1. Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara, Shahlan Jufri berkata, saksi pertama, iaitu Pelajar A, memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa Zara Qairina dipanggil ke dorm lain pada malam 15 Julai 2025 untuk disiasat berhubung tuduhan kecurian.
2. Selepas kembali ke biliknya sekitar jam 9 malam, Zara menangis dan menjerit menafikan tuduhan mencuri, menggunakan beberapa perkataan untuk mempertahankan diri.
3. Semua ahli dorm menyaksikan kejadian berkenaan, tapi tiada seorang pun tampil untuk menenangkan beliau.
4. Saksi turut menyatakan selepas insiden itu dia tidak lagi melihat Zara kerana telah masuk tidur.
5. Peguam Shahlan, berpuas hati dengan keterangan Pelajar A kerana menggambarkan situasi sebenar kejadian tersebut.

No comments:
Post a Comment