PH KEKAL DI PERAK.

 


Balun Official



Akhirnya terjawab juga persoalan yang jadi perhatian politik Perak sejak beberapa hari ni.





Calon Kerajaan Perpaduan, Mohamad Hairul Amir Sabri dipilih sebagai Senator baharu mewakili Perak selepas memperoleh 33 undi dalam pengundian di DUN Perak hari ini. Calon pembangkang pula menerima 26 undi. 


Kerajaan Perpaduan Perak masih kekal utuh.


BN tidak beralih menyokong calon PN seperti yang diharapkan PAS.


Sekurang-kurangnya untuk pengundian kali ni, persefahaman yang dibina antara BN dan PH masih bertahan.


Keputusan ni menarik sebab sebelum ni PAS Perak secara terbuka mengajak ADUN UMNO dan BN supaya menyokong calon PN sebagai “pembuka tirai” kepada permuafakatan politik baharu.


Tapi keputusan 33-26 menunjukkan blok Kerajaan Perpaduan kekal bersama calon yang dibawa kerajaan.


Maknanya, seruan PAS untuk tarik sokongan BN kepada calon PN tak menjadi.





No comments: