MENGAPA AIR MINERAL LEBIH MAHAL DARI PETROL/DIESEL??



Ambo berpandangan barangkali petrol/diesel adalah barang keperluan, maka harganya perlu dikawal. Kerajaan pula masih bertimbangrasa dengan rakyatnya dengan memberi subsidi bersasar kepada diesel/petrol agar penggunaannya tidak membebankan rakyat.


Adapun air mineral adalah satu pilihan kepada gaya hidup atau bahasa lain kata "nak mudah", maka amat patut ianya dikenakan kos yang lebih. 


Dalam situasi air berlambak lambak, bekalan air bersih masih mudah untuk diperolehi, tapi kita memilih untuk mengguna air mineral kerana ianya mudah, tidak membebankan selain menjadikan gaya hidup kita senang, mudah dan selamat.


Walau apa pun, pengguna mesti bijak bertindak agar keperluan air bersih tidak dimenipulasikan oleh syarikat syarikat pembekal air mineral mengaut keuntungan yang berganda.



No comments: