KIOK UMNO KALAU NAK IKUT SEMUA ORANG



 Shafiq Fadli


Respon saya terhadap kenyataan sahabat saya Wan Mahussin Official 





Maaf sahabat. Orang Melayu tak peduli soal ini. Sehebat mana pun pemimpin UMNO berhempas pulas mempertahankan hak orang Melayu dalam kerajaan ini, mendiamkan suara DAP, menjinakkan DAP, UMNO tetap diperlekeh tunduk pada DAP. 


Bila DAP cadangkan Kampung Baru Cina ssbagai tapak UNESCO, UMNO dituduh balaci. Bila UMNO bantah hingga DAP terdiam, UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP. 


Bila DAP nak buat URA, UMNO terus dituduh balaci. Pemimpin UMNO lah yang bantah sampai ke hari ini URA tak dibentangkan, tapi UMNO tetap digelar tunduk pada DAP. 


UEC pun sama. Sampai sekarang DAP diam sepi. Tapi UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP.


Belum lagi diambil kira perjuangan Presiden UMNO sebagai Menteri KKDW mengangkat martabat pendidikan TVET untuk anak Melayu, dan angkat martabat pendidikan tahfiz hingga ke tahap tertinggi, orang Melayu tak peduli. UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP.


UMNO buatlah apa juga demi kepentingan Melayu dan Islam dalam kerajaan ini, sekalipun menjinakkan DAP, UMNO tetap tidak disenangi.


Jadi, untuk apa UMNO terus berkorban, berada dalam kerajaan ini untuk menjinakkan dan mengekang kemaraan DAP, menghalang dominasi DAP, jika setiap langkahnya tidak pernah dihargai malah dikeji.


Orang Melayu mahu UMNO tinggalkan DAP. Penuhilah hajat ini. Lebih baik UMNO keluar dari kerajaan Madani. Sekalipun padahnya nanti DAP boleh bertindak ikut suka hati. UMNO sudah tiada untuk mendiamkan menjinakkan mereka lagi. Lebih baik UMNO puaskan hati mereka yang nak mengundi, dari terus dibenci begini.


Sebab itu UMNO perlu keluar dari kerajaan ini. Sebab UMNO hanya perlu utamakan sokongan orang Melayu di kertas undi.


Lupakanlah hasrat murni untuk mengekang kemaraan DAP, menjadi kuasa pengimbang, atau mempertahankan dasar peribumi, sebab kalau UMNO terus dikeji, UMNO yang rugi. Politik ini akhirnya untuk dapatkan undi, bukan berbakti. Kalau bakti jadi sandaran, takkanlah UMNO akan kalah kerana terlalu banyak jasa dan bakti. 


.



No comments: