Di Forum Perniagaan Rusia-ASEAN hari ini, saya memetik kata-kata penyair agung Tatarstan, Abdullah Tukay, bahawa “only in serving the people do I admit true happiness.” Pesanan ini mengingatkan bahawa matlamat utama setiap dasar dan kerjasama ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dunia kini berdepan pelbagai tantangan, daripada ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan hinggalah kepada persaingan teknologi yang semakin sengit. Dalam keadaan ini, kita perlu memperkukuh kerjasama, bukan bergerak bersendirian.
ASEAN telah membuktikan dirinya sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik dan berdaya tahan, berteraskan keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama.
Dalam semangat sama, ASEAN dan Rusia mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, teknologi digital, pendidikan dan pembangunan bakat.
Saya turut mengalu-alukan pembangunan ASEAN-Russia Strategic Programme on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang bakal memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.
ASEAN akan terus mempertahankan sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berpandukan peraturan yang dipersetujui bersama. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, daya tahan ekonomi mesti diperkukuh tanpa mengorbankan semangat kerjasama.
Segala persefahaman yang dicapai mesti diterjemahkan kepada tindakan yang menjana peluang, mencipta kemakmuran dan membawa manfaat nyata kepada rakyat.
======
At the Russia-ASEAN Business Forum today, I underscored the need for stronger cooperation, deeper trust and a renewed commitment to shared prosperity in a rapidly changing world.
Malaysia remains committed to constructive engagement with all partners, guided by mutual respect, openness and the pursuit of peace, stability and inclusive growth.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI










No comments:
Post a Comment