Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SekPur) ingin menyatakan pendirian tegas berhubung kandungan video yang tular di platform TikTok yang jelas membawa naratif negatif dan berunsur fitnah terhadap Kerajaan MADANI pimpinan YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
SekPur melihat bahawa gerakan ini bukan lagi bersifat kritikan membina, sebaliknya merupakan satu usaha tersusun yang dipercayai digerakkan oleh Rafizi Ramli dan kelompok tertentu dengan niat untuk melemahkan keyakinan rakyat serta menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih secara demokratik.
Matlamat akhir gerakan ini amat jelas — untuk memastikan YAB Perdana Menteri hanya kekal sebagai Perdana Menteri sepenggal, tanpa mengambil kira implikasi besar terhadap kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.
SekPur ingin menegaskan bahawa tindakan sebegini adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan keyakinan pelabur, kestabilan pentadbiran serta masa depan rakyat Malaysia secara keseluruhan.
Sehubungan itu, SekPur telah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan seluruh jentera komunikasi untuk:
Menangkis segala tuduhan tidak berasas dan fitnah yang disebarkan;
Memberi penjelasan berfakta kepada rakyat;
Memastikan naratif yang benar dan tepat terus sampai kepada masyarakat;
Memperkukuh sokongan terhadap kepimpinan Kerajaan MADANI.
SekPur juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik sempit yang hanya bertujuan merosakkan kestabilan negara demi kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.
Hakikatnya, dalam suasana geopolitik dan ekonomi global yang mencabar ketika ini, negara memerlukan kepimpinan yang berpengalaman, berwibawa dan berintegriti seperti YAB Perdana Menteri untuk terus memacu agenda reformasi dan pembangunan negara.
SekPur akan terus komited mempertahankan kestabilan negara serta menyokong segala usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
*Kestabilan Hari Ini, Jaminan Masa Depan*
Dikeluarkan oleh:
Shahbudin Embun
Pengerusi Biro Politik
Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SekPur)
Tarikh: 18/6/2026
End

No comments:
Post a Comment