PM Anwar Hargai Pendirian Konsisten Putin Berhubung Gaza, Iran

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia bersama Presiden Russia, Vladimir Putin di Kazan pada 17 Jun 2026. Foto PMO

KAZAN, 18 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin atas pendirian konsisten negara itu berhubung isu Gaza dan situasi geopolitik semasa yang membabitkan Iran.

Anwar berkata, Russia telah mengekalkan pendirian berprinsip terhadap kedua-dua isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia bersama Presiden Russia, Vladimir Putin di Kazan pada 17 Jun 2026. Foto PMO

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda atas pendirian berhubung Gaza dan Iran. Anda telah mengambil pendirian yang sangat konsisten dan berprinsip,” kata beliau semasa berucap pada mesyuarat dua hala dengan Putin, di sini semalam.

Perdana Menteri berkata, rakyat Malaysia dan kebanyakan pihak lain mengagumi keteguhan serta keyakinan Putin dalam mempertahankan pendirian itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia bersama Presiden Russia, Vladimir Putin di Kazan pada 17 Jun 2026. Foto PMO

“Dan bagi pihak rakyat Malaysia dan ramai yang lain, maka perlu saya katakan betapa kami mengagumi keteguhan dan keyakinan anda,” kata beliau.

Dari sudut geopolitik, Gaza dan Iran menjadi isu utama dalam persaingan pengaruh yang lebih meluas di Asia Barat, yang turut membabitkan kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, Russia dan China.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Russia bersama Presiden Russia, Vladimir Putin di Kazan pada 17 Jun 2026. Foto PMO

Russia secara konsisten mengambil pendirian menyokong gencatan senjata di Gaza, akses kemanusiaan untuk rakyat Palestin serta penyelesaian diplomatik terhadap konflik serantau.

Moscow juga mengekalkan hubungan rapat dengan Tehran sambil menggesa dialog dan penyelesaian melalui rundingan berbanding konfrontasi ketenteraan.

No comments: