PM kagum sambutan pelancaran I LITE U, usaha perindah KL perkukuh daya tarikan Malaysia


 


Projek Inovasi Pencahayaan ke arah Kelestarian Bandar (I LITE YOU) selesai dilancarkan malam tadi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai usaha memperindah wajah dan suasana ibu kota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa terharu melihat peluncuran projek itu menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia serta pelancong asing.

Ia sekali gus membuktikan usaha memperindah Kuala Lumpur berupaya memperkukuh daya tarikan negara di mata dunia.


“Alhamdulillah, industri pelancongan negara terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. 

“Keamanan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang kita pelihara bersama kekal menjadi kekuatan dan tarikan utama pelancong asing ke Malaysia,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.


Majlis pada semalam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ikon dunia kebanggaan negara, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga bintang Asia pertama menerima Anugerah Oscar. 


Anwar menyatakan kekagumannya terhadap anak kelahiran Ipoh itu yang berkongsi tentang disiplin, ketekunan dan keberanian mengejar cita-cita, yang harus menjadi inspirasi buat anak-anak muda untuk bekerja keras secara konsisten dan berpegang pada semangat untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.



Kata beliau, sambutan malam tadi membuktikan bahawa kekuatan kreativiti, bakat dan disiplin anak bangsa mampu mengangkat Malaysia sebagai negara yang hebat, diyakini dan disegani di mata dunia





No comments: