Kisah pegawai bank yg berhenti kerja,just utk menjadi pemain bolasepak..
Tahu tak kalian ada satu kisah yang menggemparkan seluruh dunia semalam?
Kisah seorang penjaga gol berusia 40 tahun yang bernama Vozinha, dari negara Cape Verde. Satu dunia sedang bercakap tentang penjaga gol ini.
Sebelum ini, tiada siapa kenal nama Vozinha. Namun sejak semalam, namanya disebut di seluruh dunia kerana kehebatannya di usia 40 tahun.
Yang menjadikan beliau buah mulut dunia, apabila beliau menyelamatkan 27 cubaan gol dari negara gergasi bola sepak, Sepanyol.
Vozinha merupakan bekas pegawai bank. Terjun ke dunia bola sepak secara professional pada usia 25 tahun.
Dia bermula di liga tempatan Cape Verde sebelum ke Moldova, Liga Portugal, Cyprus, Slovakia dan kini kembali ke Liga Portugal.
Beliau terpilih menjadi penjaga gol utama negara Cape Verde di usia 40 tahun, mewakili negara kecilnya yang hanya ada penduduk sekitar 500,000 orang sahaja.
Bila jadual perlawanan Piala Dunia menunjukkan Sepanyol akan melawan negara kecil yang tak terkenal, majoriti peminat bola sepak dunia meramalkan Sepanyol boleh menang mudah.
Namun aksi Vozinha sangat mengagumkan apabila berjaya menyelamatkan semua 27 cubaan gol dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0:0.
Beliau dinobatkan sebagai Player Of The Match semalam.
Sebaik perlawanan tamat, airmata laju mencurah-curah dan beliau berkata beliau rindukan datuk dan neneknya yang membesarkan beliau sejak dari kecil.
Sayangnya datuk dan neneknya tidak dapat melihat beliau beraksi dengan cemerlang hingga dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan kerana meninggal dunia beberapa tahun lepas.
Beliau juga menangis kerana tak dapat bawa ibunya tonton perlawanan tersebut kerana tak mampu tanggung kos tiket dan visa yang mahal.
Airmata kejujuran Vozinha menyentuh hati jutaan peminat bola sepak sehinggakan TV Brazil mengajak penonton untuk follow akaun Insta Vozinha.
Hasilnya, kurang 24 jam Vozinha mendapat lebih 7.5 juta followers, padahal kelmarin followers beliau sekitar 55,000 orang sahaja. Peningkatan lebih 100 kali ganda dalam masa kurang 24 jam!
Kisah Vozinha menjadi inspirasi kepada ramai orang. Disaat ramai mula berputus asa bila asyik gagal, Vozinha membuktikan di usia 40 tahun beliau berjaya menggegarkan dunia dengan ketangkasan dan kejujurannya.
Kredit : #MFS



No comments:
Post a Comment