LEPAS KONVENSYEN KHAS PEMUDA UMNO: HINGAR, EMOSI, & STRATEGI DI BELAKANG TABIR.



Lepas konvensyen khas Pemuda UMNO hari ni, satu Malaysia mula bising. Timeline penuh dgn pandangan, analisis, maki hamun, puja puji, doa dan sumpah seranah. Yg sokong kata “inilah jalan terbaik demi agama & bangsa”. Yg tak sokong pula kata “UMNO kalau keluar kerajaan, siaplah jadi pembangkang tak bersuara, hilang kuasa buat dasar, hilang tempat dlm kabinet”.

Pendek kata, campur aduk.

Takdak siapa betul 100%, takdak siapa salah 100%.


Tapi realiti politik ni, bukan main ikut sedap hati atau slogan, dia main ikut kiraan untung rugi.


1-SIAPA YG SEBENARNYA SERONOK KALAU UMNO KELUAR KERAJAAN?


Jgn tipu diri.

- Ada orang UMNO sendiri yg memang nak keluar.

- PAS lagi la… depa memang berharap UMNO angkat kaki.

- PN pun tumpang sorak, sebab depa penat bergaduh sesama sendiri, jadi depa nak alih fokus kacau kerajaan.


Dan jgn terkejut, ada juga penyokong kerajaan yg lapang dada kalau UMNO keluar. Depa anggap UMNO ni “duri dalam daging”, susah nak seragam, banyak suara, banyak karenah. Keluar ja lah senang depa nak “tembak” pemimpin UMNO yang depa tak berkenan.


Maknanya apa?

Yg sokong UMNO keluar tu bukan semua ikhlas demi UMNO.


2-DALAM UMNO SENDIRI PUN TAK SEBULAT SUARA


Ada pimpinan UMNO yg keras menolak cadangan keluar kerajaan dan kembali rapat dengan PAS atas nama Muafakat Nasional.


Sebab apa?

👉 Sebab sejarah.

PAS pernah tinggal MN bila dapat kawan baru bernama BERSATU. Yg luka tu masih berparut, bukan calar biasa.


👉 Sebab PRU.

Bila tiba pilihanraya, isu paling panas bukan “agama bangsa”, tapi kerusi.

Takkan dua² nak mengalah?

Takkan dua² nak bertanding kawasan bukan Melayu?

Sudah tentu masing² nak kawasan majoriti Melayu.


Akhirnya apa jadi?

Gaduh senyap², senyum depan kamera.

Dan ada juga penyokong kerajaan yg tak sanggup hilang UMNO sebab depa nampak, suka tak suka, UMNO sekarang lebih kemas dari segi pentadbiran n tatakelola berbanding zaman sebelum ni.


3- YANG ORANG TAK MAHU SEBUT:

STRATEGI SEBENAR DISEBALIK RETORIK


Pandangan aku ni mungkin lain sikit, tapi inilah yg ramai tak nak cerita.

Ada kemungkinan besar, UMNO memang sengaja keluar.

Bukan sebab marah, bukan sebab agama sangat, tapi sebab strategi PRU.


UMNO sedar satu benda: Selagi depa kekal bersama PH yg ada DAP,

Selagi tu susah nak tambah kerusi Melayu,

Malah mungkin hilang lagi sokongan di bawah.


Jadi depa kena bina strategi luar kebiasaan.

Strategi yg tak popular sekarang, tapi mungkin beri hasil kemudian.


Bila UMNO bersama PAS:

Rundingan kerusi jadi wajib.

PAS terpaksa mengalah di banyak kawasan.

Dari dulu sampai hari ni, mana pernah PAS atau UMNO letak calon lawan DAP, walaupun tiap hari ceramah salahkan DAP.


Yg kononnya “musuh utama”, tak pernah disentuh.

Yang jadi mangsa, rakan sendiri.


4- JANGAN NAFI: ISU NAJIB RAZAK JUGA MAIN PERANAN


Ini ramai buat² pekak.

Antara alasan yg sengaja dipegang Pemuda UMNO untuk keluar kerajaan ialah kes Najib Razak yg masih di penjara.

Depa tahu:


Selagi UMNO duduk dalam kerajaan sekarang,

Selagi tu isu Najib jadi beban politik,

Apa pun yg UMNO buat, tetap diseret dengan ayat

“kerajaan ni tak bantu Najib”.

Keluar kerajaan =


- Lepas beban

- Boleh main sentimen

- Boleh cakap “kami tak sehaluan”

- Boleh hidupkan semula emosi akar umbi.


Politik ni bukan soal benar atau salah semata²,dia soal naratif.


5- AKHIR CERITA YANG RAMAI TAK NAK TERIMA.


Aku berani kata:

- Lepas PRU nanti,

- UMNO akan kembali berganding dengan PH.


PH akan kekal dominan di kawasan campuran.

DAP kekal di kawasan majoriti bukan Melayu.


Yg akhirnya gigit jari: ❌ PAS

❌ BERSATU

Depa yg paling kuat jerit, depa yg paling banyak korban.


Aku tulis ni bukan sebab benci mana² parti.

Aku tulis sebab politik Malaysia tak bergerak atas doa dan laungan, tapi atas kalkulator dan peta kerusi.

Kalau hangpa marah, itu hak hangpa..

Kalau hangpa setuju, itu bacaan hangpa..

Aku cuma dedahkan apa yg aku pikiaq dan rasa  ada strategi "perang" di balik agenda,  dan aku berani tulis.


Wallahua‘lam.


Pakde Eismat 

3 Jan 2026.

10:28 pm



No comments: