DIA JANJI PULOH TAHUN PUN RAKYAT PILIH PARTI JALANG TU JUGA....LAIN TU CARI MAKAN TEMPAT LAIN...

 

Rakyat sindir Pas tiap-tiap tahun janji masalah air di Kelantan selesai

Masalah bekalan air di Kelantan terus menjadi bahan sindiran rakyat susulan janji demi janji kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas untuk menyelesaikan krisis bekalan asas yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Perkara itu mula diperkatakan selepas seorang pengguna Threads memuat naik beberapa keratan laporan berkaitan janji kerajaan yang sering berubah setiap tahun.

“Bagus Pas ni setiap tahun dia update perkembangan isu air kat Kelantan,” kata individu tersebut menerusi hantaran yang mendapat perhatian ramai.

Hantaran itu memaparkan laporan terdahulu yang menyebut masalah air Kelantan dijangka selesai menjelang 2023, sebelum ianya berubah ke tahun 2027.

Dalam laporan terbaharu pada Februari tahun ini pula, kerajaan negeri menyatakan bahawa masalah air bakal selesai pada 2030.

Hantaran itu kemudian disambut pengguna lain yang memuat naik pula laporan terkini di mana kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan masalah air Kelantan menjelang 2050.

Perkara itu mencetuskan reaksi sinis netizen yang mempersoalkan mengapa tempoh penyelesaian isu air berkenaan terus berubah dan semakin jauh daripada sasaran asal.

Daripada jangkaan selesai pada 2023, sasaran berkenaan kemudiannya beralih kepada 2027, 2028 dan 2030 sebelum muncul pula sasaran sehingga 2050.

Keadaan itu menyebabkan isu air Kelantan bukan sahaja terus menjadi masalah rakyat, malah menjadi bahan perbandingan dan sindiran di media sosial apabila janji penyelesaiannya dilihat hanya janji kosong tanpa penyelesaian sebenar.

“Ambik ni terus, tak perlu renew every year,” tulis seorang lagi pengguna sebagai sindiran terhadap perubahan sasaran berkenaan.



No comments: