Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad tampil pertahan diri lepas laporan RCI Tabung Haji mempersoalkan ketegasan audit terhadap akaun TH.
Menurut Madinah, beliau sebenarnya dah hadir ke lokasi prosiding RCI di pejabat Jakim pada hari yang ditetapkan dan menunggu lebih 30 minit, tetapi akhirnya tidak dipanggil bagi keterangan.
Sebab itu beliau merasakan haknya untuk didengar telah dinafikan, lebih-lebih lagi apabila laporan RCI kemudian membuat dapatan yang menyentuh keputusan audit ketika beliau menjadi Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019.
Isunya ialah penyata kewangan TH bagi 2014 hingga 2017 menerima unqualified audit opinion, atau bahasa mudahnya juruaudit tidak memberikan qualified opinion yang menandakan ada masalah material tertentu dalam akaun tersebut.
Untuk 2017, laporan audit memang mempunyai dua “Emphasis of Matter” (EOM) yang menarik perhatian kepada perkara tertentu.
Aaaakann tetapi! RCI berpendapat isu yang berlaku cukup serius sehingga sepatutnya membawa kepada qualified opinion.
Madinah pula mempertahankan keputusan ketika itu dengan mengatakan EOM dah digunakan untuk mengetengahkan perkara material dan berdasarkan bukti audit serta piawaian antarabangsa, syarat untuk mengeluarkan qualified opinion tak dipenuhi.
Jadi sekarang kita sebenarnya ada dua pandangan profesional yang bertembung.
RCI persoal kenapa audit tidak lebih tegas, manakala bekas Ketua Audit Negara berkata keputusan audit dibuat mengikut standard dan beliau pula tidak diberi peluang menerangkan pertimbangannya kepada RCI.
Ini penting sebab isu TH besar: RCI dapati akaun 2017 yang melaporkan keuntungan sekitar RM3.4 bilion sepatutnya, berdasarkan pendekatan yang dibangkitkan dalam laporan, menunjukkan kerugian kira-kira RM1.4 bilion.
Jadi untuk berlaku adil, kritikan RCI perlu diambil serius, aaakannnn tetapi penjelasan Madinah juga wajar dinilai.
Ini kerana persoalannya sekarang bukan sekadar “siapa salah?”, tetapi sama ada proses RCI telah mendengar semua pihak utama sebelum membuat kesimpulan mengenai integriti proses audit tersebut.

No comments:
Post a Comment