TOLONG BACA INI PADA CYBERTROOPER YANG TAK BERADAP

 

NORMAN RADUZUAN


Cybertroop.dan Netizen.Msia yang tak beradab..

Tolong baca tulisan di bawah . Yang benar

Asyik menyalahkan orang lain, namun.untuk mengaku kesilapan pegawai pengiring Msia ke sana tidak sekali.

Terima Kasih saudara Norman Radzuan kerana menulis" the True picture" apa yang berlaku..

Kaki membawang saja yg tak pandai menilai berita benar atau berita sedap telinga


May be an image of 1 person and text that says "#VIRAL Fizikal dihina, akaun digodam, atlet OKU Ukraine mohon maaf, rayu simpati Malaysia nezukochann_ Anak anjing cacat fiqxh. 6g mampos awal arfhanafiey shameless countrya award goes UKRAINE ATHLETICS MAKSYM KOVAL SHOT PUT F20 a_pokerman Bodo cacat"May be an image of 1 person and text that says "#VIRAL Fizikal dihina, akaun digodam, atlet OKU Ukraine mohon maaf, rayu simpati Malaysia nezukochann_ Anak anjing cacat fiqxh. 6g mampos awal arfhanafiey shameless countrya award goes UKRAINE ATHLETICS MAKSYM KOVAL SHOT PUT F20 a_pokerman Bodo cacat"


Memalukan sdgkan kita pun ada salahnya juga

KECAMAN RAKYAT TIDAK PADA SASARAN

Bijak kah kita? Kita boleh mengecam Peg Pra Olimpik/Penganjur kerana membenarkan Ziyad bertanding walaupun lewat ke call room tetapi menarik kemenangan kerana kelewatan. Kita juga boleh mengkritik Peg pengiring atlet Ukraine kerana tiada semangat kesukanan. Tetapi menyerang atlet OKU Ukraine itu adalah tindakan kebudak budakan, tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Bukan atlet itu yg mengadu. Malah dia hanya seorang OKU. Menghina kekurangannya atau fizikal, memaki hamun dirinya adalah tindakan yg memalukan negara dan memalukan diri sendiri. Nampak mcm netizen kita pula yg OKU bila menyerang org OKU.

Jgn asyik menyalahkan org lain. Lihat juga di mana salah kita. Kita patut berasa malu juga dgn pegawai2 Malaysia yg ditugaskan mengiringi atlet2 negara ke sana tidak bertanggungjawab. Alasan hujan dan traffic tidak boleh diterima sama sekali kerana Peg2 negara lain boleh berdisiplin membawa atlet lebih awal ke tapak pertandingan.

Pegawai2 pengiring inilah yg patut dipertanggungjawabkan atas kelewatan Ziyad. Cukup2 lah kita menyerang atlet tersebut.Sudah2 la kita menjadi juara rasuah dan juara siber. Cuba kita cari kejuaraan yg membangggakan negara, agama dan bangsa pula.

Atlet Ukraine dan Ziyad tidak bersalah kerana keduanya atlet OKU yg perlu dibimbing tetapi penganjur dan Pegawai kita adalah mereka yg patut menjadi kecaman di medsos jika mahu.

 

 

SEMPENA TAYANG SOLAT SATU PENCAPAIAN

 

NORMAN RADZUAN


KakWan sentiasa seimbangkan antara dunia dan akhirat.

'Iqmal lidun yaaka ka annaka taii'syu abadan, wa'mal liaa khiratika ka annaka tamuu tughadan (berusahalah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya dan beramallah kamu untuk akhirat seolah2 kamu akan mati esoknya).

Staf KakWan sentiasa diperingatkan supaya berkhidmat dengan ikhlas untuk rakyat jangan cari kepentingan peribadi barulah selamat dunia dan akhirat.

Tetapi sayang. Pengkhianat sentiasa cari peluang nak menjatuhkan orang yang jujur. Hanya kepada Allah kita berserah mudah2an Allah berikan pembalasan yang sewajarnya kepada yang khianat supaya dapat membuka mata rakyat bahawa Allah murka kepada makhluknya yang melakukan pengkhianatan...


 


AHMAD FIRDAUS MOHAMAD


Sempena beribadah di pejabat dikira satu pencapaian

hebat

. Aku pun nak campak belakang satu. TPM DS Dr Wan Azizah dulu hampir setiap bulan beribadah di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Semua staf dikerah sekali. Waktu ni kediaman rasmi tpm belum fully utilise dgn pelbagai majlis ilmu

Dok bising bangor pun.

Pejabat ni lah yang Azmin banyak kali guna secara haram. Berangan nak jadi Tpm, sampai sekarang tak dapat. PRU15 bakal kena tendang, kesian.

 

BANYAK DUIT KETUA UMNO NI...MENIAGA APA LA HAI...DARI AKHBAR SINGAPURA-Umno youth leader's garage looks like a supercar showroom

 

Umno youth leader's garage looks like a supercar showroom


An avid supercar fan

Here is a photo of him standing at the porch of the property, similar to the video.

From his social media page, it seems that Nazir is a supercar fan, with a recording of himself driving one of his supercars.

Nazir also shared his collection of supercars that look similar to the ones in the video.

In December 2020, The Vibes reported that he was the owner of the world's most expensive motorcycle, the Ducati Superleggera V4.

The superbike was believed to fetch at least RM888,000 (S$287,000), and it was the only unit in Malaysia.

Netizens questioned his source of income

Given the number of luxury vehicles he own, several netizens wondered about his source of income.

A quick search online showed that other than being a politician, Nazir is also the chairman of Bank Rakyat Foundation.

A Twitter user by the username @qielalaa, claimed that she worked for Nazir and his brother previously, and praised him for being a good boss.

Krisis air Terengganu: AMANAH tawarkan khidmat guaman untuk penduduk terjejas

 


RAKYAT MELIHAT DAN MENILAI-CURI JUTA JUTA BILLION BILLION TAK KENA GARI CURI RM 40 KENA GARI...

 


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Kerana didakwa curi tabung masjid RM40, wanita ini digari dan ditahan


Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri tabung di Masjid Padang Pauh, Padang Besar, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri tabung di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dengan wang bernilai RM40 yang berada di dalam tabung tersebut kira-kira pukul 8.45 malam pada Sabtu lalu.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci dan mempunyai seorang anak lelaki berumur empat tahun mengaku tidak bersalah kerana dia mendakwa hanya mengambil wang bernilai RM28 sahaja dan bukannya RM40.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Poh Yi Tying sementara tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nur Iman Nor Azmi.

Dalam rayuan yang dibuat, Nur Iman memberitahu, anak guamnya yang tinggal bersama anaknya bersendirian kerana mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya melakukan tindakan tersebut kerana mempunyai pendapatan yang tidak tetap dalam situasi pandemik Covid-19 ketika ini.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan ditahan di lokap penjara Pokok Sena.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 4 Oktober ini untuk sebutan semula.

Semalam, akhbar ini melaporkan, mengisi minyak motor, membeli makanan dan tambah nilai telefon bimbit antara alasan diberikan seorang wanita yang bertindak mencuri tabung masjid di Masjid Padang Pauh, Padang Besar pada Sabtu lalu.

Kejadian tersebut disedari ahli kariah masjid itu kira-kira pukul 9.15 malam selepas mendapati satu tabung kayu yang diletakkan di tepi pintu masjid tersebut telah tiada.

Ekoran itu. wanita berkenaan t ditangkap di rumahnya di Arau, pada pukul 9.15 malam, hari sama.



KENA HENTAM KAW KAW PASAL BODO TAK TAHU BUAT KERJA...TUNJUK SOLAT PULAK DALAM PEJABAT

 

Terkini! Menantu Hadi pun nak tunjuk solat di pejabat


Terkini! Menantu Hadi pun nak tunjuk solat di pejabat


JAWATAN PAK PANDIR DISAMBUNG


 

APABILA AMANAH DISERAH KEPADA PENEBUK ATAP

 


Panas! Netizen berang menteri langgar SOP di hari pertama mula bertugas

Panas! Netizen berang menteri langgar SOP di hari pertama mula bertugas

Zuraida Kamaruddin hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Putrajaya.

Bagaimanapun berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial kementerian tengah hari ini, dia dilihat tidak memakai pelitup muka dalam sesi itu.

Namun, dalam keadaan lain, dia dilihat memakai pelitup muka.




Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Zuraida berkaitan tindakannya hari ini.

Sementara itu, Facebook kementerian menjelaskan, Zuraida tiba di kementerian pada 8.27 pagi, disambut pentadbiran tertinggi kementerian.

Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Ravi Muthayah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) Abdul Hadi Omar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) Mad Zaidi Mohd Karli.

INI PUN SATU HAL...YANG P LANTIK TUKANG BACA DOA PASAI PA ? TAK ADA DAH KA YANG CERDIK DALAM PARTI LEBAI NIH

 


Panas! Khairol Najib gesa MB rombak Exco Perak yang gagal tunjuk prestasi baik


Panas! Khairol Najib gesa MB rombak Exco Perak yang gagal tunjuk prestasi baik


Pemuda Amanah Perak menyarankan kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad untuk melakukan rombakan terhadap anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco kerajaan negeri) yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, cadangan itu melibatkan rombakan portfolio Exco serta menggugurkan mereka.

“Pemuda Amanah menzahirkan perasaan tidak senang dengan kegagalan beberapa Exco yang tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu..

“Kegagalan beberapa Exco ini memperlihatkan mereka tidak dapat memahami tugas yang dipikul seraya memahami masalah pokok yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam suasana pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendesak Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat susulan kegagalan Exco kerajaan negeri itu menjawab persoalan mengenai pengurusan Covid-19 di Perak.

Pada masa sama, Mohd Akmal menafikan dakwaan bahawa beliau cuba mensabotaj Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam usaha menangani Covid-19.

Beliau mendakwa hubungannya bersama Saarani sangat akrab sebagai satu pasukan pentadbiran kerajaan negeri.

WOIII APA JELING JELING


May be an image of 1 person and text that says "Jeling kamera...haha kamera.."



W.FAUDZIN

Bertanding praya kalah. Tapi dapat jawatan melalui cara haram, haram dari segi demokrasi lebih lagi cara Islam. Maka dia pun sujud syukur kononnya, solat siap ambil gambar kat opis.

Andainya di zaman Nabi dulu ada kamera, sudah pasti bapak munafik Abdullah bin Ubai akan ambil gambar dia solat belakang Nabi.

 

 

Janji Khairy kongsi data Covid-19 bukti dakwaan Selangor benar

Sokongan PH Kepada Kerajaan PN 2.0 Bersyarat

POLITIK ZAMAN MEDSOS

 

NORMAN RADZUAN


Manusia era Medsos...sdg menangis konon difitnah, sdg peluk bidadari, sdg solat Tahajjud (sertakan no akaun), solat atas batu, sdg keletihan selepas menderma semua mesti ditunjukkan di medsos. Hari ini Menteri Agama masuk pejabat bersolat perlu juga diphotokan.

Jgn ingat kamu solat atas karpet pejabat dan pakai name tag huruf jawi org lupa kamu berjanji dlm tempoh 5 hari mampu mengubah UMNO....Solat itu antara kita dgn Tuhan tetapi apabila kita berjanji itu antara kita dgn manusia dan Tuhan. Allah Maha Pengampun tapi jutaan manusia yg kau janjikan itu bagaimana?

Apatah lagi janji mu itu atas nama agama...ini nikmat dunia sementara Ya Akhi... jgn kau menjualnya dgn harga yg murah. Maaf Ya Akhi saya kritik Ya Akhi selalu cz sebelum ini Ya Akhi punya sembang mcm2 boleh bergegar tiang KLCC.

May be an image of 1 person, sitting and indoor


Kerajaan DSIS Yang Rapuh Berada Dalam Keadan Semakin Kritikal?

Ismail Sabri Akhirnya Terpaksa Akur Dengan Kehendak Pimpinan MKT UMNO?

RENTASAN 958 | HANYA SEKALI DIBANTAH MCA, KINI TIADA LAGI GELARAN KERAJA...





MENARIK DALAM RENTASAN 958
1. CERDIK PANDAI YANG TAK BOLEH DITELADANI 2. APABILA AMANAH DISERAH KEPADA PENEBUK ATAP 3. DI MANAKAH PRIHATIN DALAM DEMOKRASI YANG DIROBEK? 4. UMPAMA MAHARAJA BERBAJU BAHARU





PANAS!! IDRIS AHMAD MENGAKU PAS TELAH TERGELINCIR?


Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad sebelum ini menegaskan Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO, tetapi hari ini telah terbukti Pas dan Umno telah bersama membentuk kerajaan hasil dari pengkhianatan.

WOII HANG JELING PA TU - TAK KUSHUK KAH ?

 May be an image of 1 person and text

KAH..KAH..KAH TOYA MAMAT NI-KALAH PILIHANRAYA PUN JADI MENTERI KANAN DUA KALI

 

HAMZAH RIE NA


Inilah kualiti menteri kitar semula Kabinet Sampah.

Yang kalah pilihanraya sampai hilang deposit pon boleh jadi menteri kanan 2 kali.

#Kerajaan69

#KabinetSampah

SR

 May be an image of 1 person and text that says "ONLY IN MALAYSIA KALAH PRU14 HILANG DEPOSIT Hanya dapat 6,799 undi (10.4 peratus) daripada 65, 65,238 undi TETAPi.. 2 KALİ DİLANTİK SEBAGAI MENTERİ KANAN? SR suara rakyat Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin PMW"

ISMAIL SABRI TAKUT BUKA PARLIMEN ?

 

May be an image of 2 people and text that says "Sebelum UMNO Jadi PM BH ONLINE Selepas UMNO Jadi PM ((ቀ)) LIVE NASIONAL maluysiakini BM Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah- ROS Rafidah Mat Ruzki Ogos 2021 2:32pm fidahruzki@bh. SR suara rakyat BERITA ROS buat pusingan-U, keputusan Umno tangguh pemilihan kini sah 30 Aug 2021, 6:43 Dikemaskini jam lepas Sebenarnya UMNO-PAS-BERSATU sibuk bergaduh sesama sendiri berebut kuasa jadi PM, akhirnya terbukti gagal bendung Covid-19"


ZUWAIRI MOHD YUSOF

ISMAIL SABRI tunda sidang parlimen sebab dia,NOH OMAR,MOHD ALAMIN antara 3 MP mereka dari 114 MP yg kene kuarantin sebab covid.Kalau di teruskan kompemlah tumbang PM9 undi percaya di parlimen 6 september,kikiki.Dalam seminggu ja ISMAIL di pilih jadi PM9 lebih 2000 terkorban sebab covid.Belum sempat angkat sumpah PM9 lagi dah ramai terkorban.Kamu bayangkan berapa puluh ribu jadi korban bila dia dah angkat sumpah yg dia sendirI langgar nanti?

Semua negara lain: Menteri langgar SOP, Menteri letak jawatan

PN 1.0: Menteri langgar SOP, tak dituduh atau didenda saja. Rakyat marhaen masuk penjara.

PN 2.0: Menteri langgar SOP, SOP diterbalikkan / di-uturn supaya tiada kesalahan.

Ni dah tahap double-standards on steroids.Aku pelik la dah nak masuk 2022.Sesetengah dari kita still tak blh sedar dipijak orang bermodalkan agama.Pemimpin rasuah takpa janji Islam.Ustaz sex predator takpa dia represent Islam.Itu bukan Islam itu manipulator.

Fahamkan 2 benda ni nescaya hidup korang selamat tak di tipu Najib Razak lagi dalam soal GST dan Dividen Petronas.Apa yang Najib tidak beritahu kita adalah kutipan GST nampak banyak tapi sebenarnya banyak juga yang perlu di pulangkan semula.Kerajaan BN tidak pulang semula sebab dah guna untuk pembangunan dan sebagainya.Peniaga ramai terjejas.Mereka naikkan harga barang. Pada 2019 isu ini berjaya di selesaikan di bawah Pakatan Harapan. Yang mentadbir negara dengan teruk BN yang kena selesaikan PH.

Yang rampas kuasa senang lenang tentulah kerajaan Mahiaddin yg habiskan semua penjimatan di buat 22 bulan PH perintah.Bila semua itu dah habis anda lihat dia sakau duit KWAN RM 5 BILLION dan buat puluhan billion lagi pinjaman.Hutang yg lebih 1 trillion plus di tinggalkan BN di turunkan PH ke bawah 1 trillion.Naik tebuk atap kembali hutang negara melepasi RM 1.3 trillion.

Bagi Anwar Ibrahim dan PH peluang,ruang untuk betulkan semua kerosakan di buat BN 61 tahun,PN 18 bulan supaya negara ini tidak ketinggalan di belakang negara2 lain dan jadi bahan ketawa dunia luar.Rekod DSAI sebagai Menteri Kewangan terbukti bila kewangan negara stabil antara 1992-1998 sebelum dia di pecat atas tuduhan jijik Mahathir dan rakan2.Anwar tak buat GST pun waktu itu untuk selamatkan negara dari kehancuran tetapi Najib jadi PM6 bukan setakat mansuh banyak subsidi barangan tertentu malah berani buat GST 6% yg bebankan majoriti rakyat demi menutup skandal2 dia buat yg merugikan negara.Kalau Najib

hebat

sangat ekonomi mengapa di mahkamah jawab serba tak tahu tak pasti tak ingat tapi dialah yg serba tahu bijak pandai di fb sendiri.DSAI bukan setakat menyelamatkan aqidah kalian dengan menghapuskan MANDI SAFAR dari silibus pendidikan 1980an dulu malah dia selamatkan kita semua dari terus di belenggu perkauman UMNO,PAS sekian lama.DSAI berjaya menyatukan semua Kaum,Agama,Bangsa di bawah satu bumbung tapi UMNO,PAS pula pecah belah masyarakat demi mengekalkan kuasa mereka di arena politik negara.

#KerajaanGagal2 #KabinetKitarSemula #FailGovernment2 #RecycledCabinet #Kerajaan69 #69Government

 

AKHIRNYA JADI KHADAM UMNO JUGA

 

Pening ana memikirkannya, dulu Mentega Deris Dhuha kata isu lapuk PAS hendak bersama dengan UMNO, sampai siap suruh lihat siapa yang akan masuk UMNO lepas PRU14. Tiba-tiba mereka yang bawa seluruh ahli parti masuk jadi khadam UMNO dengan tak lain tak bukan sebab dedak jawatan menteri.

Menteri Agama yang sama juga pernah berkata UMNO ini "al Fulus fid dunia wal Mampus fil akhirah”, jadi sekarang ini kalau ikut kata dia, bila malaikat zabaniah nak sebat, dia akan sebat lebai sahaja atau lebai bersama-sama dengan UMNO dan orang alim MCA?

Siapa yang dapat bagi jawapan tuntas dan menyakinkan, ana bagi kad ahli nirvana MCA secara gratis.

 May be an image of 1 person and text

APA PUNYA LEBAI- SOLAT BUAT NAK MENUNJUK

 

Terkini! Selepas kantoi, menteri agama padam gambar jeling masa baca doa

Terkini! Selepas kantoi, menteri agama padam gambar jeling masa baca doa

 

PRESIDEN PAS SEBELUM INI MENGUATKAN PAS DAN TIDAK MEMALUKAN PAS SUJUD PADA UMNO-BANGGAKAH HADI BERJAYA TEBUK ATAP ?

 Hadi dakwa PH gagal tebuk atap seperti mereka

Hadi dakwa PH gagal tebuk atap seperti mereka

Pakatan Harapan gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional melalui cara tebuk atap, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, tanpa sebarang keraguan bahawa Kabinet baharu di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada pentabiran perdana menteri sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

“Kerajaan PN gagal dijatuhkan melalui cara tebuk atap oleh Pakatan Harapan (PH) dan gerombolannya yang terus-menerus berpolitiking ketika rakyat berada dalam kecemasan bagi menghadapi pandemik Covid-19 dan kesannya terhadap kehidupan mereka.

“Jangan dipedulikan tuduhan yang ditujukan terhadap kerajaan PN, kononnya telah gagal mengatasi wabak dan bencana yang menjadi ketentuan Allah SWT kepada seluruh dunia ini.

“Hal ini demikian kerana, kemampuan kita sekadar berikhtiar untuk mengatasi masalah rakyat yang sudah menunjukkan tanda-tanda positif yang memberangsangkan,” kata Abdul Hadi.

Menurut beliau, pertukaran perdana menteri dari Muhyiddin kepada Ismail Sabri berlaku dengan tidak memecahkan kerajaan PN.

Situasi yang dihadapi PN sangat berbeza dengan PH yang tidak mampu menukar perdana menteri selepas peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyaksikan PH terus retak lalu berpecah.

Sementara itu, menurut Abdul Hadi, walaupun Kabinet baharu dikatakan sebagai Kabinet kitar semula, namu ia adalah laksana mata rantai yang bersambung daripada gabungan parti yang sama.

“Gabungan parti yang gagal dipecahkan dengan ketukan dindingnya yang kuat, dan gagal dicuri ahli Parlimennya oleh mereka yang menebuk atap.

“Mata rantai boleh ditukar mengikut keperluan dan atap yang retak boleh diganti, bukan dengan merobohkan bangunannya. Hal ini disebabkan apa yang berlaku sekarang bukannya membina bangunan yang baharu,” kata Abdul Hadi.

Tambah beliau, Kabinet baharu yang dibentuk oleh Ismail Sabri boleh meneruskan tugas dengan sebaik-baiknya.

Abdul Hadi berharap Kabinet baharu memberi tumpuan kepada aspek untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat ketika mengharungi cabaran yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19.

Peranan petugas barisan hadapan juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius dari segi pengorbanan harta dan jiwa raga demi menyelamatkan nyawa rakyat dan negara.

Sumber | SM

MB SELANGOR SETUJU TANGGUH NYAHWARTA HUTAN SIMPAN, TAPI MEMADAIKAH TANGGUH SAJA?


 Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor malam ini berhubung isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Biro Politik telah menegaskan bahawa keputusan perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar; urustadbir proses perolehan serta penilaian yang telus, terbuka dan baik; serta kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimakan. Ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor dan badan-badan bukan kerajaan.

Biro Politik berpuas hati setelah mendapat jaminan dari YAB Menteri Besar bahawa beliau akan menangguhkan proses berhubung penyahwartaan HSKLU sehingga Kerajaan Negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang telah dibangkitkan.

Mesyuarat malam ini juga telah membangkitkan isu cadangan pembinaan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link). YAB Menteri Besar telah menjelaskan bahawa PJD Link merupakan cadangan semula pihak swasta bagi menggantikan projek yang sebelum ini dikenali sebagai Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX), iaitu sebuah projek Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya terlibat dalam isu-isu berkaitan kelulusan tanah.

YAB Menteri Besar juga telah menjelaskan bahawa pihak PJD Link harus melaksanakan perundingan awam bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkaitan isu-isu teknikal serta kesan-kesan sosial yang mungkin timbul daripada projek ini. Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri belum memberi apa-apa kelulusan berhubung PJD Link, dan pihak PJD Link wajib melalui proses pendengaran awam semula dengan semua pemegang taruh dan harus kembali kepada Kerajaan Negeri untuk proses-proses seterusnya.

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN