Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mempertahankan dirinya selepas namanya dikaitkan dengan isu Tabung Haji (TH), termasuk penyertaannya dalam satu majlis di Makkah ketika menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2017.
Beliau menyifatkan tindakan mengaitkannya dengan isu berkenaan sebagai usaha untuk memburukkan dan “membunuh” imejnya.
“Wah bersungguh-sungguh nampaknya nak burukkan dan bunuh imej saya dengan cuba kaitkan saya dengan apa juga isu Tabung Haji,” katanya.
Menurut Asyraf Wajdi, pada 2017 beliau diminta menjadi Ketua Jemaah Haji Malaysia menggantikan Menteri dan kebetulan berada di Makkah ketika dijemput mewakili Menteri menghadiri majlis berkenaan.
Beliau turut menegaskan bahawa sebagai Timbalan Menteri ketika itu, beliau tidak mempunyai kuasa untuk terlibat dalam operasi atau meluluskan perjalanan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri termasuk TH.
Katanya, pentadbiran dan operasi TH diuruskan oleh CEO dan pihak pengurusan, manakala Pengerusi serta Lembaga Pengarah berperanan dalam semak dan imbang serta penetapan dasar dan polisi utama sebelum keputusan akhir dibuat Menteri berdasarkan syor yang dikemukakan.
Asyraf Wajdi turut berkata beliau tidak pernah dipanggil untuk disoal siasat oleh RCI, polis, SPRM mahupun LHDN berhubung perkara tersebut.
Malah katanya, Laporan RCI Tabung Haji juga tidak menyebut atau membabitkan dirinya ketika memegang jawatan Timbalan Menteri.
“Timbalan Menteri tidak boleh malah tiada kuasa untuk terlibat langsung dalam operasi ataupun ketetapan dasar walaupun untuk menggantikan Menteri,” katanya.

No comments:
Post a Comment