Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

 


Terkini! Saifuddin umum jawatan timbalan presiden PKR yang ditinggalkan Azmin

Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa jawatan kosong tertinggi di peringkat pusat, sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas, berikutan terdapat beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) parti yang masih kosong.

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Kekosongan jawatan parti itu wujud, apabila bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin, meninggalkan parti itu pada tahun lepas, manakala Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lepas.

Saifuddin turut memaklumkan Kongres Nasional Tahunan 2021, akan diadakan secara serentak bersama Kongres Nasional Tahunan 2022 pada tahun hadapan.

Beliau berkata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang juga akan dilangsungkan pada tahun hadapan, kecuali Laporan Tahunan Cabang akan diserahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun ini.

Saifuddin berkata, Cabang Sungai Buloh dinobat sebagai Cabang Kemasukan Anggota Baharu Terbanyak iaitu 6,259 ahli dari 16 Nov 2020 hingga 29 April tahun ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu mempunyai 2,028 ranting di seluruh negara setakat ini, termasuk 259 ranting baharu yang didaftarkan pada tahun ini.

“Kita menetapkan satu ranting di satu daerah mengundi di kerusi-kersui sasaran parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada kongres tersebut.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8.00 pagi ini.

BERANI BUAT LAGI KARTEL..AHLI AKAN HUMBAN SEMULA.

 


Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Panas! Rafizi dedah kewujudan ‘kartel’ baru dalam PKR

Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut.

Peringatan secara terbuka Rafizi kepada Anwar berhubung tindak-tanduk Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam media sosial mencuri perhatian ramai.

“In Sha Allah saya akan saman budak Farhash ni, @anwaribrahim pls take note (sila ambil maklum). Will instruct my lawyer (akan arahkan peguam saya),” kata Rafizi dalam akaun Twitternya yang dipercayai merujuk kepada Farhash.

Tidak pasti punca perbalahan antara Rafizi dengan Farhash yang mencetuskan amaran untuk saman terhadap orang kanan Anwar tersebut, bagaimanapun Rafizi membayangkan kewujudan satu lagi kumpulan kartel dalam PKR.

“This is what the people in your office cultivate – another rotten culture in PKR to become #kartel2 (Ini sebenarnya orang dalam pejabat anda sedang semaikan, satu lagi budaya busuk dalam PKR yang akan menjadi kartel 2),” katanya lagi.

Dalam balasan komennya di Twitter juga, Rafizi menyamakan Farhash dengan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwanya menggunakan strategi politik sama dengan membuat ugutan dan menggunakan duit untuk cepat naik.

“Pada pandangan saya politiknya sama dengan Azmin – pakai duit, ugutan, jual nama Anwar untuk naik dalam politik,” katanya balas kepada pertanyaan seorang rakan Twitternya yang bertanya mengapa tidak bergandingan dengan Farhash.

Pada 2019, Rafizi mengumumkan tidak akan kembali ke arena politik kerana mahu memberi tumpuan kepada usaha mendalami ilmu pengetahuan berkaitan teknologi terkini.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sudah sampai masanya mempelajari kehidupan baharu kerana proses pembelajaran itu akan menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.

Nama Rafizi terkenal selepas mendedahkan data bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan dihukum penjara 30 bulan tetapi dibebaskan kemudiaannya selepas kemenangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Farhash menjadi orang kanan baharu kepada Anwar yang juga dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak yang dikaitkan dengan kumpulan baju hitam dalam parti tersebut.




Pastikan kelompok pengkhianat tidak muncul semula, Anwar desak pemimpin, ahli PKR


Anwar menggesa akar umbi dan semua peringkat pimpinan parti kembali menggilap idealisme perjuangan dengan menolak rasuah dan salah guna kuasa yang pernah membelenggui PKR.

PETALING JAYA: Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran beliau tidak mahu parti itu kembali dibelenggu dengan “kelompok pengkhianat” dalaman yang memecah-belahkan PKR satu ketika dahulu.

“Saya sebut ini ada kaitan dengan apa yang diperhatikan dan sampai kepada saya.

“Jangan izinkan ia (kelompok pengkhianat) muncul baik dari kekuatan pemimpin, kerajaan negeri atau (benarkan) tokoh-tokoh untuk bina kelompok kecil yang memungkinkan kelompok yang kita alami dulu,” kata Anwar ketika merasmikan Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

PKR, sebelum ini, dilanda krisis akibat perbalahan berterusan yang melibatkan penyokong Anwar dan timbalannya ketika itu Mohamed Azmin Ali.

Perbalahan itu memberi kesan, bukan sahaja kepada PKR tetapi juga menggugat keutuhan Pakatan Harapan.

Azmin dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” yang menyebabkan kerajaan PH tumbang dan beliau kini menjadi menteri kanan dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Berucap secara maya pada kongres PKR, Anwar berkata beliau mengimbau kembali pengkhianatan lalu kerana tidak mahu episod tikam-menikam kembali berulang dalam kalangan saf parti.

“(Kelompok pengkhianat) kemudian akan menikam parti kerana ketaatan mereka itu terhadap kelompok yang menjaga mereka dan dibiaya untuk perkuat kedudukan mereka bukan bersandarkan kepada parti dan perjuangan,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Justeru, beliau menggesa akar umbi dan semua peringkat pimpinan parti kembali menggilap idealisme perjuangan dengan menolak rasuah dan salah guna kuasa yang pernah membelenggui PKR.

“Sejarah kita juga tak lepas dari pengkhianatan. Sejarah kita juga ada bibit-bibit apabila pemimpin itu diberi sedikit kuasa, (mereka) mengumpul kekayaan luar biasa. Dalam PKR juga ada suaranya bila bercakap berdegar-degar tetapi bila diberi kuasa dia korup.

“Ini harus diberi peringatan kepada kita bukan saja pimpinan tetapi saki baki penyokong yang terpalit kerana pada masa itu saudari kabur dan tak dapat melihat kerana ukurannya adalah curahan wang itu,” katanya.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar berharap parti itu dapat mengadakan kongres khas pada akhir tahun ini selepas berakhirnya perintah kawalan pergerakan.

Kongres Nasional PKR diadakan sepenuhnya secara maya hari ini dengan lebih 2,000 perwakilan mengambil bahagian melalui aplikasi Zoom.

Program vaksinasi lembab kegagalan terbesar PN, kata Anwar


Anwar sebelum ini berulang kali menyuarakan kekecewaannya terhadap cara negara menangani pemberian vaksin kepada rakyat yang disifatkannya sangat perlahan.

PETALING JAYA: Isu bekalan vaksin Covid-19 adalah kegagalan terbesar kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, suara rakyat yang sedang resah dan dihimpit dengan suasana politik dan ekonomi yang berkecamuk mengundang titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang berpandangan Parlimen perlu bersidang segera.

Katanya, senario yang berlaku ketika ini jarang berlaku dalam sejarah pentas politik tanah air negara.

“Dari awal perintah kawalan pergerakan (PKP) dan ‘lockdown’, segala langkah itu ada kemunasabahannya tetapi kita mesti mula dengan vaksin.

“Kegagalan paling besar PN adalah penyediaan vaksin secukupnya, mereka buat kenyataan rambang ikut selera politik untuk cuba … saya tak mahu sebut menipu tapi tentunya mengelirukan rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2020 secara maya hari ini.

Sebelum ini, Presiden PKR itu juga berulang kali menyuarakan kekecewaannya terhadap cara negara menangani pemberian vaksin kepada rakyat yang disifatkannya sangat perlahan.

Malah beliau turut mengkritik sistem pendaftaran vaksin di aplikasi MySejahtera yang merumitkan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.

Anwar menambah, jika perkara itu tidak ditangani dengan segera, mustahil negara dapat menyelesaikan masalah berkenaan sehingga akhir tahun.

“Sebab itu, pimpinan yang ada sekarang mempunyai peranan besar dan jika mereka itu hanya bertugas untuk khianat dan rebut jawatan tetapi gagal menjalankan tugas, maka malapetaka itu akan menimpa rakyat,” kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara dilaporkan berkata, sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober.

Keesokannya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan Agong berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

KENYATAAN PRESIDEN PAS DAN DUTA MAKAN GAJI BUTA DISEBARKAN KERANA SERING BERUBAH IKUT SUKA DAN ZAMAN

 

TERIMA KASIH PENULIS CYBER DIATAS PENULISAN ANDA

 

Nama nama seperti

W.Fauzdin

Bob kelanang

Ibrahim Mat isa

Norman Radzuan

Zubaidi Sudin

Mohd Mukhlis Mohd Syarif

Hamzah Rie Na

Dato Hamdan Taha

Dan ramai lagi penulis di luar sana yang tidak dikenali ramai. Saya selaku Blogger Wartawan Rasmi Laman Reformasi dan wartawan sambilan Suara Keadilan sejak zaman Saudara Zunar sebagai editor sehingga kini , yang mengendalikan blog ini , mengucapkan terima kasih kerana sumbangan anda telah menggangkat martabat gerakan Reformasi dan penulisan anda menaikkan semangat kesedaran rakyat terhadap apa yang berlaku dipersada politik tanahair.Sumbangan anda adalah besar walau dibelakang tabir.

Menjadi penulis bukan  mudah, adakala kekangan dan idea juga ancaman kesalahan undang undang, namun keberanian anda mengupas dan mendedahkan  kesalahan dan kelemahan kerajaan yang ada menjadikan anda adalah pennulis cyber yang berani.Saya mengambil penulisan anda untuk menyedarkan  masyarakat diluar sana yang dahagakan maklumat.Sumbangan ada amatlah dihargai.

PEMBODEK DAN PENGAMPU PUN MULA LARI, TANDA MAHIADDIN TAK DAPAT NAK DIPERTAHANKAN LAGI

 

Kedudukan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri nampaknya semakin sukar untuk dipertahankan lagi.

Berikutan sikapnya yang hanya sekadar mengambil maklum titah Yang Dipertuan Agong berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, beliau kini bukan saja terus ditekan oleh kian banyak pihak, malah terlihat penyokong serta pengampunya juga sudah mula mengalihkan sokongan.

Kalau sebelum ini tekanan ditujukan secara langsung kepada Perdana Menteri kerana kedegilan dan keengganannya membuka Parlimen, tetapi kini perkara itu sudah bertukar dengan menjurus tentang kuasa Agong yang sebenarnya ditekankan sebagai berhak menentukan tarikh sidang Parlimen untuk diadakan.

Ia berikutan ketika ini masih dalam tempoh darurat di mana kuasa Perdana Menteri itu sudah berpindah kepada Agong.

Selain ramai pakar undang-undang yang senada bercakap tentang kuasa Agong itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim dengan tegas berkata, dalam tempoh darurat ini, Agong bukan saia berhak memanggil sidang Parlimen, bahkan mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri.

Kata beliau, prinsip Raja Berperlembagaan di mana Agong terikat dengan nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan sudah tidak terpakai sebaik saja darurat dikuatkuasakan.

“Artikel 40 itu hanya terpakai dalam keadaan biasa, bukan setelah darurat dikuatkuasakan dan ini bermakna keperluan Agong mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan ketika darurat tidak timbul lagi,” ujarnya.

Di samping itu, tambah Zaid lagi, Agong boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021.

“Agong boleh namakan penggantinya dengan serta merta.

“Agong juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik.

“Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan Agong adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis Parlimen bersidang dan ianya tidak boleh dicabar,” tegas Zaid lagi dalam tulisannya di media sosial.

Apa yang menarik, selain Zaid dan sekian ramai pakar undang-undang senada mengenai kuasa Agong itu, dua orang yang sebelum ini dikenali sebagai penyokong Perdana Menteri dan selalu mengiayakan apa saja langkah kerajaan, kini nampaknya sudah pun berubah nada.

Speaker Dewan Negara, Dr. Rais Yatim yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Najib Razak ketika dalam UMNO, kemudian beralih menyokong Tun Mahathir Mohamad apabila Najib hampir lemas, seterusnya menyokong pula Mahiaddin setelah Tun Mahathir hilang kuasa, tanpa berselindung menegaskan bahawa Ordinan Darurat 2021 memberi Agong kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang.

Beliau memetik Seksyen 14 (1) (b) ordinan itu yang menyatakan: “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.

“Kuasa ini diturunkan terus kepada baginda. Penurunan kuasa selesai,” katanya.

Seorang lagi yang sebelum ini diketahui umum sebagai penyokong Perdana Menteri serta kerajaan, Prof Ramlah Adam, barangkali untuk pertama kali bertegas mengatakan titah Agong tentang pembukaan Parlimen perlu segera dilaksanakan oleh Mahiaddin.

Kata beliau, dua kemungkinan boleh berlaku sekiranya titah baginda itu tidak dilaksanakan segera iaitu Agong boleh memilih kerajaan baharu atau melaksanakan pemerintahan yang diketuai tentera.

“Jika titah tidak diikuti, selain kerajaan sekarang boleh dibubarkan, Agong juga boleh adakan pemerintahan tentera kerana baginda adalah Ketua Turus Tentera negara,” katanya.

Untuk itu, menurut beliau, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik buat negara bagi mengelak ekonomi merudum dan pelabur lari berikutan ketidakstabilan politik di Malaysia.

“Perdana Menteri perlu segera melaksanakan titah Agong kerana baginda sudah bertitah supaya Parlimen perlu dibuka secepat mungkin.

“Jika Perdana Menteri tidak mahu membuka Parlimen, akan berlaku pertentangan krisis perlembagaan antara Agong dan kerajaan,” tambahnya lagi.

Yang jelas kini Mahiaddin semakin tersepit dan ruang untuk beliau terus bersilat dan melengah-lengahkan titah Agong semakin tiada inci.

Keinginan dan kehendak rakyat pelbagai pihak sekarang sangat jelas iaitu lebih mahukan Agong menggunakan kuasa Perlembagaan yang dimiliki baginda dalam tempoh darurat ini.

Keinginan dan kehendak itu bukan lagi setakat mahu Agong membenar dan menentukan tarikh Sidang Parlimen, malah sampai ke tahap memecat Perdana Menteri dan menukar kerajaan.

Dalam waktu yang sama, semua ini bermakna, rakyat tidak lagi berada di belakang Mahiaddin.

Bagi rakyat, bersama kedegilan Mahiaddin terhadap titah Agong yang tanpa keraguan ia adalah suatu penderhakaan, kerajaan PN ini sudah tidak diperlukan lagi dan selayaknya dicampak secepat mungkin “ke dalam longkang”. 


(ShahbudinHusin 20/06/2021)

KISAH LEBAI DAN WALAUN MUDAH LUPA

 

MOHD MUKHLIS


Un, mana teropong maksum Guru Hadi Aun, Guru nak jamah gulai kawah daging MCA.

#LebaiMudahLupa #belukangdanbuaya #khadam4life

May be an image of one or more people and text


LAGI LAPORAN DERHAKA KEPADA DYMMY DP AGONG

 

AHR HALIM

saya bersama AMK cabang pasir gudang turut bersama ketua cabang keadilan pasir gudang Dan mewakili jingga 13 Johor membuat satu laporan di balai polis IPD seri Alam berkenaan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), yang bersifat derhaka terhadap kenyataan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang menitahkan agar sidang parlimen diadakan secepat mungkin.

Sikap melengah dan cubaan untuk menunda sidang parlimen yang ditonjolkan oleh YB Takiyuddin dalam wawancara Harakah jelas mempersendakan titah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja tersebut. Beliau menyatakan: YDPA tidak titah bulan berapa untuk bukan sidang Parlimen, PM sudah nyatakan akan buka Parlimen pada September dengan diikuti gelak sinis.

Oleh itu, kami menggesa agar pihak polis menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap isu ini kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan Bahagian IV Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja Perkara 38 serta beliau boleh dicaj di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

#kerajaangagal.

 

((WAJIBNONTON)) MENJAWAB ISU TITAH AGONG: BOLEH PECAT PM & BOLEH TETAPKA...

RIDWAN SANGGAH MINDA LAPOK HADI. MINDA APA MACAM GINI....KAH...KAH....MINDA...MINDA.....JANGAN INGAT DUNIA...

 


Panas! Ridzwan sanggah minda Hadi


1. Saya membaca tulisan Us Hadi pagi ini, dan nampaknya ia tidak lebih dari usaha Us Hadi untuk memanjangkan ‘pajakan otak’ para pengikut supaya terus wala’ dan memberikan kepercayaan kepada beliau dan pimpinan Pas dalam hal sepak terajang politik, sekalipun sudah banyak ‘strategi’ politik Pas yang berubah menjadi tragedi kepada parti tersebut.

2. Seperti biasa, Us Hadi akan menyulamkan tulisan dan ucapan beliau dengan ayat-ayat Al-Quran yang ‘terkadang’ dipasang pada tempat yang tidak selayaknya, dan seperti biasa UHaHa akan menukilkan ayat yang mengambarkan bahawa mereka bersama dengan Al Quran, manakala pihak yang berseberangan dengan mereka adalah musuh ‘Islam’, bahkan musuh Allah SWT. Demikianlah ‘tabiat’ Us Hadi dalam berinteraksi dengan Al Quran.

SAYA AKAN ULAS, DUA POINT YANG MENJADI ‘MAHAR’ UNTUK MENERUSKAN PAJAKAN OTAK PARA PENGIKUT SETIANYA. (Print screen disertakan)

3. UHaHa berkata “lebih berbahaya bagi umat dan negara apabila ada di kalangan mereka ………..” (Rujuk SS di bawah). ULASAN SAYA ; Us Hadi mengatakan bahawa yang paling berbahaya apabila ada di kalangan umat yang bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk MUSUH AGAMA, UMAT DAN RAJA ?

Soalnya ; A   Siapakah MUSUH AGAMA itu ? Dalam Malaysia ini, semua parti ‘pernah’ dicop sebagai MUSUH AGAMA oleh parti Us Hadi mengikut kesesuaian ‘nafsu serakah’ politik Us Hadi.

b. UMNO dan BN ? Bukankah dengan mati melawan mereka, maka mati itu mati syahid ? Bukankah Al Marhum Osman Talib dalam peristiwa Lubuk Merbau diisytiharkan SYAHID oleh Pas ? Bukankah beliau SYAHID kerana melawan UMNO yang merupakan musuh Allah ?

c. DAP dan PH ? Mungkin ini yang dikehendaki oleh Us Hadi, tetapi sepanjang enam tahun terakhir, Us Hadi tidak pernah mendatangkan bukti yang jelas bahawa DAP dan PH itu adalah MUSUH AGAMA ?, dakwaan ini tidak lebih dari serbuk perisa ‘hilal’ untuk memancing para pengikut supaya terus berwala kepada Us Hadi dan pimpinan mereka.

d. BERSATU ? Parti yang menjadi ‘pimpinan’ kepada Pas hari ini pernah bersama PH, apakah Us Hadi telah ‘mensucikan’ mereka sehingga mereka ‘sesuci murni’, atau adakah kalau parti ini ‘ghuyub’ ketika itu mereka kembali menjadi MUSUH AGAMA ?

4. Dalam satu perenggan yang lain Us Hadi mengingatkan generasi muda supaya tidak terpengaruh dengan media …. (Rujuk SS di bawah).

Ini satu ingatan yang bagus untuk generasi muda yang tidak pernah ‘mengalami zaman itu’ ;

a. Zaman masyarakat Islam dibahagikan kepada dua ekstrim ; ekstrim AGAMA, atau ekstrim BANGSA. Antara pelaku utamanya adalah Us Hadi.

b. Zaman segala istilah ‘hukum’ ; kafir, murtad, munafiq, musuh Islam dan sebagainya begitu mudah dijaja. Dan ‘tokey’ utama untuk lelongan itu adalah Us Hadi.

c. Zaman penentangan hanya bersalutkan ‘ceramah berapi’ dan pajakan otak para pengikut.

Zaman itu terlalu perit untuk kita hidupkan kembali. Us Hadi tidak pernah ‘berubah’, bahkan beliau beristiqamah untuk terus ‘menyerang’ semua musuh politiknya berbekalkan ‘nas’ yang sama cuma, diubah pihak yang disasarkan. Us Hadi juga akan mensucikan semua pihak yang bersama beliau dengan hujah yang sama, cuma diubahsuai sasarannya.

Dari jendela dangau sang Hamba
Derang, Perlembahan Ilmu
081142 / 11.30 pagi





Terkini! Pemuda rakam video kilang arak ‘berasap’ ketika total lockdown disiasat polis

 

Terkini! Pemuda rakam video kilang arak ‘berasap’ ketika total lockdown disiasat polis

Polis mengesahkan kilang minuman keras di Seksyen 15 di sini, tidak beroperasi seperti didakwa seorang individu melalui video tular di media sosial Jumaat lalu.

Justeru, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya akan memanggil individu yang memuat naik video berkenaan.

Menurutnya, pemantauan dijalankan pihaknya selepas individu berkenaan mendakwa kilang minuman keras itu beroperasi berdasarkan asap yang keluar menerusi serombong asap kilang kira-kira jam 7.40 petang.

“Polis telah berjumpa dengan pengurus kilang yang menjelaskan kilang berkenaan memang tidak beroperasi sejak 1 Jun lalu.

“Team Task Force telah menjalankan siasatan dan pematuhan secara keseluruhan di lokasi dalam dan luar kilang mendapati pihak kilang mematuhi dengan baik segala Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP 3.0 dan akur tidak menjalankan sebarang bentuk operasi pengilangan,” katanya ketika ditanya sama ada individu yang merakam dan memuat naik video berkenaan akan dipanggil polis atau sebaliknya.

Beliau memberitahu, asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang merupakan wap daripada proses memanaskan sejenis bahan mentah yang menyerupai gandum atau yis bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang.

Selain itu katanya, polis difahamkan wap atau asap perlu di keluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan dan proses itu di panggil meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga.

“Pihak pengurusan kilang berkenaan telah memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa akur dengan arahan pihak berkuasa demi untuk kepentingan bersama dalam memutuskan penularan wabak Covid-19,” jelasnya.

Pada Jumaat, tular video dalam Facebook mendakwa kilang berkenaan menjalankan operasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan ketika ini.

Video berdurasi 40 saat itu dipercayai dirakam seorang individu dan memuat naik dalam Facebook.

Mat Sabu: Mahiaddin! Sila Letak Jawatan! Please Step Down!

PILIHAN BERAT!! - MAHIADDIN MESTI DI LAKUKAN ATAU ....



Dengar pandangan Pakar Perundangan dan Penganalisis Politik, mengenai situasi PM Mahiaddin masa ini. Titah YDPA bagi pembukaan Parlimen dengan secepat mungkin. Tiada jalan keluar mudah untuk Mahiaddin kali ini. Antara kepentingan Diri atau kepentingan Negara! Pilih lah!

EDISI KHAS MINGGUAN 027 | DERHAKA TITAH YDPA, PM-8 DIDESAK UNDUR DIRI?





MENARIK DALAM EDISI KHAS 027

1. KONSPIRASI PUNGUT SD TUMBANGKAN MAHIADDIN?
2. PELAN PEMULIHAN NEGARA ATAU PELAN SELAMATKAN JAWATAN?
3. PARLIMEN DIBUKA, MAHIADDIN DIDESAK BERUNDUR









T A K B E R A G A K

 

BOB KELANANG


UMMAH kelam kabut keluarkan kenyataan... kononnya mereka tersilap join ngan puak-puak Pro Darurat...

KOH KOH KOH... setelah kena kecam berjemaah oleh rakyat Malaysia... laju ja depa U-Turn...

KOH KOH KOH...

Kita tau la sapa disebalik semua NGO yang Pro Darurat ni... sapa tangan-tangan ghaib yang galak sangat nak darurat ni... galak sangat nak kekalkan kuasa...

Dan kita tau lah sebab kenapa hanya HarakahDaily jer yang sebarkan kenyataan tu... kita tau lah apa agenda depa dan sekarang semuanya dah 404...

KOH KOH KOH... jilaker!!

Tak payah nak dalih aaa... kita semua tau...

 

Ummah mohon maaf 'tersalah masuk' NGO sokong kekal darurat

malaysiakini.com
Ummah mohon maaf 'tersalah masuk' NGO sokong kekal darurat
Mohd Zai berharap hubungan di antara NGO dapat dijernihkan semula demi menjadi kuasa ketiga dan mekanisme semak dan imbang untuk negara.

BINATANG NI PANGGIL SAPA BINATANG NIH ..??


Janganlah terkejut kalau Mahiaddin dan konco-konconya ingkar, masih berdolak-dalik dan terus mempersoalkan semantik titah di-raja itu semata2 untuk mempertahankan jawatan masing2. Ingatlah, orang yang masuk ikut pintu belakang ini kadang2 berasa mereka akrab dan mesra dengan tuan rumah sehingga tak sedar yang kehadiran mereka tidak dialu-alukan lagi - akj

 'Desak parlimen dibuka sekarang sikap binatang politik'

malaysiakini.com
'Desak parlimen dibuka sekarang sikap binatang politik'
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata demikian mengulas desakan pemimpin PH agar Muhyiddin meletakkan jawatan jika gagal menasihati Agong membuka parlimen secepat mungkin.

VIDEO (19/6/2021) Ezam Mohd Nor: Kerajaan yang mati (A Dead Government)

ADOIIII LA LEBAI...AWAT TAK FAHAM ATAU TAKUT TERBENAM HILANG JAWATAN ?

 

Sorang lagi lebai tak reti bahasa. Pasal Covid la maka titah Agong dan Raja-Raja  agar Parlimen dibuka, sebab kerajaan tebuk atap bersama lebai ni ternyata gagal atasi Covid. Kalau Covid dah selesai, tiada sebab Raja-Raja bersidang. Jangan jadi bodoh sangat lebai, korang ingat Raja-Raja tu titah suka-suka je ke? Status covid semakin teruk dan tidak terkawal dengan SOP lintang pukang, vaksinasi yang amat lemah, setiap hari berlaku kematian akibat Covid, maka parlimen wajib dibuka segera. Lebai takut sangat parlimen dibuka ni sebab apa? Takut hilang jawatan? Jawatan lebih penting dari rakyat?

Waktu kes Iswardy Morni dulu, terpacul je hadith tentang 'raja bayangan

Allah" oleh Jakim. Lebai2 pun tafsir betapa wajibnya taat kpd raja. Tapi, bila raja bertitah, segera buka Parlimen dan tidak perlu disambung darurat, tak keluar dah hadith tersebut. Mengapa? Sebab merugikan mereka. Itulah lebai penjual agama.


W.FAUDZIN


May be an image of 1 person and text

#Makan gaji buta ? Dah duduk dalam kerajaan, apa Hadi buat, soal pemimpin Amanah

 

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH.

PETALING JAYA: Nasihat Abdul Hadi Awang supaya generasi muda tidak terpengaruh dengan muslihat tanpa sempadan Pakatan Harapan (PH) ibarat berkata kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di mana beliau bernaung ketika ini, kata pemimpin Amanah.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Presiden PAS itu umpama “membutakan mata” terhadap luahan dan amarah anak muda terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Hadi) ketinggalan bas, sebab saya rasa tindakan anak muda hari ini meluahkan #kerajaangagal di media sosial (ditujukan kepada) siapa. Jangan tersalah baca,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hadi dalam satu kenyataan mengingatkan generasi muda kini supaya tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti yang dicanang kerajaan PH dalam manifesto pilihan raya umum lalu (PRU14).

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, kerakusan PH terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, orang muda pada hari ini mulai sedar sikap hipokrit PAS dan menolak parti itu kerana menggunakan agama untuk kepentingan peribadi.

“Semua perkara yang menjadi modal untuk menyerang PH dahulu tidak ditunaikan ketika duduk dalam kerajaan. Mana perginya RUU 335 yang hebat dicanang ketika duduk di kerusi pembangkang?

“Lebih baik dia lihat rekod dia sendiri dan cermin diri,” katanya yang menyifatkan Hadi sebagai pemimpin Islam yang membawa imej tidak baik bagi agama kerana sering menggelarkan individu lain dengan gelaran binatang.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Ithnin berkata, PAS umpama menidakkan hakikat bahawa mereka adalah tunjang kepada kerajaan gagal pada hari ini.

“Dengan sekalian banyak rekod buruk mereka sendiri tak tertanggung, tak malukah nak komen tentang orang lain? Nasihat saya buat Presiden PAS, cerminlah diri dulu,” tegasnya.

“PAS ni kadang-kadang cermin dah depan muka pun tak tahu nak cermin diri. Sebelum nak ingatkan orang muda, Presiden PAS sedar tak sekarang ni orang muda dah nampak dengan jelas sifat hipokrit PAS setelah jadi kerajaan?”

Sementara itu, Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Bahrin berkata, nasihat Hadi kepada generasi muda seperti “tidak serupa bikin” kerana kelulusan mengundi bagi umur 18 tahun disekat oleh menterinya sendiri.

“Kenapa PAS dan kerajaan PN menyekat kelulusan umur 18 tahun untuk mengundi? Anak muda mohon jawapan ini dahulu sebelum mereka dinasihati. Buat apa dinasihati kalau dihalang daripada mengundi?” soalnya.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh menyatakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan pada 1 Sept 2022.

Penangguhan ini susulan situasi semasa negara ketika ini yang masih bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.