Che Ibrahim
Ada satu kes yang ambo jumpa, 2 orang remaja bawah umur telah bergilir gilir berzina dengan seorang wanita bawah 16 tahun dalam sebuah kereta dan telah dituduh di mahkamah atas kesalahan merogol wanita itu.
Kedua dua remaja lelaki tersebut mengaku bersalah dan dikenakan hukuman bon jamin berkelakuan baik selama setahun. Persetujuan wanita tersebut membenarkan dirinya disetubuhi tidak diambilkira kerana masih bawah 16 tahun.
Si wanita tidak dikenakan apa apa tuduhan kerana persetujuannya untuk merelakan dirinya disetubuhi bukan satu jenayah, berbeza dengan pasangannya yang lelaki walaupun sama sama masih di bawah umur. Wanita tadi selain mengaku telah disetubuhi oleh 2 remaja tersebut, dia juga mengaku telah berzina dengan 18 orang lelaki yang lain.
Sudah sampai masanya undang undang ciptaan barat tersebut dikaji semula kemenasabahannya demi keadilan untuk semua termasuk untuk wanita muda itu. Adalah dibimbangi kelompongan undang undang yang memperuntukkan persetujuan wanita bawah 16 tahun untuk disetubuhi adalah tidak sah akan membuka ruang yang lebih bebas kepada wanita tersebut untuk terus disetubuhi..... Itulah musykilah masyarakat yang sedang kita hadapi!!!



No comments:
Post a Comment