MWNCARI DOSA



Kalam Jamil


Baru sahaja selesai berbual dengan seorang ustaz. 


Di akhir perbualan, beliau menyentuh tentang Anwar Ibrahim dan isu janji harga minyak. Biasalah, semakin terasa bahang PRU.


Beliau menyebut tentang janji lama berkaitan penurunan harga minyak. 


Namun aku terpaksa pertahankan kerana aku memahami konteks ekonomi semasa.


Ketika janji dibuat (sekitar 2018):

- RON95 (Tanpa subsidi / harga pasaran): 

 RM2.40 – RM2.60 seliter

- RON95 (Bersubsidi): ± RM2.20 – RM2.30 seliter


🇲🇾 Subsidi negara : 20-30sen


Hari ini (2026):

- RON95 (Tanpa subsidi / harga pasaran):

RM3.70 seliter

- RON95 (Bersubsidi BUDI95): RM1.99 seliter


🇲🇾 Subsidi negara : RM1.71


Beza RM1.40 - RM1.50


Contoh, jika aku isi tangki minyak penuh


36liter sekali seminggu 

Lebih kurang 1,872 liter setahun:


Tahun 2018

Subsidi : RM0.10 – RM0.30/liter

Kerajaan tanggung dalam RM187 – RM562 setahun


Tahun ini pula, 2026

Subsidi : RM1.70 – RM1.75/liter

Kerajaan tanggung : RM3,200 – RM3,300 setahun


Perbezaan ketara : RM2,738 ke RM3,013 setahun untuk aku seorang.


Dengan keadaan geopolitik sekarang di Selat Hormuz yang jelas memberi kesan kepada seluruh dunia.


Jawapan beliau padaku:


“Takut betul saya awak pun ‘kunyit’ (macam PMX).”


Aku bukan tidak percaya PMX sebegitu.


Tetapi jelas bagiku ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi rahimahullah. 


Kenapa PMX dibebaskan?

Ketika itu proses kehakiman tidak dicubit oleh pihak politik, memberi ruang PMX untuk membela diri.


Dalam banyak perbincangan politik, termasuk dalam podcast Khairy Jamaluddin, ada pandangan bahawa Tun rahimahullah lah banyak berjasa pada beliau.


Pak Lah rahimahullah seorang yang berjasa bukan hanya pada beliau secara individu tetapi banyak memperbetulkan kekurangan sebelumnya.


Bahkan, Tun M sendiri pernah memberi indikasi PMX bukanlah seperti itu. Tetapi kata-kata orang.


Ala kulli hal, jangan bermudah dalam isu sebegini.


Bukankah dalam islam, dosa lama jangan diungkit? Bukankah itu sifat jahiliyah?


Inikan pula fitnah ataupun tuduhan.


Berhentilah dalam bergurau menghina dosa manusia, baik PMX atau sesiapapun.


Kita tak tahu kebenaran dan omong-omonh fitnah, takut kita pula menyambung dosa yang telah terputus, sekaligus menyalurkan pahala kita kepada mereka yang difitnah.


 Lebih dahsyat lagi..

Jika pahala kita sudah habis disalurkan

Dosa mereka pula ditransfer kepada kita.


Asatizah, berhati-hati dalam bergurau. Terutama dosa atau fitnah ke atas seseorang.





No comments: