruh di Klang akhirnya pegawai penyiasat serta pegawai atasan yang berpangkat ASP telah berkomplot bersama sekumpulan kongsi gelap telah menahan Thiagaraj dalam kes dadah tanpa bukti dan telah di kenakan LLPK dan ditahan selama 2 tahun . Keluarga Thiagaraj mengesyaki bahawa kehilangannya ada kaitan dengan beberapa individu serta 2 pegawai polis tersebut .

Saya akan bantu keluarga tersebut bagi mencari Thiagaraj yang hilang dan akan membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.

Keluarga Thiagaraj harap beliau masih hidup dan dapat berjumpa kembali .

Thiagaraj pernah membuat laporan polis menyatakan jika apa apa berlaku pada dirinya 5 individu yang dinyatakan bertangungjawab.

Pihak polis Johor masih tiada bertindak dalam kehilangan walaupun terhadap lebih 40 CCTV dikawasan kehilangan beliau.

Paparan CCTV yang dimuat naik ini adalah usaha anak Thiagaraj, pegawai penyiasat pulak menyatakan tiada rakaman lain dikawasan tersebut.

Kami harap PDRM dan Ketua Polis Negara segera mengarahkan pegawai polis yang menyiasat meluaskan siasatan terhadap semua pihak yang dikaitkan .

Kami akan mendapat pandangan peguam bagi memfailkan kes di mahkamah jika pihak polis masih enggan menyiasat atau mencari di mana Thiagaraj .

Akan kemaskini kes ini dalam masa terdekat.

Untuk makluman media!

#share hingga jumpa Thiagaraj Description: 🙏🏻

#PDRM

#KementerianDalamNegeri

#IGP

#SUHAKAM

 

TAK PAYAH SERANG PUN..LAMA LAMA BERKUBUR...

 

Yang terbaru dalam kempen Pilihanraya Negeri Johor ialah Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengkritik Anwar Ibrahim, Pengerusi PH.

Mukhriz bandingkan Anwar dengan bapanya Mahathir dalam soal memimpin PH.

Anwar dikatakan gagal manakala bapanya Mahathir dikatakan berjaya.

Apakah Anwar atau Parti Keadilan perlu menjawab dan menyerang balas komen Mukhriz itu?

Saya fikir tak payahlah.

Tak perlu. Pengundi di Johor tak suka lihat Ahli-Ahli politik berkelahi.

Para pengundi di Johor nak dengar apa yang orang-orang politik akan buat untuk bantu Rakyat yang tengah susah sekarang.

Biarkanlah Mukhriz lebih garang menyerang Anwar daripada menyerang pemimpin BN dan PN.

Anwar dan Parti Keadilan khususnya elok tumpukan kempen kepada isu-isu Rakyat seperti mengemukakan penyelesaian kepada masalah kos sara hidup Rakyat yang semakin tinggi.

Itu lebih bererti kepada pengundi.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

28 Februari 2022