JUDI HARAM, TETAPI BILA PULA UNDI PAS JADI WAJIB?









Judi memang haram. Itu hukum Allah. Tak perlu berkempen pun. Yang menarik ialah formula baharu;

judi haram, pembanterasan judi tanggungjawab kerajaan, tetapi akhirnya sampai juga kepada satu kesimpulan politik “maka wajib undi PAS.” 


Hebat. Hukum judi bermula dalam nas, tetapi akhirnya sampai ke peti undi.


Lebih menarik, di Selangor PAS pernah menyatakan pusat perjudian tidak akan ditutup serta-merta kerana perlu kajian, perbincangan dan mengambil kira realiti masyarakat majmuk.


Maknanya, apabila menjadi dasar pemerintahan, ada konteks, maslahat dan pertimbangan. Tetapi apabila menjadi kempen pilihan raya, tiba-tiba muncul formula “Wajib undi PAS.”


Kalau kaedah menangani judi boleh berbeza mengikut negeri dan keadaan, mengapa pilihan kepada PAS pula mahu dijadikan satu-satunya kewajipan syarak?


Hukum judi datang daripada wahyu. Cara mengurus isu judi memerlukan ijtihad dan bidang kuasa. Tetapi siapa yang hendak diundi tetap pilihan manusia bukan hukum yang ditentukan oleh nama parti.


Jangan semua sekali dimasukkan dalam satu blender, kemudian keluar sebagai “fatwa pilihan raya”.


Pengundi bukan sekadar perlu bertanya siapa paling kuat bercakap tentang judi. Nilailah juga amanah, integriti, prestasi, calon, ekonomi, tadbir urus, kemampuan, bidang kuasa serta maslahat keseluruhan.


Judi tetap haram. Tetapi “wajib undi PAS” bukan ayat tambahan Surah al-Ma’idah. Hukum Allah tidak berubah mengikut pilihan raya. Yang berubah ialah slogan, strategi dan siapa yang sedang meminta undi. 


IBNU ALI





No comments: