Aku suka bahagian akhir video. Perbincangan antara Mahiaddin dan pemimpin UMNO yang lain berkaitan isu 1𝗠𝗗𝗕. Masa baru tersebar dulu, aku kata video ni 𝗱𝗶𝗰𝘂𝗿𝗶 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘇𝗶𝗻.
Dari awal aku kata, dalam video ni Mahiaddin bukan kisah isu 1MDB tu. Tapi ia macam satu cara nak pujuk pemimpin UMNO untuk 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Sebab kalau Najib jatuh, dia ambil alih.
Malang bagi Mahiaddin, 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝗸𝗲𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Usaha Mahiaddin ternyata gagal bila Najib lebih cepat usir dia dari UMNO dan kerajaan.
Kalau dari cerita Mahiaddin ni, ramai yang jadi mangsa 𝗸𝗲𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 dalam usaha nak tutup tembelang 1MDB. Tu Mahiaddin yang cakap. Bukan aku. Kiranya licik dan kejam juga Najib ni.
Tapi dalam video yang hujung tu, Mahiaddin kata Najib 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗨𝗦𝗗700 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶. Persoalannya, ada ke tidak Mahiaddin ni dipanggil jadi saksi pendakwa? Dia ada maklumat penting tu.
Takkan polis terlepas video ni? Atau takkanlah sebab Mahiaddin PM masa Najib didakwa, maka Mahiaddin tak dipanggil jadi saksi? Nak tahu juga apa ceritanya.
Tapi macam aku kata, Mahiaddin bukan kisah sangat soal duit negara disakau. 𝗗𝗶𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Dan ternyata bila dia dapat kuasa, dia pun sama 2×5 juga dengan Najib. 𝗞𝗹𝘂𝘀𝘁𝗲𝗿 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 juga. Guane boh?
Raja Gelap II
.