Malaysia, Uzbekistan Teroka Peluang Perluas Kerjasama Dalam Sektor Strategik – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent pada 16 Jun 2026. Foto PMO

TASHKENT, 16 Jun – Malaysia dan Uzbekistan berpotensi memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor strategik termasuk tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Shavkat Mirziyoyev ketika pesawat yang membawa beliau membuat hentian transit di Tashkent dalam perjalanan ke Kazan, Russia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia dari 17 hingga 18 Jun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata pertemuan ringkas itu memberi ruang kepada mereka bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala yang terus berkembang dalam pelbagai bidang strategik.

Menurut Perdana Menteri, antara bidang yang dibincangkan ialah perdagangan, pelaburan, pendidikan, industri halal dan pelancongan.

“Kami juga menyentuh kepentingan mempererat kerjasama dalam memelihara dan mengangkat khazanah tamadun Islam serta tradisi keilmuan yang telah melahirkan tokoh-tokoh besar yang menyumbang kepada kegemilangan peradaban manusia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Perkukuh kerjasama industri gas dan petroleum

Anwar berkata, kedua-dua negara turut melihat ruang yang luas untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga khususnya industri gas dan petroleum.

Kerjasama itu bukan sahaja berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi malah menyumbang kepada agenda keselamatan tenaga dan pembangunan mampan.

Perdana Menteri turut menghargai komitmen Uzbekistan dalam memperkukuh hubungan dengan negara-negara ASEAN dan peranannya yang semakin penting di rantau Asia Tengah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat namun bermakna dengan Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, ketika pesawat membuat hentian di Tashkent pada 16 Jun 2026. Foto PMO

Beliau berkata, hubungan persahabatan antara Malaysia dan Uzbekistan perlu terus diperkukuh bukan sahaja demi manfaat ekonomi dan perdagangan tetapi juga bagi mengangkat martabat insan, memperkasa ilmu selain menjayakan pembangunan yang lebih adil serta inklusif.

Sebelum meneruskan penerbangan ke Kazan, Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kebangsaan Uzbekistan yang bakal membuka tirai kempen mereka di pentas Piala Dunia 2026.

No comments: