Malaysia-Timor-Leste Teroka Peluang Kerjasama Pelbagai Bidang- PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia pada 16 Jun 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 16 Jun – Malaysia dan Timor-Leste meneroka peluang untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan bagi menjana pertumbuhan mampan di kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan menerusi pertemuan dengan Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta hari ini bersempena dengan lawatan khas lima hari pemimpin negara itu ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Anwar berkata perbincangan itu turut menyentuh mengenai usaha memperkukuh pembangunan modal insan, pendidikan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kami turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan strategik, pembangunan modal insan, pendidikan dan latihan teknikal,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Perdana Menteri berkata Malaysia dan Timor-Leste turut meneroka peluang baharu yang mampu menjana pertumbuhan mampan serta membuka ruang kemajuan lebih luas kepada generasi muda kedua-dua negara.

“Sebagai negara jiran dan anggota keluarga besar ASEAN, Malaysia menyambut baik usaha mempererat hubungan serantau berasaskan semangat kebersamaan, saling menghormati serta tanggungjawab bersama dalam memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Anwar berkata Malaysia dan Timor-Leste komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

“Mudah-mudahan hubungan erat yang terjalin ini akan terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Timor-Leste, serta kemajuan ASEAN secara keseluruhannya,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta dalam satu jamuan tengah hari sempena lawatan khas beliau ke Malaysia pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Ramos-Horta tiba di Malaysia pada 13 Jun lalu bagi lawatan khas selama lima hari ke negara ini.

Pada 2024, perdagangan Malaysia-Timor-Leste berjumlah AS$18.72 juta (RM85.68 juta) dengan eksport sebanyak AS$18.37 juta (RM84.06 juta) dan import AS$0.35




No comments: