DUA DUA IQ 65 - PERANGAI AKMAL SAMA TERUK DENGAN KETUA PEMUDA PAS! SAH KAKI PEMFITNAH!



Kualiti IQ manusia merujuk kepada tahap kecerdasan kognitif yang diukur melalui ujian standard, dengan skor purata berada dalam julat 90-109, manakala 130 ke atas dianggap sangat cerdas dan bawah 70 menunjukkan fungsi intelektual rendah; walaupun IQ penting untuk kebolehan mental seperti memori dan penyelesaian masalah, sistem pendidikan moden kini turut menekankan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (kecerdasan spiritual/sosial) untuk membentuk insan yang seimbang dan bermanfaat. 







Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh. Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022. Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif mengenai Muhamad Akmal menggunakan akaun palsu. Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am, RM10,000 ganti rugi teruk dan RM5,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Muhamad Solehin. Muhamad Akmal turut diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM4,200 kepada abangnya.Dalam prosiding itu, Muhamad Akmal diwakili peguam Fadhil Yusof manakala peguam Ahmad Azri Abdullah mewakili Muhamad Solehin. Sementara itu, Ahmad Azri ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, anak guamnya memfailkan saman fitnah pada September 2022 dan prosiding perbicaraan berjalan selama dua hari pada September tahun ini. “Hari ini mahkamah telah membuat keputusan dan memihak kepada anak guam saya. Muhamad Solehin tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusan itu kerana ia bersifat peribadi. “Muhamad Solehin dengan adiknya baik-baik sahaja. Kes ini telah lama difailkan jadi kami teruskan saja,” katanya. Dalam pada itu, Muhamad Akmal juga enggan mengeluarkan sebarang komen kerana saman tersebut hanya melibatkan urusan keluarga. – UTUSAN =================================================================================== Ketua Pemuda PAS Kalah Saman Fitnah Diperintah Bayar RM115,000 Keberanian seorang wanita biasa menuntut keadilan akhirnya terbalas apabila Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang memutuskan bahawa Puan Hanini Siron telah difitnah secara jelas dan berniat jahat oleh Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Editor Harakahdaily bersama dua lagi defendan. Melalui alasan penghakiman setebal 52 muka surat, Hakim Sesyen Sivil (1), Tuan Hakim Zulhazmi bin Abdullah, membuat penemuan tegas yang mengukuhkan kemenangan plaintif dalam kes difailkan sejak 2021.





No comments: