FUHHH NI REMAJA MASA DEPAN?

 


𝗠𝗮𝗱𝗽𝗲𝘁? 𝗠𝗮𝗱 (gila) + 𝗣𝗲𝘁 (haiwan peliharaan)? Siapa pulak 𝗵𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗴𝗶𝗹𝗮 ni? Gila tu agak jelas la. Tapi haiwan peliharaan siapa?




Kita bercakap tentang isu gejala sosial. Tentang sikap anak muda yang 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂𝗶 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀. Tentang 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Budak-budak ni 𝗱𝗶𝗱𝗲𝗻𝗱𝗮 dengan 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗺𝗽𝗶. Tak ada penyeksaan pun. Ia bentuk hukuman yang 𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 satu ketika dulu. Belum ada lagi kematian disebabkan hukuman begini. Nak marah pasal apa?


Tak timbul isu jatuhkan maruah. Kalau jatuh maruah pun bukan sebab dihukum sebegitu, sebaliknya kerana 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮.


Kanak-kanak tu semua 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝘂𝗺𝘂𝗿 (14 - 17 tahun) tapi dah pandai keluar malam. Kemudian menunggang basikal 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮. Dan basikal tu pulak tak cukup syarat. 𝗕𝗿𝗲𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮!


Bukan setakat bahayakan diri mereka sendiri, bahkan ancam keselamatan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. 𝗕𝗿𝗲𝗸 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. 𝗟𝗮𝗺𝗽𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Menunggang secara 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗶𝗻𝗴 pulak tu. Kan bahaya tu!


Nanti kalau kena langgar, tuduh yang melanggar pula salah. Kalau yang dilanggar 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂, yang langgar tu pulak 𝗖𝗶𝗻𝗮, jadi isu kaum pulak dah.


Mad Pet ni nak galakkan kelahiran 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗿𝗲𝗺𝗽𝗶𝘁 di Malaysia ke? Mad Pet memang nak tengok generasi kota jadi rosak ke?


Setakat ketuk ketampi, sikit sangat kesannya. Kesan lebih buruk jika mereka 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗻 dan 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗵𝗮𝗻𝘆𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻.


Sebagai seorang bapa, juga salah seorang pengguna jalanraya, aku 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 tindakan anggota polis dan JPJ yang denda mereka begitu.


Biar jadi pengajaran buat mereka. Biar melekat dalam kepala mereka dan 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗲𝗹𝗼𝗸 lepas ni bila nak tunggang basikal.


Mad Pet tak payah nak buat isu. Tak payah sampai nak suruh 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗝𝗣𝗦𝗧 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁. Ini bukan soal polis siksa pesalah. Ini soal masa depan negara. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.