Ketua Pembangkang DUN Perak, Razman Zakaria, secara terbuka mengakui harapan Perikatan Nasional memang mahu menukar kerajaan negeri sekarang.
Dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Razman berkata perkara itu ketika menjawab soalan wartawan berhubung perkembangan politik semasa.
“Harapan kita memang nak tukar kerajaan sekarang,” katanya.
Kenyataan itu muncul pada hari yang sama blok pembangkang menerima dan menghormati keputusan pengundian pelantikan Senator Perak.
Dalam pemilihan itu, calon kerajaan, Mohamad Hairul Amir Sabri daripada PKR, memperoleh 33 undi manakala calon pembangkang, Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria daripada PAS, mendapat 26 undi.
Razman berkata semua 26 ADUN pembangkang mengundi secara en bloc untuk calon mereka, sambil menyifatkan keputusan itu sebagai cerminan kesatuan dan disiplin blok pembangkang.
Pada masa sama, beliau menegaskan pintu penyatuan ummah, khususnya antara PAS dan UMNO, masih terbuka dan perlu terus dipelihara. Katanya, penyatuan itu perlu dibina atas asas kejujuran, kepercayaan dan saling menghormati.
Jadi gambaran politiknya agak jelas.
Di satu sisi, PAS masih bercakap tentang penyatuan dengan UMNO.
Di sisi lain, Ketua Pembangkang sendiri mengakui harapan mereka memang mahu menukar kerajaan Perak yang kini dipimpin Saarani Mohamad.
Aduhai, nak bersatu dengan UMNO, tapi kerajaan yang UMNO pimpin pun nak ditukar.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment