Menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden yang diserikan dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan statik sempena lawatan ke Timor Leste.
Usai kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste, Dr José Ramos-Horta, kami kemudiannya mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang menumpukan kepada bidang-bidang berpotensi, termasuk pertahanan, kesihatan, komunikasi, pendidikan, budaya, pengecualian visa, pelaburan dan perdagangan.
Pertemuan tersebut turut menyaksikan pertukaran pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, dalam suasana mesra dan konstruktif.
Hasil perbincangan ini turut kami kongsikan bersama media tempatan dan Malaysia, dengan harapan sinergi baharu dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh persahabatan Malaysia–Timor Leste, malah membuka lembaran baharu kerjasama strategik yang dapat menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau.
//
Honored to receive an official ceremonial welcome at the Presidential Palace, which featured an inspection of the static guard of honour, as part of our official visit to Timor Leste.
Subsequent to our courtesy call with the esteemed President of Timor Leste, Dr. José Ramos-Horta, we convened our respective delegations for a productive bilateral meeting.
During our discussions, we explored several promising avenues for collaboration, encompassing defence, health care, communications, education, culture, visa facilitation, investment, and trade.
No comments:
Post a Comment