PADAN MUKA MUKA PENIPU KEJAR JAWATAN.BAB EKONOMI SENYAP.

 



RELAKSLAH…JIKA DR SAM PECAT RADZI JIDIN DAN AZMIN DIANGGAP GANAS, IA TIDAKLAH SEGANAS MUHYIDDIN PECAT TUN M


18 Jun 2026


Ada sejumlah pihak terlihat seronok mengecam Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam dan PAS kerana memecat Radzi Jidin dan Azmin Ali daripada PN.


Mereka menyifatkan tindakan itu memperlihatkan PAS mengamalkan politik ganas, zalim, diktator, kuku besi, politik mullah, tiada timbangrasa,  tidak bersifat pendamai dan macam-macam lagi.


Wahhh…sedapnya mengata!!


Sebagai parti politik, tindakan PAS memecat dua pemimpin berkenaan bukanlah suatu kesalahan, malah boleh dianggap satu keperluan.


Ia adalah bertujuan agar PN mampu bergerak ke hadapan tanpa gangguan demi matlamat beroleh kemenangan yang mampu memberi kebaikan kepada masa depan rakyat serta negara.


Tindakan itu juga bukan sesuatu yang dilarang dalam Islam kerana sebagai parti politik, PAS berhak bertindak atau membuat keputusan berdasarkan apa yang difikirkannya wajar.


Kenapa hanya PAS yang melakukan tindakan pecat yang dipersoalkan, sedangkan semua parti yang dipimpin oleh orang Islam lain juga pernah melakukan tindakan yang sama?


Dalam sejarah Islam pula, Khalifah Khalid Al-Walid juga dipecat sebagai panglima perang?


Dalam konteks Bersatu yang dua pemimpinnya dipecat daripada PN, kenapa tidak lihat sama sudut kesalahan yang dilakukan oleh parti itu daripada segi disiplin, pengkhianatan dan sebagainya?


Kenapa hanya salah PAS yang nampak?


Sebelum mahu menuding jari menuduh macam-macam kepada PAS dan Dr Sam atas tindakan memecat Radzi Jidin dan Azmin, jangan lupa Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu juga pernah memecat Tun Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti itu pada 2020 lalu?


Tidakkah perbuatan Muhyiddin yang berjawatan Presiden, tetapi memecat Tun Mahathir selaku Pengerusi sebenarnya jauh lebih ganas kalau mahu dibandingkan dengan tindakan Dr Sam selaku Pengerusi PN memecat Radzi Jidin dan Azmin yang daripada segi hireaki berada di bawah kepimpinannya?


Lantaran itu, relakslah dan jangan berlebih-lebih mengecam PAS.


Kepada Bersatu dan para penyokongnya, terima dan berlapang dadalah menerima pemecatan itu.


Ia adalah perkara biasa dan sebahagian asam garam dalam sepak terajang bermain politik.


Lagi pun, Muhyiddin sebelum ini pernah dipecat dan pernah juga memecat.


Cuma, sekali lagi ingin diberi pesan, sebelum Bersatu dipecat daripada PN dalam mesyuaratnya yang akan datang, adalah lebih baik Muhyiddin segera membawa parti itu keluar daripada gabungan tersebut.


Jika dipecat, sekali lagi Bersatu akan mendapat malu.


Segeralah umumkan keluar daripada PN dan dengan itu tidak perlu lagi menghadirkan diri dalam mesyuarat akan datang.


Buat apa datang mesyuarat jika hanya untuk menerima khabar pemecatan secara berdepan?


Bersatu tidak harus terlalu bernostalgia bahawa PN itu rumah yang mereka bina dan kerana itu kononnya mereka mesti kekal bersamanya.


Semua dalam dunia ini adalah pinjaman belaka.


Lupakanlah PN dan berusahalah membina rumah baharu yang lain.


Dan kalau tak mampu membina rumah lain, carilah mana-mana rumah yang sudah siap terbina yang mungkin penghuninya ketika ini sedang mencari-cari kawan baharu. - ShahbudinHusin 18Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1314166590706457&id=100063393840098




No comments: