MUDA KATA KERAJAAN GAGAL- JOM BACA FAKTA



 MUDA kata kerajaan gagal laksanakan subsidi bersasar kerana tukar ke haluan dari PADU ke Budi95. 




Sebenarnya kalau nak kata gagal tak tepat tu. 


Pertama, subsidi petrol RON95 ni menelan jumlah puluhan bilion setahun. 


Sebab itu kerajaan rancang subsidi bersasar menggunakan sistem PADU. 


Tetapi realitinya PADU masih baru dan belum cukup teruji lagi. 


Kalau tergesa² dilaksanakan, risikonya besar menyebabkan golongan miskin yg sepatutnya dapat subsidi boleh tercicir..


Kedua, keputusan kerajaan beri subsidi penuh melalui Budi95 bukan flip flop, tapi ia langkah sementara untuk elak “exclusion error” sambil menstabilkan harga di pasaran domestik. 


Kalau kerajaan buat eksperimen sekerat jalan, inflasi boleh meletup dan ekonomi jadi tak stabil.. 


Dalam dasar awam, kestabilan sosial jauh lebih penting daripada tindakan bersifat politik.


Ketiga, disiplin fiskal kerajaan tetap konsisten. Subsidi diesel sudah dirasionalisasikan.


Sistem cukai baru seperti CGT, LVGT dan cukai dividen sudah diperkenalkan. 


Semua ini bukti kerajaan serius kawal hutang dan defisit. 


Jadi, kalau nak kata tindakan kerajaan ini gagal hanya kerana perlaksanaan Budi95 adalah naratif yg tidak lengkap.




No comments: