Zainuddin Omar
Ali Abd Jalil telah melarikan diri ke Sweden kerana kes 3R iaitu menghina Raja.
Semasa zaman muda beliau rebellious tapi sekarang, dari posting beliau ini gamaknya telah menyesal akan tindakan beliau yang dahulu.
Saya follow FB beliau dengan kehidupan di Sweden yang nampak glemer.
Dari kembaraan seluruh dunia yang menjangkau lebih 40 tahun memang ramai rakyat Malaysia yang saya jumpa di luar negara.
Kebanyakan mereka pada mulanya bercakap gah betapa seronok hidup di luar negara tetapi akhirnya mereka menyatakan kerinduan kepada tanah air kelahiran dan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja.
Betul lah seperti peribahasa melayu ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.
Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplen pasal Malaysia:
“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”
Kepada Ali, saya nasihatkan berhubung terus dengan PMX nyatakan penyesalan anda.
InsyaAllah PMX boleh membantu.

No comments:
Post a Comment